Pages

October 13, 2011

Alam Angker : Misteri Tapak Kaki








Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.

"Dahlah Milah, aku pun dah penat ni. Tinggal kita berdua saja kat sini. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring baring atas katil. Jomlah temankan aku balik, aku takut nak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil. "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan? Kalau kau takut, kau serukan sahaja nama abang guard hensem tu. Kompom dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah  kejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sikit lagi."

"Hai, Jaga sikit mulut kau tu! Jangan cabul sangat. Kau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis semua basah, susahlah kita nanti," sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dI matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu di kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dammm!!!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.
Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. abang guard hensem yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai k earah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..." kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan," ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat?  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nina hanya diam membisu dan menggeleng-geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapa Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas dengan kejadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.










Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun takkan berdarah bila abang Hassan tawarkan diri nak  temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.


"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil tertawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. "Korang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba korang tengok kat  sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke takde tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan  sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukan ke kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong betul la, benda macami tu pun tak perasan. Aku yang dah nak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul korang nak dia temankan korang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu. Dan memang betul dan tepat sangkaan Nona, tiada koridor  di sebelah luar tingkap! Persoalannya di sini,


Siapa yang bersama dengan Nora dan Milah semalam???

3 comments:

Cik Lya Shah said...

haish.. seram.. da laa kat blik tv ni.. haish.. -,-"

Azwan Lai Azahary said...

Hahahaha... nasib la.... dah malam jumaat, memang slot untuk Alam Angker... hehehe

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...