Pages

October 3, 2011

Gelak Pagi : Kisah Batu


Pada suatu Pagi Isnin yang hening, Abu dan Mat tiba lewat di sekolah. Setibanya mereka ke kelas, Cikgu Rahim telahpun memulakan sesi pembelajarannya. Dengan muka selamba dadahnya, mereka berdua terus meluru masuk ke kelas, namun disedari oleh Cikgu Rahim.


Cikgu: kenape awak lambat, abu?
Abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
Cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
Abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
Cikgu: kamu pulak, seman?
Mat: saya tolong abu buang batu, cikgu..
Cikgu: berat ke batu tu?
Abu dan Mat: berat cikgu..
Cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..
Abu dan Mat: baik cikgu..

Mereka berdua pun kembali ke tempat duduk masing-masing dengan selambanya. 5 minit kemudian, datang sorang pelajar baru ke kelas...

Cikgu: Baiklah murid-murid, hari ni kamu ada kawan baru.  Hah, apa tunggu lagi!  Kenalkan diri kamu...
Budak baru: Assalamualaikum, saya budak baru kat sini, mintak tunjuk ajar apa-apa yang patut ek...
Cikgu: Eh, kenapa kamu basah lencun ni? Kamu jatuh ke apa ni?
Budak baru: Saya terjatuh ke dalam sungai cikgu...
Cikgu: Siapa nama kamu?
Budak baru: name saye BATU
Cikgu: Hah??? (sambil merenung tajam ke arah Abu dan Mat yang tersengih-sengih dari tadi)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...