Pages

October 12, 2011

Kak Jem : Ada ku kisah?




Dear diari,

Hari ni kan, Kak Jem memang sentap sangat dengan sorang minah ni. Dah la muka bersepai macam tembikai digilis kereta kebal, muka tegang tapi leher berkedut macam lembu korban, cucuk botox ke baking powder entah minah tu. Eeeeeee.... geramnya Kak Jem! Mau je bagi dia makan selipar jepun cap twitter Kak Jem ni tau. Sengal betul minah tu. Rasa vogue la sangat dengan baju yang kononnya beli kat France tu. Kemon la, aku tau la, Kak Jem tau la sebab Kak Jem ada beli untuk mak baju tu kat Chow Kit hari tu. Gelang emas melambak kat  tangan,  setakat dapat percuma dalam jajan Ali Baba tu baik tak payah la, peragut ragut pun buat penat diorang je. Rantai tu pulak penuh je dengan rantai kapal, rantai motosikal, rantai basikal, semua jenis rantai. Jalan tergedek-gedek macam itik baru pulang dari merempit petang je Kak Jem tengok.

Ni Kak Jem nak cerita ni, masa kat dalam KTM tadi kan, dia duduk la kat kerusi tu. Bayangkan Kak Jem dari KL nak pegi Seremban, naik jenuh kaki ni akak tahankan jugak. Ini tak ,dah duduk pun nak merungut, tak selesa la, sempit la, bau la, sempit la. Hello gedikz, kalau nak sangat, buat la KTM sendiri ko duduk sorang-sorang dalam tu, suka hati ko lah nak buat apa, nak berguling ke, bergulung ke, terlentang ke, bergayut ke, lantak kau le!

Ada satu part ni yang buat Kak Jem mendidih gila-gila, kalau letak mee maggie, mau masak mi tu, siap boleh buat kenduri lagi kat dalam KTM ni. Ada sorang akak ni, sarat mengandung, kesian tengok dia, dah bunting besar gedabak, anak kembar kot. Dia masuk, dah la sesak takde tempat duduk, memandangkan tempat minah kerek tu yang paling dekat dengan dia, so akak tu dengan muka putih mulus penuh suci dalam debu memohon kasihan  dari minah rantai kapal tu. Dia boleh pulak buat muka selamba badak dia kat situ, posing ala-ala Kuala Pilah Next Top Model. Please la, kalau kucing Mak Jah tengok, kompom tersembur balik Whiskers yang dia makan semalam tau. Orang lain tengok dia dengan tajam, dia masih lagi dengan muka mintak tenyeh dengan cili boh.

Nasib baik la  ada penumpang lain yang baik hati sudi bagi seat dia kat akak tu. Akak tu cuma mampu menggelengkan kepala dia. Aku rasa kesian pulak dengan akak tu. Nasib akak la oit berjumpa dengan dugong sangap macam tu. Dah bila akak tu duduk, dia dengan egonya berkata:

Ish, dah tau mengandung tu, janganlah naik KTM. Kan menyusahkan orang macam aku ni.
Akak tu dan penumpang-penumpang lain tersentap dengan apa yang dituturkan oleh mulut longkang dugong tak sedar diri tu. Ish, memang nak kena minah ni? Tapi Kak Jem masih maintain dengan keayuan Kak Jem, menunggu masa untuk balas balik.

Sampai je kat stesen Tiroi, minah kerek tu pun keluar. Kak Jem pun apa lagi, Kak Jem pun unjur kaki Kak Jem yang baru dicukur dengan Veet tu. Jatuh terjelepok dia kat lantai tu, macam babak kena halau dari rumah  sebab tak bayar sewa dalam drama-drama TV pun ada. Penumpang lain ketawa bila tengok dia jatuh terjelepok macam nangka terhempas dari bumbung. Minah tu marah-marah la kat Kak Jem:

Kau ni apehal ar, pompuan gila? Habis kotor baju aku ni tau???
Akak dengan penuh vogue,ayu dan elegannya membalas sehingga membuatnya terpana. terlopong dan ternganga, luas juga ngangaannya tuu, kalah terowong SMART.

Ada aku kisah? Tu la, lain kali jangan naik KTM. Kan menyusahkan orang macam Kak Jem ni. 

OK lah, Kak Jem nak ngantuk ni. Esok nak jumpa Abang Jem. Ahaks. Bye, diari.


 AAA: Padan muka! Kan tak pasal-pasal terjelepok kaw-kaw punya kat stesen tu. Hahahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...