Pages

October 8, 2011

Preview Al - Hijab



Petang tadi aku dengan 4 lagi member aku tengok citer terbaru dari Pierre Andre, yang pernah gemilang dengan Jangan Pandang Belakangnya. Dah lama tak tengok horror masterpiece dari pengarah muda ni sejak dari filem Jangan Tegur. Setelah membaca preview dari blog, wartawan, dan page facebooknya , rata-rata bagi komen yang positif, so aku pun dengan rasa excited persis kucing mengidam nak makan Whiskers pun pegi la tengok citer ni. Siap beli popcorn lagi untuk diratah masa tape rolling...

Tiket (bukan gambar sebenar except GSC ngan  hall 1 tu  je yang betul )

Trailer:



Sinopsis:



Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Komen:

Kelebihan:
  1. Jalan citernya yang lain daari yang lain. Selalunya kita tengok citer pasal santau, roh tak aman, roh balas dendam, saka dan sebagainya (senang citer stereotaip), tapi ni pulak pasal orang yang tak pernah nak reti nak takut ngan hantu (sebab tak percaya ngan kewujudan hantu), nak bukak hijab (nak tau pasal hijab ni kena cari kat buku-buku or internet, nak mudah tengok je citer ni) yang akhirnya memakan diri sendiri.
  2. Starting citer ni telah berjaya men'trick'kan penonton. Ingatkan sebahagian daripada citer ni, rupanya bayangan orang nak buat citer ni je rupanya. Seram gak sebab ada sorang kenalan aku pernah alami bbenda yang sama dalam babak tu.
  3. Banyak elemen kejutan yang disajikan kat dalam citer ni, memang padanlah awal-awal lagi dia dah bagitau orang yang sakit jantung ngan mengandung takleh tengok citer ni. Citer ni taklah seram sangat, tapi banyak scene yang akan membuatkan korang terkejut, lantas yang sakit jantung tu bolleh K.O dan yang mengandung boleh terberanak lak kat situ. 
  4. Ada satu scene ni memang best gila, dia jumpa awek dia kat dalam hujan, siap bawak masuk dalam rumah lagi, walhal awek yang sebenarnya tengah nyenyak tidur kat rumah dia sendiri. Masa dia tersedar dari pengsan tu dia ingatkan yang kejutkan dia tu awek dia, tapi rupa-rupanya hantu tu masih lagi menyamar jadi awek dia. Masa tu suspens gila!
  5. Salutation patut diberi kepada Bell Ngasri, Munir ngan sapa entah sorang lagi yang jadi mat indon tu, komedi tahap cipan, tolong imbangkan citer ni supaya tak lah seram sangat. Tapi lawak diorang superb lah.
  6. Dalam citer ni, macam-macam hantu ada; dari yang merangkak, terbang, menari, semua ada. Daripada hantu nenek tua hinggalah ke anak dara...
  7. Solekan hantu dia better dari sebelum ni (Jangan pandang belakang ngan Jangan Tegur). Nampak lebih real ngan lebih angker. Roaarrr!!!

Kekurangan:
  1. Lakonan Fathia nampak kaku, maybe sebab ni kali pertama dia pegang watak utama dalam filem
  2. Perjalanan masa yang mengelirukan, ada satu scene tu waktu malam dia panjang gila, sampai habis hantu semua datang. Kesian aku tengok budak tu kena kacau.
  3. Ada satu scene ni ada seekor hantu nenek tua tu, nampak sangat efek CGI dia tak kemas, masa mata dan mulut dia dibesarkan. Dah macam alien lak aku tengok, bukan macam hantu.
  4. Timbul lagi persoalan di sini, apesal hantu yang dia nampak sikit je. Setahu aku, kalau kita bukak hijab kita, memang meloggok je kita tengok segala iblis, jin, makhluk halus kat tepi-tepi jalan macam buah durian. Ni macam certain-certain part je ada hantu. Musykil jugak...
  5. Satu lagi, macam mana Mak Itam boleh tau nombor telefon dia sedangkan dia dah lama tak berhubung dengan keluarga Raf, tambah-tambah lagi arwah mak Raf dah tak ada. Maju bomoh sekarang, pandai hantar SMS la pulak. Rasa lucu pun ada gak kat situ.
  6. Last but not least, ending dia telah memfrust menonggengkan penonton yang macam aku. Citer tu macam habis gitu je, sampai timbul persoalan dalam kepala otak aku, "So what will happen next?"
Hantu-hantu di sebalik hijab...

Tengok, sampai rabak dia punya mulut, sapa nak jawab?

Hantu ni yang muncul tetiba mengejutkan aku, tak guna punya hantu!

"Cu.... nak ke mana tu cu?" serammmm siot!

Hantu ni kuar masa mula-mula dia bukak hijab

Hantu merangkak... lagi hebat dari Ju-On

Pocong jangan dilupa....
Sekali dia kat dapur daaa... ko ada???

Mayat sapa lak yang tersadai kat sini ni?


Secara keseluruhan, aku bagi rating 3.5 / 5 la. Puas hati aku beli tiket tengok citer ni. Berbaloi untuk ditonton, sebab jalan citernya yang lain dari yang lain, lagi-lagi pasal hijab ni. Aku sampai sekarang curious pasal hijab ni - apa benda tu? Peerrgghh... penangan movie masterpiece dari Piere Andre, well done dude! Pasal ending tu, agak frust la jugak, tapi mana tau kalau-kalau dia nak buat sekuel kedua ke? Harap-harap kalau sambutan filem ni pun cecah box-office, buatlah sekuel kedua ye...

Pengajaran dari filem ni, selain dari jangan beli popcorn sekotak untuk dikongsi empat orang, satu lagi pengajarannya adalah tak payah nak menggedik nak bukak hijab, konon nak tengok hantu la apa la, last-last makan diri sendiri. Bila hijab dibukak,, baru ko tau indah ke tak dunia yang ko mintak tu, kalau tak kunci balik hijab tu, nahas la jawabnya. Ingat pesan aku ni...

BERSEDIALAH BILA HIJABMU 
DIBUKA...


4 comments:

cacha said...

nasib baek belom beli tiket wayang agy. xjadi mao tengok. ngee~~

Azwan Azahary said...

hahahahak.....kalo sapa suka terperanjat beruk ke, nak tersentap jantung ke, bolehla tengok citer ni.... orang ngandung bleh terberanak tau! hahaha

ct jue said...

AIYOYOYO tengok triller pown dh takut..apetah lagi nk tengok....

black sakura aleeya said...

haha...sin0psis pun da mnarik...amacam pak wan...bminat x nk bkak hijab kau pulak....eheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...