Pages

February 19, 2012

Berakhirnya Sebuah Ekspresi


Assalamualaikum semua...

Ni adalah entri yang terakhir dari seorang insan bernama Azwan Lai Azahari. Sedar tak sedar, dah empat taun dah aku ternak blog aku ni. Dari tak tau apa-apa taun 2009 dulu, sampailah penuh tangki otak dengan idea sekarang ni (2012). Dan sebenarnya, hari ni adalah hari jadi yang keempat blog aku. Yeay... Happy birthday to you, dear. Tapi, apakan daya, semua dah tertulis kat whiteboard, storyboard, dashboard dan sebagainya, dah tiba masanya untuk aku matikan blog Aku Adalah Aku ni.

Dalam masa 4 taun ni, banyak kali jugak blog aku ni bersalin kulit. Kesian pulak tengok dia nih. Pada mulanya, aku buat blog pun sebab nak publishkan aku punya penulisan kreatif; cerpen, novel, puisi. Tapi lama-kelamaan, misi aku menjadi lebih besar - share apa yang aku rasa, aku tahu kat semua orang, tak kisahlah orang nak amik tau ke tak. Dari saat tu, followers bertambah semakin ramai, trafik pun makin lama makin naik. Sampailah ke hari ni, aku sangat bangga sekali dengan pencapaian yang dah aku kecapi.

Antara header terawal...
Yang paling aku enjoy tulis ialah pasal kisah cinta bersegi-segi antara Mail Lambung, Acai dan Zila Bakar Rin, tak lain tak bukan Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti satu-satunya telenovela yang bersiri-siri sampai 5 siri. Twilight Saga pun kalah tau. Tapi nampak gayanya 2 siri terakhirtak sempat aku nak habiskan, sebab terlampau busy sangat. Takpe, nanti adalah aku publish kat fb tu. Hehehe...

Pastu, ada satu lagi cerita pasal budak perempuan nak ngorat budak laki kat sekolah. Memang lawak la. Dapat idea pun sebab ada pengalaman kat sekolah dulu, i mean bukan aku yang jadi mangsa tapi kawan-kawan yang lain. Kisah Memo Cinta ni memang menarik la, sebab sikit sebanyak kita tau modus operandi yang budak-budak perempuan ni gunakan untuk pikat budak laki, lagi real tak macam yang selalu dimomokkan dalam drama tv tu. Sikit-sikit gedik, sikit-sikit gedik. Tapi dalam kisah ni, semua spesis awek ada.

Kat sini la aku ekspresikan semua idea dan isi hati aku,
Ada banyak novel, cerpen, puisi yang aku hasilkan dalam blog ni. Antara yang aku suka, Yang Halal UntukmuMaafkan Aku Sahabat ngan Hati Mukmin Pasti Menangis. Lepas ni kena la copy paste balik dalam Word, mana tau aku nak bukukan ke, share kat Facebook ke, apa ke kan. Ada sekali tu, ada satu syarikat penerbitan (aku lupa tah nama dia, yang pasti aku pernah tengok buku yang dipublished syarikat ni). Dia macam tengah usha aku punya penulisan, masa tu pulak aku tengah ligat buat cerpen, novel pendek dan yang sewaktu dengannya. Kalau betul diorang nak offer aku jadi penulis diorang, boleh gak. Dapat cari duit lebih. Hehehe...

Apa lagi ek, oh ya... Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas, aku buat segmen tribute pasal Mat Luthfi  ngan Anwar Hadi. Tak kenal? Ala... yang vloggers yang hot kat Malaysia ni, even diorang belajar kat negera omputeh sana, tapi diorang tetap tak lupa bahasa asal, stil dengan loghat pekat utara lagi. Cheq habag kat hang.. Eh, terlebih sudaaa...Aku teringin nak jadi macam diorang satu hari nanti. Macam Anwar Hadi tu, pelajar IPG tu, boleh je main vlogging nih. Kan? Kan?

Masa kena virus ni, memang FUUUUU betul la...
Masa yang membuatkan aku panas hati tak lain tak bukan kena serang virus. Memang macam orang gila aku dibuatnya. Tak tentu hala, tak tentu arah, tak tentu nak waras, senang citer. Makan tak kenyang, walhal dah bermangkuk-mangkuk aku telan, berak tak lawas walaupun dah sejam aku teran, tidur meracau-racau walaupun dah dikejut beberapa kali. Bila dah bukak beberapa blog yang pernah mengidap penyakit yang sama macam aku ni, so aku pun buat reference kat blog diorang, memang membantu! At last, blog aku pulih semula. Tak guna tol punya spammers!

Mula dari taun lepas, aku mula buat slot-slot baru untuk blog aku, macam Celoteh Kak Leha, Diari Kak Jem,  Pesan Pak Wan, Edisi Prof Eskenen Uun, Muhasabah, Alam Angker, dan Memori. Dari slot-slot ni, senang sikit viewers nak baca entry-entry lain dalam slot-slot ni. Sistematik, bak kata nenek aku. Hehehe... Tiap dari slot ni, ada enry yang memang meletop macam popcorn; macam Ini Satu Amaran!!!, Balik Dari Kubur Bukan Semua Suka KitaExamophobia ngan Tora, JoJo dan Ding Dang.

Bertemu dengan Zudien ngan Yassin... such great friends, wish they were my classmates...
 Yang paling best sekali aku rasa bila jadi blogger ni, aku dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain. Ramai yang komen, tak kira yang bernama, mahupun 'insan tak ingin dikenali'. Kawan-kawan kat fb pun ramai yang singgah, sampaikan kitorang plan nak jumpa ni. Jumpa dengan 2 sahabat fb pada permulaannya (credit to Aldzarfiq sebab kenalkan aku kat diorang nih), pastu saling komen-mengomen kat blog satu sama lain sampailah ke pertemuan eksklusif kitorang kat Mid Valley. Sekarang ni dah jadi kawan, but untuk jadi best buddy tu belum lagi la. Not reach at that point yet.

Baru-baru ni, aku buat satu entry yang panas lagi mendidih, Kami Tak Tinggal Atas Pokok!!!. Entri ni aku buat bila ramai kawan-kawan aku yang belajar kat negeri-negeri lain kat semenanjung ni macam tak diterima, malah dihina, dicaci, dimaki, even orang pandang rendah kat kitorang yang duduk nun kat Borneo sana. Walhal, kata 1 Malaysia, tapi kat mana 1 Malaysianya tu? Ce citer... Ce citer...

This is a farewell from me to my fans.... sob... sob...
OK la, takleh nak cakap banyak sangat, nanti bertambah sayang pulak aku nak delete blog ni. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang semua; tak kiralah yang setakat jadi follower je ke, jadi reader je ke, atau pengomen je ke, semuanya aku hargai. Semoga hidup korang semua ceria sentiasa kerana mulai esok, tiada lagi blog bernama AKU ADALAH AKU...
Assalamualaikum, selamat tinggal! (T_T)

-Azwan Lai Azahari-
(19.02.2012, 21:00)

"Walau apapun yang terjadi, aku adalah aku, aku masih lagi aku, dan aku tetap menjadi aku..."

AAA : Sayang sangat kat blog ni... Apapun, aku akan terus menulis! Doakan kejayaan aku yo~

February 18, 2012

Mainan Masa Kecik!!!


Bila tengok budak-budak sekarang ni, rasa macam zaman kanak-kanak dah hilang. Sapa setuju, please 'like'. Ceh, ingat ni status pesbuk ke? Hehehe...

Nasib baiklah aku lahir dan membesar dalam zaman 1990-an. Adik-adik aku kira rugi sikit la sebab membesar dalam zaman siber nih. Main game online je, Tapi zaman kitorang dulu benda tu maujud; dapat pegang, dapat rasa. Tak percaya? Tengok nih...

Beli pemadam banyak-banyak semata-mata nak lawan kat kelas ti
Masa nilah Axion habis kat dapur, nak main buih punya hal
Main zero point, tapi tak pernah lepas lebih dari bahu...
Kertas terbang! Yeay, habis je kertas ujian, kertas buku latihan aku kerjakan
Balik je dari mengaji, terus main baling tin ngan kengkawan
Walaupun hanya guna 3 selipar, tapi susah weiyh...
Main ketingting bawah umah orang... diulangi, UMAH ORANG
Kalau nak sebotaj orang punya, pakai je benang kasa... hehehe
Kalau tak lastik burung, lastik cicak, memang best!
Ada satu lagi, yang main dalam kotak ada kaler-kaler tu, apa tah nama dia...
Main speadboat mainan kat parit depan umah...
Sampai sekarang aku tak pass main benda ni
Masa main dengan adik, selalu main tipu... XD
Zaman game kaset yang gedabak besarnya. 
Sekarang susah sikit nak cari benda alah ni
Masukkan gelung dalam air, memang layan sampai tak makan  beb
Zaman Crush Gear... semua kereta nak dibeli
Ni pulak zaman kartun Beyblade.... sapa takde, memang looser la
Awal 2000, semua kanak-kanak gian nak main yoyo, kartun punya pasal
Setiap kali season Digimon berganti, tiap kali tulah Digivice katu mah berganti

Bila fikir balik, nak je balik ke zaman kecik-kecik dulu. Selain daripada kecomelan yang tak terhingga, ada momen-momen yang boleh dikatakan epik masa dulu-dulu. Main doktor, polis entri, masak-masak, main bawah rumah orang, terjun dari jambatan, nenek kebayan... macam-macam lagi la. Sekarang ni dok mengadap komputer 24 jam, lama-lama rabun. Yang dulu-dulu tu, takpe gak sebab ada lari-lari, bergerak-gerak sikit. Zaman kanak-kanak dah hilang... Aku nak hantar anak-anak aku nanti kat kampung, tinggal dengan mak ngan ayah, lari la diorang berkejar dengan lembu, ayam, itik kat kampung tu. Baru sihat walafiat selalu, macam aku, Hehehe...

AAA : Ada banyak lagi mainan lain, nak cerita sampai esok pun takkan habis!

February 16, 2012

Versus: Gadis Free Hair VS Gadis Tudung


"Yang bertudung tak semestinya baik, yang free hair pulak tak semestinya jahat..."

Hurmmm... setuju tak dengan pernyataan di atas? Tak dinafikan pada hari ni, semakin ramai yang dah mula bertudung. Macam-macam fesyen ada, yang macam bonggol unta ada, macam alien dalam Alien VS Predators pun ada, tutup atas bukak bawah pun ada, tudung sangkut pun ada, kain tutup kepala je pun ada. Macam-macam ada, asalkan bertutup. Yang free hairnya pulak, macam-macam kaler ada; pink, biru, merah, kuning, putih - dah macam Power Rangers pulak aku tengok. 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Aku kategorikan awek-awek ni dalam 5 kategori, iaitu:

I     Dahlah bertudung, baik pulak tu   
II    Walaupun free hair, tapi dia baik
III   Bertudung, tapi.... 0.o
IV   Walaupun bertudung, tapi dia jahat???
V    Dahlah free hair,  jahat pulak tu

So, jom kita usha satu demi satu kategori-kategori nih...


Kategori I : Dahlah bertudung, baik pulak tu






Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya dia menutup aurat dengan sempurna,baik budi pekerti, senang citer calon terbaik untuk dijadikan binilah.
  • Solat awal waktu, tak lengah-lengah solat semua
  • Rajin mengaji Al-Quran, ada yang dah hafaz satu Al-Quran
  • Rajin berpuasa sunat, qiamulail
  • Rajin menderma, tolong orang
  • Sopan-santun, orang tengok pun memang respect
  • Jaga batas pergaulan, lagi-lagi dengan yang berlainan jantina
So, kalau korang nak cari calon isteri,cari yang dalam kategori ni, dijamin berkualiti. Tak perlu nak cop SIRIM ke, MSC ke apa ke. Dah sah-sah bagus nak dijadikan bini. 


Kategori II : Walaupun free hair, tapi dia baik



Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni kiranya dalam kategori "don't judge a book by it's cover" la, maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung tak berapa nak pakai tu. 
  • solat cukup, siap buat ibadah lain pulak tu
  • selalu mengaji Al-Quran, 
  • rajin berpuasa, tak kira sunat mahupun fardhu
  • rajin bagi derma, tolong orang
  • sopan, tak mencarut bukan-bukan.
Tapi itulah, kebanyakan gadis kategori ni memang sweet je mukanya. Mintak-mintaklah Allah SWT bukakkan hati mereka, bagi mereka hidayah supaya bertudung. Bukan apa, muka dah cantik, bila bertudung, terus berganda-ganda cantiknya. Subhanallah...


Kategori III : Bertudung Tapi .... 0.o




Nilah masalahnya sekarang ni. Mereka ni dah bagus dah pakai tudung, perangai baik, akhlak bagus semua, TAPI... Tapi.... tapi... tapi tudung tu just pada nama je, tak tutup aurat dengan sempurna. Tak paham? Baca ni...
  • Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
  • Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
  • Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
  • Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
  • Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
  • Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
  • Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
  • Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
  • Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
  • Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Sekarang ni, macam-macam fesyen ada, jenama macam-macam nama. Ada yang berbalut-balut sampai sesak nafas pulak aku tengok, ada yang simple tapi sweet je, ada yang berwarna-warni dah macam kek lapis Sarawak, ada yang nampak selekeh dan tak kemas. Tak kurang jugak yang macam tak cukup kain, setakat tutup rambut je, tapi tunjuk telinga ngan leher. Tak salah nak berfesyen ni, agama tak larang, tapi biarlah berlandaskan hukum dan syariat. Ni tak, asalkan tutup kepala, ok aku bertudung. What the ...??? 


Kategori IV: Walaupun bertudung, tapi dia jahat???



OK, kategori ni kira macam spesis paling eksotik la, sebab apa? sebab benda ni sangat rare sebenarnya, tapi memang ada dalam kalangan kita. Kira mereka ni spoiler imej wanita bertudung la. Bertudung tapi perangai tak berapa nak senonoh. Yelah, kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya perangai jahil pulak dah. Epic fail betol la!
  • merokok, siap dengan asap berkepul-kepul lagi
  • duduk terkangkang-kangkang mengalahkan lelaki
  • jadi internet bergerak, sehari tak mengumpat boleh migrain
  • pegang-pegang, peluk-peluk ngan kapel, walhal belum kawin
  • mencuri barang orang lain
  • suka nak condemn orang, takleh tengok orang lebih sikit, ada je benda nak disebotajnya

Dan macam-macam lagilah contoh. Bab solat tu tak tahu lah pulak. Mana tahu dia jahat pun tapi masih solat ke? Tapi solat kan tiang agama. Kalau sempurna solat, sempurna lah ibadah yang lain. Nampak gayanya kena check solat sendiri dulu dah betul ke tidak ni. 


Kategori V: Dahlah free hair, jahat pulak tu




Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, asal tak pakai tudung saja,  kafir. Sentap beb! Aku tengok ada saja kafir yang baik, even better than us. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat tahap  undescribable ni bersepah je kat luar nun, cari je gugurl yang baru cultural shock nak jadi dewasa, kompom jumpa perangai tak senonoh macam ni.
  • kaki mabuk / kaki clubbing / kaki dadah, memang mintak kaki btol la
  • dye rambut, warna kuku kaki semua, last-last wuduk tu sah tak? Tu pun kalo solat, kalo tak???
  • Hipokrit, pakai tudung pun sebab nak tackle mamat hensem, takpun bertudung depan family je. 
  • Seksi tu, takpe lagi, tutup aurat pun seksi apa, tapi yang ni MENJOLOK BIJI MATA, kalau dapat mau nak tersembul bijik mata lelaki kalau tengok bentuk muka bumi dia tu
  • beromen, zina-zina ni, dah macam rutin harian. pastu buang bayi macam buang sampah
Yang ni memang dah parah dah, kalau macam penyakit kanser ni, kasi potong saja lah. Dah kronik sangat-sangat dah. So, memang nak kena basuh emosi, rohani ngan jasmani dia baik-baik. Insya-Allah, mereka akan berubah. 


Kalau nak bertudung tak salah, asalkan TUTUP AURAT. Tutup aurat tu cemana pulak, tutup aurat tu tak semestinya kena pakai baju kurung labuh 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setaun, tapi kena pakai yang labuh-labuh sikit la. Apa, ada orang cakap pakai labuh pun seksi? Takpe, seksi tu subjektif, tutup aurat pun boleh seksi, tapi MENJOLOK MATA tu dah sah-sah la haram. Baik bogel terus je, jimat duit dari beli pakaian sendat-sendat macam tu mahal-mahal.

AAA : Apa beza SEKSI dan MENJOLOK MATA? Nantikan sekuel seterusnyaaa...

February 14, 2012

Kahwin Awal, Boleh Ke?


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Jom kita tengok persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
AAA : Berkapel lepas kawin lebih baik  dari berkapel sebelum kawin

February 11, 2012

Angry Birds Haram!



Permainan video yang semakin digilai segenap lapisan masyarakat dunia seterusnya mencetuskan satu fenomena yang baru, Angry Birds telah disahkan boleh menjurus kepada keganasan dan mengancam keamanan sejagat. Dikatakan permainan video tersebut lebih banyak memberi pengaruh yang negatif kepada kanak-kanak...




Begitulah isi pertama dalam akhbar GOSIP HARIAN yang aku baca semalam (jangan dicari akhbar tu, memang takkan jumpa, ada kat kawasan rumah aku jer... hehehe). Tak dinafikan game Angry Birds ni dah jadi satu fenomena baru yang menggantikan fenomena Tsumawi. Aik? Hehehe...


Permainan kegilaan kanak-kanak masa kini
Tanyalah sesiapa saja, dari tok ayah sampailah ke budak-budak dua taun, semua kenal Angry Birds. Diorang lagi kenal Angry Birds ni dari nama kucing jiran sebelah rumah. Pastu kat sekolah, budak-budak semua siap compete lagi sapa main lagi tinggi level dia. Adik aku kat rumah sampai tak makan nasik main game ni. Nasib baik je masa untuk Tuhan dan study dia tak lupa, kalau tak kena hayun dengan rotan la nampaknya. Hehehe...


Statistik karakter protagonis Angry Birds

Ada khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa game ini haram. Yup, aku memang setuju! So, ingin aku jelaskan kat sini, setelah diselidiki betul-betul, aku yakin lagi pasti yang game ini memang haram. Tapi haram bukan disebabkan adanya watak babi di dalam game tersebut, tetapi.... tetapi.... game ni yang...

HARAM JADAH!!!

Susah gila kot main dia. Dah la berdinding papan, batu, kaca bagai. Nak je aku masuk dalam game ni, roboh je satu per satu pelindung tu. Aku main sampai level 16 je, terus tension main. Darah tinggi ni dah makin naik dah darahnya. Nasib baik main  pakai laptop kawan, kalau tak kan tak pasal-pasal laptop tu bungee jumping dari tingkat 2 asrama nih. Tak guna punya game! Bukan burung yang marah, tapi ORANG YANG LASTIK BURUNG tu yang menyirap darah.

Burung (peluru) ada berapa ekor je, nak pecahkan dinding ni cemana?
Ada yang kata game ni haram sebab ada burung yang warna biru tuh sebut 'Alhamdulilah'. Hurmmm... aku tak berapa nak pastilah, tapi mungkin tu bunyi burung tu je kot. Kalau kita dah mindsetkan otak kita burung tu cakap 'Alhamdulilah', memang benda tulah yang kita dengar. Entah, bagi aku, tak la kot.

Pastu, ada pulak yang cakap part last tu ada ala-ala Angry Birds meruntuhkan Kaabah. Ya ke? Aku tak tau lagi, sebab main pun tak lepas-lepas lagi nih. Mungkin betul, mungkin tak, mungkin kebetulan atau mungkin ada agenda di sebaliknya. Mungkin ada yang terlalu parenoid sampai semua benda yang dia nampak tu macam menghina Islam. Sama macam isu iluminati, pantang tengok seti tiga sikit, petak putih-hitam sikit terus Iluminati. Kadang-kadang tak boleh gak nak positif sangat sampai benda yang kita buat tu sebenarnya menghina agama kita sendiri pun kita tak sedar. Senang cerita, main je. Kalau was-was, jangan main.




Entry ini hanyalah gurauan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, terkecik hati tu, mintak maaplah banyak-banyak ye. Mungkin agak kontroversi dan keterlaluan sikit, tapi paras 'parenoid' kita orang Malaysia ni perlu dikurangkan sikit, jangan sampai kita asyik nampak yang buruk je, walhal benda baik pun kita tengok buruk (ni kira tahap yang paling kronik dah ni.). So, semuanya terpulang pada korang. Dah ada akal, tau-taulah sendiri yang mana betul yang mana salah. Peace yo~

AAA : Adik main dah nak habis dah, siap main tutup mata gi... sob... sob...

February 9, 2012

Menangi Hati Bakal Mertua Anda!


Bila baca title entri kat atas ni, kompom ramai yang tersengih macam kacang menglembu, tak pun senyum sampai ke pipi, bagai nak rabak pipi tu.Ye lah, masing-masing dah ada makwe ataupun pakwe. Kapel  dah naik jenuh bertanya bila nak masuk meminang. Wah, bukan senang nak meminang anak darra orang ni cik adik oit, bukan macam nak beli jajan kat 7 Eleven. Pastu, yang laki pulak, bila cakap nak bawak si dia jumpa dengan famili dia, bukan naik gelabah lagi, berpeluh macam duduk dalam sauna la pulak. Tapi jangan risau, kat sini Dr Laf akan membantu anda! Di sini ada beberapa tips yang boleh anda praktikkan semasa berjumpa dengan bakal mertua (lebih-lebih lagi first time jumpa mereka). 

Pertama, pakai la pakaian yang kemas. Ingat, FIRST IMPRESSION ITU PENTING! Kalau dah pertama kali jumpa pun dengan pakai baju kerkedut sana berkedut sini, pastu rambut serabai macam ombak rindu, sideburn dengan misai janggut semua dah macam hutan hujan tropika, memang FAIL la jawabnya. Pakai baju kemas-kemas, cantik-cantik, rambut atur-atur sikit, tak kira la nak spike ke, nak wavy macam Awan Nano ke, lantak la janji kemas dan bersih. Bulu-bulu yang tak berkenaan tu cukur la, kalau nak simpan pun rapikan sikit. Yang perempuan pulak, pakai tudung tu, biarlah kemas, jangan main sangkut je macam sangkut tuala. Jangan pakai baju ketat sangat dan menjolok mata, karang bakal bapak mertua pulak yang terpikat.

p/s : bukan nak hipokrit, tapi kita nak jadi yang terbaik pada impression yang pertama. biar baju, seluar, tudung tak berjenama, tak mahal, janji kemas, ok?


Please, jangan cari pasal dengan bakal mertua, nanti kena reject baru tau!
Yang kedua,bawalah sikit buah tangan. Buah-buahan ke, kuih-muih ke, tak pun kalau nak mudah beli je Mekdi, Kepsi dengan Ciken Rais Syop tu. Baru la terbukak sikit hati  mereka nak terima korang. Tapi, jangan bawak benda yang sama tiap kali bertandang ke rumah, nanti bosanlah. Variasikan ikut kemampuan, maksud saya fulus atau $$$. Dan satu lagi, tak payah nak menggedik-gedik nak bawak sebas durian walhal dah tau satu famili tu tak makan durian. Kan membazir. 

p/s : jangan buat benda yang sia-sia. Dah tau famili tu alergik ataupun memang tak makan benda alah tu, benda alah tu jugak yang korang bawak ke rumah diorang. Memang mintak karpet hinggap kat muka.



Ketiga, cuba bergaul dengan semua ahli keluarga kapel korang. Tak dapat cepat pun, sikit sikit pun jadilah. Join conversation diorang walaupun topik diorang ni memang boring gila gaban ataupun merapu entah apa-apa. Satu lagi, korang kena sentiasa update dengan ilmu korang, tak kiralah dari segi akademik ataupun KBKK. Ini tergagap-gagap nak jawab, memang kantoi la malasnak membaca. Mertua memang anti sikit kalau ada menantu yang hapdet-hapdet ni. Hempon je canggih, belajar sampai PhD tapi lemau, tak boleh jugak.

Adoyai, memang tak pass la calon memantu ni...   -.-


Keempat, yang ni agak susah sikit, tetapi still  boleh dilakukan. Korang  kena tahu apa yang bakal mertua korang suka buat di kala senggang. So, tugas korang  adalah melakukannya bersama mereka. Some parents dia orang suka pergi masjid, solat berjemaah… ikut sajalah! Jangan follow sekali dua je, nanti nampak sangat korang tak ikhlas. Lagi satu, … Some parents suka golfing, swimming, karox, tengok bola, tak kurang yang suka shopping sakan sampai tak ingat dunia. Ikut sajalah, dan jangan lupa bawak duit lebih sebab kompom korang akan kena paw nanti. Hehehe...

p/s : sikit sebanyak korang akan lebih kenal bakal mertua korang ni jenis yang macam mana, yang suka beramal jariah ke, yang lalai dengan duniawi ke, yang sedang-sedang saja ke. So, kat sini korang boleh main peranan untuk betulkan mana-mana yang patut. Kira macam menantu mithali la nih. 



Last but not lease, please be yourself. INI SANGAT PENTING YA! Sebab apa, mertua tak suka menantu yang bermuka-muka. Masa jumpa mula-mula dulu, perangai bukan main baik lagi, ibarat kain putih yang tidak ternoda dengan.  Nampak suci, tulus dan mulus je, macam baru kena bilas dengan FAB TOTAL. Tapi bila dah kawin dengan anak dia, habis anak dia kena terajang kena lempar,  macam bola bowling korang kerjakan. Jangan! Kalau ada perangai yang tak elok tu, cuba-cubalah ubah diri tu kepada insan yang lebih baik, sebab tanggungjawab sebagai seorang suami bukan ringan macam tisu Kleenex, tapi memang berat. So,  be yourself be yourself jugak, perangai yang buruk tu jangan lupa betulkan.

Kalau perangai hantu, mak aku pun tak nak... =.=

p/s : jadi diri sendiri ni tak bermaksud kita kena jadi diri kita yang sebenar-benarnya, contohnya selekeh, pemalas, pengotor, kentut merata-rata, suka sendawa kuat-kuat. Yang tu kena ubah, tapi perangai yang elok tu yang kita cuba tonjolkan. InsyaAllah, all is well!


Dah puas membaca? Dah praktikkannya? Bagaimana hasilnya? Kalau fail, jangan salahkan saya, kerana itu adalah salah anda kerana mengikut manual yang tak seberapa ini. Sekian.

AAA : Kami tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selepas anda mempraktikkan tips-tips ini. Harap maklum.

February 7, 2012

Bestnya BIG!!! : Part 3


Yang ni the last entry untuk BIG. Sob... sob.... (sambil mengelap higus yang macam ais kirm Tutti Frutti kat hidung). Ada banyak benda yang menarik sepanjang 4 hari kat sana. Ada benda yang certain daripada kita tak pernah or tak reti nak buat, tapi lepas BIG ni, bolehlah pandai sikit-sikit.

Penatnya... relax dulu la!
Antaranya tidur dalam khemah. Walaupun khemah aku je yang lain (bentuk dia ala-ala khemah Moghul zaman dulu.)  Nak pasang pun tak reti sebab bentuk dia pelik sangat. Yang lain semua seragam, tiba-tiba khemah aku pulak yang pelik bin lain dari yang lain. Ada satu pintu pulak tu, panas dia... boleh kira macam sauna gak la. Tapi malam sejuk lagi dari igloo.

Khemah aku yang ada kaler pink tu... comeyyy...
Pastu, bagi calon-calon bini yang tak reti nak masak (termasuklah nak kupas bawang, potong bawang, cili sampailah nak tuang minyak), dapatlah belajar memasak masa ni, sebab semua kumpulan ada turn memasak kat kem (satu hidangan utama - lunch / dinner dengan dua meal sampingan - sarapan / minum pagi / minum petang / minum malam). Aku dok perati je orang pompuan ni memasak, ada yang berskil, memang suka tolong mak kat dapur lah dan tak kurang yang tak tau nak buat apa-apa, ni memang jenis yang tak amik peduli hal-hal dapur. Sekarang amik kau! Kalau setakat tak reti nak potong bawang tu takpe lagi, ni sampai lengkuas pun tak tau hidupan lama tu memang kronik habis la.

Hati-hati... minyak panas tu!

Tapi yang bestnya part masa nak basuh ayam. Yang bertugas untuk basuh ayam 2 orang je sebenarnya. Tapi nasiblah ada yang terlebih rajin nak interframe sama tolong basuhkan ayam-ayam tu. Lagi-lagi fotografer memang ramai ambik gambar masa bersihkan ayam tu. Lagi cepat ayam siap, lagi sepat makan.. Betul tak? Hehehe...

Tak kira ada ayam tak ada ayam, janji posing... Hehehe
Ni lagi satu, pasal sentri. Tau apa tu sentri? Ala... bukan polis sentri, tu permainan kanak-kanak. Istilah tinggi dia jaga ataupun guard la. Setiap kumpulan mengikut khemah akan berjaga selama sejam 15 minit berjag, mana tau anjing masuk kawasan kem ke, ikan todak menyerang kem ke, tetiba Angry Bird mengganas ke, mana la tau kan. Tapi yang sebenarnya, bukan semua pun berjaga sampai nak tersembul bijik mata, tak kurang jugak yang... errr... er... tengok sendiri la...

Seriously, time ni mengantuk sesangat. Apa lagi, tidur la...
Yang lain.. apa lagi ek? Oh ya, bergotong royong membersihkan kawassan kem! Masa ni la nak kenal-kenal nama (walaupun masih ada budak BT tak kenal aku, juz panggil dengan gelaran 'bendahari' dengan 'MC' je). Masa ni walaupun tak kenal tapi still nak bergurau. AJK Kebersihan memainkan peranan yang penting, sebab apa? Dua kawasan ni; dapur dan bilik air mesti bersih, baru la seronok. Kalau kotor, pastu dengan 'emas' yang terdampar kat mangkuk tandas siapa yang  happy kan? Tapi tahniahlah kepada AJK Kebersihan sebab bertanggungjawab dan komited! Yeahhh~

Melepak malam terakhir kat kem sampai tak sedar pagi
Hurmmm.... bagi yang rasa BIG ni tak best, tak apa, korang pergi dulu, tengok korang enjoy ke tak. As long as korang rasa happy and bukakan hati korang untuk enjoy benda ni, insyaAllah semuanya akan OK. Lepas ni kena buat folio BIG pulak, tengok yang trip first yang pegi hari tu, tebal bukan kemain lagi. Adoyai, serabut kepala...

Goodbye PD! See you again very soon...
Kepada rakan-rakan yang nak pegi BIG tu, good luck and hati-hati tau. Enjoy sudaaahhh...


AAA : Jangan lupa sunblock dengan losyen mosquito repellent tuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...