Pages

November 26, 2011

Kawan Lama



Assalamulaikum w.b.t ...

Tak sangka, dah19 taun aku hidup kat atas muka bumi ni. Dah macam-macam benda dah aku tengok, dah macam-macam ragam dah aku jumpa, dah macam-macam orang dah aku kawan, tapi kan, takde siapa boleh beat best friend aku masa kecik dulu.

Nama dia Abdul Samad (nama bapak dia aku dah tak ingat). Dia classmate aku dari prasekolah sampailah Darjah 1 (sebab Darjah 2 aku pindah ke sekolah lain ikut mama dengan papa transfer sekolah). Rumah dia sebelah rumah pembantu rumah kitorang tu je. Kadang-kadang, kalau ikut pembantu rumah aku tu balik, aku akan melepak sekali kat rumah dia (selamba je aku melepak rumah orang).

Bila jumpa je, mulalah kitorang buat perangai nakal kitorang. Masa kecik aku nakal gila, tak tau la kenapa masa dah besar panjang ni innocent pulak... Cewah! Kitorang 2 selalu main bawah rumah orang, pastu cari sarang burung. Main-main dengan burung tu kejap, kadang-kadang curi anak burung tu, kononnya nak jaga, tapi alhamdulillah hidup ke tua gak burung tu (agaknya?)...

Lepas tu, kitorang cari lumpur, kumpul dalam karung plastik, pastu baling kat jalan, tak kira la orang lalu kat situ ke tak. Masa hujan pulak, mandi kat parit belakang sekolah. Ramai-ramai pulak tu, mama bukan main marah lagi masa tu, siap berkejar-kejar lagi. Masa raya pulak, baling-baling mercun kat rumah orang. Memang tahap asam keping betul jugak la.

Masa nak pindah tu, rasa sedih sangat sebab tak dapat nak jumpa dia lagi dah. Seriously, lepas aku blah je dari situ, aku dah tak jejakkan kaki aku ke situ lagi dah. Mujurlah lepas 11 tahun, papa aku dinaikkan pangkat jadi Guru Besar kat sekolah lama aku tu, dapat aku jejak balik ke kampung tu. Tapi aku tak jumpa dia langsung, bak kata bekas pembantu rumah aku tu, dia tengah kerja kat bandar. Huh... Frust la jugak. Tapi nak buat macam mana, harap-harap satu hari nanti aku dapat jumpa dia sebelum aku kawin, sebab aku nak diajadi pengapit aku.


AAA: Lepas dia, dah tak jumpa lagi kawan yang boleh dijadikan sahabat masa susah dan senang...

November 22, 2011

The Road Not Taken


I'm sure a lot of you know about this poem. This poem really inspire me especially when I'm in conflict and dilemma; got to choose the best choice among them. Enjoy...

THE ROAD NOT TAKEN

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference
.

By: Robert Frost

AAA : Really miss my English teacher, Miss Rabiah. I gonna see you soon, miss!

November 19, 2011

Happy Giler Kentang!


Happy… Happy… Happy… Ni bukan lagu Amy Mastura tau, apatah lagi Happy Meal kat McD tu. Jauh menyimpang dari jalanan yang lurus. Ceh, ayat dia… Nak tau kenapa aku happy gila kentang goring bergulai cicah budu ari ni? Sebab.. Erm…. Sebab…. Sebab…. Ah, baca sendiri la, nak cerita sampai bini aku beranak anak ke-4 pun takkan habis punya.

Soalan exam ari tu senang sesangat-sangatnya
Haaa… kan dah cakap! Soalan ari tu senang gila kentang goreng kunyit berlada cicah budu. Aku pun jawab paper tu dengan senang hati ibarat kucing parsi terkinja-kinja dapat ais krim Paddle Pop. Takde la senang sangat sampai kalau tak belajar pun boleh score, tapi soalan dia selalu kitorang buat dalam kelas, takde la sebijik keluar tapi ada iras-iras kembar seiras jugak la soalan tu. Wakakakaka… Kalau nak dapat A tu tak la kot, tapi B itu kompom! Ceh, bunyi dia, kompiden siput kot…
 
Akaun lama facebook dapat dibukak balik
Setelah kucuba beberapa bulan, akhirnya dapat gak aku akses akaun lama aku balik. Ni semua gara-gara virus ‘Hi, how are you? Wanna laugh?’ tu. Lepas tukar password semua, dapat la akses balik seperti biasa. So, sesaper yang belum add tu, boleh la add Azwan Lai Azahary atau Azwan Lai Azahary II. Tapi sebelum tu kena like fanpage blog ni dulu tau. Hehehe…
 

Of course la ‘terbang’ membelah awan dania ke bumi kenyalangku sayang…
Seperti yang korang sedia maklum, ari ni kan dah start cuti ujung taun bagi semua IPG (walaupun ada yang dah balik sejurus lepas exam habis). So, takkan aku nak stay mereput kat sini sorang diri, lebih baik aku balik. Bak kata orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri (apa yang bestnya sangat bat utu kalau nak dibandingkan dengan emas?). Flight pukul 1.00 ke Kuching.


So, kalau korang tengah baca entri ni lepas pukul 3 petang, that’s mean aku dah menyeberang Laut China Selatan, kembali ke tanah tumpah darahku (seriously aku tak pernah luka kat sini dulu). Insya-Allah aku akan kembali ke sini menyambungperjuanganku yang bakal bermula di dgree, Insya-Allah. Maybe ni entry last yang aku buat sebelum balik ke sana. Kalau kat rumah memang tak akan online punya, kompom (sebab line susah nak dapat). Kalau aku tak update Facebook, Twitter ataupun blog ni berkulat dan berbau hapak esok, ertinya memang tak online lah tu.

Tiket balik kali ni disponsor oleh maktab, jangan jeles tau!

Sebelum mengundur diri ke balai berlepas, ada beberapa pesanan buat peminat-kipas-kipas-mati semua:
  1. Masa cuti ni buat perkara yang berpaedah sikit. At least, kemas-kemas rumah sampai berkilat ke, tak pun cari kerja sambilan
  2. Bagi yang SPM, jawab betul-betul soalan tu. Jangan study last-last minit (walaupun aku tergolong dalam golongan tu)
  3. Akan ada beberapa entri yang akan menemani korang di bawah rembulan kalau korang rindu aku
  4. Sementara tu, usha-usha la entri-entri yang dulu sekali ye… Ngeeeee~
  5. Oh ya, kepada Zudien , Yassin and da geng, all the best MUET yo~
  6. Selamat bercuti!

AAA : Tak tau nak buat apa cuti ni, yang pasti lima ari pasni pegi KL balik cuti dengan family (^_^)

November 17, 2011

Preview : Aku Bukan Tomboy

Lepas je habis exam tadi, member ajak pegi tengok wayang. Citer Aku Bukan Tomboy, lakonan makwe aku, Scha Al Yahya (sorry Awal, aku reserve dulu dari ko), kembar seiras aku, Shaheizy Sam ngan Syamsul Yusof pastu gandingan Salina Saibi, Sheera, Zarina AF ngan ramai lagi la.


Tapi sebelum tu, jom kita usha sinopsis ringkas-seringkas-ringkasnya (takleh cerita banyak, tengok sendiri la nanti) :

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboi ini, dia turut menyimpan hati terhadap seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara dua jejaka iaitu Harry dan Burn.

Antara dua; Harry atau Burn

Secara keseluruhan, aku boleh katakan filem ni KORANG WAJIB TENGOK. Sebab apa, aku tertarik ngan beberapa benda lam citer ni:
  • Sebagai seorang pengarah baru, Syamsul dikira berjaya dengan percubaan pertama dia, movie ni kira menjadi la
  • Dalam filem ni je, ramai pelakon dari zaman veteran sehinggalah ke zaman artis baru dalam citer nih
  • Adegan romantik dia agak pelik sikit (lain dari yang lain)
  • Watak pengkid lakonan Sheera, Salina Saibi ngan Zarina memang terbaik, lagi-lagi si Salina Saibi, pergghhh.... Pengkid popular KL tuh. Hahaha...
  • Komedi yang dihidangkan taklah keterlaluan, dan yang penting taklah menampakkan 'kebodohan'
  • Akan ada line yang orang akan ingat sampai bila-bila dalam citer ni, dalam trailer pon dah tengok kan?
    • Wooo... gila Awie dalam Sembilu, jiwang siot aku...
  • Kisah percintaan yang ditimbulkan dalam citer ni taklahterlalu klise, taklah terlalu sadis (bayangkan budak nerd bercouple dengan tomboy... huh)
  • Ending dia paling best!!!
Aalalala.... comeyyy...

Tapi macam biasa, bahasa yang diguna dalam citer ni ada yang tak sesuai untuk tatapan kanak-kanak, lagi-lagi yang bawah umur. Takut jadi ikutan pulak karang.
Pelakon-pelakon citer ni... superb!!!


Apa-apa pun, tahniah Syamsul Yusof sebab eksperimen komedi romantik pertama anda berjaya! Komedi bersahaja, sarat dengan mesej yang kadang-kadang menyentapkan lubuk hati anda (bagi sesiapa yang rasanya dirinya pengkid dan tomboy).

Rating : 4/5

AAA: Superb!!!

November 16, 2011

Keluangman... Siapa Tu???



Masa kecik-kecik dulu, sekitar 1998 kalau tak silap aku, animasi ni ditayangkan. Sapa ada tengok? Aku siap tengok dari episod pertama kot. Best gila, ni kira superhero terawal kat Malaysia. Dari kostum dia, kita dah tau dah diorang tiru Batman, tapi takpe, nama Melayu beb, mana ada kat negara lain ada superhero nama Keluangman, pesakit hospital sakit jiwa pulak tu.



Seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehero misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Watak-watak dalam kartun ni:

Borhan / Keluangman


Disebalik topeng Keluang Man  adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Borhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Apa sebab dia masuk hospital tu entah la. Keluang Man ni pulak alter-ego nya sebelah malam, sama macam Batman. Dia akan menceroboh keluar dari hospital pada waktu malam demi menyelamatkan insan lemah dari para penjenayah. Gajet takde la sehebat Batman, tapi yang paling popular boomerang dia. Watchaaa!!!

Samad / Tiongman

Samad, member rapat Borhan kat Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman yakni sidekick bagi Keluang Man. Dia ada awek nama Aishah tetapi dia putuskan hubungan dia dengan Aishah sebab orang ramai kata dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi saja. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad  seorang mekanik yang berjaya, tapi lepas  kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku kat bengkelnya, dia hilang ingatan dan perlu dipulihkan.

Inspektor Sahab


Inspektor polis yang selalu lewat ke lokasi kejadian, sejurus lepas Keluangman dengan Tiongman blah dari situ. Beliau agak bengang dengan dengan superhero dua orang tu dan menyimpan hasrat untuk tangkap kedua-dua mereka, tapi sayang usahanya gagal.


Khaty Ismail
Wartawan bagi akhbar Metropolitan Tumpoi, selalunya berada kat kawasan kejadian masa Keluangman menjalankan misinya. Dia tersangat nak tahu siapa insan di sebalik topeng tersebut. Dia seakan-akan menaruh perasaan kat Keluangman pun ada dalam cerita ni.

Nak tahu apa yang paling best? Mestilah lagu tema dia, dulu jadi siulan ramai kot. Hehehe...


Dengar kata, ada yang nak buat remake Keluangman dalam bentuk 3D. Apa cerita sekarang ngan bila keluar, entah la.


 
AAA : Pasni nak buat entri pasal Usop Sontorian pulak.

November 14, 2011

Ini Satu Amaran!!!


Fuhhh… baru je habis menangis, puas aku menangis ari nih Tahniah exam paper, ko benda pertama kat maktab ni buat aku menangis bagai nak rak nih. Rasa tersentap pangkal jantung aku dikerjakan soalan esei fizik tu tadi. Punyalah bagai nak mati aku hafal semua formula, pastu aku focus kat tiga topic ni je; MEDAN MAGNET, TRANSFORMER ngan REKTIFIKASI. Nasib baik keluar, dapat la tamping markah aku yang agak sengal-sengal ubi kat situ.
OK, seriously bila aku belek je paper tu, aku tersenyum puas bila tengok soalan struktur dia, sebab malam sebelumnya dah bergasak dengan Dato, Izzat ngan Amin (thanks Dato, u really help all of us last night) , dah tu memang sebijik pulak soalan dengan benda yang kitorang ‘bualkan’ malam tu. Tapi, masa ni belum tengok soalan esei lagi.

Haaa… ni part yang best, bila aku tengok je soalan esei Fizik tu, soalan 1 (a) tetiba aku macam orang bodoh. Apa ke benda soalan ni nak. Aku tengok member-member yang lain dah berkerut dahi dah, tak kurang yang mengeluh dan menjerit kecil, yang rasa macam nak menagis tu tak payah cakap la, aku pun rasa macam tu gak. Tengok soalan (b), wah soalan fevered aku! Tapi just 10 markah je, boleh la nak tampung markah aku mana-mana yang koyak rabak tu.

Tengok pulak soalan 2 (a), aku boleh katakana sebagai senang sebab sebahagian besar istilah tu dah di belajar masa SPM, malangnya aku macam orang hilang ingatan. Tetiba otak jammed. Yea, persitiwa semester lepas berlaku lagi ye. Tetiba aku rasa blank walhal dah baca. Tapi bila fikir balik kan, apa sebab benda-benda cenggini boleh berlaku ek?
Pada pendapat aku la, ada beberapa sebab kot, antaranya:
  • Kita expect soalan susah-gila-kentang, tapi yang kuar pulak senang-gila-gerudi (selalunya orang sains ni takleh jawab soalan sepsis cenggini)
  • Nak recall balik apa yang kit abaca, tpi tak boleh sebab nervous sangat
  • Masa jawab soalan tu, memang dah down habis dah masa tu. Apa yang ada dalam kepala otak masa tu hanyalah, “memang kompom repeat la ku taun depan”
  • Rasa cemas lagi suspens  berjaya menconquer minda ngan soul kita, sikit-sikit nak tengok jam, sikit-sikit nak tengok jam
  • Belajar ikut apa yang dispot je, walhal takde spot pun untuk soalan Sains 1 nih
  • Ni sebab paling sadis skali, TAK BELAJAR, MEN FACEBOOK, BLOGGING, TWITTERING, SKYPING, MANGA-ING je lebih…
Well, aku jadi bangang cenggitu masa exam tadi disebabkan salah satu sebab di atas, tapi bukan yang last sekali ye. Sori sikit. Apa-apa pun, berdoa je la kita semua LULUS ye. Mudah-mudahan perjalanan kita ke Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pend Sains dipermudahkan oleh-Nya. Amin….

INGAT, INI SATU PENGAJARAN!!!

AAA : Sekarang fokus untuk kertas Sains 2 pulak, pastu, packing and then BALIK!!! yuhuuu!!!

November 12, 2011

LEGO time!!!


Ingat tak korang, masa kecik-kecik dulu, ada satu permainan ala-ala blok ni, kalau cantum-cantumkan dia boleh jadi kereta, tukar-tukar balik boleh jadi bentuk raksasa. Masa tu, figura adik kompom kalah sebab raksasa aku memang bapak besar dia! Muahahahaha... (ketawa kejam)

Jenama paling popular... LEGO!!!


Kalau istilah general dia, orang panggil Lego, tapi LEGO ni sebenarnya salah satu nama produk blok-blok macam ni gak, cuma LEGO tu lagi kecik, nipis, dan siap ada aset tambahan lagi; manusia, tayar, litar, pokok dan macam-macam lagi la. Kalau cerita sampai cucu aku beranak nanti pun takkan habis.

Ada macam-macam bentuk, pilih je...

Mainan Lego ni ada beberapa bentuk asas; kiub, kiuboid, kalau nasib baik sikit boleh  jumpa piramid, hemisfrera ngan silinder. Kalau untuk umur macam budak-budak tadika macam tu, blok dia kecik sikit. Tapi kalau untuk bawah umur 5 tahun, blok dia memang gedabak besarnya, siap ada mata dengan mulut lagi. Comelnya bila tengok macam tu.

Aik, Angry Bird pun ada???

Sekarang ni, manalah nak jumpa benda alah tu lagi. Tapi hari tu, aku ada terjumpa yang set mainan LEGO ni, stail giler. Set dia ada macam; lapangan terbang, litar lumba, kolam renang. Aku dengan selamba dadahnya beli LEGO tu dan main pasang-pasang dengan adik-adik.  Terimbau balik nostalgia lama. Waaaa~

Aku teringin sangat nak ada set macam ni.


AAA : Nasib baik semua adik aku sempat main benda alah ni sebelum pupus ditelan PSP dan sekutunya...

November 10, 2011

Alam Angker : Lorong Sunyi


Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!

November 9, 2011

Exam!!! Exam!!! Exam!!!


Hari ni, tanggal 9 November 2011, bermulalah sesi peperangan (peperiksaan) bagi guru-guru pelatih di IPG seluruh Malaysia. Star dariapada semalam, kerap jugak lah chat kat facebook aku pop-out macam popcorn tanya pasal benda tu, benda ni, mintak tolong tu, mintak tolong ni. Tak tidur dibuatnya. Nasib baik log out awal, pastu Subuh pagi tadi baru online balik.


Ok la, memandangkan minggu ni dengan minggu depan exam week, so tak janji lanak pos apa-apa entri terbaru ek. Tengok la kelapangan tu macam mana. Tak pun, calit sikit sikit je buat tatapan peminat die hard semua. Cewah, macm Justin Bieber pulak dah.


Bagi calon peperiksaan semua, all da best yo! Jangan stres, jangan tension, doa banyak-banyak. See ya!

AAA: seriously, x study apa-apa pon lagi...

November 8, 2011

Harga Kain Di Malaysia Paling Mahal!!!


Berita melaporkan...

Kesemua harga kain di kedai mahupun pusat membeli belah telah meningkat dengan mendadak semenjak semalam. Perkara ini mengejutkan ramai pihak dan ini pastinya merunsingkan para ibu bapa yang berpendapatan rendah yang sudah pastinya berdepan dengan masalah kewangan untuk membeli kain bagi membuat baju anak-anak. Ini disebabkan oleh banjir yang semakin menenggelamkan tanah semenanjung Malaysia.

Pengusaha kedai tekstil terkemuka, Encik Labucci Capuccino berkata, perkara ini mungkin akan menyebabkan ramai pihak akan membeli kain dalam kuantiti yang sedikit, jadi ini memberi implikasi yang buruk...

Kalau hujung taun macam ni, memang kompom banjir punya...

 
Hah, jangan nak pura-pura terkejut; mata terlopongmacam nak tersembul mulut  ternganga seluas lautan Atlantik bagai. Inilah realitinya, bukan fantasi ataupun mimpi ngeri apatah lagi mengigaumalam sampai terkencing-kencing. Bukan, bukan dan bukan! Ceh… beriya-riya je bunyi.
Apa, korang still tak caya lagi? Muka jambu cun cenggini takkan korang tak caya kot. Aku kata kambing makan  McFlurry pun Megan Fox dengan The Kardashians percaya kot, takkan korang tak percaya. Please laaaa…
Ingatkan harga sayur dengan beras je yang naik sebab banjir ni, rupanya harga kain pun menggedik nak naik jugak.  Kalau yang tinggal kat kampung tu takde la terasa sangat, sebab kos sara hidup tak berapa nak tinggi. Kalau nak tau, diorang kat kampung tu lagi kaya dari orang Bandar tau, diorang bukan belanja banyak pun kat kampung tu, semua benda dah terbentang kat depan mata. Orang bandar pulak, menggelepar tahan lapar semata-mata nak beli iPhone, Corby, Galaxy bagai, walhal kalau dilempar kat dinding bersepai jugak. Nokia 3310 jugak tahan lasak kat sini.

Patutlah tuala adik aku hilang, dia yang kebas rupanya.
Yang paling sengsara dah pastinya golongan artis. Ye lah, diorang kan perlu banyak baju. Kalau setakat 3 almari je, baik tak payah la, tu setakat koleksi maid diorang je tu.  Bila dah harga kain ni mahal, so diorang tak boleh la beli banyak sangat.  Kalau boleh, beli 2 meter je kot, kalau beli banyak nanti takde duit nak beli top-up nak call reporters buat press-conference. Sebab tu kalau ada majlis anugerah tu, ada yang macam kain tak cukup je, kalau lintah ke, pacat ke menyelinap masuk, memang puas diorang hisap darah, kalau lebah atau penyengat pulak, siap boleh bersarang lagi kat situ.

Oooppssss! Cuba teka agama apa? Islam... WHAT???
Ada kadang-kadang tu, kain macam main lilit-lilit je, dah macam sardin roll pulak aku tengok.  Ada pulak trend yang tertutup litup atas, kat bawah Nampak je dia punya [18SX] kalau duduk kaki bersilang. Ada jugak kat bawah tertutup rapi tapi kat atas pulak terjojol macam dadih nak tumpah dari bekas dia. Ish3…

Seksi tak I, sorry la kain tak cukup... Ahaks!
Kadang-kadang kesian jugak tengok diorang ni, rasa macam nak sedekahkan kain langsir kat rumah tu wat tambah-tambah mana-mana bahagian yang teredah lagi terjojol tu. Tau la sekarang ni panas terik, tapi takyah la sampai nak berkemban bagai. Mau tersembul mata si laki yang sang wanita pakai macam tu. Kadang-kadang tu, macam pe***** pun ada,kesian kesian…

AAA : entri bukan ditujukan kat gologan artis je, tapi sapa-sapa yang berkenaan. sapa tersentap dia terasa..

November 7, 2011

Preview : Sector 7 (7광구)


Baru-baru ni aku ngan sorang lagi member aku tengok citer Sector 7. Teruja gak ar sebab trailer dia selalu je ditayangkan, lagi-lagi makwe aku, Ha Ji Won yang berlakon dalam tu, aku apa lagi. Hehehe...

Movie berkisar tentang sekumpulan penggali minyak kat pelantar minyak kat sebuah kawasan digelar Sector 7 ni dah cuba beberapa kali nak cari minyak, tapi tak jumpa-jumpa. Sebenarnya tujuan diorang dihantar kat sana bukan sebab nak disuruh cari minyak, tapi ada satu rahsia yang terselindung di sebaliknya. Waahh... bunyi dia macam suspens je kan. Mesti korang nak tau, apa ke benda la Sector 7 tu. Dari perkataan 'Sector' tu kita dah tau dah memang merujuk kat tempat diorang gali minyak tu. Seram dan suspens dia taklah keterlaluan. Apa yang menarik lam movie ni:

Daripada secomel-comel makhluk, bertukar jadi monster hasil eksperimen insan tak bertanggungjawab
  • Lakonan Ha Ji Won memang mantap beb. Lasak gak minah ni.Kalau Hollywood ada Angelina Jolie ngan Megan Fox, Asia ada Ha Ji Won!!!
  • Latar tempat dia satu je, PELANTAR MINYAK.
  • Monster lam movie ni paling liat sekali nak mati, dah ditembak, dah dibakar, last-last digerudi baru mati
  • Satu kejadian yang menarik perhatian aku, ada satu hidupan kat Sector 7 ni boleh menghasilkan minyak sendiri
  • Monster ni nak kata alien pun tak, nak kata haiwan pun tak. Ye lah, haiwan eksperimen kan.
  • Hidupan kecik pada awal cerita tu nampak comel tapi tiba-tiba NGAPPP!!! Ambik kau, dia sengat kau dengan lidah dia
  • CGI masih boleh diperbaiki tapi still masih boleh buat korang puas tengok movie nih
  • Unsur suspens, komedi ngan aksi yang seimbang antara pelakon
Errr... rasa-rasanya ikan paus pun muat dalam mulutnya tuh...


Secara keseluruhan, aku bagi rating 3/5 kat movie nih. Walaupun tak seseram mana (bukan cerita antu pun, nak takot wat apa), tapi jalan ceritanya memang lain dari yang lain. Cayalah! Aku pun tak tau aku tengok citer sebab nak tengok monster tu je ke ataupun tengok Ha Ji Won...

    November 6, 2011

    Ada Apa Dengan Aidiladha?



    Ada apa dengan Aidiladha?
    Apakah untuk sekadar memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang terpaksa menyembelih  puteranya?
    Apakah cukup sekadar kita tahu kaitannya dengan ibadah Haji, rukun Islam kelima?
    Apakah ianya suatu simbolik dengan rebahnya lembu dan unta?
    Atau apakah sekadar cukup dengan gemaan takbir di langit membiru cuma?
    Apakah aku masih belum mengerti maksud di sebalik sinarmu ya Aidiladha?
    Apakah aku masih jauh tersasar di jalan Tuhanku yang maha esa lagi maha kaya?

    Ada apa dengan Aidiladha?
    Aidiladha bukan hanya mengenai peristiwa Nabi Ibrahim AS bersama puteranya...
    Aidiladha bukan hanya tentang ibadah haji yang dikerjakan di Masjidil Haram nun di sana...
    Aidiladha bukan sekadar simbolik dengan menyembelih lembu dan unta...
    Aidiladha bukan sekadar laungan takbir yang sayu dan mencengkam jiwa.. 
    Bukan! Bukan sekadar itu!
    Namun lebih daripada itu..

    Ada apa dengan Aidiladha?
    Apakah kau lupa pengorbanan ibumu dari dalam kandungan hingga menjengah ke dunia?
    Apakah kau lupa pengorbanan bapamu yang berbanting tulang mencari nafkah untuk keluarga?
    Apakah kau lupa pengorbanan gurumu yang mengajarmu daripada buta hingga celik semuanya?
    Apakah kau lupa pengorbanan sahabatmu yang sedia di sisi di saat suka mahupun duka?
    Apakah kau lupa pengorbanan dirimu sendiri demi impian yang kau kejar sekian lama?
    Apakah kau lupa?

    Ada apa dengan Aidiladha?
    Jika kau lupa, tanyakan pada dirimu kenapa
    Jika kau hanya berpura-pura, pijaklah dunia yang nyata
    Jika kau keliru, carilah jawapannya
    Jika kau tersesat, mohonlah petunjuk Yang Maha Esa

    Ada apa dengan Aidiladha?
    Adakah hanya sekadar nama?

    Ihsan : ILuvIslam.com

    Salam Aidiladha daripada saya, Azwan Lai Azahary
     kepada pembaca semua...

    AAA: tahun ni raya pertama kat perantauan... makan je la apa yang ada...

    November 5, 2011

    Versus: Masa Kapel VS Masa Kawin


    Sekarang ni, kita lebih banyak tengok kapel berkepit tangan berbanding ngan laki bini. Kadang-kadang keliru gak yang mana satu kapel ngan yang mana satu suami isteri. Pening.... Pening... Ni lah sebenarnya lumrah manusia, habis madu sepah dibuang. Masa kapel, bukan main lagi, jalan kepit sampai lalat lalu antara diorang dua pun lenyek sebab rapat sangat. Kalau laki bini lak, sorang jalan ke utara, sorang ke selatan, tapi tak semua la. Yang jadi bersepah macam ni pun anak-anak muda yang kononnya the best couple suatu ketika dulu tu. Tak caya? Tengok ni, pastu korang cuba perhatikan...

    Masa Kapel...

    Alaalala.... sweetnya..... sama comel sama padan....
    1. Dialah intan, dialah payung, dialah emas, tempatku bermadu kasih
    2. Sanggup terjun dari bangunan semata-mata nak tunjuk yang kononnya dia tu betul-betul sayang kat awek dia
    3. Kalau mesej sampai, cepat-cepat je balas, siap top up banyak-banyak gi demi awek yang tersayang
    4. Tiap kali awek dia update status, mesti di'like'nya, siap main tag-tag nama pulak tu, menyampah aku tengok
    5. Asal anniversary je, berlambak la coklat Ferero Rosyam Nor, minyak wangi Silky Gugurl, patung teddy bear, gajah, lembu, kerbau, panda, buaya semua dihadiahnya sampai tak muat lagi dah bilik tu
    6. Ayat popular : "Saya rasa saya orang paling bertuah kat dunia ni sebab ada teman macam awak, terima kasih awak..."
    7. Nikmat paling berhrga adalah dapat menatap wajah awek di depan mata
    8. Bergayut tahan je lima ke enam jam, sampai cramp rahang tu
    9. Kalau nak pujuk awek supaya berenti merajuk, bagilah coklat ke, bunga ke, kad romantik ke
    10. Sanggup berjanji kononnya takkan tinggalkan si awek ni sampai bila-bila
    Masa Kawin (kita amik beberapa taun kemudian)

    Masani masing-masing bawak ego masing-masing
    1. Dialah sampah, dialah najis, dialah pembawa sial, tempatku menerajang dan menampar
    2. Sanggup suruh bini dia lak terjun dari bangunan supaya dia dapat cari bini baru
    3. Mesej tak direply, call tak diangkat, miss call pun tak dijenguknya sapa callernya, pulak tu sanggup tak top up tepon sebab ada nombor baru nak mesej ngan pompuan lain
    4. Masa berfacebook, bila dichat dia lak offline, siap diunfriendnya lagi bininya tu, tu belum lagi masuk yang block terus akaun bini dia
    5. Masa anniversary bersepah la coklat Ferero Rosyam Nor dibalingnya ke dinding, minyak wangi Silky Gugurl dispraynya kat nyamuk dan lipas, semua patung hilang kepala, tangan dan kaki dikerkahnya walhal bergaduh sebab hal sabun cuci je
    6. Ayat popular: "Menyesal aku kawin ngan kau dulu, tak habis-habis menyusahkan aku. buat semak idup aku je!"
    7. Nikmat paling berharga adalah bila isteri tak ada kat umah nak membebel-bebel kat suami
    8. Asal angkat je, mesti dia jawab cenggini, "Abang tengah meeting dengan klien nih..." walhal dia tengah rilels-rileks sambil memancing ikan dengan kengkawan dia
    9. Kalau nak suruh isteri berhenti membebel, bagilah pelempang dan terajang. Nah, ni makan dia..
    10. Sanggup berjanji dengan skandal dia kononnya akan tinggalkan anak bini kat rumah tu. Kalau boleh, cerai je terus...

    Bukan semua pasangan yang akan mengalami situasi ni, bergantung kepada toleransi dan perasaan kasih antara saru sama lain. Kahwin bukan mengenai cinta dan seks semata-mata, namun lebih dari itu. Empati, kasih, toleransi, sayang... Jika semua ramuan ini diadun, maka barulah terhasilnya PERASAAN CINTA yang sebenar, Ingat, jika kita mencintai Tuhan terlebih dahulu, insyaAllah, hubungan kita dengan pasangan kita akan berkekalan lama. 

    November 4, 2011

    Bukan Semua Suka Kita...


    Assalamualaikum...

    Beberapa hari yang lepas, ada seorang hamba Allah mengadu kepada Pak Wan, katanya tidak semua orang di dalam kelasnya suka pada dirinya, lebih-lebih lagi corak kepimpinannya. Kadang kala, dia seakan-akan ingin berputus asa dengan apa yang terjadi kepadanya. Namun, di sini Pak Wan ingin sampaikan satu pesanan kepada pembaca semua. Sudah menjadi lumrah kehidupan, dalam dunia ini perlu ada anasir positif-negatif nya. Sebagai contoh:

    • Baik - Jahat
    • Sejuk - Panas
    • Gembira - Marah
    • Besar -Kecik
    • Sikit - Banyak
    Kalau kita perhatikan, walaupun kedua-duanya adalah berbeza dari segi sifat, tetapi mereka saling berkait rapat dan memerlukan satu sama lain. Tanpa salah satunya, maka tidak lengkaplah metafora kehidupan kita di dunia ini. Sebagai contoh, jika semua semua orang jahat duduk di muka bumi ini, bumi akan mengalami kemusnahan, begitu juga jika semua orang baik duduk di muka bumi ini, kehidupan mungkin sedikit membosankan, tiada cabaran langsung! Oleh sebab itulah, wujudnya syurga dan neraka yang mana insan baik akan masuk ke syurga manakala orang yang buruk sifatnya pula menghuni neraka.

    Baiklah, dalam konteks kehidupan seharian kita pula, jika kita perasan, akan ada orang suka akan kehadiran kita dalam kelompok mereka, tidak kurang juga yang kurang senang dengan kehadiran kita, lebih-lebih lagi apabila kita mendapat kelebihan berbanding mereka. Contoh paling mudah, apabila kita dinaikkan pangkat ataupun mendapat pangkat untuk memimpin orang bawahan di kelas, organisasi ataupun tempat kerja kita, pastinya ada saja yang kurang senang dengan jawatan yang kita peroleh. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kita walau dengan apa cara sekalipun.

    Cabaran sememangnya menanti kita apabila 'golongan penentang' ini mula menjalankan misi untuk menjatuhkan kita. Antara taktik-taktik mereka ini adalah:
    • Memburuk-burukkan kita di hadapan anak buah
    • Melemparkan fitnah yang kadang kalanya tidak berasas
    • Cepat saja menghukum kita sekiranya kita tersilap membuat pertimbangan atau keputusan
    • Hanya tahu mencari kekurangan diri kita, kelebihan yang ada pada kita dihiraukan sama sekali
    • Sentiasa menentang idea yang kita utarakan dan merasakan idea mereka lebh bernas
    • Mula menghasut orang lain supaya menjauhkan diri dari kita
    Motif mereka berperangai sebegini? Mungkin...
    • Cemburu dengan kelebihan / jawatan yang kita miliki
    • Tidak pernah ada seorangpun dalam hidupnya melebihi sesuatu dari dirinya sendiri
    • Perasaan ego yang tak bertempat
    • Balas dendam
    • Sentiasa berpandangan negatif terhadap orang lain
    • Saja-saja, ingin meraih perhatian orang sekeliling
    Apa yang boleh kita lakukan? Senang saja, ikut pesan Pak Wan...
    • Cuba tanyakan kepada mereka apa silap kita kepada mereka (jika ada)
    • Bersabar apabila fitnah dilemparkan kepada kita
    • Berhati-hati apabila bertindak dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
    • Muhasabah diri kita dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja yang kita lakukan
    • Cubalah untuk mendekati dan menyelami apa yang terbuku di dalam hati mereka
    • Berdoalah semoga Allah bukakan hati mereka dan bersihkan jiwa mereka dari perasaan hasad

    InsyaAllah, dengan pesanan Pak Wan serba ringkas ini, mudah-mudahan kita semua dapat hidup dengan  tenang dan bebas stres. Ingat pesan Pak Wan yang terakhir ni:

    "Manusia tidak akan pernah puas akan sesuatu. Maka, amatlah sukar bagi kita untuk memuaskan hati semua orang. Yang penting, asalkan diri kita sendiri puas, hidup kita bahagia dan tidak mengganggu orang lain, itu sudah memadai..."




    AAA : Teringat masa mula-mula dilantik jadi pengawas sekolah dulu, semua orang mula menjauhkan diri...

    November 3, 2011

    Alam Angker : Kaki Mencari Jasad


    Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

    Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

    "Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

    "Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

    Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

    Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

    Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

    "Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

    "Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

    Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

    Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

    "Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

    "Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

    "Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

    Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

    Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

    Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

    "Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

    Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

    "Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

    "Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

    "Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

    "Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

    "Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

    Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya

    Science GaGa Tour : Port Dickson


    Gambar ni aku amik masa program rekreasi kat Port Dickson. Best gila kentang goreng! Macam - macam dibuatnya, main tanam-tanam, buat istana pasir, main polo air (versi kitorang sendiri), smackdown water version, belajar berenang (siap ada yang challenge orang gi sapa menyelam paling lama) dan pastinya kalau pegi PD of course la naik banana boat... Ngeeeee~








    November 2, 2011

    Soalan Mencarut ...



    Buat pembaca semua, mintak tolong sikit boleh? Ala…bukan banyak pun, saya bukan mintak tolong angkat guni beras dari Kulim ke Cheras pon, just jawab beberapa jawapan ni. Tapi, korang kena jujur tau! Apa korang perlu buat, just pilih antara dua jawapan ni untuk setiap soalan (korang belasah je la waima takde option feveret korang sekalipun) Are you ready? OK, let’s go…

    1. KFC atau McD?
    2.   ABC atau cendol?
    3. Kenderaan sendiri ke public transport?
    4. Teksi ke bas?
    5. Gila ke gila-gila?
    6.  Mini cooper ke chopper?
    7. Hotel ke resort?
    8. Pantai ke pulau?
    9. One Utama ke Pavilion?
    10. Facebook ke Twitter?
    11.  Ais krim ke coklat?
    12.  Malaysia Airlines ke Air Asia?
    13.   Makanan bakar ke stim?
    14.  Sup ke tom yam?
    15.  Gila ke gila-gila?
    16. Kasut ke sandal?
    17.  Proton ke Perodua?
    18.  Salad ke ulam?
    19. Drama Indon ke korea?
    20. Shopping mall ke pasar malam?


    OK, selamat menjawab! Jom kenali diri anda!

    November 1, 2011

    Aku.... Aku... Dan Aku... [Bhg I]


    Assalamualaikum w.b.t ...

    Bersempena dengan bulan baru nih, elok gak la bukak satuchapter baru dalam idup ni kan? Baru-baru ni aku ditag oleh dua blogger dari plenet mana tah, Buah Epal Tergolek dengan Fallen From Van Pak Guard diorang tanya soalan-soalan pelik nih, aku apa lagi, bajet artis lah... hahaha... Tapi first of all, aku kena bagitau 11 + 5  benda tentang aku, so aku listkan lah ye...

    1. Asalnya memang seorang yang gemuk, cuma bila masuk sekolah menengah dah mula susut dan kurus ala-ala zombi gitu, pas je SPM sampai la sekarang kembali berisi, nasib baik x obes
    2. Suka baca novel-novel cinta, especially yang selepas kahwin sebab aku lebih senang nak imagine yang lepas kahwin berbanding yang sebelum kahwin (geli la aku)
    3. X reti-reti nak tunggang motosikal, so kalau ada sesapa nak suoh aku bawak motor dia, kalau bersepai tanggung sendiri ya
    4. Jenis yang susah nak bercakap dengan orang, aku hanya bercakap dengan tu kalau aku rasa aku serasi dengan seseorang tu (but it will take time)
    5. Sangat-sangat ANTI dengan spesis orang yang suka kondemn orang lain, cuba la doakan kejayaan orang lain, kan dapat pahala
    6. Gayat yang teramat sangat, x boleh berada kat tempat yang x stabil dalam masa yang lama
    7. Seorang abang yang garang, tapi penyayang, hanya renungan mata ala-ala Oma Bertha (Sinetron Bawang Putih Bawang Merah) yang menjadi senjata nak takutkan adik-adik
    8. Suka makan, makan dan makan tapi jangan tanya aku sedap ke tak sebab aku akan main balun je
    9. Tahap kesabaran aku sangatlah rendah, paling x suka nak tunggu orang
    10. Bila berlakon, lebih prefer untuk berlakon watak ANTAGONIS (lebih senang nak feel berbanding protagonis) lagi-lagi yang psiko, aku suka!
    11. Sangat sangat mudah nak jeles dengan orang (tapi x sampai nak dengki tahap PhD la)
    12. Emotional sangat-sangat (senang nak marah dan tangkap leleh berbanding ketawa)
    13. Suka tengok movie yang bunuh-bunuh (SAW franchais) walaupun aku ni fobia dengan darah
    14. Lebih prefer makanan stim @ bakar compared to goreng
    15. Pernah bercinta masa sekolah rendah dulu, tapi terkantoi dengan satu sekolah, pulak tu mama dengan papa mengajar kat sekolah yang sama.. OMG!
    16. Paling x suka bila aku nak sponsor seseorang tu, dia tanya "ikhlas ke ni?" @ "takpe ke, or nak aku bayar balik?"... Can you just shut your mouth?
    Ok, dan inilah soalan-soalan dari si EPAL HIJAU TERGOLEK tadi ek?

    1. zodiak korang\
    • Taurus, sebab tu  aku ni ganas sikit walaupun berhati jambu, ...

    2. lappy brand apa ?
    • Acer, satu family pakai Acer, dengan pendrive-pendrive sekali.... Ko ada???

    3. perfume korang ?
    • Minyak attar... hahaha... takde ar, Aromadisiac For Men (ni mama yang kasi, suka sangat bau dia)


    4. anak ke ?
    • Anak sulung dari 5 orang adik-beradik, tapi tetap maintain manja melebihkan adik bongsu

    5. 5 blog paling suka ( link kan sekali ok )

    6. suka dressup mcm mana ?
    • Lebih ikut keselesaan asalkan kemas, tapi suka pakai tema biru-putih ataupun biru-hitam

    7. 5 lagu favourite
    • Someone like you - dedikasi buat ex
    • Waiting Outside The Line - masa tengah request relationship ngan awek
    • You Raise Me Up - banyak kenangan masa sekolah dengar lagu ni
    • That Man (Secret Garden OST) - Nak jadi macam lelaki dalam lagu tu
    • Masihkah Kau Ingat - nostalgia zaman kanak-kanak

    8. 5 wishes
    • Nak berlakon teater dan drama tv (berangan je la)
    • Nak kawin sebelum umur 30 taun (calon dah ada)
    • Nak bawak parents ngan parents-in law kerjakan umrah sama-sama
    • Nak jadi Power Rangers kaler purple (ada plak?)
    • Nak ......tuuut.... (internet disconnect la pulak)

    9. 5 things about love
    • Love is drama
    • Love is comedy
    • Love is horror
    • Love is action
    • Love is fantasy

    10. warna favourite
    • Mostly blue, sebab tu orang akan lebih kerap tengok aku pakai baju kaler biru. Apa-apa barang aku pun memang kaler biru, tak kira biru gelap ke biru terang. Selain tu, kaler oren sebab nampak ceria je!

    11. the most weirdo habit
    • Suka gigit barang tak kita plastik ke, getah ke, kayu ke, batu ke, nak kata lapar tak jugak. Dulu pernah gak gigit orang masa bergaduh, nasib baik tak putus jari anak orang tuh...



    OK, ni pulak soalan si FALLEN FROM VAN PAK GUARD pulak...

    1. What is you favorite blog? (include link, please)

    2. Your favorite quotes?
    • "aku adalah aku..." (Aisyeh!)

    3. Your strength?
    • My Craziness about anything!!! If I cant get it, NO ONE WILL! Hehehe... (evil laugh)

    4. What is do you think about friendship?
    • It is like our friend is on the ship, once they sink, they will sink with the ship (relationship). So, make sure the ship dont sink so that our friendship will last longer

    5. Do you believe in "A friend in need is a friend indeed"? Why?
    • Yup, dont ask me, ask yourself first.... hehehe...

    Itulah dia antara soalan-soalan yang dilemparkan kat skrin latpo aku nihm sampai bersepai skrin ni ha... Kalau nak kenal aku lebih dalam, so kenalah tanya sebab aku hanya akan cakap pasal diri aku kalau ada orang tanya pasal aku...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...