Pages

November 4, 2011

Bukan Semua Suka Kita...


Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas, ada seorang hamba Allah mengadu kepada Pak Wan, katanya tidak semua orang di dalam kelasnya suka pada dirinya, lebih-lebih lagi corak kepimpinannya. Kadang kala, dia seakan-akan ingin berputus asa dengan apa yang terjadi kepadanya. Namun, di sini Pak Wan ingin sampaikan satu pesanan kepada pembaca semua. Sudah menjadi lumrah kehidupan, dalam dunia ini perlu ada anasir positif-negatif nya. Sebagai contoh:

  • Baik - Jahat
  • Sejuk - Panas
  • Gembira - Marah
  • Besar -Kecik
  • Sikit - Banyak
Kalau kita perhatikan, walaupun kedua-duanya adalah berbeza dari segi sifat, tetapi mereka saling berkait rapat dan memerlukan satu sama lain. Tanpa salah satunya, maka tidak lengkaplah metafora kehidupan kita di dunia ini. Sebagai contoh, jika semua semua orang jahat duduk di muka bumi ini, bumi akan mengalami kemusnahan, begitu juga jika semua orang baik duduk di muka bumi ini, kehidupan mungkin sedikit membosankan, tiada cabaran langsung! Oleh sebab itulah, wujudnya syurga dan neraka yang mana insan baik akan masuk ke syurga manakala orang yang buruk sifatnya pula menghuni neraka.

Baiklah, dalam konteks kehidupan seharian kita pula, jika kita perasan, akan ada orang suka akan kehadiran kita dalam kelompok mereka, tidak kurang juga yang kurang senang dengan kehadiran kita, lebih-lebih lagi apabila kita mendapat kelebihan berbanding mereka. Contoh paling mudah, apabila kita dinaikkan pangkat ataupun mendapat pangkat untuk memimpin orang bawahan di kelas, organisasi ataupun tempat kerja kita, pastinya ada saja yang kurang senang dengan jawatan yang kita peroleh. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kita walau dengan apa cara sekalipun.

Cabaran sememangnya menanti kita apabila 'golongan penentang' ini mula menjalankan misi untuk menjatuhkan kita. Antara taktik-taktik mereka ini adalah:
  • Memburuk-burukkan kita di hadapan anak buah
  • Melemparkan fitnah yang kadang kalanya tidak berasas
  • Cepat saja menghukum kita sekiranya kita tersilap membuat pertimbangan atau keputusan
  • Hanya tahu mencari kekurangan diri kita, kelebihan yang ada pada kita dihiraukan sama sekali
  • Sentiasa menentang idea yang kita utarakan dan merasakan idea mereka lebh bernas
  • Mula menghasut orang lain supaya menjauhkan diri dari kita
Motif mereka berperangai sebegini? Mungkin...
  • Cemburu dengan kelebihan / jawatan yang kita miliki
  • Tidak pernah ada seorangpun dalam hidupnya melebihi sesuatu dari dirinya sendiri
  • Perasaan ego yang tak bertempat
  • Balas dendam
  • Sentiasa berpandangan negatif terhadap orang lain
  • Saja-saja, ingin meraih perhatian orang sekeliling
Apa yang boleh kita lakukan? Senang saja, ikut pesan Pak Wan...
  • Cuba tanyakan kepada mereka apa silap kita kepada mereka (jika ada)
  • Bersabar apabila fitnah dilemparkan kepada kita
  • Berhati-hati apabila bertindak dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
  • Muhasabah diri kita dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja yang kita lakukan
  • Cubalah untuk mendekati dan menyelami apa yang terbuku di dalam hati mereka
  • Berdoalah semoga Allah bukakan hati mereka dan bersihkan jiwa mereka dari perasaan hasad

InsyaAllah, dengan pesanan Pak Wan serba ringkas ini, mudah-mudahan kita semua dapat hidup dengan  tenang dan bebas stres. Ingat pesan Pak Wan yang terakhir ni:

"Manusia tidak akan pernah puas akan sesuatu. Maka, amatlah sukar bagi kita untuk memuaskan hati semua orang. Yang penting, asalkan diri kita sendiri puas, hidup kita bahagia dan tidak mengganggu orang lain, itu sudah memadai..."




AAA : Teringat masa mula-mula dilantik jadi pengawas sekolah dulu, semua orang mula menjauhkan diri...

4 comments:

Ku Azhar said...

hehehe btl2..stuju2...kalau dlm dunia blog nie..anon la yg paling gangster skali..buat xtau je :)

fuuyooh said...

salam kenal :)

nelly said...

nama pun manusia . banyak yang tak puas hati . tapi , setiap yang berlaku ada hikmah ~

Azwan Lai Azahary said...

Ku Azha : btol tu
Fuuyooh : salam kenal gak!
nelly : urm... btol tu. dah namanya lumrah kehidupan kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...