Pages

April 30, 2012

Bersih VS Kotor



Dalam masa tak sampai setahun, dah 2 kali perhimpunan BERSIH ni diadakan. Dalam Facebook, dalam Twitter, dalam blog, bukan main meriah lagi promosi pasal BERSIH ni, kalah promosi movie The Avengers. Siap ada yang luar negara sokong lagi bagai nak rak.

Ari Sabtu tu baru je plan nak pegi shopping kat KL, bila dapat tau benda ni nak jadi, terus tak ada mood. Ye lah, lemas dan rimas nak meredah lautan manusia kuning, siap PowerRangers Kuning pun ikut demo sekali. Aik, marah ke sebab Power Rangers kuning tak popular macam Power Rangers pink? Hehehe...

Bagi aku, tak salah kalau nak berdemonstrasi tapi mestilah DENGAN AMAN. Tau tak maksud DENGAN AMAN? Maksudnya kita buat demosntrasi tanpa melakukan kerosakan dan huru-hara. Ini tak, habis semua wartawan, orang awam, tumbuhan, kereta dikokaknya. Tengok video macam tengok movie citer zombie je. Tak tau lak orang Malaysia yang dikenali sebagai orang yang penuh sopan santun dan tatasusila penuh nilai-nilai ketimuran ni buas sangat sampai macam tu. Kalah scene klimaks dalam citer The Avengers. Kalau ada director filem nak buat filem pasal perang superhero lepas ni, ada banyak pelakon ekstra ni ha. Bersepah je...

Kalau ye pun nak berdemonstrasi, jangan la dibuang sampah tu merata-rata. Kesian tukang kutip sampah nak kutip. Bila ditanya kenapa buang sampah camtu, dijawabnya tu semua kerja DBKL.  Amboi, cakap macam orang duduk dalam gua. Kalau cleaner dengar, ada pulak yang dihentak guna penyapu karang. Tak hairan kalau lepas ni cleaner pulak buat demosnstrasi BERSIH KEPALA HOTAK KAU 1.0 lepas ni. Sapa nak jawab? Kalau diorang mogok, sapa nak cuci tandas awam? Mop lantai, cermin pintu, cermin tingkap semua tu? Sapa nak kutip sampah kat kawasan perumahan tiap pagi? Nak harapkan kita ni, elok sangatlah, dalam almari pun macam sarang tikus, nikan pulak buat kerja-kerja macam tu.

Yang peliknya, ada yang sanggup bawak anak bini ikut demonstrasi sekali. Tak tahulah tahap IQ mak bapak yang bawak anak-anak yang masih kecil pergi sekali tu serendah mana, tapi yang pasti memang tak patut. Kalau betul diorang sayangkan anak-anak diorang, takkan diorang nak dedahkan anak-anak dengan bahaya macam tu. Konon-konon nak ajar anak tentang KEAMANAN, KEADILAN tapi last-last anak kena rempuh, cedera baru nak rasa menyesal bawa anak sekali. Itupun kalau menyesal, ada yang tak sedar diri salahkan orang lain sebab cederakan anak dia. Walhal, kalo letak anak kat rumah tak ke selamat. Pelik... Orang kita ni ramai yang pandai tapi atas kertas sajalah, kalau pasal hidup bebalisme sikit.

Bila baca newspaper 2 3 hari ni rasa macam nak gelak guling-guling je,  orang yang mengetuai BERSIH ni siap suruh polis tangkap sapa-sapa yang ganas, then diorang put the blame satu sama lain. Why? Tak nak mengaku kesalahan sendiri pulak dah? Yang salah sapa, polis? Wartawan yang nak tolong polis kena belasah? Then, orang atasan yang lepas tangan camtu yang korang nak perjuangkan? Kata nakkan keadilan, tapi apa itu keadilan pun tak tau.

Apa yang pasti benda ni tak elok sebab boleh burukkan imej negara. Dah tu, negara kita ni porak peranda, apa lagi, senang la Amerika ngan rejim Israel nak hancurkan negara kita. Nak kena jajah lagi ke? Aku tak isah kalau nak macam cheezy wejez tetiap hari, sedap apa. Satu lagi, kalau dah rasa tak nak duduk Malaysia, kat antartika dan artik sana banyak lagi tempat kosong. Boleh la korang bukak negara baru kat benua ais tu. Korang buat BERSIH dengan penguin dan beruang polar kat situ. Ok bye...


Budak Ohsem : Orang Malaysia ni kan PemBERSIH...

April 24, 2012

5 Sebab Kenapa Benci Sinetron Indon!




OK, selain dari ombak K-pop yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia ni, ombak sinetron pun dah lama menghempas kaca tv kat rumah. Bawang Putih Bawang Merah, Cinta Berkalung Noda, Cinta Melodi, Puteri Yang Tertukar dan banyak lagi la. Sekarang ni Nada Cinta yang meletop sekali. Tepat jam 6.30 je, mama ngan adik perempuan aku dah terpacak kat depan tv. Jangan harap la nak tonton channel lain. Mmeang tak la jawabnya. Dulu aku tengok la jugak sinetron ni, sekarang dah tak lagi sebab macam tengok ulang tayang, title je bertukar.

Bagi yang yang masih bluurrr apa tu sinetron, sinetron tu drama la, kira macam telenovela kalau istilah Amerika Latinnya. Kalo kat Malaysia lak, drama bersiri atau drama rantaian. Hah, apasal aku tak suka sinetron. Ni sebab-sebabnya...
  • Panjang ceritanya beratus-ratus episod. Tak kiralah sinetron apa, yang pasti jalan ceritanya mesti panjang berjela-jela. Dulu aku minatlah jugak sinetron indon ni. Tapi bila setiap kali tengok sinetron, episodnya semua setahun baru nak habis. Drama Malaysia paling lama pun 3 bulan je, kalo ada sambutan baru buat musim ke-2, yang pasti kisahnya lain pulak la. Ni tak, naik jenuh nak tunggu, sepupu aku beranak 3 kali baru habis drama Indon ni, betapa lamanya drama tu cuba bayangkan.
  • Tak habis-habis dengan konflik. Selesai satu masalah, timbul lagi satu masalah. Bila selasai masalah yang baru, timbul lagi masalah. Begitulah seterusnya. Apa punya panjang daa sinetron. Masalah satu ke dua tu takpela. Ini sampai tujuh lapan masalah. Banyak sangat konflik sampai stok Cornflakes aku kat rumah pun habih.
  • Jalan cerita semua hampir sama. Masuk hospital kompom hilang ingatan. Saja nak panjangkan episod. Pastu mesti ada orang yang memang jahat tahap gaban yang memang takkan insaf-insaf punya sampai ke habis. Dialah watak yang menentukan cerita tu nak habis ke tak. Mesti ada orang dari kisah-kisah lalu datang balik nak balas dendam. Musuh ketat dalam citer tu rupa-rupanya adik beradik, tak pun tertukar masa lahir dulu. Wat so ever la. Orang sampai dah boleh agak apa kesudahan sesuatu sinetron tu sebab kebanyakan sinetron sama jer jalan ceritanya. Yang berbezanya cuma pelakon dan situasi. Cuba buat sinetron yang lain daripada yang lain pula.
  • Pelakonnya semua yang jenis kacukan. Senang cakap, bukan indon sejati la. Muka handsome, lawa-lawa semuapelakonnya. Tetapi apa yang aku tengok orang indon, takdela lawa/hensem macam kat dalam sinetron tu. Biasanya watak hero dan heroin la muka kacukan. Bila part watak ayah ke ibu ke orang gaji ke baru la diamiknya orang indon sejati. Motif? Entah la...
  • Bila sampai je babak suspensnya tu, habis muka pelakon kat situ dizoom beberapa kali. Entah berapa minit berlalu macam tu je, pastu bersambung... Kalo ada 3 orang pelakon kat situ, 3 la zoom in muka diorang tu, kalau boleh sampai ke lubang hidung pun nak dizoom. Nasib bukan 10 pelakon kat situ, kalo tak sampai ke sudah zoom in zoom out je keja.

Alaaa... sapa cakap drama Melayu takde kualiti, kalau takde takkan la Gerak Khas, Sembilu, Nur Kasih, Juvana, Susuk, Bagai Aur Dengan Tebing, Kisah Kaisara dan taun ni Vanila Coklat menjadi kegilaan ramai, betul tak? Hehehe... Sokong la produk buatan Malaysia...

April 17, 2012

Bila Menonton Movie Hindi



Ingat lagi tak masa zaman kita kecik-kecik dulu (kalau yang dah berumur tu muda-muda dulu), memang popular sangat citer-citer Hindi ngan citer Tamil masa tu. Paling orang minat, Sivaji The Boss, Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Aamir Khan, Slaman Khan, Saif Ali Khan, Ajay Devgan. Kalo yang heroinnya pulak, Kajol, Madhuri Dixit, Tabu, Monisha Koirala, Urmila Matolkar, Rani Mukarjee, Pretty Zienta, Karisma Kapoor. Perrgghh... Kalo masa kecik-kecik dulu memang layan habis la bila tengo citer-citer nih. Masa tu mana-mana kedai yang jual tisu kotak tu memang untung besar la sebab kali ada je movie Hindi baru kuar, kommpom stok tisu SOLD OUT!

Kuch Kuch Ho Ta Hai.... filem paling meletopz 90-an
Tapi, korang perasan tak kalau kita tengok cerita Hindi ke Tamil ke, Telugu ke, asalkan dari India la, mesti ada beberapa benda ni dekat nak sama, I can say berlaku kat almost semua movie-movie tu la...
  • Kalo masa bergaduh, ganas gila, sampai terbang-terbang bagai. Berguling-gulng kat udara, kalah penerjun negara Bryan Nickson masa nak perform terjun platform kat Suikan SEA. Bunyi efek takyah cakap ar, memang GEDEBANG! GEDEBUG! Sampai nak silang kain pun bunyi, memang terbaekkk
  • Heronya akan dapat ditahan kalo dibelasah ramai-ramai samai cedera parah kat kepala tapi menrengek macam budak kecik bila heroin lapkan luka walaupun setakat luka masa potong bawang. Nak kata manja, gelik pulak, nak kata gedik tu ada la kot. Hahaha...
  • Cuba bayangkan, hero ngan heroin start je menari, tetiba orang-orang yang tengah jalan and duduk-duduk kat tepi tu boleh join sekali, macam flasmob pun ada gak aku tengok. Dah tu, semua step diorang hafal, walhal ada yang baru kuar dari jamban, baru balik dari kerja, tetipa hafal step. Memang tak logik kalau nak dipikirkan secara rasional. Cehhh...
  • Kalau ada watak kembar, mesti bin kompom salah sorang daripada diorang tu jahat. Entah apa masalah diorang pun tak tau. Yang baik tu punyalah lurus bendul, kalah lembu. Kalo yang jahat tu plak, tak alang-alang jahatnya, pastu larikan diri, sembunyikan diri. Last-last yang jadi mangsa, kembar dia yang sengal-sengal kentang tu. Rasa macam nak sepak pun ada bila tengok yang baik macam kucing parsi tu main ikut je apa yang si jahat bedebah tu buat. Sanggup je amik kesempatan ngan kelembapan kembar dia yang sorang tu.
  • Masa tengah menyanyi tu, boleh plak tukar-tukar tempat, dah tu tak alang-alang plak tempat diorang bertukar tempat; atas gunung, tepi tasik, walhal tadi kat atas jalan raya, bila masa diorang blah pun tak tau. Pakai pintu suka hati ke apa, patut la Doraemon pandai cakap Hindi (mod menganjing). Satu lagi,sempat plak tukar-tukar baju yang entah berapa pasang, kalah koleksi baju kurang kerja mak aku kat dalam almari stor baju tuh.

Kajol - SRK : Hero heroin favourite all time

Bila difikirkan balik, itulah sebenarnya warna dan tarikan utama filem Hindi ni. Cuba tengok kat filem lain, ada? Tak ada... Tapi aku lebih prefer tengok citer zaman 90-an dan awal 2000 la, filem yang sekarang ni entah apa-apa je. Harapkan market body lawa dan tarian seksi je, jalan cerita merapu tah ke mana. Kalau movie alaf baru yang aku suka 3 Idiots, Taare Zameen Par, My Name Is Khan ngan Ghajini, Om Shanti Om. Yang lain tu, belum ada masa nak tengok lagi. Kalau ada masa tu tengok la, tapi ada satu citer ni yang kawan aku prefer aku tengok, Force. Hero dia John Abraham, dalam citer ni memang smart ar body dia. Pastu yang antagonis pun tak nak kalah.

OK, kalau ada tambahan lagi boleh korang drop down kat bawah ni, mana tau ada yang peminat citer Hindi lagi ke zaman drama Korea ni. Hehehe...

April 13, 2012

Jangan Duduk Di Tangga!!!



Situasi:
Rokiah Comey dengan selamba dadahnya duduk di anak-anak tangga penuh pose mengalahkan posing gadis-gadis hot tepi kolam renang dalam majalah mangga tu. Mak Jemah yang baru balik dari Kedai Ah Meng membeli sayur untuk makan tengah hari, menyembur-nyembur membebel anak gadis nan sorang itu, sampai dekat nak sebesen air liur Mak Jemak terpercik kat muka Rokiah. Rokiah hanya mampu menadah telinga dan mengelap mukanya menggunakan wiper kereta…

Mak Jemah : Apa nak jadi dengan ko ni Kiah? Duduk tepi tangga cenggini, tak elok tau.
Kiah Comey: Ala mak… Kiah duduk kat tangga je kot, bukan buat apa-apa.
Mak Jemah: Heh, budak ni. Tak elok anak dara macam ko ni duduk kat tangga. Nanti tak berlaki sampai tua baru tau.
Kiah Comey: Ye ke mak? (dengan mulut terlopong luas sampai sarang kereta selam pun muat)


Rasional:
Bak kata orang tua-tua, tak manis anak gadis duduk kat anak tangga. Nampak macam tak vogue, tak ayu gitu. Kalau mak cik-mak cik takpe la kot, maybe diorang nak bergosip ke, nak mintak resepi buat kuih seri muka ke, promot jamu ke, apa ke. Baik duduk kat dapur masak megi ke, makan biskut krekes cicah neskafe ke. Ada gak pekdahnya…



Penyelesaian:
Cuba jangan pakai tangga, pakai la eskelator ke, lif ke kat umah tu, nanti takde la diorang nak duduk-duduk lagi kat anak-anak tangga tu. Kalo nak tersangkut bontot ngan kaki kat escalator tu, cubalah duduk. Takpun, takyah wat tangga. So, takde la namanya duduk kat tangga, duduk kat beranda ka, duduk kat kekisi ke, duduk kat bumbung ke kan?

April 8, 2012

Fantasi Bukan Realiti



ENTRI INI ADALAH ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT

Semalam aku baru je tengok citer 7 Petala Cinta, pastu tengok drama Ketika Cinta Bertasbih. OK, u know what, they are different from each other very very the much I tell u naaa... Bukan nak kondem citer Melayu, tapi bila buat filem 'Islamik' tu, ada banyak benda yang kena jaga, perkara-perkara sensitif especially kena jaga. Bila dah declare filem tu tentang Islam, siap promo bagai nak rak, tapi content dia tunjuk opposite side of what Islam is all about. Malas nak komen banyak, karang tak pasal-pasal Budak Superb ni masuk newspaper pulak karang, kan dah popular satu Malaysia...

Bukan citer ni jer, banyak lagi drama-drama TV lain yang 'seangkatan' dengannya. Kononnya nak bago mesej dan pengajaran kepada penonton, tapi nak terangkan kat sini NIAT TAK MENGHALALKAN CARA. How can u say that u are showing the whole Malaysian that Islam is like that when it is actually not like that (apa ke benda la aku cakap ni, sorry my bad). Tapi satu perkara yang buat aku rasa macam sejuk hati, Diana Amir, korang tau kan Diana Amir tu dulu seksi meksi very de vava vroom...Dia start bertudung lepas berlakon watak Hilma dalam citer 7 Petala Cinta. Alhamdulilah, Allah bukakkan hati dia masa shooting tu. Tapi tulah, bila kita nak berubah, mesti ada orang yang dengki kan. Pemakaian dia masa pegi satu majlis anugerah ni pun kena kondemn sebab pakai tudung tak betul la, nampak besar la sebab pakai baju labuh. Weh, yang komen tu pun Islam, tak paham ke orang nak tutup aurat? Nilah yang jadi bila ilmu dunia terlebih occupied dari ilmu akhirat. Hah,pelakon lain bila lagi? Nur Amina bukan main lagi dalam Nur Kasih tapi kat luar berkemban macam nak basuh baju kat sungai. Hairan sangat, kenapa artis kat Malaysia ni macam tak cukup kain ye? Harga bukan main mahal lagi, tapi maybe sebab tu kain tak cukup kot, tak mampu katakan. Bila tanya, belum sampai seru katanya, cakap macam mak cik tua mabuk lepas makan ubat gegat je. Kalau ajal datang dulu sebelum 'seru' tu datang cemana?

Waaa... cantiknya dia. But still, ada yang komplen baju dia x seswai

Satu lagi, bila diorang ni bawak baik dalam drama, baik la sangat, macam kucing parsi. Dalam drama tv tu bukan main baik lagi, semut kuman pun tak mati. Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis, kalah adik aku yang congek tu. Cakap sopan gila, bahasa bukan main lagi, kalah istilah-istilah dalam kamus dewan tu. Tapi kat luar, clubbing, mabuk-mabuk, tindik lidah bagai. Kalau cakap ikut sedap mulut je, macam nak aku sembur ridsect je kat dalam mulut tu biar kuar sikit 'puaka' yang dok bergayut kat kerongkong diorang tuh. Bila diinterview, dengan muka selamba dadahnya cakap macam tak belajar Pendidikan Agama masa sekolah dulu. Dapat F ke PAI masa SPM kak oit? Kok ye pun kalau betul, jaga la perangai tu sikit. Pastu kompelin apesal artis ni selalu kena kondem, yang jadi artis kenapa? Sendiri pilih jalan nak jadi artis sendiri mau ingat kan...

Kita ni sebenarnya dah terlalu dimomokkan disajikan dengan fantasi dunia yang 'terlalu indah khabarnya daripada rupa'. Senang cerita, propaganda dunia. Bila dah kuar paper, keluar fitnah, gambar bogel kena sebar, marah bagai nak rak, kalah kucing kat rumah mengamuk tak dibagi Whiskes. Yang bergambar seksi tak hengat kat tepi kolam dalam majalah Mempelam tu ape ke dehal? Kalau pakai tutup yang sopan sikit takde orang nak tangkap gambar-gambar macam tu. Kat IC Islam, but then buat benda tak senonoh camtu. Yet, u say nak cari rezeki halal, yang tu lagi ok dari jual dadah? OK, ko nak tanggung ke dosa suma lelaki yang tengok gambar ko yang tertojol ternampak semua muka bumi kat majalah tu? Kanak-kanak dapat belajar geografi dengan sekali tengok, siap dapat label lagi, yang mana gaung, yang mana bukit, yang mana tanah landai. Sori kalau agak ekstrem, tapi memang dah makin menjadi-jadi dah zaman sekarang ni. Apa nak jadi pun tak tau...

Filem Bollywood... fantasi semata-mata

Madam Malathy ada bagitau dalam kelas beberapa hari yang lepas, apa yang kita tengok dalam citer Hindi yang meriah macam Fun Fair, pastu pakai sari lip lap lip lap, tu semua hanyalah fantasi. Kalau nak diikutkan, takde benda semua tu kat India sana, kalau ada yang buat pun, yang memang $$$ berkepuk kat bank. Pastu pompuan kat sana mana nak mekap, even bedak pun tak pakai, tak macam yang kita tengok dalam citer Hindi tu. Orang dewasa selalu cakap yang bebudak selalu kena tipu ngan citer kartun, then sekarang ni sapa yang ditipu? Sapa yang diperbodohkan? Yes, seri 1-1!

Kadang-kadang pernah gak aku terfikir, kalaulah apa yang ditunjuk dalam movie tu betul-betul terjadi kat luar atau bahasa mudahnya, bukan fantasi semata-mata, tapi REALITI. Malangnya....
(Korang sambunglah sendiri, tak kurang dari 15 muka surat, font Arial saiz 12 ye, spacing 1.5)

April 4, 2012

Dunia Semakin Kejam!



Sebelum aku mulakan entry aku ni, jom kita imbau balik 3 peristiwa besar yang pernah menggemparkan dunia dan kesannya dapat dirasa sampailah sekarang...

2004 :
Mayat adik Nurul Huda Abdul Ghani yang dirogol dan seterusnya dibunuh dengan sadis ditemui di pondok pengawal berdekatan rumahnya setelah keluar keluar ke kedai sebelum didapati hilang.

2007:
Mayat adik Nurin Jazlin ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan setelah ditemui di dalam sebuah beg pakaian dan didapati bahawa dia telah dirogol sebelum dibunuh.

2012:
Mayat adik Nurul Nadhirah atau lebih dikenali dengan nama Dirang yang ditemui di kawasan ladang didapati telah dibunuh dan dibakar.

Sebenarnya bukan 3, malah boleh diakatakan hampir setiap bulan ada saja kes kanak-kanak diculik, didera secara seksual, dibunuh, malah ada yang sanggup membakar jasad kanak-kanak yang tidak berdosa. Bayangkan ibu mana yang tidak sedih apabila hanya melihat abu-abu jasad anaknya yang berbaki di lantai walhal beberapa hari sebelumnya kanak-kanak tersebut masih lagi berjasad, dapat dipeluk, dapat dikucup dahinya... tapi kini hanya abunya sahaja yang tinggal?

Nak bawak adik-adik pegi keluar jalan-jalan pun kena fikir dua tiga kali, lagi-lagi tempat yang jauh. Sebagai seorang abang, itu sajalah harta yang aku ada. Bila aku tengok balik muka adik-adik aku yang masih kecik, tak semena-mena air mata aku mengalir. Tanpa dipinta, tanpa dipaksa. Rasa kesian timbul bila mengenangkan sekiranya aku berada di tempat mereka? Adakah aku mampu tabah menghadapi kehilangan adik yang tersayang? Biarlah aku tak ada rumah, tak ada kereta, sebab benda-benda tu semua dapat dicari, tapi adik mana nak cari?

Bila difikir balik, adakah jenayah terhadap kanak-kanak ni diambil mudah oleh pihak berkenaan? Atau hukuman terlalu ringan sampaikan penjenayah sesuka hati mencabut nyawa kanak-kanak yang tak berdosa? Kenapa pula mereka yang masih kecil ini menjadi sasaran? Adakah kerana dendam keluarga? Mahukan wang? Ataupun nafsu semata-mata? Kanak-kanak diculik, kemudian diseksa tanpa belas kasihan. Sadis,sungguh sadis. Ada pula yang sanggup membakar hingga jasad mangsa sukar dikesan. Nauzubillahi minzalik, tak takutkah mereka bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan mereka? Tidak sedarkah mereka adanya malaikat yang ligat mencatat amalan kejahatan yang mereka lakukan?

Mungkin mereka terlepas dari pengadilan dunia, tapi bagaimana pula azab kubur? Pada hari kebangkitan kelak, adakah mereka ingin dicampakkan ke neraka? Tapi masih belum terlambat untuk mereka kembali ke jalan yang sepatutnya. Jangan pula mereka menyesal di saat-saat sakaratulmaut tiba, masa itu sudah terlambat. Apa yang ingin ditegakkan di sini adalah pembelaan terhadap kanak-kanak. Jatuhkan hukuman yang lebih berat supaya menjadi pengajaran buat manusia yang lain.

Bagi yang masih lalai menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa, yang selama ini tidak mengambil endah tentang anak mereka, di mana mereka berada, bersama siapa, beringatlah sebelum kena. Jangan biarkan tragedi berdarah ini terus menyelubungi atmosfera Malaysia. Wallahualam...

Entri ini merupakan tribute kepada kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada manusia yang tidak bertamadun. Diharap semoga keluarga allahyarham dan allahyarhamah bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang serba besar ini. Saya berharap juga semoga penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Sesungguhnya perbuatan mereka itu terlalu kejam dan sadis. Walaubagaimanapun, saya tetap doakan semoga dibukakan hati mereka untuk bertaubat dan menebus segala dosa yang telah mereka lakukan. Amiinnn...

Budak Ohsem : sekarang ni culik anak orang macam hobi pulak dah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...