Pages

October 31, 2011

EEU : Examophobia !!!



OK, semua tau yang sekarang ni musim exam. Walaupun tak semeriah musim buah-buahan ataupun musim menuai, tapi musim peperiksaan sememangnya memberi impak yang besar kepala bulu hidung semua lapisan masyarakat yang berlapis-lapis lemak di perutnya. Adakah anda pernah mendengar FOBIA? Ingin saya maklumkan di sini, Fobia tidak ada pertalian darah mahupun urat kentut dengan amfibia mahupun Fasha Sandarkanpadadia. Fobia adalah suatu perasaan takut terhadap sesuatu benda yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata, hanya ekspresi muka mampu menjelaskan segalanya. Kali ni,saya akan berbincang mengenai suatu fobia pada musim exam iaitu EXAMOPHOBIA!!!

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda semua haruslah tahu akan simptom-simptomnya terlebih dahulu, antaranya:
  1. Orang yang selama ni tido berbantalkan laptop berpelukkan keyboard ataupun dengan konsol game tiba-tiba tidur dengan buku yang melambak gila
  2. Budak pemalas tetiba jadi rajin baca buku walaupun hanya membaca buku tersebut selama beberapa saat sebelum menitiskan air liur yang berasid tepu di setiap halaman buku tersebut
  3. Rambut yang selama ni tercacak dan tersikat rapi mula menggerbang dan mengembang persis Kak Limah
  4. Kalau selama ni dia stay up sebab nak call awek/balak dia, kali ni dia stay up sebab nak recall balik apa yang dah dibelajar dulu
  5. Masa 24 jam tetiba bagaikan bergerak laju mengalahkan Usain Bolt
  6. Online kat fb ngan twitter macam Chipsmore je; kejap ada kejap takde
  7. Muka lebih cepat menunjukkan penuaan disebabkan stres dan ketensionan yang melampau
  8. Ada yang terdesak mengambil langkah drastik meminum semua 'buku' yang dibelajarnya sampaikan najis  berbentuk pulpa dihasilkan apabila dikumbahkan keluar dari badan
  9. Lebih cepat naik angin, kalau salah gurau sikit kompom gusi bersepai dikerjakannya
  10. Tak dapat tidur dengan lelap walaupun dah macam posisi tidur dipraktikkan dan menukar bantal, tilam dan katil
  11. Tiba-tiba jatuh sakit bila tiba hari exam
  12. Sebelum masuk dewan peperiksaan, masuk tandas beberapa kali, berganda dari orang mengidap diabetis
  13. Muka mula menunjukkan ekspresi terkejut melampau (mulut ternganga sambil mata dibundarkan sebesar yang mungkin) bila membuka kertas soalan
  14. Ada yang tetiba kena sawan kertas bila bersentuhan dengan kertas exam waima bucu kertas sekalipun
  15. Pen tetiba hilang ink walaupun sedozen dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan, karbon pensel lak asyik nak patah,  pensel mekanikal tak payah cakap la, macam dah remuk lak dia punya lead 


Sekiranya anda menunjukkan sekurang-kurangnya SATU daripada simptom di atas, maka...

 AWAS, ANDA MUNGKIN MENGALAMI 
EXAMOPHOBIA FASA RENDAH!

Tapi jangan risau, saya ada penawarnya. Mudah dan praktikal. Boleh dipraktikkan di mana jua anda berada, bila-bila masa saja anda memerlukannya. Anda cuma perlu:
  1. Bakar laptop anda sekiranya laptop anda menjadi pengganggu utama anda masa belajar
  2. Sepakat dengan roommate anda untuk menampal nota akademik sebagai wallpaper kat bilik
  3. Daripada bercakap pasal awek, tukar topik mengenai soalan exam pulak
  4. Cuba uji orang yang lalu kat tepi jalan walaupun tak kenal, so dapatla tunjukkan korang punya keterroran anda (awas, anda mungkin menerima jawapan berupa tapak tangan dan tapak kaki di muka anda)
  5. Daripada berdebat pasal sapa lagi hebat, lagi baik kalau berdebat pasal topik yang dah dibelajar hari tu
  6. Makanlah kurma dan kismis sebanyak mungkin, madu lagi baik...
  7. Elakkan makan kepala ikan, otak ikan pun, tapi kalau otak-otak tu digalakkan, jangan lupa hulur-hulurkan kat sini

Jangan putus berdoa kepada Yang Maha Esa, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan kelak...

Tapi, kalau sudah terlambat hanya satu nasihat yang mampu diberikan kepada anda:

AMEK KAU! SAPA SURUH TAK PREPARE BETUL-BETUL! ADA KU KESAH?

AAA : Teringat masa sekolah dulu masa nak exam tu la kepala menggedik nak demam...

October 27, 2011

Alam Angker: 8 Sihir



Kita sering kali dimomokkan dengan kehebatan ilmu sihir sama ada di dalam filem mahupun drama tv tempatan. Tetapi tahukah anda, sihir sebenarnya hanya akan membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan kepada semua orang? Berikut adalah 8 jenis sihir yang sering digunakan oleh masyarakat kita di era serba moden ini:

Afriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

Al-Khumul: 
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

Patung Voodoo...

Al-Marad (sakit)
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Nazif: 
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

Ta'til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang, Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat


Sesungguhnya, janganlah kita sesekali bersubahat dengan iblis laknatullah kerana itu hanya akan mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Percaya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT yang maha esa. Wallahualam...


AAA : Entri kali ini bukan bertujuan untuk mengajak korang untuk mendalami ilmu sihir ye... 

October 26, 2011

Happy Deepavali!!!


Di Kesempatan ini, saya mewakili Pak Wan, Kak Leha, Kak Jemah, Dr Laf dan Prof Eskenen Uun ingin mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT 
HARI DEEPAVALI
buat semua rakyat Malaysia yang berbangsa India





Nanti, manisan, muruku dengan thosai hulur-hulurlah kat sini ek.... hehehe...

AAA : Teringat masa pegi rumah kawan taun lepas, habis thosai kat rumah tu aku kerjakan...

October 24, 2011

Sahabat???





Sahabat... Apa yang anda tahu mengenai sahabat. Jika ditanya kepada setiap seorang daripada anda, pasti salah satu jawapan ini akan terpacul dari bibir anda:
  1. Tempat berkongsi masalah
  2. Kawan di kala senang dan susah
  3. Dia sentiasa ada di saat saya memerlukannya
  4. Kawan sekerja / sekelas / sekolej
  5. Kawan makan kawan
  6. Dah anggap dia macam adik beradik sendiri
  7. Sahabt lebih upgrade lagi dari kawan
Tetapi, cukupkah sekadar itu? Bagaimana anda memilih seseorang itu untuk dijadikan seorang sahabat?

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya..
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sekiranya sahabat-sahabat anda mempunyai ketujuh-tujuh ciri seperti di atas, maka hargailah mereka sebaiknya. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya menganggap sahabat sebagai tempat mengadu apabila kesusahanm tetapi apabila mengecapi kesenangan, mereka diabaikan seolah-olah tidak pernah wujud dalam kamus hidup sesiapa. Fikir-fikirkanlah...

AAA: Nak cari sahabat sejati lebih sukar daripada mencari musuh sejati pada zaman sekarang...

October 23, 2011

Kalau Kucing Upload Gambar Kat Facebook


Dulu kita pernah paparkan antara status yang diupdate kalau haiwan berfacebook, siap main share-share ngan like-like bagai! Kali ni kita tengok gambar yang diupload kat profil diorang pulak, siap bubuh caption lagi. Kelas kau oit! Kita mulakan dengan si kucing...


Hot x? Walaupun dah anak 18, tetap maintain vogue gitu. Kau ada???


Ready nak shooting video klip Rolling On The Carpet by Adehh


Nak try jadi model selimut lah. Sesuai tak? Kak Jah, jangan keles tau!


Happy birthday mama! Sayang mama! Thanx for everythings!


Comel tak I? Comel x? Comel x? Comel x?


Masa ni I bercuti kat Pontian, Johor bersama hubby. Thank you for the bell hubby. Muahhhxxx!!!


Grrrr... gua ni rock-rock jugak, bantal peluk jangan lupa! Ni gua yang pegang, kalau nak kena cakar, cubalah amik!

Gambar masa first date. Menyesal I lepaskan dia.... (T_T)


Fuuhh... . penat giler pas praktis Sehati Berdansa, dahla minggu ni dapat tugasan Hip Hop...


What the..??? Makan carrot je???

October 22, 2011

Bila Perempuan Cakap Macam Nih...


Akak ni, bukan apa, nak kata jealous pun tak , apa tah lagi cemburu, jauh KFC dari Mc Donald tau. Tapi akak tak paham apesal lelaki zaman sekarang ni dayus sangat! Nak ikutkan nafsu je, kalau nak cari lelaki gentlemen macam Seth Tan, tak pun yang beriman macam Ustaz Aidil tu, ibarat mencari sebutir virus H1N1 di celah gigi. Hah, kalau nak cari lelaki yang dayus tahap buaya hutan tropika, melambak! Bersepah je kat tepi jalan! Harapkan muka je hensem, perangai yang ado!!! Itupun kalau hensem, ada gak saham...

Ni, Kak Leha nak cakap sikit, kalau dah ada awek tu, buat la macam ada awek. Ni usung awek je pandai, nak jaga tak reti. Kalau dah break, frust menonggeng pulak kat depan sofa tu! 

Ni ada 10 ayat  yang lelaki-lelaki kat Malaysia ni patut paham...


1. BAIKLAH
Perkataan ini digunakan untuk mengakhiri suatu perbualan/perbincangan/pergaduhan hangat..tak kira la korang betul atau salah, so korang kena diam. (sangat betul..korang kena diam ataupun buat je apa yang dia  nak kalau tak nak high heel singgah kat dahi)

2. 5 MINIT
Perempuan kalau bersiap dia cakap 5 minit, tapi sebenarnya setengah jam. 5 minit hanya akan jadi 5 minit kalau anda diberi masa 5 minit lagi untuk berhenti tengok bola dan tolong buat kerja rumah. Kalau nak kira berak tu, sempat lagi nak keluar masuk tandas beratus-ratus kali. (err..bab bersiap tu tak kena kat akak la... sebab akak bersiap sejam... hehehe)

3. TAK ADA APA-APA
Memang ada apa-apa. Anda kena peka terhadap alam sekitar. Pergaduhan yang mula dengan TAK ADA APA-APA biasanya akan diakhiri dengan OK, FINE! KITA PUTUS! (Cehhh... ayat dia... bajet movie Sembilu je...)

4. PERGILAH! / BUATLAH!
Ni namanya cabaran bukan kebenaran. Jangan lakukan! (orang tua-tua kata, budak-budak jangan dilarang, suruh dia buat, nanti budak-budak tak akan buat..tapi kes ni, memang betul ye..jangan buat. Kalau nak suruh dia tolong top-upkan telefon ke, belanja Mc Flurry ke takpe gak)

5. MENGELUH YANG KUAT
Sebenarnya ini satu perkataan, bukan lisan yang selalu disalah erti oleh lelaki. Perempuan mengeluh dengan kuat bermakna dia fikir anda ni terlalu lembab dan fikir kenapalah dia habiskan masa bergaduh dengan anda tentang TAK ADA APA-APA. (Dalam konteks ni, mengeluh yang akak maksudkan mengeluh meminta perhatian ye, bukannya mengaum macam suami kantoi ada gincu kat kolar baju dia)
 

6. TAK APALAH
Kenyataan paling bahaya yang perempuan boleh buat kepada lelaki. TAK APALAH bermakna dia akan  berfikir lama macam mana nak balas perbuatan anda terhadapnya. (Sila amati "berfikir lama", dia tak akan buat sebab dia sayang..untung gila kalau dapat perempuan macam ni..kalau akak, akak akan cakap 'tak apalah' sebab dah penat bertikam lidah. Korang ingat seronok bergaduh ni macam naik roller coaster?)

7. TERIMA KASIH
Perempuan berterima kasih kepada anda, jangan persoalkan, jangan pengsan. Cakap je 'sama-sama' sebab betul memang maksud dia nak ucap terima kasih. Kalau dia cakap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK, itu perli yang sangat jelas dan dia tidak betul-betul berterima kasih kepada anda. JANGAN cakap 'sama-sama', yang akan membuatkan dia cakap APA-APA JE LA ataupun WAT EVA!

8. APA-APA JE LA!
Cara perempuan mencarut. sebab kita orang melayu, ni akak tak setuju..aku guna perkataan ni bila aku dah penat nak gaduh, malas nak cakap, malas nak layan.. Lantak ko le nak buat apa, penat aku nak layan ko nih. Makan Mi Sedaap sambil tengok Wonderpet lagi best!

9. TAK APALAH, SAYA FAHAM
Lagi satu kenyataan bahaya, bermaksud perempuan dah berkali-kali beritahu lelaki supaya buat/jangan buat perkara berkaitan tapi sekarang, perempuan tu yang lakukan sendiri. Ini akan menyebabkan lelaki bertanya, "Kenapa?" Perempuan akan jawab TAK ADA APA-APA.Walhal dalam hati dah membuak-buak dah amarah, silap-silap ada gak yang masuk ICU karang

10. LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI TAU!
Ni maksudnya yang lain, kalau kau buat lagi, nahas kau! Perempuan kalau sekali dua kali cakap ayat ni takpe gak, tapi kalau berkali-kali sampai bernanah telinga ni ha... sapa nak jawab? Nampak sangat lelaki tu mintak cop Body Glove kat pipi dia yang merekah bak bulan lepas Transformers mendarat...


So, lelaki-lelaki kat luar sana, cubalah paham perempuan yang kudus lagi mulus macam Kak Leha ni. Dahlah bergetah, sweet lagi tu... Ahaks!  OK, akak nak layan citer Cerekarama ni. Nanti kita jumpa lagi...


AAA: Masa single nak bercouple, masa bercouple sibuk nak single balik... manusia... manusia...

October 21, 2011

Aku Pulang...



Hari ni merupakan hari yang paling meng'hepi'kan dalam hidup aku (mak aih, teruk bebenar bahasanya...). Hari ni bermulanya cuti, so aku balik!!! Huhuhu....

Wait a sec, apa yang happy sangatnya???

Hehehe... ye lah, bukan selalu dapat balik cuti kan. Almaklumlah orang study oversea (seberang laut). Kalau nak kira asalnya, aku tak terfikir pun nak balik sebab nak jalan-jalan, shoppin moppin kat negeri orang nih. Tapi, sebab exam dah dekat, lagipun kesempatan nak bercuti tu ada, so terdetik la kat ati nak jumpa family sebelum exam. Ambik semangat bak kata nenek aku.

OK la, aku tak janji sama ada aku akan berblogging ke tak masa cuti ni nanti. Yang pasti, bila sampai rumah je, aku jarang mengadap laptop, online apatah lagi, sibuk main kejar-kejar ngan adik-adik kan. Kalau ada yang perasan, setiap kali cuti aku akan online maybe sekali dua je dalam masa seminggu. Kalau ada entri-entri terbaru tu, maksudnya ada la aku update blog ni ye!



Kalau sempat, nanti aku coretkan perjalanan aku sepanjang menerjah awan nano dania biru ke kepulauan Borneo. Kepada rakan-rakan yang lain yang tak sempat nak balik (especially  ke Sabah Sarawak) tu, jangan risau, pasni cuti panjang, balik la puas-puas keiyh? Amik masa ni untuk teroka tempat orang (dah macam nak teroka FELDA la pulak). Bagi yang balik tu, hati-hati masa balik tu. Kirim salam dengan family. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI buat semua masyarakat India di mana jua anda berada...


Jumpa korang lagi untuk entri yang akan datang...


AAA : Yang asti esok sampai tulat dah ada entri yang aku dah set-upkan... Enjoy reading my blog yah! Bye...

October 20, 2011

Alam Angker: Siapa Tu???



Kalau sebelumnya Rosnah seringkali tergelak kecil tidak percaya apabila mendengar kawan-kawannya bercerita soal misteri. Tetapi apa yang dialaminya malam minggu lalu, benar-benar menyedarkan dirinya bahawa makhluk halus memang wujud di alam ini.

Rosnah masih ingat lagi, malam itu syarikat tempatnya bekerja menganjurkan jamuan makan malam tahunan, d...i salah sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Sungguhpun majlis tamat sebelum menjelang tengah malam, namun disebabkan hujan turun dengan lebatnya, Rosnah nyaris-nyaris tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Bersama-sama Mona yang kebetulan mendiami kawasan perumahan berhampiran, mereka duduk di belakang perut bas kerana tahu-tahu ajelah kalau perkhidmatan bas terakhir, pasti penuh penumpang.

Selepas membayar tambang kepada konduktor bas, mereka berborak-borak kosong. Bas pula laju memecut keheningan jalan raya. Hanya sesekali berhenti menurunkan penumpang apabila loceng dibunyikan. Sedang asyik Rosnah dan Mona bersembang, pemandu bas tiba-tiba menekan brek kecemasan.



Kedengaran pemandu merungut-rungut marah pada sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami butir bicaranya. Suasana menjadi hingar-bingar, ada yang meluru ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak kurang juga yang berpandang sesama sendiri, tertanya-tanya.

“Bertenang, bertenang... jangan kecoh-kecoh. Bukannya kita langgar orang tapi ada masalah teknikal sikit, tak de apa-apa,” kata konduktor bas sambil meminta beberapa pemuda yang berada di belakang tempat duduk pemandu, kembali ke tempat masing-masing.

“Apa hal bang, tayar pancit ke?” Tanya pula seorang gadis India kepada konduktor tadi. Rosnah yang tidak senang duduk mula berdiri, meninjau-ninjau keluar tingkap untuk melihat sekeliling. Tetapi keadaan lampu jalan yang agak malap, membataskan penglihatannya.

Sambil mengangkat bahu dan menggeleng-gelengkan kepala, konduktor tersebut kembali ke hadapan semula.

“Eh Mona, kau agak-agak bas ni kenapa ha? Kalau nak kata dia langgar orang, mesti kita dengar jeritan, tapi entahlah, kan...” kata Rosnah cuba turun tetapi ditegah oleh Mona.

“Tak payahlah kita pulak nak turun, kan ke hujan masih renyai-renyai. Biarkan mereka yang menyelesaikan, apa pun masalah yang berlaku. Lagipun tak manis, kita orang perempuan menyibuk tak tentu pasal, malulah...,” ujar Mona berulang-kali.

Belum sempat Rosnah menyampuk kata-kata Mona, bas kembali bergerak tanpa sebarang amaran, sehinggakan dua tiga orang penumpang yang masih berdiri terhuyung-hayang mencari tempat duduk. Dengan nada menjerit, pemandu bas meminta semua penumpang menutup tingkap jika ada yang terbuka, atau tidak bertutup rapat.

“Cepat sikit...,” ujarnya dengan suara sedikit tenggelam-timbul kerana hujan lebat turun secara tiba-tiba. Rosnah mula rasa tidak sedap hati. Kerana tidak mahu menakutkan Mona, dia hanya mendiamkan diri. Dipandangnya wajah gadis India yang duduk berhampiran dengannya tetapi sepantas itu juga, Rosnah memalingkan mukanya ke hadapan.

Kelu lidahnya hendak berkata-kata, hinggakan mahu mencuit tangan Mona pun dia tidak terdaya. Dalam hatinya hanya mampu membaca, beberapa potong ayat suci yang sempat terlintas di hati, itu pun ada yang lintang-pukang. Sambil berdoa agar bas cepat sampai, Rosnah sebenarnya tidak pasti apakah yang perlu dilakukannya sekarang.

Khayalannya terhenti apabila Mona mengoncang-goncangkan bahunya sambil memberi isyarat, mereka sudah hampir sampai ke hentian seterusnya iaitu pondok bas di hadapan taman perumahan mereka. Tetapi peliknya walau berulang kali Mona membunyikan loceng, pemandu tetap meneruskan perjalanan.

“Bang... berhentikanlah bas! Rumah kami dah terlepas ni, tak dengar ke?” Kata Mona dengan nada separuh marah. Tidak mempedulikan permintaan Mona, bas terus dipandu laju sehinggalah tidak lama kemudian, pemandu membelokkan bas masuk ke dalam kawasan balai polis.

Apa lagi, sepantas kilat dia membuka pintu bas dan meluru ke perut balai diikuti beberapa penumpang lain. Rosnah yang sedari tadi seperti dipukau, turut mengambil tindakan serupa dengan menarik sekuat hati tangan Mona agar menurutinya.

Beberapa anggota polis yang masih bertugas, keluar mendapatkan mereka dan setelah pemandu dan konduktor menceritakan segala-galanya, barulah Mona tahu keadaan sebenar. Itu pun puas Rosnah mengiakan apa yang diperkatakan, sebagai bukti dia turut melihat kejadian tersebut.

Sah! Seperti mana yang Rosnah nampak, memang gadis India itu tidak berkepala dan itulah puncanya pemandu bas melakukan brek kecemasan. Ini kerana dia sendiri tergamam apabila kepala gadis itu, melayang-layang di hadapan cermin hadapan bas. Peliknya apabila diperiksa, gadis India itu tiada di tempatnya, tetapi bas tersebut berbau busuk dan hanyir...

October 19, 2011

EEU: Sindrom Lonelinus Facebucus





AWAS!!!
Sebuah pendekmik telah menular dalam kalangan masyarakat di seantero dunia!

Baru-baru ini,  Prof. Twitto Fasbutubo telah mendedahkan bahawa masyarakat di seluruh dunia telah didatangi satu penyakit berjangkit tahap 10 iaitu Lonelinus Facebucus. Antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti berikut:

  1. Dia sendiri yang post, dia sendiri yang like. 
  2. Lagi parah kalau dia 'saling berbalas komen dengan diri sendiri'
  3. Asalkan ada je post yang menjengah kat HOME dia tu, dia 'like' je, padahal tak tau pun post tu tentang apa
  4. Mengklik HOME beberapa kali, siap refresh lagi, dah tak tau nak buat apa
  5. Main tukar-tukar profile picture
  6. Main 'share' je apa-apa post yang dia sendiri tak pasti apa benda tu, walhal sebenarnya virus
  7. Tetiba je jadi mesra alam, jengah chatbox orang lain. Pulak tu terus terjah, salam apa semua tak ada
  8. Update status yang mengarut entah bahasa apa entah, alien kat marikh pun tak dapat nak baca
  9. Cuma bubuh '.' saja untuk status dia dan tertunggu orang like dan komen
  10. Mula menyelongkar balik foto yang dah berkurun dalam album dia, kalau nak kira album betul-betul, mau berdebu album tuh...
  11. Dah tu, baru nak tag kawan-kawan dia kat gambar tu, saja nak cari modal untuk digosipkan
  12. Ni lagi dahsyat, siap jadi stalker tak bertauliah nak skodeng foto orang lain. Kalau ada yang tak nak share dia punya album tu, mula lah nak frust menonggeng atas sofa
  13. Ni yang paling suka cari nahas, block atau unfriend orang lain yang dirasakan tak perlu
Gambar virus L.F. di bawah mikroskop, mikrofon dan mikrowave...


Sekiranya anda mengalami sekurang-kurangnya SATU simptom yang disenaraikan di atas, maka ANDA TELAH DIJANGKITI!!! Tapi, jangan risau, kami ada penawarnya, apa yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:
  1. Ambil laptop anda, kemudian hempas ke dinding sampai bersepai
  2. Apabila sudah bersepai, smackdown laptop anda sampai lunyai
  3. Kalau yang ada broadbend tu, patahkan menjadi dua bahagian
  4. Kerat skrin laptop anda menggunakan gergaji
  5. Rendam charger anda ke dalam Softlan, kalau boleh ke dalam Dettol selama seminggu
  6. Hentak kepala ke dinding sampai kepala benjol setebal 5 inci (tak boleh lebih, tak boleh kurang)
  7. Terkahir sekali, anda duduk dan cuma bertenang buat seketika waktu dan muhasabah diri sambil mengurut dada

Sekiranya anda kembali tenang setelah melakukan perkara-perkara di atas, maka tahniah kami ucapkan. Tetapi sekiranya anda berasa menyesal pula, ingat pesanan kami sampai bila-bila:


PADAN MUKA KAU!
DAH KAU IKUT JUGAK TIPS AKU NI APEHAL?
KAN DAH KENA.... HAHAHAHAHA...



AAA : Tak hairanlah kalau lepas ni laptop aku lak yang dilunyai macam sambal petai...







October 18, 2011

Ambik kau, suami!



Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering  merungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada suatu malam...

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.  Badan pun dah longlai ni. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Oppsss.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.  tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari,  Mat segera bangun dan berdoa semula, "Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri.  Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt??? 9 bulan 10 hari???

Beranaaak? ?? Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, "Nab,  Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni? Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni?"

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh.  Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya yang aneh lagi pelik itu...


AAA: Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. So suami-suami di luar sana mahupun di dalam sini, hargailah isteri anda.

Superhero Punya Twitter : Iron Man



Sapa kat sini minat ngan Iron-Man, angkat bulu hidung? OK, Iron-Man ni bukanlah tauke kilang besi ke ataupun jurujual iron (seterika) kat shopping mall ye. Iron-Man ni antara superhero terkaya selain dari Batman dan SuperMak. Hahahah... Selalunya kita tengok diorang selamatkan bumi kan> Kali ni nak tengok pulak diorang punya twitter. Maaf, Iron-Man takde akaun facebook lepas dia geram takde orang nak add ngan chat dengan dia. Sedihnya...



Antara tweetnya yang popular...





Haih.... naik pening nengok bila superhero-superhero ni bertwitter. Nasib baik aku tak follow. Kalau tak, jenuh ku nak layan mamat besi nih.


AAA: Bila takde job, macam ni la jadinya, ingat superhero kerja tetap ke, ada gaji, ada bonus, ada elaun macam kita. Takde.... Nak beli seluar dalam pun hutang kat kedai jualan murah... Alahai superheroku!

October 17, 2011

What Da Fish??? : Part 5



Ok lah, sementara musim blogging tengah memuncak sekarang ni, trafik pulak semakin tinggi dari hari ke hari, so aku nak share sikit pasal satu topik panas yang mungkin akan membuatkan blogger yang tengah minum Oligogo tersedak macam  ikan bilis terlekat kat kerongkong. Perrrgghh... power ayat! Hehehe... Tajuk bagi hari ni adalah:



Follower ramai... Berbaloi ke???


Hmmmpphh... kalau korang la, korang rasa berbaloi ke ramai follower? Bagi aku, its depend on  blog tu macam mana jugak. Kalau menarik, ramai la follower dia, kalau suam-suam air mineral je, sikit je la follower dia. Tapi kan, ada la certain-certain blogger ni masa nak promote blog dia, dia follow blog orang lain, lepas tu minta orang tu follow balik. Tujuannya hanya satu, nak ramaikan follower dia. Tapi berbaloi ke buat macam tu?

Sebenarnya apa tujuannya follower ni? Bila kita update entry je, follower kita akan dapat mengikuti perkembangan blog kita tapi berapa ramai akan baca? Katakanlah follower kita tu 500 orang, ada ke semua datang ke baca entry kita? Kalau bernasib baik, semua akan datang jenguk baca entry. Itupun kalau entry kita menarik, kalau tak, ibarat melukut di tepi guni beras je la...


Jangan nak follow je, tapi tak baca entri tu...


Ada satu lagi, adakah followers ni betul-betul nak follow blog kita, or sekadar nak meramaikan majlis? Kalau tak komen, aku tak kisah la, tapi kalau yang tak tengok langsung, sibuk nak mintak orang tengok blog dia je, blog orang lain... ADA DIA KISAH??? Waahhh... panas! panas! lagi panas dari lempeng pisang yang Mak Jah jual tepi lorong sana. So, followers semua, rajin-rajinlah ziarah-menziarah ye. Kalau boleh tu bawa la ole-ole sekali (komentar). Bukan apa, kalau tanya aku, aku tak kisah pun kalau orang nak tengok ke tak blog aku, asalkan aku dah sebarkan ekspresi diri aku kat blog aku ni. So, kalau nak jadi follower, kena la jadi follower yang 'berfungsi' ye kawan-kawan!

AAA: Baik komen, kalau tak, aku menyorok dalam loker karang... huhuhu...

October 14, 2011

Hari Terakhir GERKO PPISMP


Hohoho... semalam hari terakhir GERKO untuk program PPISMP (Sukan dan Permainan). Untuk interaksi terakhir ni, kitorang diarahkan untuk menguruskan satu tournament sistem liga. Memang sempoi habis match ni, banyak tragedi jugak berlaku. Aku lebih banyak menyepak orang dari menyepak bola (kalau ada pemain paling bermasalah disiplin, aku la menang rasanya). Walaupun kalah, tapi kiorang tetap enjoy. Memandangkan esok IPG kitorang akan dinobat jadi IPG kebitaraan sukan bersama IPPP ngan IPTAR, so kena la sentiasa cergas dan aktif. Majulah sukan untuk negara!

Tekun mendengar taklimat





AJK minuman: aku dan Dato. Sedaaappp~

Berehat bersama Kit Kat

Penat-penat pon nak posing


October 13, 2011

Alam Angker : Misteri Tapak Kaki








Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.

"Dahlah Milah, aku pun dah penat ni. Tinggal kita berdua saja kat sini. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring baring atas katil. Jomlah temankan aku balik, aku takut nak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil. "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan? Kalau kau takut, kau serukan sahaja nama abang guard hensem tu. Kompom dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah  kejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sikit lagi."

"Hai, Jaga sikit mulut kau tu! Jangan cabul sangat. Kau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis semua basah, susahlah kita nanti," sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dI matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu di kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dammm!!!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.
Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. abang guard hensem yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai k earah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..." kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan," ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat?  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nina hanya diam membisu dan menggeleng-geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapa Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas dengan kejadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.










Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun takkan berdarah bila abang Hassan tawarkan diri nak  temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.


"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil tertawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. "Korang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba korang tengok kat  sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke takde tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan  sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukan ke kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong betul la, benda macami tu pun tak perasan. Aku yang dah nak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul korang nak dia temankan korang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu. Dan memang betul dan tepat sangkaan Nona, tiada koridor  di sebelah luar tingkap! Persoalannya di sini,


Siapa yang bersama dengan Nora dan Milah semalam???

Kisah Kasih Seorang Adik

Semalam, aku ada terbaca satu entri dari seorang sahabat yang bercerita perihal memorinya bersama kakaknya. Ini telah memberi satu inspirasi untuk nukilan kali ini. Hati terdetik untuk berkongsi kisah mengenai kasih seorang adik. Selamat membaca!



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

“Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….!!!

Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak ,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada di biliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

Kak…
Nak dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak. Saya tahu akak mesti kecewa dengan saya, tapi saya dah nekad! Saya harap akak faham. Biarlah saya yang bantu ayah cari duit untuk keluarga ni. Jangan risaukan saya, saya takkan keseorangan sebab saya tahu akak sentiasa berada di sisi saya...

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. 

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

"Entah, macam kenal sangat dengan kau je, sedara kau kot."

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab,

“Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

“Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak…. Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi, aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab,

“Selain emak, kakak saya….” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. Aku bersyukur kerana dia adalah seorang lelaki,keras luarannya namun sangat lembut hatinya, dan aku bersyukur kerana dia sangat mengenang budi orang yg berbakti padanya. Terima kasih adik!

Sebenarnya kadang kala kita tak pernah puas dengan apa yang ada pada kita. Kita ada satu keluarga yang lengkap dan bahagia, namun kita tak pernah menghargainya sehinggalah tiba satu saat di mana kehilangan mereka terasa. Pengajarannya di sini adalah...


Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana semuanya hanyalah sementara sahaja

Renung-renungkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...