Pages

October 5, 2011

Pesan Pak Wan : Kami Bukannya Nakal!




Assalamualaikum semua pembaca sekalian! Harap semuanya sihat-sihat hendaknya ya! Hari ni Pak Wan nak kupaskan sikit la tentang isu 'murid terlebih bijak dan kreatif nih'. Kita tengok dulu situasi di bawah ni:

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu..Cikgu ni pun...
Cikgu: @#%$&*# !!!


Haaa... pernah tak korang semua alami benda-benda macam ni (bagi yang cikgu-cikgu tu la)? Apa yang anda lakukan? Marahkan mereka? Rotan mereka? Denda mereka? Ish ish ish.... sangat-sangat tak patut. Sebenarnya mereka ni bukanlah nakal ataupun bodoh (apa taknya, lain ditanya lain dijawab). Cuma mereka ni ada satu keistimewaan, yakni daya kreativiti yang tinggi, Pak Wan tegaskan kat sini bukan semua murid yang ada kelebihan sebegini. Mungkin dalam sekelas tu ada la beberapa kerat je. Jadi, kita sebagai guru,  janganlah terus menghukum atau marahkan mereka, sebab itu hanya akan membuatkan mereka takut untuk menyampaikan idea-idea mereka (kadang-kadang tak logik dek akal) yang kadang kala ada bernasnya juga. Bila mereka takut untuk menggunakan daya kreativiti mereka tu, ini adalah SATU PEMBAZIRAN !




Common la, they're gifted! So, kita cikgu-cikgu ni kena la bantu mereka untuk mengembangkan lagi potensi mereka; salah satu caranya terima ja jawapan mereka tu walaupun salah, lepas tu baru la kita tegur dengan baik bahawa idea yang disampaikan mereka itu salah. Bimbinglah mereka untuk menggunakan pemikiran kreatif mereka tu ke arah yang betul dan pada masa dan keadaan yang sesuai, jangan disalahguna kelebihan itu. Mana tau nanti mereka jadi orang berjaya pulak kan, siapa yang bangga, cikgunya juga kan?  Jadi, apa tunggu lagi, buat sesuatu sekarang!

MEREKA BUKANNYA NAKAL!


AAA: Kreatif tak semestinya nakal, tapi nakal tak bermakna kreatif. Itu adalah dua benda yang berbeza. Men'scretch'kan kereta cikgu dengan corak batik dengan memancitkan tayar kereta guru adalah dua perkara yang berbeza, ibarat telur dan ayam. Ayam sudah semestinya bertelur, tapi sebiji telur tu tak semestinya telur ayam. Renung-renungkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...