Pages

October 8, 2011

What Da Fish??? : Part 3



Ni dia.... dia mai dah.... dia mai dah.... hehehe.... Kali ni, aku nak bagitau lak satu sindrom yang makin-makin menjadi-jadi kat alam maya ni, fitnah. Fitnah ni bolehlah diibaratkan korang sedang menjilat saki baki najis kat punggung orang yang korang fitnah tu (Cis, time makan maggie ni gak aku cakap pasal taik). Memang aku tak nafikan, internet adalah medium yang pailing cepat untuk sampaikan maklumat (walaupun internet kat sini memang slow tahap kura-kura semput), tapi kita pepandai la jaga etika berinternet, ni tak, asyik nak salah guna je, kalau nak tolong Kak Jemah promote diari dia takpe gak (Sorry Kak Jemah =.='' ). Tajuk besar gedabak kali ni adalah berbunyi begini. Ehem... Ehem....

Betul ke ni, fitnah berdosa tau???
JANGAN MAIN SHARE JE..!

Gedabak kan dia punya tajuk, kalau ada yang tak paham tu,mintak maaf la banyak-banyak ye blog ni takde provide subtitle, kalau nak pun, translate la sendiri kat Google Translate ye. Eh, mencarut pulak aku kat sini. Back to the  bussiness. Ok, kadang-kadang kita ada terbaca kat internet pasal benda-benda negatif (sebagai contoh, ada satu filem / drama / lagu / game ni menghina Islam ataupun makanan kat restoran-restoran ni tak halal a.k.a ada unsur-unsur kebabian ). So,  sebagai reader kita kekadang bukannya nak bukak link tu nak baca ke apa, main 'LIKE' je, asalkan benda tu berjaya memaku kita kat depan laptop, pastu boleh pulak dengan selamba dadahnya share dan sebarkan sesuka hati TANPA mengetahui kesahihan cerita tu. Check-check, benda tu tak betul. Masa tu berapa banyak dah orang share berita khabar angin bayu tu? Orang dulu-dulu pernah kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak share kat fb ngan twitter padah jawabnya.  

Bila dah boring tahap cawan, mulalah nak menge'like' post orang sesuka hati

Memang tak salah kalau kita nak share info-info terkini lagi terlatest, tapi pastikan benda tu sahih ke tak. Kalau sahih, nak share sampai ke Uranus pun tak kisah, tapi ada ke alien nak baca benda tu? Hmmmppphh... Benda ni walaupun kita ambik derk je, muka selenga mintak sekeh 14 kali, tapi nanti yang dapat kesannya pihak yang kita fitnah tu. Dia yang tanggung malu, menonggeng je depan tv kat dalam rumah. Keluar rumah je pakai topeng Otromen sebab nak cover dia punya malu. So, what say you?


AAA: sebelum nak like dan share post orang tu, pastikan benda tu sahih dulu, ni main share je, tak baik tau kalau benda tu tak betul ,macam mana? 

1 comment:

Kak H said...

aku paling tak suka share link yang mengarut2 cenggitu doe.. lain la kalau aku dah tahu kesasihan benda tuh *tapi selalunya mmg tak share pon* tapi seriuslyyy aku sokong apa kau cakap bro!

err, okayy. done follow. follow back sini :
kasihbuatsayang.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...