Pages

October 3, 2011

Ekspresi : Rindu Serindu Rindunya...

Pejam celik, pejam celik, dah setaun setengah saya  di bumi orang ni rupanya. Ini adalah tahun ke-7 saya berjauhan dari family (termasuk zaman sekolah). Bila dah berjauhan ni, pepaham la ya. Homesick la, sakit la, demam la, itu la, ini la. Yang peliknya, masa zaman sekolah dulu-dulu tu tak pernah pulak  rasa camni.

Macam adik-beradik pun ada gak nih. Hehehe...


Masa saya tengah usha blog seorang hamba Allah ni, saya tetiba teringat dengan family di kampung. Rindu masakan mama, rindu kena marah papa, rindu dengan kerenah gila-gila adik-adik. Bila difikir balik, air mata rindu yang saya berjaya tahan di lembah tubir mata akhirnya pecah dan mengalirlah air-air kaca syahdu. Memang, memang saya dah tak dapat tahan lagi rasa rindu di hati ni. Lebih-lebih lagi bila mama call, siap bagi nasihat lagi, masa tu hati memang sebak. Ye la, abang sulung, banyak tanggungjawabnya kan. Papa pun sama, bila call siap bagi nasihat, katanya nak tengok anak dia yang seorang ni berjaya. Walaupun saya ni selalu kena marah, selalu kena kritik, tak reti buat kerja lah, tak reti nak jaga adik la, tapi saya tau papa dan mama sayangkan saya.


Inilah mama saya. Nak cari isteri cantik macam mama lah nanti.


Pernah sekali tu, saya curi-curi dengar perbualan tetamu dengan parents saya di ruang tamu. Papa dan mama dengan bangganya bagitau yang diorang bangga dengan pencapaian saya sehingga ke hari ini.  Kalau terserempak dengan kenalan kat pasar ke apa ke, mama bukan mainbanggal lagi bagitau anak dia yang hensem ni masuk IPG (kalau kat sana, masuk IPG lagi orang tabik spring dari masuk U, dont know why). Lagi mengharukan, masa saya nak pegi temu duga untuk KPLSPM, kebetulan pulak hari tu birthday saya. Mama siap hantar mesej lagi (mesej tu saya masih simpan sampai sekarang) :

Happy bithday! Good luck interview. Mama tau abang tak pernah mengecewakan mama. Make me proud, my dear. Love you

Thank you mom! Bukan nak menunjuk ke apa, tapi saya tak pernah buat mama menangis sebab frust dengan saya. Cuma sekali tu ja tengok mata dia merah menahan sedih, masa tu dia nak lepaskan saya di kampus ni pada hari register (taun lepas). Entah kenapa, mata ni pun rasa macam nak menangis jugak. Sedih wey. Ingat lagi, mama sanggup sdatang dari kampung masa kitorang Form 5 ada Majlis Graduasi Masa tu gak, secara eksklusifnya, kawan-kawan saya tengok depan mata sendiri mama yang saya hebah-hebahkan selama ni. Mau tergamam, dan terdiam, apa taknya muka dekat-dekat sama. Sapa yang tak tau saya ni anak sulung, kompom tanya, "Ni kakak Azwan ke?". Fuhh..... Either mama yang kelihatan muda atau saya yang kelihatan matang. Lepas tu, mama selalu je telefon tanya cuti nanti balik tak. Bila balik tu, kompom berat naik sebab mama masak sedap-sedap. Antara masakan feveret, nasi goreng, nasi ayam (setiap Sabtu) dan juadah yang tak reti saya nak sebut dalam BM standard. Mama memang suka je kalau anak dia yang serakah ni makan. Hehehe...

Dari kiri : Yah, Qan, Aleya

Ni pulak dua adik kesayangan saya. Tak bermakna saya tak sayang yang dua lagi tu, cuma mereka dah 'matang' sikit, so tak berapa nak layan bila sembang-sembang dengan diorang. Dengan mereka berdua ni, memang sampai esok pun takkan habis punya. Walaupun saya ni yang sulung, tapi saya selalunya akan bermanja dengan diorang dua ni. Lawak sengal sentiasa di bibir mereka. Tiap kali rindukan diorang dua ni, saya mesti akan tengok balik video yang diorang rakam kat henfon saya. Siap pesan lagi:

Nanti, bila yai (panggilan mereka kepada saya) rindu, bukak la video ni. Kalau nak dengar suara, bukak kat recording ni, Aleya nyanyi sedap tau. Qan tau shuffle je...


AAA: Rasa rindu dengan family ni makin menjadi-jadi pulak dah. Masalah... masalah....  Tak apa, dah graduate nanti, bolehlah bercuti beramai-ramai dengan menantu mama. Eceh! Hehehe...

4 comments:

zudien said...

anak soleh..

zudien said...

anak soleh..

ct jue said...

alololo .......
anak mithali nih...
same la kite duduk di perantauan

Azwan Azahari said...

Hehehe... rindu sangat la ngan diorang. tu yang nak balik tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...