Pages

September 18, 2011

What Da Fish??? : Part 2

Mesti korang dah baca kan entry "WHAT DA FISH???" bulan lepas kan? Ha... ni aku nak sambung lagi nih, ada 3 lagi benda yang memang menghanginkan aku bila online. Online kat sini bukan setakat fb ke, twitter ke, blog ke, masuk semua sekali la, tak kira la laman web tu untuk akademik ke tak.






Facebook: Private! Private! Private!

Ni yang tak berapa nak gemar ni. Kalau yang private tu orang lain takpe gak. Ni tak, dah la private, dia private kan semua benda lak tu. Pastu sesuka buku lali dia je nak add orang. Kita yang di'add' ni pun rasaserba salah tau nak approve ke tak. Kalau aku, senang je, aku ignore je. Sapa suruh private sangat? Kalau nak sangat private dia tu,takyah wat akaun fb la, kan menyusahkan orang je. Tak tau yang nak add kita tu preompak ke, pembunuh bersiri ke, alien ke apa ke. Kalau approve sesuka hati, kan nahas jawabnya.



Facebook: Main tag-tag nama

Kalau memang dah gambar aku ada siap posing maut lagi ala-ala model Iklan Maggie tu takpe la, ni entah apa tah ditagnya aku. Your Best Friend For Today la, Report Card la, apa lah. Ish, kemon la, menyemak je kat aku punya view tu. Huhuhu... Kalau setakat sepuluh gambar takpe gi. Ni, sampai beratus-ratus, naik lumpuh jari ni nak remove tag. Bukannya tak nak hargai apa yang diorang bagi, tapi kalau dah sampai tahap kronik cenggini, sapa tak bengang??? Ce citer... Ce citer...



Blog: Muzik Automatik

Bila bukak je blog orang tu (tak nak mention sesapa), tetiba la kuar lagu mendayu-dayu. Kalau lagu yang jenis aku layan tak pe gak, ni ambik kau, lagu metal yang memang naik berdarah telinga aku mendengar nya. Pulak tuh, volume bapak besarnya. Nasib bek je tak bubuh bunyi pontianak ke, bom ke, kalau tak, memang nak gugur jantung ni ha. Nak bubuh lagu tak salah, tapi letak la lagu yang sesuai ngan konsep blog tu. Ni tak, sampai aku pun konfius dia ni wat blog pasal apa???



Blog: Widget Serabai

Ni dia! Dengan flash nya, dengan iklan nya, dengan kelip sana kelip sini. Naik juling mata nengok nya. Sebenarnya, kalau setakat letak sikit-sikit je tu, tak pe lah. In case nak biar blogwalker tu terpacak terus danerus menerus singgah ke blog tu. Tapi kalau dah kat footage ada, header ada, tepi kanan kiri penuh, buat semak je la. Kadang-kadang tak tau singgah situ nak tengok entry ke widget korang tu. So, bersederhanalah. Kan sederhana tu seelok-elok rupa. Ni naik semput aku menengoknya.



General: Loading... Sejam Kemudian... Cannot access!!!

Wat??? Bila dah tunggu punya lah lama, sempat mandi, iron baju bagai, datang-datang je dah tak dapat bukak. Mak aih, ni yang wat aku mendidih ni, kalau letak telur, memang dapat goreng mata kerbau nih. Loading punya lah lama, mengalahkan iklan kat TV nun. Huh! Kalau nak uji kesabaran pun, jangan uji ngan aku, sebab aku ni jenis yang cepat ilang sabar, ok! Kang tak pasal-pasal laptop tu aku kerat jadi dua (walaupun dia tak bersalah).



Haaa... Ni lah dia, antara penyebab-penyebab stres kita di kala hari. Ceh, ayat merapu tak ingat. Bukan apa, bukan niat di hati nak kutuk blog korang ke apa, tapi juz pandangan aku. Entry dah menarik, background dah cantiik tapi tak terurus tak boleh gak. Betul tak? So, sesama la kita mengingati satu sama lain. Semoga kita berjumpa lagi (InshaAllah) untuk PART 3 lak bulan depan. Peace ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...