Pages

September 21, 2011

Single Or Still Couple???

Single (bukan singlet ye) atau kapel (bukan jugak kapal)??? Kekeliruan ni selalu terjadi kat kapel-kapel yang tengah disconnect walhal mula-mula dulu, I MISS U la, I LOVE la, sekarang ni... I HATE U! Peerrrgghhh.... ayat dia, sentap beb, lagi-lagi kalo dia jerit-jerit ayat tu kan. Kita pun dengan egonya, "OK fine, kita brek!!!" Wahhh... sesenang dia je nak break-break kan orang, ingat macam nak brek basikal ke apa?



Benda ni pun jadi sama kat aku gak. Tengah-tengah tension kan, dia pulak sengaja je nak buat kita marah. Merajuk la konon. Orang kan tengah busy nak siapkan assignment, nak prepare untuk test ngan evaluation lagi, kalau orang fail, dia nak tanggung ke? Huh! So, nak dipendekkan cerita, aku tak jawab langsung dia punya call. Mana tahan beb. Sekali call je macam dah nak tercabut rahang ni bergayut ngan dia. Dia tu macam free pulak memanjang. Kalau memang free, aku bleh anta assignment aku suoh dia buat skali, dah siap semua, nak bergayut sampai pecah halkum ngan anak tekak pun takpe. Ni tak, macam la kita ni ada 100 jam sehari. Dah la student, mana nak cekau duit nak top up selalu. Tauke kedau reload tu dah kenal dah aku sebab selalu sangat datang situ. Sampai satu tahap, dia hantar SMS, "tolong lepaskan saya...". Aku tak reply pun sampai la sekarang. Aku pun tertanya-tanya gak sebenarnya, apa status kitorang sekarang; masih kapel kah atau udah single. Hmmppphhh... musykil.... musykil.... maybe dia dah cari yang lain kot. biar lah. semoga dia jumpa insan yang mampu layan call ngan sms dia 24 jam sehari. Kalau jumpa, inform me my dear!

1 comment:

black sakura aleeya said...

sabar ye...standard r 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...