Pages

September 20, 2011

Masih Ada Harapan...

Alhamdulillah, sejuk hati, lapang rasa dada bila baca berita ni tadi. Ingat tak 3 murid yang dikurung oleh pihak sekolah yang tak berapa nak profesional tu? Diorang diberi peluang 'tebus balik' perjuangan diorang yang belum selesai setelah dikurung dalam bilik selama 2 ari berturut-turut (masa exam je). Bila isu ni dah jadi panas dan jadi bualan ramai, pihak yang sepatutnya dah pun menjalankan tanggungjawabnya. Alhamdulilah. Dapat gak diorang bertiga tu merasa exam UPSR ye!




DUNGUN: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenarkan menduduki peperiksaan awam itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil meluahkan rasa dukacita terhadap pentadbiran sekolah terbabit yang menyekat hak tiga murid berkenaan untuk menduduki UPSR, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata setiap pelajar yang mendaftar untuk mengambil peperiksaan awam dalam Kementerian Pelajaran mesti diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan itu.
"Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan itu tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah.
"Sebagai Menteri Pelajaran, ini adalah kuasa saya di bawah Akta Pendidikan dan saya putuskan pelajar ini dibenarkan menduduki UPSR. Saya juga sudah menerima laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bahawa ini boleh dilakukan.

"Biasanya ia mengambil masa empat minggu daripada tarikh keputusan saya untuk murid berkenaan menduduki peperiksaan itu," katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di Padang Merdeka, Sura, di sini, hari ini yang dihadiri lebih 15,000 penduduk setempat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Datuk Seri Ismail Sabri

Muhyiddin berkata, LPM akan mengolah soalan peperiksaan itu supaya ia setara dengan kertas peperiksaan UPSR yang baru selesai diduduki calon pada 15 September lalu.
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pentadbir sekolah supaya tidak terlalu ghairah untuk mencapai kecemerlangan sekolah, hingga bertindak di luar perkara yang sepatutnya.

"Dalam hal ini, pihak sekolah mungkin bimbang kalau murid itu menduduki UPSR, ia akan menurunkan paras kecemerlangan sekolah. Tetapi ini hak pelajar (menduduki peperiksaan awam). Ibu bapa pun berhak tahu tahap pencapaian anak mereka.


"Walaupun kita ada buat tawaran baru yang diberikan Kementerian Pelajaran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jangan sampai ke peringkat hak dan keupayaan murid untuk mengambil peperiksaan awam dihalang," katanya sambil meminta maaf kepada ibu bapa murid berkenaan.

Muhyiddin berkata, beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk melakukan siasatan mendalam dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah yang terbabit terutama guru besar.

Akhbar hari ini melaporkan, tiga murid SK Bandar Bintangor dikurung di dalam bilik pemulihan sekolah ketika rakan lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu dipercayai kerana bimbang murid berkenaan yang lemah akan menjejaskan pencapaian sekolah.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.


Sumber: Berita Harian


So, kepada Idie, Edward dan Richmend, all the best ya! Buat kejutan biar mulut satu sekolah tu ternganga, terlopong luas bila tengok result korang keiyh! Buat baik-baik tau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...