Pages

September 24, 2011

6 Sebab Lelaki Masih Single

Walaupun tak dinafikan ramai aweks kat Malaysia ni kira macam hot (tapi belum capai taraf Megan Fox la), tapi lelaki kat Malaysia masih gak ramai yang single. Nak kata takde pilihan, tak la kot,berderet je diorang ni, tinggal nak pick yang mana je nih. Nak kata rambang mata, pun tak jugak sebab setiap satunya ada ciri-ciri unik tersendiri. Tapi ingin ditegaskan di sini, single bukan bermaksud tak laku ye, tapi ada la sebab-sebab dia. Ni antara sebab-sebab dia:





Takde tempat nak belajar

Eh, mana mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat, ada ke? Nak mengorat ni tak perlu nak amik kursus ke, amik lessen ke macam nak driving kereta. Kalau ada, aku pun nak join sekali, mana tau kot-kot siap ada majlis konvokesyen ke kan. Pastu sijil tu kita boleh usung mana saja kita nak mintak kerja. Bangga sikit bagitau bakal majikan tu yang kita pernah menghadiri kursus mengorat awek peringkat sarjana. Pergghh… maunya kena fly kick sekali ngan diorang tu nanti. Tapi taka pa, apa yang penting sekarang, amik pengalaman dulu. Pengalaman itu penting, cuba try sekali, mesti nak lagi. Bahasa mudahnya, bak kata iklan Twisties, mesti mau!



Takde duit

Bukannya sengkek, tapi kan pompuan ni kekadang, kalau nak sekali date tu, maunya lesap beberapa ratus duit kita ni. Dia selamba main marik-mark apa yang dia nak beli, yang hulur duitnya kita. Wallet yang setebal Kamus Dewan Edisi Keempat dah rupa macam roti kirai je lepas habis date. Nak tak nak, si lelaki kena la makan Maggie setiap bulan, nak beli ais krim 30 sen pun kena fikir 13 kali. Yang pompuan pulak makan aiskrim pun nak kat Tutti Frutti. Memang kaki Gillete tol punya awek. Tu yang buat kebanyakan lelaki trauma ni.



Malu Tahap Jamban

Ni mungkin sifat semula jadi. Yelah kan, baru first time jumpa, dah rupa macam tenggiling buasir empat hari je. Kalau dia datang kat rumah lak, mulalah si lelaki ni sembunyi pastu main jelling-jeling, macam stalker amatur pulak dah. Antara port paling popular kalau diorang ni malu adalah di sebalik langsir. Habis kain langsir tu dikuis-kuisnya sampai terburai semua benang yang dijahit kat langsir tu. Tak pun, di sebalik sofa. Tersipu-sipu malu pulak dah, mengalahkan si pompuan. korang tak perlu risau , semua ni boleh diperbaiki.



Takde adik beradik lelaki dalam keluarga

Ni kira kes takde role model la. Kalau ada adik pun, mana lah dia reti sangat. Yang dia tau, WONDERPETS! Masalah… masalah… Nak tanya Abang Usop sebelah umah, dia pun masih single lagi, terlajak lak tuh. Nak tanya bapak pulak, maunya kena jawab dengan cop ‘Body Glove’ kat pipi. Kalau setakat biasa-biasa je takpe gak, ni kalau kalau kena yang ‘hot and spicy’ maunya kembang pipit u macam iikan buntal.



Kurang bergaul

Ramai lelaki zaman IT skang ni yang lebih suka menghabiskan masa kat rumah. Layan citer Upin Ipin lagi layan dari pening layan kerenah awek. Alah, skype ngan facebook chat kan ada. Nak senang ckit, main je Sim Social tu. Kalau nak keluar pun, keluar dengan geng-geng lelaki je. Main pool ke main bowling ke. Tak pun main futsal sampai naik kopak lantai gelanggang futsal tu. Keluar dengan pompuan??? Ermmm… maybe not. Mau nya jenuh macam nak tanggal kaki jalan dengan diorang nih. Habis satu Bandar dipusing, last2 satu benda pon tak beli. Nak sekeh skali takleh, anak orang. Sabar je la. Balik rumah je, naik kebas kaki. Tak pasal-pasal kena pakai wilcha masa jalan.



Malas nak pikir

Ramai gak la yang tergolong dalam golongan ni. Malas nak pikir pasal perempuan. Buat jammed kepala je, tapi bila tiba tiba bab motor ke, kereta ke, futsal ke, dia yang tengah tertonggeng atas katil macam Eifell Tower terjelepok sanggup lompat dari katil ala-ala Kodokman. Banyak lagi komitmen lain katanya. Tapi bila dah tiba masanya, hati kita akan terbuka juga. Cuma masa tu nanti korang dah ready ka?




Haaa… ni la antara sebab kenapa, why, lelaki ramai lagi takde awek. Walhal, nisbah lelaki ngan pompuan kat Malaysia ni 1: 12. So, tepuk dada tanya sakit ke tak la ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...