Pages

January 9, 2012

Semester Baru, Cabaran Baru!


Semester baru masa degree ni baru saja bermula, tapi dah berbakul-bakul tanggungjawab yang aku perlu galas. Tak habis satu per satu jawatan diberi kat aku. Tapi nak buat macam mana, dah orang dah bagi kepercayaan dan amanah kat kita, so kenalah ambik dengan penuh tanggungjawab.

Pagi tadi masa tutorial, tutor merangkap lecturer paper SCE3101 nak buat satu lawatan, katanya nak kaji pasal pembiakan tumbuhan. So, kitorang kena lantik AJK projek, macam biasa. Tup tup, nama aku dicabut untuk jadi pengerusi. Aku tergamam, tersentap, terpana dan terpaku seketika. Nak kata happy pun tak, nak kata sedih pun tak.

Tak lama lepas tu, lepas Zohor tadi, ada pulak meeting untuk Minggu Kesenian Islam. Wah, ada banyak benda yang aku kena update, almaklumlah setiausaha. Banyak benda kena diuruskan ni. Surat jemputan lagi, surat mohon kebenaran lagi, banyak lagi surat la. Dah namapun SU memang la banyak menaip. Oh Aspire One ku sayang, sudikah kau menemaniku sepanjang sem ni?

Tak cukup tido la gamaknya sem ni...

Hurm, dapat ke aku nak jalankan tanggungjawab aku ni? Pernah jugak terlintas kat hati aku, nak tarik diri sebab belum ready lagi tapi kali ni mana boleh main tarik diri lagi dah, dah setahun lebih dah study kat sini takkan tak ready ready lagi kot. So, demi tak menghampakan kehendak orang lain, aku terima dengan tangan terbuka dan aku anggap ni sebagai satu cabaran untuk aku memimpin rakan-rakan yang lain.

InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab aku. Kalau aku gagal memimpin sekalipun, aku jadikan tu sebagai peringatan aku di kemudian hari. Kalau aku berjaya, pada masa akan datang aku kena berusaha lebih kuat lagi. Yelah, kata nak jadi cikgu, so kena la sentiasa improve dari semasa ke semasa.

Banyak lagi jawatan lain yang aku pegang, tapi cukuplah setakat tu. Nanti kata aku ni menunjuk-nunjuk pulak. Apa-apa pun, wish me luck ok!

AAA : Bukan gila kuasa ek!

3 comments:

Eza Boom Boom :) said...

Bagus! anda dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi. bukan senang orang nak letak kepercayaan kat kita. Hee, Eza selalu tarik diri dari apa-apa jawatan. Sebab Eza rasa Eza tak layak :) Bila lah Eza nak confident ni. hihi.

Azwan Lai Azahary said...

InsyaAllah, kita akan try our best! Cubalah sekali, baru dapat rasa pengalaman tu.

Anonymous said...

OMG , apakah Anda melihat apa yang terjadi di Suriah ? Meskipun tindakan keras pemerintah brutal, manifestasi melanjutkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...