Pages

August 5, 2011

Memo Cinta

Selalunya kita dengar lelaki dulu yang usha awek kan? Sekarang kita tukar pulak, awek pulak usha si jejaka ni. Macam-macam ayat la yang diorang guna ni...


MEDIUM : SURAT




Awek : Leha Gangster
Latar belakang : Anak Pak Cik Leman jual tebu ujung kampung
Kriteria : Ganas gila tahap singa berak cair, kaki buli tu
Sasaran : Leman Botak

Woi kau budak botak nun di sana,

Aku dah lama tengok kau, boleh tahan gak kau ni ek, nak kata hensem tu takde ar, tapi sweet ada, macam cendol. Kau ni pun boleh dibuli-buli, kalau aku marah aku hempas je kau ni kat dinding. Weh, aku suka kau ar. Jom couple, kalau tak aku tumbuk kau sampai lumat macam daging kisar. Nak tak nak, ko kena setuju gak, kalau tak siap kau! Lepas sekolah ni kita jumpa kat belakang blok akademik. Kalo kau nak makan terajang aku, cubalah try lambat, tengok ko berani lagi tak nak lambat pasni. Bukan apa, aku kesian gak ngan ko asyik kena buli ngan si Daim tu. Pasni, aku akan protect kau, sapa-sapa yang sentuh kau, ICU la jawabnya. Jangan lupa datang tau! Bye budak botak comelku!


-Leha Gangster-





Awek : Minah Becok
Latar belakang : Selalu masuk pertandingan bahas, kompom menang, takleh dilawan!
Kriteria : Mulut pot pet pot pet mengalahkan DJ Hot.fm, dahlah mulut bau puaka
Sasaran : Karim Bendul


Helo awak, nak kenal boleh? Kalau tak boleh, saya tetap nak kenal kat awak. Awak dah makan? Makan apa tadi? Mintak sikit boleh. Maaflah kalau saya ni keterlaluan, macam tak malu pulak. Tapi bak kata grandma saya, who cares??? Ahaks! Eh, saya dah lama minat kat awak. Walaupun awak ni nerd, muka bersepah, tapi awak tetap hot di hati saya. Kita couple nak? Boleh lah! Boleh lah! Boleh lah! Saya dah terdesak sangat ni. Awak je la harapan terakhir saya, walaupun saya tak ingin sebenarnya, tapi nak buat macam mana, terdesak!!! Saya tau la saya ni becok, tapi penuh maklumat apa. Internet hujung jari, tak perlu Streamyx Zone ke, broadband ke, Wai Fai ke. Eh, nak tau tak, Farid budak kelas awak tu semalam kantoi tak puasa, ish ish ish... apa nak jadilah dengan dia ni kan. Eh, keluar topik lak. Hehehe... Ok la, saya harap awak terima request saya, kalau tak nak pun tak apa, sebab saya pun tak terhegeh-hegeh minat kat awak...



P/S: Kalau nak gosip terbaru, cari je saya tau!




-Minah Becok-









Awek : Esah Jiwang
Latar belakang : Bakal novelis cinta tersohor di Malaysia
Kriteria : Kaki novel, tulis karangan dalam exam pun berjela-jela macam novel
Sasaran : Kamal Kerek


Biar salamku menghempas ke jiwamu...

Angin sepoi-sepoi bahasa telah menjentik hatiku untuk mengenali dirimu yang kudus itu. Dari raut wajahmu, dapatku lihat dengan terperinci butir-butir jerawat batu kemerah-merahan di pipimu, menandakan malu setiap kali diusik oleh teman-temanmu. Aku dari kejauhan hanya mampu tergamam dan terkaku, terpana dengan ketampanan dan susuk tubuhmu. Inginku luahkan isi hatiku, namun takut juga sekiranya ditolak mentah-mentah olehhmu. Kini kugagahi jua untuk mengekspresikan aksara yang terpendam sekian lama dalam lubuk hatiku, kini membuak-buak minta dilepaskan, diluahkan kepada kau yang kucintai. Oh, Kamal yang kukasihi, sudikah kau menjadi raja di taman hatiku? Seandai kau masih belum bersedia, tak mengapa kerana aku setia menanti di sini, di landasan nur cinta kita yang abadi...


Yang merinduimu,

-Esah Jiwang-







Awek : Dania Rojak
Latar belakang : Darah mix, orang putih - sawo matang a.k.a Melayu la tu...
Kriteria : Bila speaking, broken bukan kemain, bila bercakap Melayu, berterabur pulak
Sasaran : Udin Jawo



Helo, hi u di sana,

Wah, lama I dont see see u. Rindu lah, Ahax! I ni bukannya nak menggedik kat sini, juz nak request samting to u lah. I nak jadi awek U boleh. U ni hensem lah, macho pulak tu. My kepala feel banging-banging (bukan bangang ye) when my ears catch your words. Your voice are susah nak kata, senang cerita, lickin good la. Setiap hari I stalking U, suka la watching u. Day-day I looking u. Friends I pun ada yang minat kat u, kelab kipas (fanclub) la katakan. Ok, lah. My mum panggil I tu, nak washing-washing sikit. I ni rajin tau. Rugi U tak dapat I nanti, menyesal I dont know! Hahaha... Ok, lah, nanti I send more letters to U, keiyh...
Dont miss me taw!


With a kilo of love,
Dania, I repeat Dania ok, bukan Gardenia, its roti la...





Penng-pening.... Kesian pulak sasaran yang jadi mangsa tu... Apa-apa pun, good luck la kepada awek-awek ni ek... Hehehe...

8 comments:

zudien said...

Awek slalu ushar hg ka? ish3

Azwan Lai Azahary said...

bukan la... aku dapat idea ni dari kawan aku... dia cerita kat aku... hahaha...

cik zaa said...

haha..ta bole blah..

Azwan Lai Azahary said...

hahaha.. aku dapat idea masa kelas bio tadi kot... huhuhu...

Cikgu Liana said...

hahaha...lawak2....

Anonymous said...

love this !!! hahaha... i x stand after reading this XD

Azwan Lai Azahary said...

Thanks a lot... hehehe

dariilhamkehati said...

bes ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...