Pages

December 3, 2011

What Da Fish??? : Part 6


OK peeps, ni memang buat aku bengang lagi berapi bila online. Buat menyemak mata aku je masa online. Memandangkan semakin ramai orang yang semakin menjadi-jadi meroyannya, so aku pun terpanggil untuk buat entri pasal benda ni...

KO DAH TAKDE BAHASA SOPAN LAGI KE?

Bila dah tengok topik sentap kita ari ni yang gedabak besar lagi gebu tu, jadi aku andaikan korang paham la ek? Asal online je, akan ada je post yang berunsurkan sumpah seranah, jampi serapah dan kutuk mengutuk orang lain. Amboi, ko ingat ko tu bagus sangat? Bahasa takde yang sopan sikit ke?

Ni tak, kalau online je, terpampang je kat post dia,
  • F**k you! S*** your own d***!
  • Just shut your f*****g mouth and do your own d**n bussiness!
  • Hei perampas, kau jangan nak berlagak macam s****l boleh tak?
  • Woi, b***! C****a kau s***!
  • Sumpah geram tol aku ngan c***i tu, p*****k tol lar!
Mak aih, mak bapak ko tak ajar ke cakap elok-elok? Tak pun korang ni memang tak makan ajar, tu yang jadi budak rendah akhlak tu.

Macam ni la, benda-benda cenggini boleh jatuhkan imej bukan setakat korang je, tapi mak bapak korang. Tak malu ke nak post benda-benda macam tu kat laman sosial pastu semua orang tengok? Suruh cakap betul-betul tak nak, cuak! Dalam laman sosial je berani, kononnya walhal dah terkencing kencing dah bila orang yang dituju tu kat depan mata.

Ingat, budi bahasa budaya kita. Malu la kat mak bapak yang tengah online sama. Kata orang Malaysia ni berbudi, sopan santun, tapi habuk pun tarak! Kalau nak lepas marah ke, geram ke, frust ke, cari la medium lain yang tak memalukan diri kita sendiri, apatah lagi imej keluarga. Ingat!

AAA: Budi bahasa budaya kita...

1 comment:

Nora_Aniza said...

betul tu..kebanyakan bangga menggunakan bahasa kasar..rasa diri hebat dan dihormati..padahl org yg memandang tgk kita macam xde ilmu..xde budi bahasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...