Pages

December 13, 2011

Indahnya Dunia, Tapi... [Part I]





Dunia yang kita diami sekarang ni memang tak dinafikan memang indah, cantik aman dan makmur.Walaubagaimanapun, semuanya indah khabar dari rupa. Takpercaya? Cuba tengok ni.

 Indahnya dunia bila…

Semakin ramai artis kita yang dulunya memang seksi gila maut dah mula membuka hati diorang nak bertudung. Cantik berlipat kali ganda, kita ni tak dapat dosa tengok rambut diorang yang kusut masai tu lagi serabai tu. Dah tu, pandai menggayakan tudung pulak tu walaupun tudung labuh, asalkan tutup mana-mana yang patut kan. Sejuk mata mak diorang memandang. Perangai diorang dah mula berubah, makin tinggi santunnya, makin terjaga adab pergaulannya dan insyaAllah makin murah rezekinya.

Tapi yang potong stimnya bila…

Semakin ramai jugak artis kita yang mula-mula bertudung litup semakin singkat kain di kepalanya. Nak kata tudung mahal, melambak je tudung RM10 kat shopping mall. Tak kurang jugak main pasang bukak pasang bukak macam kain langsir pulak dah. Bila ditanya, tuntutan kerja katanya, tak pun pengarah suruh. Yang Allah suruh tak reti nak ikut pulak, tuntutan agama tak reti-reti pulak nak buat.
Haih, itulah yang namanya manusia, yang disuruh tak dibuatnya, yang dilarang tu la dia nak buat. Nanti dalam kubur nanti jawablah sendiri ya. Jadi mesejnya kat sini, ikut je peraturan yang Tuhan dah bagi kat kita, jangan nanti kita kena panah petir baru tau, padan muka. Mana-mana yang buruk jadikan pengajaran, mana yang baik pula jadikan tauladan. Mana yang blur tu sedar-sedarkan, mana yang sengal tu celik-celikkan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!
AAA: Macam-macam fesyen tudung sekarang, labuh pulak tu. Kalau dah namanya tak nak tutup, memang takkan tutup punya...

2 comments:

Yassin said...

Salaam. Nice entry, realitinya memang begitu.

Genbirakan bila Abby Fana, Irma mula pakai tudung. Harap pengikutnya akan ikuti teladan beliau.

Peminat perempuan jelah, kalau lelakipun ikut, itu sudah lain :)

Azwan Lai Azahary said...

Thanks... Part II dan seterusnya akan menyusul. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...