Pages

September 30, 2011

Akan Datang...

AKAN DATANG OKTOBER INI...


Slot-slot baru menanti anda...
  • Diari Kak Jemah
  • Edisi Eskenen Uuun
  • Sejenak Bersama Kak Leha
  • Sengal Pagi
  • Snap! Snap!
  • dR Laf
  • Fantasi Cinta
  • Parodi Kebaboom!
  • Komik Korner
  • Apa Jadi Kalau...

Jangan dilupa slot yang lama...
  • Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti
  • Memo Cinta
  • What Da Fish???
  • Typical Malaysian
  • Sentap Punya Hal!
  • Muhasabah
  • Fakta Sengal
  • Lirik Lemau
  • Lawak Santai
  • Preview
  • Alam Angker
  • Nukilan Dariku

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA SELAMA INI. TERUSKAN LALU DAN PARKING DI BLOG SAYA. SILA HAMBURKAN SEGALA KOMEN TAK KIRA POSITIF MAHUPUN NEGATIF  DI RUANG KOMENTAR YE! SAYA AKAN SENTIASA MEMBERI YANG TERBAIK BUAT ANDA!

September 28, 2011

Log Off Seketika




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kerana mulai dari hari ini, blog saya akan sepi, sunyi dan suram buat seketika. Bukannya tak ada idea untuk entry, tapi ada beberapa masalah yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu supaya nanti saya dapat berkongsi ekspresi diri saya bersama-sama blogwalkerz sekalian. Jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Izinkan saya untuk mengundurdiri buat seketika watu bagi menenangkan jiwa dan raga, mudah-mudahan, semasa 'berehat' dari karpet ini, saya dapat lebih banyak ilham dan pengalaman baru yang mungkin saya boleh ketengahkan pada masa akan datang. Kalau rindu tu, janganlah segan silu singgah ke entri lama dulu kala. Sekian...



Tapi jangan risau, saya akan kembali tak lama lagi dengan BERWAJAH BARU, ENTRI-ENTRI SEGAR LAGI BARU, KARYA TRILOGI DENGAN SEQUEL YANG LEBIH EPIK serta banyak lagi SLOT-SLOT BARU DAN LAIN DARI YANG LAIN. Walaubagaimanapun, sequel-sequel untuk TYPICAL MALAYSIAN, SURAT CINTA MENCARUT TAHAP INFINITI, dan MEMO-MEMO CINTA akan masih diteruskan selagi viewers semua nak baca. Sekian nukilan dari saya. Salam rindu dari Kak Jemah Kak Lehot saya.



-Azwan Lai Azahary-

September 27, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part II]

OK, tanpa bercakap panjang (sebab masih demam), so aku sambung je la episod semalam ye!




24 September : 12.30 ptg

Kitorang masih menunggu sorang lagi datang, Aizat (course Math - sama kelas ngan kawan sekolah aku dulu). Pun sabah bah... (kenapa la aku susah sangat nak jumpa orang senegeri ngan aku ni, dah la junior takde). Masa tengah tunggu tu, berborak dengan Ewi, Yang dua orang tu entah pegi mana aku pun tak perasan. Balik-balik je si Zudien dah pakai spec (perrgghh.... smart bai! Eh, x caya lak aku cakap cenggini). Bila dah mula perasan diri tu hensem, sesi fotografi pun bermula. Aksi-aksi comel (teringat lak ngan Izzat) masa bergambar tak pernah lekang. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng-geleng kepala beberapa kali. Bila perut mula berkeroncong dan asid sulfurik mula bershuffle di dalam badan, maka itu bermaksud sudah tiba untuk... makan time! Aku yang sememangnya terkenal dengan tag team mesin makan (aku, Izzat, Amin, Dayah) tetiba je putus selera ari tu. Maybe yang 3 orang tu takde kot, almaklumlah catalyst of reaction tak tak ada. Hahaha... Aku dok perhati je diorang makan, berselera betul ,macam setaun tak makan. Dah la keding (adik-beradik kepada kurus kering) semua, kesian lak aku tengok. Hurmmm... takpe la. Korang makan la sampai habis. Zudien meratah ayam sampai ke sisa-sisa terakhir. Si Yassin sibuk membelek-belek kamera nya tuh. Yang dua orang lagi, entah apa yang dibualkan entah la, slang Sabah pekat sangat. Adoyai. Mata aku yang melilau-lilau tiba-tiba terpana apabila melihat sorang brader/ akak (x pasti la aku), asyik tengok je kat meja kitorang ni. Tau la 5 orang ni hensem-hensem semua. Takyah ar jeling macam tu sangat, naik tegak semua bulu roma, bulu mata, bulu hidung aku dibuatnya. Bila habis makan, RM50!!! Hurmmm.... diorang semua terlopong dan ternganga. Aku je berlagak rilex. Rasanya, kalau diorang tengok budak-budak kelas aku makan, setakat RM50 tu baru set makanan untuk 2 orang tu (gelojoh punya pasal).




24 September : 1.40 ptg

Selesai je solat Zohor, kitorang pun berarak ke GSC (ni bukan nama sejenis ubat ye), nak tengok movie punya hal. Tnegok citer Abduction. Rupa-rupanya, seat kitorang kat depan sekali tu ha (second row), dah la screen gedabak gila, tapi tak apa, kitorang dikelilingi oleh awek-awek yang cantik. Aku pun memulakan operasi, namun kantoi dengan Zudien agaknya (nasib baik dia x tau aku nak buat apa... hahaha... x sempat), terus batal aku punya plan. Dekat sudut sana, ada beberapa aweks tengah posing (for facebook maybe kalau tengok dari segi posing diorang la) maut tahap belangkas, mak aih ada sorang tu comel nya. Ish, ku datang sini nak tengok wayang, bukan cari awek. Kan dah sorang, yang tu nak campak mana, sengal! Aku terus menghalakan mata aku ke skrin. Layan gak la citer ni walaupun aku x berapa nak minat ngan Taylor Lautner ni (nantikan episod Preview Abduction). Sejuk gila, menyesal lak tak pakai baju yang kain tebal sikit tadi. Jaket pulak lupa kat bilik. Tahan je la walaupun menggeletar ni.




24 September : 3.20 ptg

Keluar dari cinema, layan desert McD dulu. Diroang ada yang makan sundae cup, chocotop. Aku sorang je McFlurry (ni hidangan wajib tiap kali aku keluar selain dari Coolblog). Sempat lagi posing-posing mengambik gambar buat kenang-kenangan. Tengok jam... O M G! Aku kena balik, tapi rasa serba salah lak bagitau ngan diorang. Ye lah kan, bukan selalu nak tengok aku yang busy tahap mesin jahit ni nak jalan-jalan jauh sikit dari Seremban. Si Ewi pulak pujuk pujuk suruh aku stay dulu. Kalau KTM tu tak sesak takpe gak, aku x kisah sangat, ni bila dah pukul 4 dah sesak sangat dah. Tepu dah penumpang dalam tu. Diorang ajak makan-makan dulu, final destination katanya. OK, layan je la. Makan kat Carl's Jr (first time aku gi tempat tu), makan burger yng boleh tahan la burger dia. Aku sorang je yang berjaya habiskan burger tu. Yes!!! Pastu, aku mintak izin untuk pulang sebab jam dah tunjuk jarum 4. Dalam kepala otak aku, mesti crowd gila nanti nih.




24 September : 5.00 ptg

Ni yang aku bengang tahap bangang nih. Punya la aku tunggu sampai naik kebas dua-dua kaki aku, bleh pulak KTM dengan slumber dadahnya lambat sampai. Tapi xpe la, at least sampai daripada sem depan baru nak sampai, apa ke hal kan? Bayangkan bila dah sejam lambat, berapa orang yang tengah tunggu kat platform? Ramai gila, macam nak pergi Konsert Korean Wave tu je. (Gambar tak dapat diupload sebab terlalu ngeri untuk tontonan umum). Hati dah rasa risau sempat tak nak masuk ni, dah la crowd gila. Kalau jual kerepek ke, bukak bazaar ke kompom laku jualan ni. Aku dengan usaha kerasnya cuba meredah lautan manusia yang rakus menerobosmasuk ke dalam lohong yang ternganga buat seketika (pergghh... ayat aku boleh blah). Bila masuk ke dalam je, aku antara orang yang terendah kat dalam tu. Ada bangla la, afrika la, korea la, cina la, arab la, india la, dah macam siaran astro dah aku tengok. Yang tak tahan nya apabila aroma Ambi Pur expired a.k.a bau hurrmmmm.... badan or specifically ketiak yang teramatlah tajam. Perut mula rasa mual, burger kat dalam perut ni macam nak dihamburkan keluar je. Nak tak nak, aku ambik tisu pastu sumbat la dalam lubang hidung. Bercucuran air mata aku menanggung seksa sebegini rupa. Dah la kena tunggu 10 stesen lagi baru sampai Seremban. WHAT??? 1 hour and half I have to go through all these things? (T_T)




24 September : 7.00 ptg

Bila dah limpas UKM, dah mula lengang dah KTM tu, and fresh air mula menusuk lubang hidung. Waaahhhh.... indahnya dunia. Eh, ada kerusi kosong la, so apa lagi, sebelum kaki ni aku patahkan dua, baik aku duduk. Tertidur la aku dalam buaian mimpi seindah asmara duka lara sehinggalah satu suara dari corong speaker berkata ala-ala begini:

Stesen Seremban... Seremban....

Aku dengan rambut ala-ala Awan Nano tu pun bangun, dengan muka yang aku tak boleh nak ekspresikan sekarang, sebab aku tengah hensem sekarang ni (hehehehe) terkulat-kulat bangun pastu bergerak ke Terminal 1 sebab nak kejar bas terakhir pukul 8. Kalau naik teksi, mahal. Jimat punya pasal kan...




24 September : 9.00 ptg

Sampai kat kampus. Bila tiba kat depan bilik je, roommate terpinga-pinga bila tengok roommate dia dah macam zombi kampung pisang goreng hangus. Aku terjelepok atas katil sampai tak sedar dunia lagi dah. Aku rasa kalau satelit hempap kepala aku pun aku takkan bangun dari tidur. Sedap gila seyh... Sebelum tido, sempat gak online kejap... Hehehehe... Sah gian.




25 September : 11.00 pg

Selamat pagi dunia! My new day begins...





Haaaa... begitulah kisah penuh ranjau, bau dan kepenatan semata-mata nak jumpa fb buddies. Demi kawan, sanggup ni meredah lautan manusia dalam KTM. Hahahaha... OK la, penat ni, demam pun tak kebah-kebah lagi. Kalau sihat walafiat esok, ada la entri baru ya! See ya!

September 26, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part I]




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Okey, memandangkan aku ni free memanjang (masa ada assignment mengeluh, bila dah x ada assignment sibuk nak cari pulak) terlintas nak buat entri pasal PERTEMUAN EKSKLUSIF aku dengan 2 blogger tegar (tegar ke? aku follow pun x), Zudien dan Yassin. Hahaha... YES, AT LAST, DAPAT KUTEMU JUGA setelah dekat nak setaun kata nak jumpa tapi x jadi-jadi. Ingat pergi KL dari Seremban tu macam pegi bilik mandi kat asrama ke? Ni nak cerita sikit pasal perjalanan penuh berliku aku. Semuanya bermula di apabila ...


16 September 2011 : 8.00 mlm

Masa tengah online tu, tetiba Si Yassin tempel post dia kat wall aku.

You didn't come did you?

Masa tu leh lak aku rasa berdebar nak jawab, sebab sebelum tu dah janji nak gi jumpa diorang kat Dataran Merdeka pagi tu, tapi sebab lecturer suruh gi open house dia, WAJIB lak tu, nak tak nak kena 'singkir'kan diorang kejap. Cis, demi makanan sanggup tolak kawan-kawan ke tepi. Hahaha... So, di saat tu la deal ngan diorang nak jumpa kat tempat lain. Aku serahkan kat budak 2 orang tu untuk tentukan tempat dia.



22 September : 9.36 mlm

Giliran Zudien tempel pulak kat wall aku yang kira-kira berbunyi berikut:

Camna, jadi x appointment kita ni nanti?


So, aku dengan hensem dan comelnya (bukan perasan ye, hakikat) terus membalas untuk menkonfirmkan event tersebut. Set! Jumpa kat Mid Valley nanti korang ya...




23 September : 8.00 mlm

Huhuhu... Aku demam! Oh, wait a sec! Demam??? Weh, esok nak gi Mid Valley weh! Kemon la... Malam tu entah berapa tablet aku makan pil semata-mata nak sembuh, walhal aku dari kecik memang tak reti nak makan ubat (seriously, aku kalau makan ubat, memang aku makan betul-betul, bukan telan ye, tapi kunyah) Berjurai air mata mengunyah pil yang rasa dia tak berapa nak best tu. Bila tengok cermin, O M G, buruk nya muka aku. Tak hensem langsung! Dah macam Zombie dalam game Plant vs Zombie dah. Kepala macam dah nak meletup dah. Huhuhu...




24 September : 8.00 pg

Masih lagi tertonggeng kat atas katil (takyah imagine la, memang buruk gila rupa aku), tengok-tengok jam, PUKUL 8 !!! Dengan cepat dan tangkasnya (walhal aku slow gila, kepala masih pening lagi). Siap je, terus naik bas pegi Terminal 1. Dari Terminal 1 jalan ke Stesen KTM ikut subway. Penat gila, lagi-lagi buat insan chubby lagi gebu macam aku ni (T_T). Nasib baik masa tu belum ramai lagi orang.




24 September : 10.00 pg

Naik komuter. Mula-mula tu belum crowd lagi, tapi bila dah singgah stesen nilau tu, mula la nak sesak. Kalah tin sardin (at least sardin still got space in the can), ni muka dah tersembam kat dinding. Tak dapat nak gerak langsung. Dah la kepala pening gila ni, demam semalam masih belum kebah lagi.



24 September : 11.45 pg

Fuhhh... at last, sampai gak Mid Valley dengan selamatnya. Aku turun je terus cari tandas. Muntah la dengan sepuas-sepuasnya kat situ. Muka pucat lesi je, macam gaam UHU je. Darijauh aku dah nampak Zudien, Yassin ngan .... aik, sapa lag sorang tu??? Aku menggaru-garu kepala aku yang rambutnya macam Hafiz AF ni. Tetiba, DING!!! Kepala aku berdesing... O M G!!! Menangis aku dibuatnya, tapi sebab banyak awek kat situ, aku tahan je. Walaupun keluar semua dah urat kat dahi aku menahan sakit.


ONE MESSAGE RECEIVE:
Z - Wei, hang jadi tak pegi ni?
A - Dah sampai dah.
Z - Kitorang tunggu kat kaunter tiket atas ni
A - OK


Aku pun gagahkan diri aku, muka tetap maintain senyum sebab classmate aku bagitau aku nampak comel kalau senyum (orang chubby katakan, biasalah). Bila sampai je kat atas, dari jauh aku dah target 3 tubuh keding (Just Ewi tu berisi sikit la). SAH! Diorang la ni. So, sementara tunggu diorang tengah beli tiket, masa tu la awek mintak call. Kepala dah pusing tahap eskelator dah ni. Layan je la. Muka maintain serius je, mood dah mula start nak hilang. Ish, takkan aku nak tunjuk muka singa aku ni kat diorang? Baru mula-mula jumpa, dah tunjuk muka singa nak terkam aku ni. Rilex... belum sampai masanya lagi. Ingat sikit, ko tu sakit. Aku bermonolog sendirian.

Masa nak bersalam dengan diorang tiga tu, menggeletar tangan ni ha, almaklumlah sebelum ni sibok dok chat kat facebook je, tak pernah dengar suara, bersua muka (kecuali Ewi, sebab aku dah terserempak dengan dia masa MERDEKA taun lepas). What? My first impression??? Hurmmm...Let see!

Zudien :
hurm... bak kata sorang dari classmate aku... " boleh kira hensem la jugak" (=.=)''
Muka pun jiwang-jiwang cenggitu kan. Asyik dok bergambar je. Kalau dapat, setiap sudut kat Mid Valley tu dia nak amik gambar. Pakai spec baru katakan (baru je beli kat situ gak). Dia asyik dok perhatikan aku je bila ada macam awek-awek cun lalu.
(Errrr... Cayang,sorry kalau cayang terbaca post ni, abang main-main je)

Yassin :
I can feel his aura... but not sure what it is. Maybe dalam mode bersedia untuk menyerang, almaklumlah dalam facebook asyik nak bertekak je kan. Tapi ari tu tak banyak cakap sangat. Entah, tetiba je macam xda benda nak dibincangkan. I dont know why, but I kind of afraid of him. Aik, apa kes??? Entah, jangan tanya aku...

Ewi :
Talkative. Lawak maybe... Love the way he speak. Kalau oral test ni, aku boleh bagi full mark. He got energy and good personality. Sesuai jadi cikgu. Antara ketiga-tiga ni, aku paling banyak bercakap dengan dia ni. Entah, aku tetiba rasa macam tertarik nak berborak dengan dia ni. Maybe sebab x pernah chat dengan dia sebelum ni kot.


Seriously, aku memang rasa sangat kekok, tambahan lagi aku sorang je. 2 boys who suppose I bring along lupa lak nak kejutkan diorang. Awkkkkkkwaarrrddd.... Buat pertama kalinya, aku kembali ke MODE PASSIVE. Demam menghentak otak, apa taknya. Rasa nak senyum, tapi terpaksa tahan sakit yang menyengat kat kepala otak ni. Bukan malu ye! Sorry sikit, bak kata ex-classmate aku masa sekolah dulu:

Ko ni memang tak reti malu ke? Buat perangai pelik-pelik kat khalayak ramai ni. Tapi itu la yang buat ko ni lain dari yang lain. Tapi agak-agak la. Ni buat action yang pelik-pelik masa tengha jalan, malu aku tau.


Kemon la... Ni Azwan Azahari, ok. Kenal ngan aku dulu, baru judge aku ni orang macam mana. Tapi aku boleh katakan yang aku boleh berubah personaliti ikut perubahan persekitaran. So, in simple word, Dont judge my cuteness behavior before you really know how handsome who I am...

[Bersambung esok]

Namanya...




Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%^%

Lawak Santai: Antonim???



Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Terlebih Bijak




Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya??

Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

September 25, 2011

Typical Malaysian: Part II

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua pejalan-pejalan kaki! Hatii membuak-buak nak buat entry pasal benda ni hari ni, lagipun baru dapat ilham tentang benda ni semalam. Masa tu tengah syok jalan-jalan Mid Valley, jumpa la perangai yang tak berapa nak kena kat mata ni. Senang cerita, menjolok mata. Kat mana-mana kompom nampak. Karang tengok je, dituduh gatal lak. Kalau jalan tutup mata, maunya terguling-guling macam guni kelapa lak kat eskelator tu. Hilang kehenseman kat situ ye!





Nak bagi senang cerita, masa tu aku ngan member-member aku masuk la satu lif ni. Mula-mula tu, kitorang berlima je tau. Pastu makin ramai, ramai dan ramai sampaikan aku tersembam kat dinding lif tu. Haaaa... sempuuuutttt. Then,ada la sorang minah ni kan, masuk lif. Pakaian dia seksi gila, nak kata tak cukup kain,ni lebih lagi. Istilah dia, SEKSI MAUT TAHAP INFINITI. Entah kain alas meja entah dia bubuh atas badan dia tu (perumpamaan dia la). Pastu nampak la semua cerun, gaung, laluan berliku, terowong dan sebagainya. Depang-depan aku lak tu. Aku rasa terkejut beruk masa tu sebab dia punya 'besar' gila. Rasa takut dan ngeri lak masa tu. Tau je lah, masa tu lif tengah sesak. Dia dah la pakai seksi bangat. Terpaksa diri ini mengelak dari tersentuh dia ke, kang dituduh sexual harrassment lak. Tak pasal kena tapak high heel singgah kat dahi. Aku sedaya upaya nak elak dari terlanggar dia. Memang la, kalau bertemu salah orang, mau habis awek tu diraba-raba, nasib baik terjumpa ngan aku. Ceh, so, point nya kat sini, dah tau nak naik lif tu, jangan la pakai seksi sangat. Nak berfesyen pun, agak-agak lah, ni mengganggu ketenteraman awam betul la. Sepaptutnya orang-orang cenggini la disaman tau. Kalau kita tengok, dia cakap kita ni miang walhal dia nak pakai seksi wat de hal? Kalau dia jawab, "suka ati la nak pakai cenggini." Aku dengan selamba dadahnya akan membalas pula:

Suka ati aku la nak tengok ke tak. Mata aku. Yang suruh pakai baju tak cukup kain ni apesal? Kalau takde, ni aku ada karung plastik ni, pegi stapler kat baju kau tu. Orang lain pun seksi gak, tapi takde la seksi maut macam kau ni. Mengganggu ketenteraman awam betul. Ambik la kotak ke apa ke tutup ko punya bentuk muka bumi tu. Takde masa orang nak belajar Geografi sekarang ni.


Persoalannya di sini, adakah ini disebabkan harga kain kat kedai tekstil terlalu mahal hingga ada antara diorang ni sanggup "menggadai tubuh" untuk "berjimat"?

September 24, 2011

6 Sebab Lelaki Masih Single

Walaupun tak dinafikan ramai aweks kat Malaysia ni kira macam hot (tapi belum capai taraf Megan Fox la), tapi lelaki kat Malaysia masih gak ramai yang single. Nak kata takde pilihan, tak la kot,berderet je diorang ni, tinggal nak pick yang mana je nih. Nak kata rambang mata, pun tak jugak sebab setiap satunya ada ciri-ciri unik tersendiri. Tapi ingin ditegaskan di sini, single bukan bermaksud tak laku ye, tapi ada la sebab-sebab dia. Ni antara sebab-sebab dia:





Takde tempat nak belajar

Eh, mana mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat, ada ke? Nak mengorat ni tak perlu nak amik kursus ke, amik lessen ke macam nak driving kereta. Kalau ada, aku pun nak join sekali, mana tau kot-kot siap ada majlis konvokesyen ke kan. Pastu sijil tu kita boleh usung mana saja kita nak mintak kerja. Bangga sikit bagitau bakal majikan tu yang kita pernah menghadiri kursus mengorat awek peringkat sarjana. Pergghh… maunya kena fly kick sekali ngan diorang tu nanti. Tapi taka pa, apa yang penting sekarang, amik pengalaman dulu. Pengalaman itu penting, cuba try sekali, mesti nak lagi. Bahasa mudahnya, bak kata iklan Twisties, mesti mau!



Takde duit

Bukannya sengkek, tapi kan pompuan ni kekadang, kalau nak sekali date tu, maunya lesap beberapa ratus duit kita ni. Dia selamba main marik-mark apa yang dia nak beli, yang hulur duitnya kita. Wallet yang setebal Kamus Dewan Edisi Keempat dah rupa macam roti kirai je lepas habis date. Nak tak nak, si lelaki kena la makan Maggie setiap bulan, nak beli ais krim 30 sen pun kena fikir 13 kali. Yang pompuan pulak makan aiskrim pun nak kat Tutti Frutti. Memang kaki Gillete tol punya awek. Tu yang buat kebanyakan lelaki trauma ni.



Malu Tahap Jamban

Ni mungkin sifat semula jadi. Yelah kan, baru first time jumpa, dah rupa macam tenggiling buasir empat hari je. Kalau dia datang kat rumah lak, mulalah si lelaki ni sembunyi pastu main jelling-jeling, macam stalker amatur pulak dah. Antara port paling popular kalau diorang ni malu adalah di sebalik langsir. Habis kain langsir tu dikuis-kuisnya sampai terburai semua benang yang dijahit kat langsir tu. Tak pun, di sebalik sofa. Tersipu-sipu malu pulak dah, mengalahkan si pompuan. korang tak perlu risau , semua ni boleh diperbaiki.



Takde adik beradik lelaki dalam keluarga

Ni kira kes takde role model la. Kalau ada adik pun, mana lah dia reti sangat. Yang dia tau, WONDERPETS! Masalah… masalah… Nak tanya Abang Usop sebelah umah, dia pun masih single lagi, terlajak lak tuh. Nak tanya bapak pulak, maunya kena jawab dengan cop ‘Body Glove’ kat pipi. Kalau setakat biasa-biasa je takpe gak, ni kalau kalau kena yang ‘hot and spicy’ maunya kembang pipit u macam iikan buntal.



Kurang bergaul

Ramai lelaki zaman IT skang ni yang lebih suka menghabiskan masa kat rumah. Layan citer Upin Ipin lagi layan dari pening layan kerenah awek. Alah, skype ngan facebook chat kan ada. Nak senang ckit, main je Sim Social tu. Kalau nak keluar pun, keluar dengan geng-geng lelaki je. Main pool ke main bowling ke. Tak pun main futsal sampai naik kopak lantai gelanggang futsal tu. Keluar dengan pompuan??? Ermmm… maybe not. Mau nya jenuh macam nak tanggal kaki jalan dengan diorang nih. Habis satu Bandar dipusing, last2 satu benda pon tak beli. Nak sekeh skali takleh, anak orang. Sabar je la. Balik rumah je, naik kebas kaki. Tak pasal-pasal kena pakai wilcha masa jalan.



Malas nak pikir

Ramai gak la yang tergolong dalam golongan ni. Malas nak pikir pasal perempuan. Buat jammed kepala je, tapi bila tiba tiba bab motor ke, kereta ke, futsal ke, dia yang tengah tertonggeng atas katil macam Eifell Tower terjelepok sanggup lompat dari katil ala-ala Kodokman. Banyak lagi komitmen lain katanya. Tapi bila dah tiba masanya, hati kita akan terbuka juga. Cuma masa tu nanti korang dah ready ka?




Haaa… ni la antara sebab kenapa, why, lelaki ramai lagi takde awek. Walhal, nisbah lelaki ngan pompuan kat Malaysia ni 1: 12. So, tepuk dada tanya sakit ke tak la ya!

Hantaran Kawin = Jual Anak?

Pernah baca harga hantaran kawin mengikut tahap pendidikan semasa?



Senarai bayaran mengikut tahap pendidikan:

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000...

Jap! Jap! Jangan komen apa-apa dulu... Tengok apa jadi kat bawah ni...

Mak Cik : Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye...

Mat : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat.

Mak Cik : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap.

Mat : Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar downpayment RM2000. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya test drive dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangankan RM20,000.. RM200,000 pun saya berani letak. tapi kalau dah lemau, enjin pon tak bagus dan pernah rebore.. Puiihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

Moral: Jangan djual beli pernikahan itu, kalau jodoh di depan mata jangan ditolak, jual mahal sangat,andartu la jawabnya...

Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti 5

Sejak in relationship ngan Mail Lambung kat Facebook tu (Which buat Acai dan Zamri Rockers terlopong dan ternganga), Zila baru nak reply balik surat Acai yang dah dekat berkurun dah tersimpan lam cupboard tu (siap guna surat tu untuk alas kicap lam cupboard tu). Bila dah duduk kat taun town tu, macam biasalah, mula lah nak speaking walaupun hanya lipas-lipas yang dah disembur Ridsect je yang paham. So, paham-paham je lah...



Dear Abang Arca Acar Acai...

Sorry la lambat reply, tunggu ink printer yang Kak Senah jual tauge bawak dari Australia tu. Sorry la ek. Jangan la merajuk ek, lempar frying pan kang... Hahahax!Juz kiddin. I ni pun sebenarnya lazy-lazy nak tulis surat ni. Leceh ar, nak tulis panjang-panjang. Pastu kena print colour-colour, kertas mahjong lak tu. Nak bubuh minyak wangi tak cukup sebotol. Nasib baik Ambi Pur kat bilik mak I ada saki-baki lagi. Tu yang bau dia mix-mix sikit tu. Bukan kedekut, nak berjimat. Kan senang kalau guna skype ke, Oovoo ke, YM ke. Dapat la tengok muka abang yang bersepai tu. Hahahax... Juz kiddin'.

Zila juz nak cakap takyah la nak tunggu Zila lagi. Zila ni dah ada yang punya. Dah dicop dah Abang Mail tu. Walaupun dia tak sehensem Dafi macam abang, tapi dia popular tau. Abang kawasan tu, siap berlakon jadi extra dalam KL Gangster lagi. Tak macam abang, jadi extra dalam Wonderpets pun belum tentu lagi. Paling suka bila dia nyanyi lagu "Awan Nanonanonanonanano" kat I dulu. Tak macam abang, hanya tau ajak main UNO, SAHIBBA ngan JUTARIA je. Tak syok la, tak romantik langsung. Please lah, not my taste! Ewwwwww~

Dalam surat yang lepas, abang pernah tanya kat Zila kan, apa kurangnya abang? Now, Zila bagitau abang. Abang kena terima jawapan Zila dengan hati terbuka sama macam abang terima kekalahan abang lawan game Pokemon dengan Pak Jabit dulu. Zila bagitau satu-satu tau.


Abang ni kan kedekut gila nak masuk wad. Bila Zila cakap nak makan nuget yang harga singgit kat gerai tepi jalan tu, abang kata membazir lah, tapi abang mencekik Dinner Plate sensorang, takpe plak. Pastu Zila setakat makan tulang saki baki abang makan je. Bila Zila mintak belikan selipar jepun yang ada cop facebook, abang kata mahal sangat. Abang cuma belikan Zila selipar bundle yang memang orang buta pun tau selipar tu memang tak boleh nak dipakai lagi dah. Dah bersepai, nak pakai apa. Abang just misscall je mintak Zila call balik. Yang habisnya kredit Zila. Nasib baik Zila ni tak kerja jadi operator telefon, kalau tak maunya abang call 24 jam sehari. Dah tu, bergayut punya lah lama sampai cramp rahang Zila ni. Balik je rumah, terpaksa atur balik rahang Zila yang terkehel tu. Ada laptop mahal tapi tak nak guna, bukan membazir ke? Abang ni dah la buta IT, nak ON laptop pun tak reti, nak charge laptop takyah bagitau la. Habis satu kampung abang pusing semata-mata nak tanya orang macam mana nak charge laptop abang yang canggih kononnya tu. Mentang-mentang dah ada facebook, dah ada sorang friend pun dah kecoh walhal adik abang je tu. Gi suruh adik upload profile picture yang selenga tu pulak, masa tengah berak lak tu. Takde gambar lain ke? Bila ditanya, unik katanya. Sengal betul!


Hari tu Zila tengok abang keluar dengan perempuan mana entah. Amboi, siap makan dalam restoran lagi, Mom's Chicken Rice. Bila dengan Zila pulak, abang suruh bawak bekal dari rumah, pastu makan kat R&R, apa kes? Masa Zila tercekik tu, abang pergi kepal nasi bapak besarnya, mengalahkan bola bowling. Nak disumbat dalam mulut Zila, mana muat bang. Zila lebih rela mati tercekik tulang ikan tu dari mati tercekik ketulan nasi yang gedabak tu. Kalau baling kat anjing, mau koma setaun anjing tu dibuatnya. Pulak tu, main tenyeh-tenyeh je tisu masa nak lap kat mulut Zila ni. Ingat mulut Zila ni singki ke apa. Pastu, selamba je sambung makan balik macam takde benda yang berlaku, walhal Zila dah terguling-guling atas tanah tahan sakit kerongkong yang macam nak pecah telan kepal nasi yang abang buat tu.


Abang tak pernah nak lawat Zila masa Zila demam. Abang cuma poskan Cool Fever je, kalau setakat tu nenek Zila pun boleh buat. Pernah sekali tu je abang datang melawat Zila masa Zila demam panas. Itu pun abang salah letak barang atas dahi Zila, bukannya nak bubuh ketul ais, tapi bongkah ais dari kedai cendol mana entah abang sapu, pastu selamba je hempap atas dahi Zila yang flat ni. Abang tau tak, sampai sekarang ni, dahi Zila berlekuk macam kawah lepas Optimus Prime terhempas kat muka bumi. Selaluje kena ejek ngan orang, dahi lekuk la, flower horn songsang la. Malu tau tak bang.


Cukup la sekadar itu saja yang Zila nak cakap kat abang buat masa ni. Yang selebihnya tu, abang cari la sendiri. Kalau nak story-story, sampai Kak Limah balik Kampung Pisang pun belum habis cerita ni. Hubungan kita berkahir di sini bang. Dengan ini, saya dengan GORGEOUS dan VOG VOGUEnya mengumumkan bahawa KITA BREAK UP! Zila tau abang mesti frust menonggeng kat atas sofa tu, tapi bawak bersabar ye. Jangan buat benda bodoh macam dulu. Ingat lagi tak, masa abang marah kat Zila dulu, abang makan Friskies kucing Kak Leha jiran sebelah rumah. Habis sepeket abang bedal. Apa-apa pun, fikir positif. Kalau ada masalah gak, pegi jumpa Dr Fadhilah Kamsah ke Dr Fazley ke, kasi reda abang punya sentap tu. OK la, kirim salam dengan famili abang ya.



P/S: Jangan cari saya lagi bang. Zila dah dimiliki. Harap-harap abang jumpa la awek yang dapat tahan dengan kesengalan abang tahap tenuk berak liquid paper ni. Jangan hantar surat lagi, kalau tak, Zila report kat Pos Laju karang.



P/S 2: Oh ya, Pak Jabit kirim salam. Katanya, kalau nak online, pegi je kat warung dia. Sekrang warung dia dah ada wai fai. Tak payah la nak pakai berukband tu lagi. Abang kan kedekut, mana mampu nak bayar semua tu. Sabun mandi pun tak habis-habis lagi dari zaman sekolah dulu lagi.\



Tak berapa nak ikhlas dari,

Zila Bakar Rin

September 22, 2011

Budak Sains Tak Reti Nak Bersosial???

Korang ni bukannya macam budak Sains, diorang dunia lain. Dunia diorang kat makmal sana je. Dipisahkan oleh tingkap makmal.

WHAT??? Are you saying that we are not sosialize? Oh man, apa lah nasib. Dah la dicop nerd, ulat buku, budak pandai bagai, pastu boleh lak cakap yang budak Sains ni tak reti nak sosial. Bak kata Jambu, kemon la... kitorang ni manusia gak. Bukannya sehari-hari kuliah tu kiotrang terperap lam makmal. Aku pun sesak nafas kalo lama-lama duduk dalam tu.



Please la, dont judge the book by its cover, ok? Fine, kalo kata kitorang ni nerd, fine, (Walopun fesyen up-to-date bagai nak rak), bawak buku tebal ke hulu ke hilir, but I am TOTALLY DISAGREE with you! Apa ke de hal nya kitorang ni tak reti nak sosial lak? Memandai je. Memang la kitorang ni kurang bergaul ngan orang, sebab sibuk nak mati ngan esaimen yang melonggok macam pokok pisang, belum campur lab report, homework, projek lagi tu. Aku pernah gak tanya member-member lain, budak Sains ni kurang sosial ke? Ini jawabnya:

Ala... biasala tu. Bukan korang tak reti nak sosila, juz korang takde masa terluang sangat nak bersosial ni. Korang nak borak-borak pun jarang aku tengok. Sibuk je memanjang. Kitorang pun tak nak la nak kacau korang tengah wat keja, kang bertmabah stres lak, maunya tak siap keja korang tu nanti. Takyah ar nak ikot macam kitorang. Course korang ni banyak pengorbanan tau, so just take it as challenge in your life. Pepandai la bawak diri. Asalkan kita ni hepy sudaaahhhh


So, what do you think???

Sentap Punya Hal ! 2



Ari ni, tanggal 22 SEPTEMBER 2011, semua budak Sem 3 Minor BI amik Oral Test. Ada 3 Komponen semuanya; Listening, Group Discussion ngan Individual Presentation. So, ada 4 group je la yang amik (Sains, Math, PIA, Pemulihan). Masa Listening tu, soklan senang gila. Dapat la jawab ngan kompiden nya. Pastu, group discussion, terasa palik ckit sebab kata nak ikot style MUET, tapi format dia peliik bebeno. Individu lagi la, tak usah nak cakap. Aku dapat topik EDUCATION, nak cakap pasal sistem exam patut dimansuhkan, tetiba lecturer bleh cakap yang aku lari dari tajuk. WHAT??? Wait a sec, bukan exam tu bawah pendidikan ke? Aku pun terpinga-pinga dan ternganga. Bayangkan masa untuk present diorang bagi 3 minit je. Blurrrr abiz, truz blackout. Nasib bek sempat discuss ngan kengkawan sebelum masok ke bilik ujian, dapat la jawab (tapi tak puas ati sebab tak dapat nak perform dengan bagus). Balik-balik je bilik, memang frust sesangat. Fuhhh... apalah nasib...

September 21, 2011

Single Or Still Couple???

Single (bukan singlet ye) atau kapel (bukan jugak kapal)??? Kekeliruan ni selalu terjadi kat kapel-kapel yang tengah disconnect walhal mula-mula dulu, I MISS U la, I LOVE la, sekarang ni... I HATE U! Peerrrgghhh.... ayat dia, sentap beb, lagi-lagi kalo dia jerit-jerit ayat tu kan. Kita pun dengan egonya, "OK fine, kita brek!!!" Wahhh... sesenang dia je nak break-break kan orang, ingat macam nak brek basikal ke apa?



Benda ni pun jadi sama kat aku gak. Tengah-tengah tension kan, dia pulak sengaja je nak buat kita marah. Merajuk la konon. Orang kan tengah busy nak siapkan assignment, nak prepare untuk test ngan evaluation lagi, kalau orang fail, dia nak tanggung ke? Huh! So, nak dipendekkan cerita, aku tak jawab langsung dia punya call. Mana tahan beb. Sekali call je macam dah nak tercabut rahang ni bergayut ngan dia. Dia tu macam free pulak memanjang. Kalau memang free, aku bleh anta assignment aku suoh dia buat skali, dah siap semua, nak bergayut sampai pecah halkum ngan anak tekak pun takpe. Ni tak, macam la kita ni ada 100 jam sehari. Dah la student, mana nak cekau duit nak top up selalu. Tauke kedau reload tu dah kenal dah aku sebab selalu sangat datang situ. Sampai satu tahap, dia hantar SMS, "tolong lepaskan saya...". Aku tak reply pun sampai la sekarang. Aku pun tertanya-tanya gak sebenarnya, apa status kitorang sekarang; masih kapel kah atau udah single. Hmmppphhh... musykil.... musykil.... maybe dia dah cari yang lain kot. biar lah. semoga dia jumpa insan yang mampu layan call ngan sms dia 24 jam sehari. Kalau jumpa, inform me my dear!

September 20, 2011

Masih Ada Harapan...

Alhamdulillah, sejuk hati, lapang rasa dada bila baca berita ni tadi. Ingat tak 3 murid yang dikurung oleh pihak sekolah yang tak berapa nak profesional tu? Diorang diberi peluang 'tebus balik' perjuangan diorang yang belum selesai setelah dikurung dalam bilik selama 2 ari berturut-turut (masa exam je). Bila isu ni dah jadi panas dan jadi bualan ramai, pihak yang sepatutnya dah pun menjalankan tanggungjawabnya. Alhamdulilah. Dapat gak diorang bertiga tu merasa exam UPSR ye!




DUNGUN: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenarkan menduduki peperiksaan awam itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil meluahkan rasa dukacita terhadap pentadbiran sekolah terbabit yang menyekat hak tiga murid berkenaan untuk menduduki UPSR, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata setiap pelajar yang mendaftar untuk mengambil peperiksaan awam dalam Kementerian Pelajaran mesti diberikan peluang untuk menduduki peperiksaan itu.
"Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan itu tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah.
"Sebagai Menteri Pelajaran, ini adalah kuasa saya di bawah Akta Pendidikan dan saya putuskan pelajar ini dibenarkan menduduki UPSR. Saya juga sudah menerima laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bahawa ini boleh dilakukan.

"Biasanya ia mengambil masa empat minggu daripada tarikh keputusan saya untuk murid berkenaan menduduki peperiksaan itu," katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di Padang Merdeka, Sura, di sini, hari ini yang dihadiri lebih 15,000 penduduk setempat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Datuk Seri Ismail Sabri

Muhyiddin berkata, LPM akan mengolah soalan peperiksaan itu supaya ia setara dengan kertas peperiksaan UPSR yang baru selesai diduduki calon pada 15 September lalu.
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pentadbir sekolah supaya tidak terlalu ghairah untuk mencapai kecemerlangan sekolah, hingga bertindak di luar perkara yang sepatutnya.

"Dalam hal ini, pihak sekolah mungkin bimbang kalau murid itu menduduki UPSR, ia akan menurunkan paras kecemerlangan sekolah. Tetapi ini hak pelajar (menduduki peperiksaan awam). Ibu bapa pun berhak tahu tahap pencapaian anak mereka.


"Walaupun kita ada buat tawaran baru yang diberikan Kementerian Pelajaran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jangan sampai ke peringkat hak dan keupayaan murid untuk mengambil peperiksaan awam dihalang," katanya sambil meminta maaf kepada ibu bapa murid berkenaan.

Muhyiddin berkata, beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran untuk melakukan siasatan mendalam dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah yang terbabit terutama guru besar.

Akhbar hari ini melaporkan, tiga murid SK Bandar Bintangor dikurung di dalam bilik pemulihan sekolah ketika rakan lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu dipercayai kerana bimbang murid berkenaan yang lemah akan menjejaskan pencapaian sekolah.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.


Sumber: Berita Harian


So, kepada Idie, Edward dan Richmend, all the best ya! Buat kejutan biar mulut satu sekolah tu ternganga, terlopong luas bila tengok result korang keiyh! Buat baik-baik tau.

Dikurung Dari Hadir UPSR

Mesti korang terkejut kan bila baca tajuk entry [berita] ni kan? Ni bukan cerita bohong, apatah lagi cerekarama ke telenovela ke. Ni cerita betul-betul. Ni lah bila orang atasan kemaruk sangat nak kejar 'PENINGKATAN SAUJANA SEKOLAH', sampaikan lupa tanggungjawab asal diorang.





KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.


Sumber: Berita harian


Bagi aku la, tak patut (MEMANG TAK PATUT PUN) diorang wat benda cenggini. Kata nak mengglobalisasikan pendidikan, tapi tak nak beri orang hak untuk berjaya. Mana dia tau murid-murid tu fail UPSR? Kang tetiba diorang tu plak yang jadi murid-murid top kat Malaysia ni, amik kau. Aku, sebagai bakal guru, terbit perasaan malu bila ada pihak sekolah yang terlalu gelojoh nak naikkan prestasi sampai tergamak mengurung anak murid sendiri!

September 18, 2011

What Da Fish??? : Part 2

Mesti korang dah baca kan entry "WHAT DA FISH???" bulan lepas kan? Ha... ni aku nak sambung lagi nih, ada 3 lagi benda yang memang menghanginkan aku bila online. Online kat sini bukan setakat fb ke, twitter ke, blog ke, masuk semua sekali la, tak kira la laman web tu untuk akademik ke tak.






Facebook: Private! Private! Private!

Ni yang tak berapa nak gemar ni. Kalau yang private tu orang lain takpe gak. Ni tak, dah la private, dia private kan semua benda lak tu. Pastu sesuka buku lali dia je nak add orang. Kita yang di'add' ni pun rasaserba salah tau nak approve ke tak. Kalau aku, senang je, aku ignore je. Sapa suruh private sangat? Kalau nak sangat private dia tu,takyah wat akaun fb la, kan menyusahkan orang je. Tak tau yang nak add kita tu preompak ke, pembunuh bersiri ke, alien ke apa ke. Kalau approve sesuka hati, kan nahas jawabnya.



Facebook: Main tag-tag nama

Kalau memang dah gambar aku ada siap posing maut lagi ala-ala model Iklan Maggie tu takpe la, ni entah apa tah ditagnya aku. Your Best Friend For Today la, Report Card la, apa lah. Ish, kemon la, menyemak je kat aku punya view tu. Huhuhu... Kalau setakat sepuluh gambar takpe gi. Ni, sampai beratus-ratus, naik lumpuh jari ni nak remove tag. Bukannya tak nak hargai apa yang diorang bagi, tapi kalau dah sampai tahap kronik cenggini, sapa tak bengang??? Ce citer... Ce citer...



Blog: Muzik Automatik

Bila bukak je blog orang tu (tak nak mention sesapa), tetiba la kuar lagu mendayu-dayu. Kalau lagu yang jenis aku layan tak pe gak, ni ambik kau, lagu metal yang memang naik berdarah telinga aku mendengar nya. Pulak tuh, volume bapak besarnya. Nasib bek je tak bubuh bunyi pontianak ke, bom ke, kalau tak, memang nak gugur jantung ni ha. Nak bubuh lagu tak salah, tapi letak la lagu yang sesuai ngan konsep blog tu. Ni tak, sampai aku pun konfius dia ni wat blog pasal apa???



Blog: Widget Serabai

Ni dia! Dengan flash nya, dengan iklan nya, dengan kelip sana kelip sini. Naik juling mata nengok nya. Sebenarnya, kalau setakat letak sikit-sikit je tu, tak pe lah. In case nak biar blogwalker tu terpacak terus danerus menerus singgah ke blog tu. Tapi kalau dah kat footage ada, header ada, tepi kanan kiri penuh, buat semak je la. Kadang-kadang tak tau singgah situ nak tengok entry ke widget korang tu. So, bersederhanalah. Kan sederhana tu seelok-elok rupa. Ni naik semput aku menengoknya.



General: Loading... Sejam Kemudian... Cannot access!!!

Wat??? Bila dah tunggu punya lah lama, sempat mandi, iron baju bagai, datang-datang je dah tak dapat bukak. Mak aih, ni yang wat aku mendidih ni, kalau letak telur, memang dapat goreng mata kerbau nih. Loading punya lah lama, mengalahkan iklan kat TV nun. Huh! Kalau nak uji kesabaran pun, jangan uji ngan aku, sebab aku ni jenis yang cepat ilang sabar, ok! Kang tak pasal-pasal laptop tu aku kerat jadi dua (walaupun dia tak bersalah).



Haaa... Ni lah dia, antara penyebab-penyebab stres kita di kala hari. Ceh, ayat merapu tak ingat. Bukan apa, bukan niat di hati nak kutuk blog korang ke apa, tapi juz pandangan aku. Entry dah menarik, background dah cantiik tapi tak terurus tak boleh gak. Betul tak? So, sesama la kita mengingati satu sama lain. Semoga kita berjumpa lagi (InshaAllah) untuk PART 3 lak bulan depan. Peace ya!

September 17, 2011

Typical Malaysian: Part I

Typical Malaysian! Tu bahasa orang kampung aku. Hahahah… Gurau jer. Typical Malaysian atau lebih dikenali sebagai tabiat orang Malaysia sebenarnya dah berlaku zaman-zaman berzaman dah. Dari masa dinasour mula belajar merangkak, hinggalah ke zaman twitter kini. Dari zaman Ultraman punya moyang entah berapa ratus kali entah hinggalah ke zaman Ultraungu ni.





Kadang-kadang kita tak sedar, yang benda-benda ni dah main kronik dah dari hari ke hari. Kita ni buat-buat tak endah je, tapi bila dah kena batang hidung sendiri, habis mengamuk, mengalahkan orang gila yang berak tak lawas beberapa bulan. Aneh sungguh perangai orang kita ni ya. Kali ni aku nak citer pasal condemn mengondemn orang ni lah. Tak payah tengok jauh, tak payah tengok drama Melayu, tengok je kat tempat kerja korang, tempat belajar korang, tempat tinggal korang, WAJIB ada.

Benda ni akan berlaku HANYA apabila ada orang berjaya atau maju SIKIT JE, TAK BANYAK, SIKIT JE dari orang lain. Tapi disebabkan PhD (Perasaan hasad dengki) yang melebihi paras bahaya, ada lah sekor dua ekor makhluk Tuhan ni (nak kata orang tak jugak, bengap macam lembu. Nak kata kayu, at least kayu tu ada membuahkan hasil. Ni macam sampah kat tepi jamban tu je.) mula lah cari idea nak jatuhkan si polan ni, walhal kalau nak difikir secara logic, daripada diorang dok sibuk nak jatuhkan si polan ni, baik diorang ni improve diri diorang tu dulu. Apa ke bengap la diorang ni, mengalahkan zomba. Tak boleh ke tumpang bahagia ke, bangga ke dengan kejayaan orang tu. Cemburu tu memang la ada, tapi takyah la nak over-over sangat. Pepandai lah mengontrolnya.

Ini tak, tak boleh nak tengok orang maju lebih sikit, ada saja nak dicondemnnya. Masa orang tu belum berjaya, takde pulak berbunyi, diam beribu bahasa je. Ni pulak, habis dicanangnya satu Malaysia kononnya produk jualan si polan ni ada DNA babi la, si polan ni ada skandal seks la, si polan ni homoseksual la, ada anak luar nikah, jual saham syarikat secara haram, pecah amanah, pakai ilmu guna-guna dan sebagainya lah, asalkan dapat jatuhkan orang tu sampai terkulai layu, rebah di lantai kegagalan disebabkan si propa kayu kaki fitnah ni. Sampai orang tu putus harapan nak bangkit balik. Tak kesian ke? Apa ke zalim punya orang la. Kalau aku jumpa lah orang yang macam tu, memang aku kerat pastu bagi jerung makan. Itu pun nasib la kalau jerung tu tak ludah balik daging ko tuh. Ko mati karang ular belit-belit mayat ko kat dalam kubur tu, jangan menyesal ek? Fikir-fikirkan…

Tak Cukup Kain???

Haaa…. Mesti korang tau dah apa wat de heck yang aku nak hamburkan kat sini kan? Paham kan? Tak paham? Sapa yang tak paham tu, pas baca ni paham la. Kalau masih x paham-paham jugak, memang sah la kena sindrom sengal-sengal ubi x perlu dibaja. Hahaha…





Gejala tak cukup kain ni boleh dikatakan sebagai social illness la jugak sebab selain daripada menular dengan cepat (malah lebih cepat daripada broadband aku nih), gejala ni jugak turut merosakkan mata, mulut dan jantung masyarakat kita. Kenapa? Bila mata tu dah terbeliak tengok part-part yang tak berapa nak cukup kain tu kan, memang la macam nak tersembul bijik mata tu. Rasa macam nak kuis-kuis keluar terus je. Mulut tu pulak terlopong ternganga punya la besar persis terowong SMART, kapal TITANIC pun boleh dipadat dalam tuh. Ni lagi satu, tangan yang dari tadi tersusun kemas je, boleh mula nak bersiar-siar kat badan minah tak cukup kain tu. Almaklumlah, open area katakan (dah terdedah sangat, sapa suruh pakai over seksi sangat).

Entah la, kadang-kadang serius aku kesian gak ngan diorang ni. Nak kata tak tau nak berfesyen, fesyen bapak up-to-date nya (Lady Gaga pun kalah). Nak kata tak kaya, punya labesar gedabak permata kan cincin tu, kalo kena kat dahi tu, mau berlekuk sepanjang hayat dahi ni ha. Nak kata gila, rupa ada macam ala-ala educated gitu. Nak kata trend, tak la kot sebab orang lain elok je pakai sopan. So, in conclusion kita anggap kain tu tak cukup je la (walhal boleh tambah kain langsir kat umah aku apa?)

Bila ditanya kat diorang, begini jawapan diorang:
“Ala, bukan seksi sangat pun. Tu, yang bertutup litup tu ada gak yang kena rogol. Macam la pakai sopan tu baik sangat.”

Wahhh… walah engkau! Ko tu memang la takde sapa yang selera nak rogol, badan macam Blue Hyppo, muka bersepai je macam mangkuk retak, sapa yang nak. Ni nak pulak pakai seksi-seksi, sendat macam guni nangka, dedah sana dedah sini, tunjuk suma la gaung, lurah, highway suma ko tonjolkan buat tatapan umum. Weh, sedarlah sikit rupa ko tu dah tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, lagi-lagi yang belum sunat.

Apa yang mampu kita lakukan, hanya berdoa semoga diorang ni mendapat hidayah. Paling kurang pun lah, at least diorang pakai sopan-sopan, baru la orang timur namanya. Ni, mengalahkan Pussycat Doll Macam Pusat Kat Dol ada lah. Renung-renungkan dan selamat beramal!

Cinta Sebelum VS Selepas Kawin???

Assalamualaikum Warahmatullah,

Aku wat entry ni bukan sebab aku ni miang sangat nak kawin. Tapi, bila dengar member-member bercakap kan, lagi-lagi yang pompuan tu, tetiba aku tertarik lak nak wat entry pasal ni. Aku ada gak wat survey ngan member-member aku tentang hal bercinta sebelum vs selepas kawin nih. Rata-rata suka bercouple dulu sebelum kawin. Bagi diorang, bercouple lepas kawin dah x relevan lagi zaman muka buku cam sekarang ni, btol ker? So, aku nak kupas sikit berkenaan isu panas nih. Waahh.. dah macam wartawan MELODI la plak. Sori kalau ada yang x setuju ngan pendapat aku, sebab ini adalah pendapat peribadi semata-mata, PRIVATE bak kata nenek aku… mak aih, speaking London naaa….





Mungkin ada antara kita yang rasa bercinta selepas berkahwin ni satu benda yang tak praktikal lagi pada zaman sekarang ni. Tambah-tambah lagi nak cari calon di hujung lagi je, ADD FRIEND kat facebook atau FOLLOW je kat Twitter udah…. Bak kata Najwa Latiff, cinta muka buku… Nak tengok muka? Apa susah, bukak je Skype ke, YM ke, Oovoo ke kalo nak jimat kos la. Kalau nak berabis kit duit yang diorang separuh nak mati kerja a.k.a maka bapak diorang separuh nak mati cari, pakai la 3G, 4G, dan entah berapa banyak G lagi la…

Antara sebab kenapa diorang pilih couple sebelum kawin:

“Macam mana kau nak kenal dengan bakal bini kau? Kau ingat kahwin nii senang ke, macam makan crackers (takde benda lain ke dia nak bagi contoh)? Kita kena kenal dulu sapa bakal teman sehidup semati kita tu. Kang tak pasal-pasal lak kita dulu mati sebab kena bunuh ngan dia. Kita ni kan perlu saling mengenali dan faham memahami, baru ada bibit-bibit bahagia,".

Aaaahh…. Banyak la ko punya bahagia. Couple ko tu pun ko tuka macam tukar selipar jepun. Bila ditanya, takde jodoh. Jodoh kepala lutut kau! Jodoh tu melambak Tuhan bagi kat dunia ni, dah kita buat pasangan kita tu macam beruk kat zoo jer, apa nak tahan lamanya. Baik lepaskan dia, dia pun dapat couple yang jauh berbatu-batu baik dari ko. Tapi, aku arap kawan aku tu dapat seseorang yang dapat ubah dia jadi seseorang yang lebih baik la, at least menghargai pasangan. Ni tak, tau perasaan dia je, perasaan yang sorang lagi tu dia tak ambik pot pun. Kekadang nak je hempuk kepala dia ni kat singki biar betul sikit kedudukan medulla oblongata dia yang tengah terbelit tuh.

Tapi bila difikir-fikir, memang betul gak kata dia ni. For the first time, aku boleh terima kata-kata dia nisebab aku pun rasa yang kita mengenali pasangan kita terlebih dahulu sebelum kita dapat membina mahligai bahagia, tapi aku kurang bersetuju dengan modus operandi yang selalu digunakan untuk mengenali bakal pasangan, iaitu dengan cara bercinta, bukan bencinta ye. Tu lagu Faizal Tahir… Hahaha..

Realitinya bercinta ni takkan sesekali buat kita mengenal bakal pasangan kita dalam erti kata yang sebenarnya.Semua Nampak indah belaka, takde cacat cela, takde imperfect, takde yang takde. Macam-macam ada! Ye la, tengah angau, memang la. Cuba bila dah break, hah amik kau! Dia ni dulu selekeh lah, tak suka angkat call la, suka bergaul ngan lelaki lain la, bodoh bingai bangang la, apa la. Masing-masing nak bukak aib masing-masing. Yang bodoh sangat nak couple dengan dia tu dulu sapa gak, ko kan? Jadi siapa yang bodoh sekarang? Tepuk dada kuat-kuat, tanya sakit tak la ye…

Wait the minute, korang tak setuju?

Seseorang yang sedang bercinta tidak lebih dari seseorang yang sedang berlakon. Ya, bila seseorang yang bercinta sememangnya hidup dalam keadaan lakonan. Senang cerita, diorang tu bukanlah diorang yang “sebenarnya” a.k.a ORIGINAL VERSION depan kekasih diorang. Tapi bagi aku la, memang pun kita kena control kan, ye lah depan awek takkan nak selekeh kot. Logik la sikit… Pastu, kena la baik-baik. Tapi, kita tak sepatutnya menipu si dia dengan menutup segala perkara yang kita buat dajal belakang diorang. Nasib baik ada yang sedar masa tengah couple. Ada yang bila kawin tu, percuma je kena free kick ngan high kick dari laki dia. Nak wat cemana, dah terlambat! Tapi yang bahagia tu, alhamdulilah la… Ertinya dia pilih orang yang tepat lagi betul sebagai pasangan hidup dia. Sweet sangat…

Bercapkap pasal perkara tadi, perhubungan atas dasar penipuan ni selalunya takkan kekal lama. Bila dah kawin, ataupun bila dah dapat apa yang dia nak, barulah topeng Mask Rider yang dia pakai selama ini ditanggalkan. Seseorang yang kita sangka anak kucing yang lemah lembut tutur kata, rupanya seekor singa yang tidak kenal erti toleransi..!!! Masa tu baru nak menyesal??? Hmmmppph….fikir-fikir la sendiri ye!

Bercinta lepas kawin lak cemana, macam la best sangat?

Nak kata best ke tak tu, aku takde hak nak cakap pasal tu sebab aku pun belum kawin lagi, calon dah ada just nak tunggu cop ‘approved by’ dari family aku tu je. Tapi kalau diorang ada calon diorang sendiri, apa salahnya kan? Orang kata, orang bercinta lepas kawin ni lagi romantic dan sweet dari couple sebelum kawin yang bitter sweet ni. Sebabnya topeng sebenar pasangan kita tu akan dapat kita tengok secara live dari masa bertunang lagi, almaklumlah kena kawin paksa kan (kalau yang disarrange family la, kalau yang sendiri punya tu tak tau la). Takyah tunggu lepas kawin, segala jenis taktik diguna semata-mata nak buat yang satu lagi tu bengang, tapi lama-lama tu bila perasaan mula timbul ,takde sapa boleh halang.

Tapi ni tak bermakna, kita tak kenal orang tu sebelum kawin. Kekadang orang tu kawan sekelas kita, member rapat kita, kawan kepada kawan kepada kawan kita, kawan masa kecik (selalu jadi laki bini bila main doktor-doktor) ataupun secara kebetulan. Contohnya, terserempak masa tunggu LRT ke, masa berlanggar tu gedebak! jatuh semua barang dia. Tak pun, masa tu ada awek ni kena ragut ke, tetiba je datang hero entah dari mana tolong kan. Lagi boleh blah tu, trick tersalah dail or tersalah mesej plak. Mungkin korang akan cakap, ko ni banyak tengok cerita DVD ni, bak kata Pak Jabit.Tapi mesti ada antara korang yang ada pengalaman yang sama kan? Tak payah tipulah! Tak payah nak kencing, kalau nak kencing gak, pegi tandas berdekatan, jangan kencing kat sini, tak sopan… Hahahha… Melalut pulak dah.

Tapi, ada jugak yang baru first time atau istilah kosa kata tingginya, secara eksklusifnya baru pertama kali bertentang mata terus ke hati. Bila ada family arrangement tu, selalunya macam tu la. Baru nak kenal, itupun asyik nak bergaduh je. Tapi mula-mula je tu. Bila dah lama-lama, sayang dan kasih pun datang. Barulah datang cinta yang akan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga diorang. Mula-mula tu, sorang tido kat atas sorang tido kat bawah, pastu yang kat bawah tu naik pula katas katil, lama-kelamaan tu bantal peluk yang jadi sempadan pun dibaling kat dinding sebab nak tido rapat-rapat punya hal. Kalau bab makan pulak, mula-mula makan sendiri-sendiri (self service), pastu start la nak main suap-suap, tak lama pastu kongsi pinggan pulak dah. Sweetnya…

Apa-apa pun, terserah pada korang sama ada nak couple sebelum kawin ke, pelas kawin ke, masa kawin ke, ADA AKU KISAH??? Hahahaha…. Semoga berbahagia dengan insan yang tercinta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...