Pages

Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

December 4, 2012

Kalau Naik Flight Begini...


Hahaha... pernah tak korang naik flight yang tambangnya bapak murah, tapi takde servis langsung? Haaa ni aku nak tunjuk ni, ni ada satu parodi masa safety demo kat dalam flight sebelum berlepas lah. Memang lawak, tak pernah dibuat dek orang, nak cerita banyak-banyak pun buat kering air liur aku je, korang bukan nak belanja teh O ais pun.



Budak Ohsem: nasib baik flight aku aritu tak macam nih

September 21, 2012

Dear Esah...



Esah...

Apa kabar Esah? Dah makan ke belum? Kalau dah makan, alhamdulilah. Kalau belum, ada ku kesah? Sihat tak? Kalau tak, pegi klinik, tapi pegi sendiri la. Abang malas nak hantar, menyusahkan je. Pepandai la hidup ya...

Oh ya, lupa pula tujuan sebenar abang tulis surat ni. Mungkin selama ni Esah heran kenapa abang tak balas surat-surat Esah terdahulu. Bukan abang tak balas, tapi malangnya merpati yang hantar surat abang tu kena panggang Pak Leman jeran belakang rumah abang. kempunan nak makan chicken chop katanya. Sebab tu surat tu tak sampai kat Esah. Nak pakai hempon, abang tak reti. Nokia 3310 yang abang baru beli tu mak abang pakai giling cili. Lesung ari tu hilang lepas bapak abang baling kat pencuri ayam malam tu. Kesian bapak abang tu, terliur sangat nak makan ayam kepci, mekdi ngan keni rojes, last-ast makan naget ayamas je la. Abang tak apa, abang layan piza hat je. 

Abang ingat lagi, Esah pernah tanya bila abang nak masuk meminang. Abang bukan nak tipu Esah, tapi abang belum ada duit lagi. Nak beli choki-choki pun kena hutang dengan Ah Heng tu, ni kan pulak nak tanggung Esah. Kalau Esah tak pakai mekap berjenama macam Garnieh ke, Simpelisiti ke, Ole-ole ke, pakai bedak sejuk yang mak abang pakai malam-malam tu boleh la kot. Abang nak beli kondominium, satu keluarga kita dok kat semua tingkat. Satu tingkat tu abang beli, kereta nak kena pakai kreta BMW, Ferrari baru la best.Tapi tu la, sekarang tengah kumpul duit, tengah pikir malam ni nak rompak rumah sapa pulak. Eh, jangan bagitau sesapa tau. Hihihi...

OK la,ink pen abang pon dah nak abih dah ni, nak beli baru takde duit. Ni je la pen yang abang ada sejak amek SPM dulu. Nyesal pulak paper terakhir tu abang mengkantoikan diri abang meniru. Bedak abang pun dah nak abih ni tempek-tempek kat surat ni. Jaga diri bebaik tau. Sayang Esah!

Assalamualaikum...

p/s : tolong watkan pesbuk untuk abang, bang tak reti la

July 11, 2012

:: mengAYAT bukan mengANJING ::







Sebuah keluarga dari golongan pertengahan di sebuah negara Timur Jauh, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Filipina.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?” Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?”

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.”


Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama George itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang berada di ranjang dengan si pembantu Filipina itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?”

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, “Jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”


Siapa lagi bijak di sini? Nampak bebeno kesengalannya...

April 17, 2012

Bila Menonton Movie Hindi



Ingat lagi tak masa zaman kita kecik-kecik dulu (kalau yang dah berumur tu muda-muda dulu), memang popular sangat citer-citer Hindi ngan citer Tamil masa tu. Paling orang minat, Sivaji The Boss, Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Aamir Khan, Slaman Khan, Saif Ali Khan, Ajay Devgan. Kalo yang heroinnya pulak, Kajol, Madhuri Dixit, Tabu, Monisha Koirala, Urmila Matolkar, Rani Mukarjee, Pretty Zienta, Karisma Kapoor. Perrgghh... Kalo masa kecik-kecik dulu memang layan habis la bila tengo citer-citer nih. Masa tu mana-mana kedai yang jual tisu kotak tu memang untung besar la sebab kali ada je movie Hindi baru kuar, kommpom stok tisu SOLD OUT!

Kuch Kuch Ho Ta Hai.... filem paling meletopz 90-an
Tapi, korang perasan tak kalau kita tengok cerita Hindi ke Tamil ke, Telugu ke, asalkan dari India la, mesti ada beberapa benda ni dekat nak sama, I can say berlaku kat almost semua movie-movie tu la...
  • Kalo masa bergaduh, ganas gila, sampai terbang-terbang bagai. Berguling-gulng kat udara, kalah penerjun negara Bryan Nickson masa nak perform terjun platform kat Suikan SEA. Bunyi efek takyah cakap ar, memang GEDEBANG! GEDEBUG! Sampai nak silang kain pun bunyi, memang terbaekkk
  • Heronya akan dapat ditahan kalo dibelasah ramai-ramai samai cedera parah kat kepala tapi menrengek macam budak kecik bila heroin lapkan luka walaupun setakat luka masa potong bawang. Nak kata manja, gelik pulak, nak kata gedik tu ada la kot. Hahaha...
  • Cuba bayangkan, hero ngan heroin start je menari, tetiba orang-orang yang tengah jalan and duduk-duduk kat tepi tu boleh join sekali, macam flasmob pun ada gak aku tengok. Dah tu, semua step diorang hafal, walhal ada yang baru kuar dari jamban, baru balik dari kerja, tetipa hafal step. Memang tak logik kalau nak dipikirkan secara rasional. Cehhh...
  • Kalau ada watak kembar, mesti bin kompom salah sorang daripada diorang tu jahat. Entah apa masalah diorang pun tak tau. Yang baik tu punyalah lurus bendul, kalah lembu. Kalo yang jahat tu plak, tak alang-alang jahatnya, pastu larikan diri, sembunyikan diri. Last-last yang jadi mangsa, kembar dia yang sengal-sengal kentang tu. Rasa macam nak sepak pun ada bila tengok yang baik macam kucing parsi tu main ikut je apa yang si jahat bedebah tu buat. Sanggup je amik kesempatan ngan kelembapan kembar dia yang sorang tu.
  • Masa tengah menyanyi tu, boleh plak tukar-tukar tempat, dah tu tak alang-alang plak tempat diorang bertukar tempat; atas gunung, tepi tasik, walhal tadi kat atas jalan raya, bila masa diorang blah pun tak tau. Pakai pintu suka hati ke apa, patut la Doraemon pandai cakap Hindi (mod menganjing). Satu lagi,sempat plak tukar-tukar baju yang entah berapa pasang, kalah koleksi baju kurang kerja mak aku kat dalam almari stor baju tuh.

Kajol - SRK : Hero heroin favourite all time

Bila difikirkan balik, itulah sebenarnya warna dan tarikan utama filem Hindi ni. Cuba tengok kat filem lain, ada? Tak ada... Tapi aku lebih prefer tengok citer zaman 90-an dan awal 2000 la, filem yang sekarang ni entah apa-apa je. Harapkan market body lawa dan tarian seksi je, jalan cerita merapu tah ke mana. Kalau movie alaf baru yang aku suka 3 Idiots, Taare Zameen Par, My Name Is Khan ngan Ghajini, Om Shanti Om. Yang lain tu, belum ada masa nak tengok lagi. Kalau ada masa tu tengok la, tapi ada satu citer ni yang kawan aku prefer aku tengok, Force. Hero dia John Abraham, dalam citer ni memang smart ar body dia. Pastu yang antagonis pun tak nak kalah.

OK, kalau ada tambahan lagi boleh korang drop down kat bawah ni, mana tau ada yang peminat citer Hindi lagi ke zaman drama Korea ni. Hehehe...

April 13, 2012

Jangan Duduk Di Tangga!!!



Situasi:
Rokiah Comey dengan selamba dadahnya duduk di anak-anak tangga penuh pose mengalahkan posing gadis-gadis hot tepi kolam renang dalam majalah mangga tu. Mak Jemah yang baru balik dari Kedai Ah Meng membeli sayur untuk makan tengah hari, menyembur-nyembur membebel anak gadis nan sorang itu, sampai dekat nak sebesen air liur Mak Jemak terpercik kat muka Rokiah. Rokiah hanya mampu menadah telinga dan mengelap mukanya menggunakan wiper kereta…

Mak Jemah : Apa nak jadi dengan ko ni Kiah? Duduk tepi tangga cenggini, tak elok tau.
Kiah Comey: Ala mak… Kiah duduk kat tangga je kot, bukan buat apa-apa.
Mak Jemah: Heh, budak ni. Tak elok anak dara macam ko ni duduk kat tangga. Nanti tak berlaki sampai tua baru tau.
Kiah Comey: Ye ke mak? (dengan mulut terlopong luas sampai sarang kereta selam pun muat)


Rasional:
Bak kata orang tua-tua, tak manis anak gadis duduk kat anak tangga. Nampak macam tak vogue, tak ayu gitu. Kalau mak cik-mak cik takpe la kot, maybe diorang nak bergosip ke, nak mintak resepi buat kuih seri muka ke, promot jamu ke, apa ke. Baik duduk kat dapur masak megi ke, makan biskut krekes cicah neskafe ke. Ada gak pekdahnya…



Penyelesaian:
Cuba jangan pakai tangga, pakai la eskelator ke, lif ke kat umah tu, nanti takde la diorang nak duduk-duduk lagi kat anak-anak tangga tu. Kalo nak tersangkut bontot ngan kaki kat escalator tu, cubalah duduk. Takpun, takyah wat tangga. So, takde la namanya duduk kat tangga, duduk kat beranda ka, duduk kat kekisi ke, duduk kat bumbung ke kan?

February 11, 2012

Angry Birds Haram!



Permainan video yang semakin digilai segenap lapisan masyarakat dunia seterusnya mencetuskan satu fenomena yang baru, Angry Birds telah disahkan boleh menjurus kepada keganasan dan mengancam keamanan sejagat. Dikatakan permainan video tersebut lebih banyak memberi pengaruh yang negatif kepada kanak-kanak...




Begitulah isi pertama dalam akhbar GOSIP HARIAN yang aku baca semalam (jangan dicari akhbar tu, memang takkan jumpa, ada kat kawasan rumah aku jer... hehehe). Tak dinafikan game Angry Birds ni dah jadi satu fenomena baru yang menggantikan fenomena Tsumawi. Aik? Hehehe...


Permainan kegilaan kanak-kanak masa kini
Tanyalah sesiapa saja, dari tok ayah sampailah ke budak-budak dua taun, semua kenal Angry Birds. Diorang lagi kenal Angry Birds ni dari nama kucing jiran sebelah rumah. Pastu kat sekolah, budak-budak semua siap compete lagi sapa main lagi tinggi level dia. Adik aku kat rumah sampai tak makan nasik main game ni. Nasib baik je masa untuk Tuhan dan study dia tak lupa, kalau tak kena hayun dengan rotan la nampaknya. Hehehe...


Statistik karakter protagonis Angry Birds

Ada khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa game ini haram. Yup, aku memang setuju! So, ingin aku jelaskan kat sini, setelah diselidiki betul-betul, aku yakin lagi pasti yang game ini memang haram. Tapi haram bukan disebabkan adanya watak babi di dalam game tersebut, tetapi.... tetapi.... game ni yang...

HARAM JADAH!!!

Susah gila kot main dia. Dah la berdinding papan, batu, kaca bagai. Nak je aku masuk dalam game ni, roboh je satu per satu pelindung tu. Aku main sampai level 16 je, terus tension main. Darah tinggi ni dah makin naik dah darahnya. Nasib baik main  pakai laptop kawan, kalau tak kan tak pasal-pasal laptop tu bungee jumping dari tingkat 2 asrama nih. Tak guna punya game! Bukan burung yang marah, tapi ORANG YANG LASTIK BURUNG tu yang menyirap darah.

Burung (peluru) ada berapa ekor je, nak pecahkan dinding ni cemana?
Ada yang kata game ni haram sebab ada burung yang warna biru tuh sebut 'Alhamdulilah'. Hurmmm... aku tak berapa nak pastilah, tapi mungkin tu bunyi burung tu je kot. Kalau kita dah mindsetkan otak kita burung tu cakap 'Alhamdulilah', memang benda tulah yang kita dengar. Entah, bagi aku, tak la kot.

Pastu, ada pulak yang cakap part last tu ada ala-ala Angry Birds meruntuhkan Kaabah. Ya ke? Aku tak tau lagi, sebab main pun tak lepas-lepas lagi nih. Mungkin betul, mungkin tak, mungkin kebetulan atau mungkin ada agenda di sebaliknya. Mungkin ada yang terlalu parenoid sampai semua benda yang dia nampak tu macam menghina Islam. Sama macam isu iluminati, pantang tengok seti tiga sikit, petak putih-hitam sikit terus Iluminati. Kadang-kadang tak boleh gak nak positif sangat sampai benda yang kita buat tu sebenarnya menghina agama kita sendiri pun kita tak sedar. Senang cerita, main je. Kalau was-was, jangan main.




Entry ini hanyalah gurauan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, terkecik hati tu, mintak maaplah banyak-banyak ye. Mungkin agak kontroversi dan keterlaluan sikit, tapi paras 'parenoid' kita orang Malaysia ni perlu dikurangkan sikit, jangan sampai kita asyik nampak yang buruk je, walhal benda baik pun kita tengok buruk (ni kira tahap yang paling kronik dah ni.). So, semuanya terpulang pada korang. Dah ada akal, tau-taulah sendiri yang mana betul yang mana salah. Peace yo~

AAA : Adik main dah nak habis dah, siap main tutup mata gi... sob... sob...

February 9, 2012

Menangi Hati Bakal Mertua Anda!


Bila baca title entri kat atas ni, kompom ramai yang tersengih macam kacang menglembu, tak pun senyum sampai ke pipi, bagai nak rabak pipi tu.Ye lah, masing-masing dah ada makwe ataupun pakwe. Kapel  dah naik jenuh bertanya bila nak masuk meminang. Wah, bukan senang nak meminang anak darra orang ni cik adik oit, bukan macam nak beli jajan kat 7 Eleven. Pastu, yang laki pulak, bila cakap nak bawak si dia jumpa dengan famili dia, bukan naik gelabah lagi, berpeluh macam duduk dalam sauna la pulak. Tapi jangan risau, kat sini Dr Laf akan membantu anda! Di sini ada beberapa tips yang boleh anda praktikkan semasa berjumpa dengan bakal mertua (lebih-lebih lagi first time jumpa mereka). 

Pertama, pakai la pakaian yang kemas. Ingat, FIRST IMPRESSION ITU PENTING! Kalau dah pertama kali jumpa pun dengan pakai baju kerkedut sana berkedut sini, pastu rambut serabai macam ombak rindu, sideburn dengan misai janggut semua dah macam hutan hujan tropika, memang FAIL la jawabnya. Pakai baju kemas-kemas, cantik-cantik, rambut atur-atur sikit, tak kira la nak spike ke, nak wavy macam Awan Nano ke, lantak la janji kemas dan bersih. Bulu-bulu yang tak berkenaan tu cukur la, kalau nak simpan pun rapikan sikit. Yang perempuan pulak, pakai tudung tu, biarlah kemas, jangan main sangkut je macam sangkut tuala. Jangan pakai baju ketat sangat dan menjolok mata, karang bakal bapak mertua pulak yang terpikat.

p/s : bukan nak hipokrit, tapi kita nak jadi yang terbaik pada impression yang pertama. biar baju, seluar, tudung tak berjenama, tak mahal, janji kemas, ok?


Please, jangan cari pasal dengan bakal mertua, nanti kena reject baru tau!
Yang kedua,bawalah sikit buah tangan. Buah-buahan ke, kuih-muih ke, tak pun kalau nak mudah beli je Mekdi, Kepsi dengan Ciken Rais Syop tu. Baru la terbukak sikit hati  mereka nak terima korang. Tapi, jangan bawak benda yang sama tiap kali bertandang ke rumah, nanti bosanlah. Variasikan ikut kemampuan, maksud saya fulus atau $$$. Dan satu lagi, tak payah nak menggedik-gedik nak bawak sebas durian walhal dah tau satu famili tu tak makan durian. Kan membazir. 

p/s : jangan buat benda yang sia-sia. Dah tau famili tu alergik ataupun memang tak makan benda alah tu, benda alah tu jugak yang korang bawak ke rumah diorang. Memang mintak karpet hinggap kat muka.



Ketiga, cuba bergaul dengan semua ahli keluarga kapel korang. Tak dapat cepat pun, sikit sikit pun jadilah. Join conversation diorang walaupun topik diorang ni memang boring gila gaban ataupun merapu entah apa-apa. Satu lagi, korang kena sentiasa update dengan ilmu korang, tak kiralah dari segi akademik ataupun KBKK. Ini tergagap-gagap nak jawab, memang kantoi la malasnak membaca. Mertua memang anti sikit kalau ada menantu yang hapdet-hapdet ni. Hempon je canggih, belajar sampai PhD tapi lemau, tak boleh jugak.

Adoyai, memang tak pass la calon memantu ni...   -.-


Keempat, yang ni agak susah sikit, tetapi still  boleh dilakukan. Korang  kena tahu apa yang bakal mertua korang suka buat di kala senggang. So, tugas korang  adalah melakukannya bersama mereka. Some parents dia orang suka pergi masjid, solat berjemaah… ikut sajalah! Jangan follow sekali dua je, nanti nampak sangat korang tak ikhlas. Lagi satu, … Some parents suka golfing, swimming, karox, tengok bola, tak kurang yang suka shopping sakan sampai tak ingat dunia. Ikut sajalah, dan jangan lupa bawak duit lebih sebab kompom korang akan kena paw nanti. Hehehe...

p/s : sikit sebanyak korang akan lebih kenal bakal mertua korang ni jenis yang macam mana, yang suka beramal jariah ke, yang lalai dengan duniawi ke, yang sedang-sedang saja ke. So, kat sini korang boleh main peranan untuk betulkan mana-mana yang patut. Kira macam menantu mithali la nih. 



Last but not lease, please be yourself. INI SANGAT PENTING YA! Sebab apa, mertua tak suka menantu yang bermuka-muka. Masa jumpa mula-mula dulu, perangai bukan main baik lagi, ibarat kain putih yang tidak ternoda dengan.  Nampak suci, tulus dan mulus je, macam baru kena bilas dengan FAB TOTAL. Tapi bila dah kawin dengan anak dia, habis anak dia kena terajang kena lempar,  macam bola bowling korang kerjakan. Jangan! Kalau ada perangai yang tak elok tu, cuba-cubalah ubah diri tu kepada insan yang lebih baik, sebab tanggungjawab sebagai seorang suami bukan ringan macam tisu Kleenex, tapi memang berat. So,  be yourself be yourself jugak, perangai yang buruk tu jangan lupa betulkan.

Kalau perangai hantu, mak aku pun tak nak... =.=

p/s : jadi diri sendiri ni tak bermaksud kita kena jadi diri kita yang sebenar-benarnya, contohnya selekeh, pemalas, pengotor, kentut merata-rata, suka sendawa kuat-kuat. Yang tu kena ubah, tapi perangai yang elok tu yang kita cuba tonjolkan. InsyaAllah, all is well!


Dah puas membaca? Dah praktikkannya? Bagaimana hasilnya? Kalau fail, jangan salahkan saya, kerana itu adalah salah anda kerana mengikut manual yang tak seberapa ini. Sekian.

AAA : Kami tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selepas anda mempraktikkan tips-tips ini. Harap maklum.

January 24, 2012

Bila Dah Bosan...

 
Bosan.... Adakah itu satu penyakit? Ataupun mainan perasaan semata-mata? Yang pasti bosan itu bukan jenama jajan yang dijual di tepi jalan. Menurut kamus dewan makan terbiar belakang rumah Kak Leha, bosan membawa maksud suatu perasaan yang tiada perasaan yang dapat ditonjolkan dengan muka selenga tahap lembu. Hurm...

Apa sebab-sebab bosan ek? Setelah membuat survey dengan menemubual orang-orang sekeliling (sambil berlakon sebagai wartawan sebuah stesen TV yang tak pernah wujud pun kat muka bumi ni), mereka memberi beberapa sebab yang boleh dikatakan diterima akal :
  • Takde mende pun nak dibuat
  • Entah... saja je nak rasa bosan
  • Asyik buat benda yang sama je tiap ari mana tak bosan
  • Bosan? Oh, yang lagu baru Stacy tu kan? Hehehe...
  • Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh, leceh ar
  • Nak keluar lepak, duit pokai, duduk la kat rumah sampai bosan
  • Aaarrrgghh.... aku bosan!!! Wuhuuuuuuu....
  • Takde teman ar nak ajak main
  • Awek/pakwe aku ni sungguh membosankan... Aku bosan, bosan tau tak!!!
Nampak? Ada sebab yang memang kita pernah rasa, dan ada sebab yang hanya orang gila saja boleh rasa. Kasihan. Macam mana nak cegah sindrom kebosanan? Kami ada caranya. Antara metodi yang boleh kita praktikkan adalah:
  1. Main kejar-kejar dengan kucing, dengan ajing lagi baik, mana tau dapat pecah rekod Usain Bolt ke, paling kurang pun Edward Cullen pun jadilah
  2. Rajin-rajinkan diri mencuci, menyental dan mengemop jalan raya, kalau ada kereta lalu je mop balik jalan tu sampai hilang rasa bosan korang
  3. Melalak sorang-sorang dalam bilik sampai pecah tingkap rumah orang sebelah, kompom lepas tu akan jadi meriah dengan sumpah seranah dan maki hamun
  4. Korang menjerit mintak tolong sambil buat-buat muka cemas + tambah simpati + air mata (air mata jangan lupa, aset mahal tu), pastu bila ada orang nak tolong buat-buat muka toya macam takde benda yang berlaku, kompom akan ada babak kejar-mengejar macam citer Transporter tu
  5. Kira berapa helai rambut korang ada sampai habis, kalau salah hitung mula balik (jangan guna teleskop ataupun kanta pembesar ya!)
  6. Pegi online kat Facebook pastu like semua post dan komen yang ada (kalau korang like virus tu nasib la)
  7. Tak pun, korang bagi komen yang kontroversi sikit, kasi berapi sikit kat fb tu, kalau boleh biar sampai bergaduh sampai hilang kebosanan
  8. Korang call la member-member korang konon-kononnya nak buat panggilan hangit kat diorang, mesti syok gila
  9. Bagi yang suka ambik gambar tu, korang ambik la gambar seberapa banyak yang mungkin, biar sampai meletup kamera pun takpe, janji kepuasan betul tak?
  10. Opsyen paling last, pegi la blog ni, baca entri sampai habis. Hehehe...
Ok, rasanya aku pula yang bosan sekarang. Tapi tak apa, anda boleh praktikkan benda ni kat mana saja; di rumah mahupun di gua, bila-bila masa saja; waktu paling afdhal tengah-tengah malam buta. Bila anda sudah praktikkan, boleh berikan feedback di ruang komen. Selamat mencuba!

January 14, 2012

7 Cara Mujarab Menghilangkan Stres

Stres, depression, dan tension... Tiga perkataan ni berbeza dari segi ejaan,tapi membawa makna yang sama, yakni tak lain tak bukan tertekan atau tekanan jiwa. Kira stres ni sepupu sepapat kepada gila la cuma belum sampai tahap tu lagi. Hehehe...

OK, memandangkan semua dah curious tahap kentang goreng, so kat sini disenaraikan 7 tips bagaimana nak hilangkan stres dengan cepat, murah dan mudah!
  1. Pejam mata rapat-rapat, pastu tarik nafas sedalam-dalamnya, kalau boleh sampai paru-paru rasa macam nak pecah berderai. Lepas tu, dengan perlahan-lahan hembus nafas anda. Tapi awas, pastikan anda hembuskan nafas anda saja, bukan dengan isi perut yang baunya er... er.... undescribable tu keluar sekali.
  2. Take a nap for about 5 minutes. Jangan lama sangat, nanti terlanjur memang terlelap habis punya. Kalau dah mimpi best-best tu, lagi-lagi bila dah tidur mulut ternganga seluas angkasa, memang liat nak bangun balik. Asalkan jangan hibernate terus sudah. Ingat, 5 minutes only!
  3. Pergi ke tempat lapang, contohnya padang, tasik ataupun bukit. Ambil tenaga anda pastu jerit sekuat-kuat hatinya, sampai terpelanting anak tekak dengan biji halkum pun takpe, jangan anda puas! Tapi ingat, buat di tempat yang tak ada orang saja, sebab kalau buat benda ni di kawasan kejiranan, tak pasal-pasal senduk kayu hinggap dahi, pastu periuk belanga hinggap kat pipi.
  4. Ketawa adalah penawar yang terbaik. So, anda bolehlah baca komik lawak macam Apo?, Ujang ataupun Lawak Kampus dan sudara-maranya yang lain. Memang komfom anda akan ketawa tak kering gusi sampai air liuh meleleh mengalahkan biawak komodo. Itu belum masuk yang ketawa siap berguling-guling lagi, habis semua debu kat atas lantai disapunya.
  5. Yang ini boleh dikatakan cara yang agak ekstrem juga, yang mana memerlukan isi perut yang banyak lagi padat lagi jitu, yakni membuang air besar atau nama saintifiknya berak. Adalah orang cakapyang kalau berak ni, lagi-lagi kalau berak tak lawas, masa nak teran tu memang masa yang agak sesuai nak lepaskan rasa geram, sedih apatah lagi stres. Bila dah lepas je, memang nikmat yang tak terungkap rasanya.
  6. Jangan lupa pada yang maha Esa. Ini masa susah je Nak ingat Tuhan, masa senang jangankan nak sembahyang ataupun berdoa, nak ingat Tuhan pun susah. Betul tak? Berdoalah pada-Nya, minta dipermudahkan semua urusan kita di dunia ni.
  7. Opsyen terakhir, yang ni memang mudah tapi perlukan sikit duitlah. Hempaskan kepala anda di atas meja sampai berdarah mencurah-curah macam air terjun, pastu pastikan anda ungkapkan ayat ni dengan nada yang penuh rendah diri dan menyesal:
"Bodoh, yang aku ikut jugak cakap dia nak hentak-hentak meja ni apa ke jadah? Kan tak pasal-pasal dahi aku yang licin ni scratch macam CD cetak rompak!"

Haaa... kan dah cakap, opsyen yang last sekali tu memang praktikal tapi terpaksa keluarkan sikit duitlah.  Yelah, nak bayar duit beli ubat sapu luka kat dahi tu. Hehehe...

AAA : Entri ni cuma gurauan semata-mata. Yang last sekal tu jangan sesekali dipraktikkan! Tapi yang no.9 tu wajib!

December 21, 2011

Kak Jem : Selamatkah Anakku?


Dear diari,

Lama jugak rasanya akak tak update diari bucuk bucuk akak nih. Maaflah, Kak Jem busy tak ingat. Bila dah kawin ni baru akak ada chance nak bukak diari akak yang dah berhabuk setebal 15 inci nih. Alang-alang ada story-mory baru, akak terignat nak update kat sini, ingat facebook je boleh update, diari pun boleh tau, cuma takde butang 'like' atau 'add friend' je. Hehehe...

Eh, nak citer ni, ada jiran akak,rumah kat ujung sana tu, anak dia hilang masa dia tengah khusyuk bershopping sakan. Almaklumlah, nak raya katakan. Cari punyalah cari, sampai habis setiap inci shopping mall tu dia pergi, tak jumpa-jumpa. Pegawai dengan guard kat situ pun dah tolong carikan tapi tak jumpa-jumpa. Bila balik je, meraung-raung la dia, anak hilang kan. Entah ke mana anak dia. Macam-macam dah timbul dalam kepala dia tu. Anak dia kena bunuh ke, kena culik ke, tak pun kena jual dekat sindiket haram ke? Risau akak tengok jiran akak tu, meraung tak tentu hala beberapa hari. Akak nasihatkan kat dia buat iklan kat surat khabar ke, TV ke, mana tau ada orang terserempak ke.

Alhamdulilah, tak lama lepas tu, dapat jumpa balik anak dia. Orang yang menculikbudak tu pundah kena tangkap. Tengok dari muka pun dahu dia tu tak betul. Haish, apa nak jadilah manusia zaman sekarang ni, dah gila agaknya. Tulah, banyak sangat makan ubat gegat, dahlah tak ajakakak sekali. Hahahaks!

Nampak gayanya, setiap keluarga kena bela singa ataupun harimau,takpun anakonda je jaga anak diorang. Asalkan jangan si anak pulak jadi santapan candle light dinner haiwan-haiwan tu sudahlah. Almaklumlah, muka ganas, hati buas katakan. Bukan apa, sekarang ni, nak bawak anak ke mana-mana pun rasa macam tak selamat. Nak tinggalkan anak-anak ke rumah pulak, takut kena culik bebudak penyamun pulak. Kalau bawak jalan sama, karang kena culik sindiket pulak karang, kan tak pasal-pasal kena pergi sempadan sana cari anak yang hilang.

Akak dah ajar dah beberapa cara nak selamatkan diri kalau nak diapa-apakan oleh orang tak dikenali. Pertama sekali, ajar anak menjerit, lagi kuat bunyi dia lagi bagus, sampai gempa bumi pun takpe, asalkan dia tak kena culik. Takpun, ajar diorang seni mempertahankan diri. Jangan pulak diajar berlawan macam Superman ke, Batman ke, Ultraman ke, apatah lagi Action Kamen, Boboiboy jangan cakap lah, sebab diorang memang takde superpower pun macam superhero-superhero tu. Paling penting, pastikan anak tak melayan orang yang tak dikenali. Bukan nak kurang ajar tapi yelah kan, demi keselamatan.

OK la diari, Kak Jem nak pergi sambut laki akak kat pintu dulu. Tu bunyi enjin kereta macam semput-semput ikan tu, dialah tu. Nanti akak update lagi ya diari. Bye! Muuuuaaahhhhh!

December 17, 2011

Celoteh Kak Leha : Bajet jewwww~


 

Ya, Kak Leha kini kembali. Oh yeah! Assalamualaikum...
 
Dah berabad dah Kak Leha tak ke udara ye. Bagi yang tak paham tu, ke udara tu bukannya naik kapal terbang mahupun terbang ala-ala Superman ye. Baiklah, topik kita hari ni adalah...

"Bajet jeewww" 

Bajet... Apa yang anda tahu tentang bajet? Adakah akak dah tukar selera hari ni, nak bercakap pasal ekonomi dan sebgainya? Ataupun akak yang bajet-bajet? Akak pun tak tau sebenarnya makanan apa bajet tu. Yang akak tau bajet tu ada banyak; bajet lawa, bajet cun, bajet kuat, bajet kaya dan sedara-mara dengannya.
Akak dok perhati je, ni akak ada buat list macam mana kita nak tau orang tu bajet cun, bajet lawa, bajet hot dan segala bajet lagi la. Kalau nak cerita sampai esok lusa pun tak habis, so akak simplysitikan sajalah...

  • Ada mata yang dok perhati dari tadi sampai nak tersembul biji mata  atau pandang korang dua kali imbas sambil melopongkan mulut seluas Laut China Selatan, kapal selam pun muat dalam mulut tu. Walhal, hakikatnya diorang ngeri lagi trauma tengok fesyen korang yang mengalahkan  kereta berhias. Over-the-top la sangat,  baju macam tak cukup kain, habis nak tersembul semua bukit, gunung, pulau, beting pasir, dan muka bumi yang lain lagi lah. Muka memang terik bukan kemain macam patung Barbie, tapi kat leher menggeleber macam lembu korban. Apa ke de hal?
  • Pantang nampak cermin je, tak kiralah yang  transparent ke, tinted ke, asalkan nama keturunannya  cermin,  gerenti korang berenti kejap nak tengok muka yang kononnya memang comey tu. Apa yang korang buat? Dah tentulah sikat rambut, pakai lipstick, pakai mekap, atur-atur baju, paling ekstrem pun siap posing-posing maut lagi depan cermin tu, bibir pulak dimuncungkan persis itik baru lepas buat surgery. Kalau cermin kat tandaas awam takpe gak, ni cermin tingkap pun nak disergahnya. Orang yang kat sebelah daalam tingkap tu kompom la dapat tengok tayangan free orang tengah posing maut depan cermin tingkap depan diorang tu. Kalau akak mesti akak siap ajak jiran sebelah tengok tayangan free ni sambil makan popcorn.
  • Bukak je facebook, ada berpuluh-puluh friend request, tak kurang jugak ada yang chat walaupun chat tersebut sebenarnya VIRUS! Kita yang sengal ni pun layan gak, bila dah kena infect baru nak bengang tahap bangang tak tentu pasal. Kalau ada ramai kawan dalam list pun tak guna kalau takde function. Jangankan nak chat, baca kita punya status pun tak ingin. ‘like’ dengan ‘comment’ tak payah cakap la, memang tak la.
  • Bila berjalan mesti nak kepit,  jalan kontrol je. Kalau si gadis, jalan kepit la of course. dahlah kepit pulak tu kepitnya bukan kemain, maunya bergesel paha sama paha tu ha. Tu takpe lagi, ni sampai betis dengan betis pun bergesel, kepit tak ingat punya pasal. Jalan dengan mamat-mamat jambu tengah lepak bukan main lagi jalannya, ala-ala Tyra Banks tengah buat catwalk. Siap main usap-usap rambut bagai, dah macam model syampu pulak dah. Yang si jejaka pulak jalan mendada mengalahkan orang tengah berkawad, kalah ayam jantan. Nak tunjuk dada bidang la konon, walhal badan sekeping je. Badan tough macam Aaron Aziz  takpe la jugak, akak pun nak. Bila lalu depan awek, kompom rambut diusap ala-ala Sivaji The Boss gitu, sampai tak sedar kelemumur jatuh gedebuk dari kepala macam salji tengah turun.

Akak ni bukan apa, tak salah kalau nak bajet  hot ke, bajet lawa ke, bajet hensem ke, tapi berpada-pada la. At least kena pada masa dengan tempat, ni tak, melebih-lebih je. Macam sengal je akak tengok. Bersederhanalah, bukan ke agama menyuruh kita bersederhana dalam setiap apa yang kita buat. Biar orang terima kita seadanya. Baiklah, kita bertemu lagi masa akan datang! Walaaaa...

December 1, 2011

3 Tanda Aweks Control Depan Korang



Korang percaya tak kalau aku cakap, bila ada awek-awek lalu depan kita, memang kontrol ayu gila siput sedut lah. Takpun, awek kita sendiri, lagi-lagi masa mula-mula nak in relationship tu, omakaih pijak semut pun tak mati wooo...Ni antara tanda-tanda diorang control cun depan kita....

  • Bila korang berjalan dengan makwe korang, omakaih bukan main kepit lagi. Siput babi yang tengah asma teruk pun laju lagi dari beliau. Sepuluh langkah kita, dia baru je selangkah. Kepitnya tu, nyamuk pun tak dapat nak lalu. Kalau nak jalan kaki dari Jalan TAR ke Sogo tu, maunya dua bulan setengah baru sampai! Bila jalan dengan gurlz dia tu, langkah dia tak jejak tanah, shopping punya hal. Pulak tu langkah dia punyalah besar, kalah gajah.
  • Bila masa makan-makan pulak, tangan dia mesti tengah sibuk kacau air dengan straw, walhal minum ais kosong je. Cara dia kcau air tu macam tengah minum teh tarik susu pekat. Muka tetap maintain tersipu-sipu malu, mata terpacak kat meja je. Macam nak tembus meja ditenungnya. Kalau Cyclops yang tenung, mau tembus sampai ke kerak bumi tu.

  • Bila kita buat lawak, dia dengan sopan santunnya menekup mulut dia dengan tangan, nak control la konon. Walhal, bila berborak dengan geng gossip gurlz dia tu, ketawa sampai mengilai-ngilai, Pontianak Harum Sundal Malam dengan Kak Limah pun kalah. Ada yang gelak tak ingat dunia tu, sampai terguling-guling macam tenggiling pun ada. Mau berkilat karpet tempat dia berguling tu, semua debu dah melekat badan diorang.
Amacam, percaya tak sekarang. OK, kalau masih tak percaya korang check nanti bagitau aku betul ke tak, kalau tak memang diorang tu superb lagi asli lah.
AAA : Pasni kalau mamat-mamat kontrol macho lak.... hehehe

October 31, 2011

EEU : Examophobia !!!



OK, semua tau yang sekarang ni musim exam. Walaupun tak semeriah musim buah-buahan ataupun musim menuai, tapi musim peperiksaan sememangnya memberi impak yang besar kepala bulu hidung semua lapisan masyarakat yang berlapis-lapis lemak di perutnya. Adakah anda pernah mendengar FOBIA? Ingin saya maklumkan di sini, Fobia tidak ada pertalian darah mahupun urat kentut dengan amfibia mahupun Fasha Sandarkanpadadia. Fobia adalah suatu perasaan takut terhadap sesuatu benda yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata, hanya ekspresi muka mampu menjelaskan segalanya. Kali ni,saya akan berbincang mengenai suatu fobia pada musim exam iaitu EXAMOPHOBIA!!!

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda semua haruslah tahu akan simptom-simptomnya terlebih dahulu, antaranya:
  1. Orang yang selama ni tido berbantalkan laptop berpelukkan keyboard ataupun dengan konsol game tiba-tiba tidur dengan buku yang melambak gila
  2. Budak pemalas tetiba jadi rajin baca buku walaupun hanya membaca buku tersebut selama beberapa saat sebelum menitiskan air liur yang berasid tepu di setiap halaman buku tersebut
  3. Rambut yang selama ni tercacak dan tersikat rapi mula menggerbang dan mengembang persis Kak Limah
  4. Kalau selama ni dia stay up sebab nak call awek/balak dia, kali ni dia stay up sebab nak recall balik apa yang dah dibelajar dulu
  5. Masa 24 jam tetiba bagaikan bergerak laju mengalahkan Usain Bolt
  6. Online kat fb ngan twitter macam Chipsmore je; kejap ada kejap takde
  7. Muka lebih cepat menunjukkan penuaan disebabkan stres dan ketensionan yang melampau
  8. Ada yang terdesak mengambil langkah drastik meminum semua 'buku' yang dibelajarnya sampaikan najis  berbentuk pulpa dihasilkan apabila dikumbahkan keluar dari badan
  9. Lebih cepat naik angin, kalau salah gurau sikit kompom gusi bersepai dikerjakannya
  10. Tak dapat tidur dengan lelap walaupun dah macam posisi tidur dipraktikkan dan menukar bantal, tilam dan katil
  11. Tiba-tiba jatuh sakit bila tiba hari exam
  12. Sebelum masuk dewan peperiksaan, masuk tandas beberapa kali, berganda dari orang mengidap diabetis
  13. Muka mula menunjukkan ekspresi terkejut melampau (mulut ternganga sambil mata dibundarkan sebesar yang mungkin) bila membuka kertas soalan
  14. Ada yang tetiba kena sawan kertas bila bersentuhan dengan kertas exam waima bucu kertas sekalipun
  15. Pen tetiba hilang ink walaupun sedozen dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan, karbon pensel lak asyik nak patah,  pensel mekanikal tak payah cakap la, macam dah remuk lak dia punya lead 


Sekiranya anda menunjukkan sekurang-kurangnya SATU daripada simptom di atas, maka...

 AWAS, ANDA MUNGKIN MENGALAMI 
EXAMOPHOBIA FASA RENDAH!

Tapi jangan risau, saya ada penawarnya. Mudah dan praktikal. Boleh dipraktikkan di mana jua anda berada, bila-bila masa saja anda memerlukannya. Anda cuma perlu:
  1. Bakar laptop anda sekiranya laptop anda menjadi pengganggu utama anda masa belajar
  2. Sepakat dengan roommate anda untuk menampal nota akademik sebagai wallpaper kat bilik
  3. Daripada bercakap pasal awek, tukar topik mengenai soalan exam pulak
  4. Cuba uji orang yang lalu kat tepi jalan walaupun tak kenal, so dapatla tunjukkan korang punya keterroran anda (awas, anda mungkin menerima jawapan berupa tapak tangan dan tapak kaki di muka anda)
  5. Daripada berdebat pasal sapa lagi hebat, lagi baik kalau berdebat pasal topik yang dah dibelajar hari tu
  6. Makanlah kurma dan kismis sebanyak mungkin, madu lagi baik...
  7. Elakkan makan kepala ikan, otak ikan pun, tapi kalau otak-otak tu digalakkan, jangan lupa hulur-hulurkan kat sini

Jangan putus berdoa kepada Yang Maha Esa, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan kelak...

Tapi, kalau sudah terlambat hanya satu nasihat yang mampu diberikan kepada anda:

AMEK KAU! SAPA SURUH TAK PREPARE BETUL-BETUL! ADA KU KESAH?

AAA : Teringat masa sekolah dulu masa nak exam tu la kepala menggedik nak demam...

October 23, 2011

Kalau Kucing Upload Gambar Kat Facebook


Dulu kita pernah paparkan antara status yang diupdate kalau haiwan berfacebook, siap main share-share ngan like-like bagai! Kali ni kita tengok gambar yang diupload kat profil diorang pulak, siap bubuh caption lagi. Kelas kau oit! Kita mulakan dengan si kucing...


Hot x? Walaupun dah anak 18, tetap maintain vogue gitu. Kau ada???


Ready nak shooting video klip Rolling On The Carpet by Adehh


Nak try jadi model selimut lah. Sesuai tak? Kak Jah, jangan keles tau!


Happy birthday mama! Sayang mama! Thanx for everythings!


Comel tak I? Comel x? Comel x? Comel x?


Masa ni I bercuti kat Pontian, Johor bersama hubby. Thank you for the bell hubby. Muahhhxxx!!!


Grrrr... gua ni rock-rock jugak, bantal peluk jangan lupa! Ni gua yang pegang, kalau nak kena cakar, cubalah amik!

Gambar masa first date. Menyesal I lepaskan dia.... (T_T)


Fuuhh... . penat giler pas praktis Sehati Berdansa, dahla minggu ni dapat tugasan Hip Hop...


What the..??? Makan carrot je???

October 22, 2011

Bila Perempuan Cakap Macam Nih...


Akak ni, bukan apa, nak kata jealous pun tak , apa tah lagi cemburu, jauh KFC dari Mc Donald tau. Tapi akak tak paham apesal lelaki zaman sekarang ni dayus sangat! Nak ikutkan nafsu je, kalau nak cari lelaki gentlemen macam Seth Tan, tak pun yang beriman macam Ustaz Aidil tu, ibarat mencari sebutir virus H1N1 di celah gigi. Hah, kalau nak cari lelaki yang dayus tahap buaya hutan tropika, melambak! Bersepah je kat tepi jalan! Harapkan muka je hensem, perangai yang ado!!! Itupun kalau hensem, ada gak saham...

Ni, Kak Leha nak cakap sikit, kalau dah ada awek tu, buat la macam ada awek. Ni usung awek je pandai, nak jaga tak reti. Kalau dah break, frust menonggeng pulak kat depan sofa tu! 

Ni ada 10 ayat  yang lelaki-lelaki kat Malaysia ni patut paham...


1. BAIKLAH
Perkataan ini digunakan untuk mengakhiri suatu perbualan/perbincangan/pergaduhan hangat..tak kira la korang betul atau salah, so korang kena diam. (sangat betul..korang kena diam ataupun buat je apa yang dia  nak kalau tak nak high heel singgah kat dahi)

2. 5 MINIT
Perempuan kalau bersiap dia cakap 5 minit, tapi sebenarnya setengah jam. 5 minit hanya akan jadi 5 minit kalau anda diberi masa 5 minit lagi untuk berhenti tengok bola dan tolong buat kerja rumah. Kalau nak kira berak tu, sempat lagi nak keluar masuk tandas beratus-ratus kali. (err..bab bersiap tu tak kena kat akak la... sebab akak bersiap sejam... hehehe)

3. TAK ADA APA-APA
Memang ada apa-apa. Anda kena peka terhadap alam sekitar. Pergaduhan yang mula dengan TAK ADA APA-APA biasanya akan diakhiri dengan OK, FINE! KITA PUTUS! (Cehhh... ayat dia... bajet movie Sembilu je...)

4. PERGILAH! / BUATLAH!
Ni namanya cabaran bukan kebenaran. Jangan lakukan! (orang tua-tua kata, budak-budak jangan dilarang, suruh dia buat, nanti budak-budak tak akan buat..tapi kes ni, memang betul ye..jangan buat. Kalau nak suruh dia tolong top-upkan telefon ke, belanja Mc Flurry ke takpe gak)

5. MENGELUH YANG KUAT
Sebenarnya ini satu perkataan, bukan lisan yang selalu disalah erti oleh lelaki. Perempuan mengeluh dengan kuat bermakna dia fikir anda ni terlalu lembab dan fikir kenapalah dia habiskan masa bergaduh dengan anda tentang TAK ADA APA-APA. (Dalam konteks ni, mengeluh yang akak maksudkan mengeluh meminta perhatian ye, bukannya mengaum macam suami kantoi ada gincu kat kolar baju dia)
 

6. TAK APALAH
Kenyataan paling bahaya yang perempuan boleh buat kepada lelaki. TAK APALAH bermakna dia akan  berfikir lama macam mana nak balas perbuatan anda terhadapnya. (Sila amati "berfikir lama", dia tak akan buat sebab dia sayang..untung gila kalau dapat perempuan macam ni..kalau akak, akak akan cakap 'tak apalah' sebab dah penat bertikam lidah. Korang ingat seronok bergaduh ni macam naik roller coaster?)

7. TERIMA KASIH
Perempuan berterima kasih kepada anda, jangan persoalkan, jangan pengsan. Cakap je 'sama-sama' sebab betul memang maksud dia nak ucap terima kasih. Kalau dia cakap TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK, itu perli yang sangat jelas dan dia tidak betul-betul berterima kasih kepada anda. JANGAN cakap 'sama-sama', yang akan membuatkan dia cakap APA-APA JE LA ataupun WAT EVA!

8. APA-APA JE LA!
Cara perempuan mencarut. sebab kita orang melayu, ni akak tak setuju..aku guna perkataan ni bila aku dah penat nak gaduh, malas nak cakap, malas nak layan.. Lantak ko le nak buat apa, penat aku nak layan ko nih. Makan Mi Sedaap sambil tengok Wonderpet lagi best!

9. TAK APALAH, SAYA FAHAM
Lagi satu kenyataan bahaya, bermaksud perempuan dah berkali-kali beritahu lelaki supaya buat/jangan buat perkara berkaitan tapi sekarang, perempuan tu yang lakukan sendiri. Ini akan menyebabkan lelaki bertanya, "Kenapa?" Perempuan akan jawab TAK ADA APA-APA.Walhal dalam hati dah membuak-buak dah amarah, silap-silap ada gak yang masuk ICU karang

10. LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI TAU!
Ni maksudnya yang lain, kalau kau buat lagi, nahas kau! Perempuan kalau sekali dua kali cakap ayat ni takpe gak, tapi kalau berkali-kali sampai bernanah telinga ni ha... sapa nak jawab? Nampak sangat lelaki tu mintak cop Body Glove kat pipi dia yang merekah bak bulan lepas Transformers mendarat...


So, lelaki-lelaki kat luar sana, cubalah paham perempuan yang kudus lagi mulus macam Kak Leha ni. Dahlah bergetah, sweet lagi tu... Ahaks!  OK, akak nak layan citer Cerekarama ni. Nanti kita jumpa lagi...


AAA: Masa single nak bercouple, masa bercouple sibuk nak single balik... manusia... manusia...

October 19, 2011

EEU: Sindrom Lonelinus Facebucus





AWAS!!!
Sebuah pendekmik telah menular dalam kalangan masyarakat di seantero dunia!

Baru-baru ini,  Prof. Twitto Fasbutubo telah mendedahkan bahawa masyarakat di seluruh dunia telah didatangi satu penyakit berjangkit tahap 10 iaitu Lonelinus Facebucus. Antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti berikut:

  1. Dia sendiri yang post, dia sendiri yang like. 
  2. Lagi parah kalau dia 'saling berbalas komen dengan diri sendiri'
  3. Asalkan ada je post yang menjengah kat HOME dia tu, dia 'like' je, padahal tak tau pun post tu tentang apa
  4. Mengklik HOME beberapa kali, siap refresh lagi, dah tak tau nak buat apa
  5. Main tukar-tukar profile picture
  6. Main 'share' je apa-apa post yang dia sendiri tak pasti apa benda tu, walhal sebenarnya virus
  7. Tetiba je jadi mesra alam, jengah chatbox orang lain. Pulak tu terus terjah, salam apa semua tak ada
  8. Update status yang mengarut entah bahasa apa entah, alien kat marikh pun tak dapat nak baca
  9. Cuma bubuh '.' saja untuk status dia dan tertunggu orang like dan komen
  10. Mula menyelongkar balik foto yang dah berkurun dalam album dia, kalau nak kira album betul-betul, mau berdebu album tuh...
  11. Dah tu, baru nak tag kawan-kawan dia kat gambar tu, saja nak cari modal untuk digosipkan
  12. Ni lagi dahsyat, siap jadi stalker tak bertauliah nak skodeng foto orang lain. Kalau ada yang tak nak share dia punya album tu, mula lah nak frust menonggeng atas sofa
  13. Ni yang paling suka cari nahas, block atau unfriend orang lain yang dirasakan tak perlu
Gambar virus L.F. di bawah mikroskop, mikrofon dan mikrowave...


Sekiranya anda mengalami sekurang-kurangnya SATU simptom yang disenaraikan di atas, maka ANDA TELAH DIJANGKITI!!! Tapi, jangan risau, kami ada penawarnya, apa yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:
  1. Ambil laptop anda, kemudian hempas ke dinding sampai bersepai
  2. Apabila sudah bersepai, smackdown laptop anda sampai lunyai
  3. Kalau yang ada broadbend tu, patahkan menjadi dua bahagian
  4. Kerat skrin laptop anda menggunakan gergaji
  5. Rendam charger anda ke dalam Softlan, kalau boleh ke dalam Dettol selama seminggu
  6. Hentak kepala ke dinding sampai kepala benjol setebal 5 inci (tak boleh lebih, tak boleh kurang)
  7. Terkahir sekali, anda duduk dan cuma bertenang buat seketika waktu dan muhasabah diri sambil mengurut dada

Sekiranya anda kembali tenang setelah melakukan perkara-perkara di atas, maka tahniah kami ucapkan. Tetapi sekiranya anda berasa menyesal pula, ingat pesanan kami sampai bila-bila:


PADAN MUKA KAU!
DAH KAU IKUT JUGAK TIPS AKU NI APEHAL?
KAN DAH KENA.... HAHAHAHAHA...



AAA : Tak hairanlah kalau lepas ni laptop aku lak yang dilunyai macam sambal petai...







October 18, 2011

Ambik kau, suami!



Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering  merungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada suatu malam...

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.
Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.  Badan pun dah longlai ni. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Oppsss.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.  tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari,  Mat segera bangun dan berdoa semula, "Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri.  Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt??? 9 bulan 10 hari???

Beranaaak? ?? Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, "Nab,  Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni? Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni?"

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh.  Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya yang aneh lagi pelik itu...


AAA: Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. So suami-suami di luar sana mahupun di dalam sini, hargailah isteri anda.

Superhero Punya Twitter : Iron Man



Sapa kat sini minat ngan Iron-Man, angkat bulu hidung? OK, Iron-Man ni bukanlah tauke kilang besi ke ataupun jurujual iron (seterika) kat shopping mall ye. Iron-Man ni antara superhero terkaya selain dari Batman dan SuperMak. Hahahah... Selalunya kita tengok diorang selamatkan bumi kan> Kali ni nak tengok pulak diorang punya twitter. Maaf, Iron-Man takde akaun facebook lepas dia geram takde orang nak add ngan chat dengan dia. Sedihnya...



Antara tweetnya yang popular...





Haih.... naik pening nengok bila superhero-superhero ni bertwitter. Nasib baik aku tak follow. Kalau tak, jenuh ku nak layan mamat besi nih.


AAA: Bila takde job, macam ni la jadinya, ingat superhero kerja tetap ke, ada gaji, ada bonus, ada elaun macam kita. Takde.... Nak beli seluar dalam pun hutang kat kedai jualan murah... Alahai superheroku!

October 12, 2011

Kak Jem : Ada ku kisah?




Dear diari,

Hari ni kan, Kak Jem memang sentap sangat dengan sorang minah ni. Dah la muka bersepai macam tembikai digilis kereta kebal, muka tegang tapi leher berkedut macam lembu korban, cucuk botox ke baking powder entah minah tu. Eeeeeee.... geramnya Kak Jem! Mau je bagi dia makan selipar jepun cap twitter Kak Jem ni tau. Sengal betul minah tu. Rasa vogue la sangat dengan baju yang kononnya beli kat France tu. Kemon la, aku tau la, Kak Jem tau la sebab Kak Jem ada beli untuk mak baju tu kat Chow Kit hari tu. Gelang emas melambak kat  tangan,  setakat dapat percuma dalam jajan Ali Baba tu baik tak payah la, peragut ragut pun buat penat diorang je. Rantai tu pulak penuh je dengan rantai kapal, rantai motosikal, rantai basikal, semua jenis rantai. Jalan tergedek-gedek macam itik baru pulang dari merempit petang je Kak Jem tengok.

Ni Kak Jem nak cerita ni, masa kat dalam KTM tadi kan, dia duduk la kat kerusi tu. Bayangkan Kak Jem dari KL nak pegi Seremban, naik jenuh kaki ni akak tahankan jugak. Ini tak ,dah duduk pun nak merungut, tak selesa la, sempit la, bau la, sempit la. Hello gedikz, kalau nak sangat, buat la KTM sendiri ko duduk sorang-sorang dalam tu, suka hati ko lah nak buat apa, nak berguling ke, bergulung ke, terlentang ke, bergayut ke, lantak kau le!

Ada satu part ni yang buat Kak Jem mendidih gila-gila, kalau letak mee maggie, mau masak mi tu, siap boleh buat kenduri lagi kat dalam KTM ni. Ada sorang akak ni, sarat mengandung, kesian tengok dia, dah bunting besar gedabak, anak kembar kot. Dia masuk, dah la sesak takde tempat duduk, memandangkan tempat minah kerek tu yang paling dekat dengan dia, so akak tu dengan muka putih mulus penuh suci dalam debu memohon kasihan  dari minah rantai kapal tu. Dia boleh pulak buat muka selamba badak dia kat situ, posing ala-ala Kuala Pilah Next Top Model. Please la, kalau kucing Mak Jah tengok, kompom tersembur balik Whiskers yang dia makan semalam tau. Orang lain tengok dia dengan tajam, dia masih lagi dengan muka mintak tenyeh dengan cili boh.

Nasib baik la  ada penumpang lain yang baik hati sudi bagi seat dia kat akak tu. Akak tu cuma mampu menggelengkan kepala dia. Aku rasa kesian pulak dengan akak tu. Nasib akak la oit berjumpa dengan dugong sangap macam tu. Dah bila akak tu duduk, dia dengan egonya berkata:

Ish, dah tau mengandung tu, janganlah naik KTM. Kan menyusahkan orang macam aku ni.
Akak tu dan penumpang-penumpang lain tersentap dengan apa yang dituturkan oleh mulut longkang dugong tak sedar diri tu. Ish, memang nak kena minah ni? Tapi Kak Jem masih maintain dengan keayuan Kak Jem, menunggu masa untuk balas balik.

Sampai je kat stesen Tiroi, minah kerek tu pun keluar. Kak Jem pun apa lagi, Kak Jem pun unjur kaki Kak Jem yang baru dicukur dengan Veet tu. Jatuh terjelepok dia kat lantai tu, macam babak kena halau dari rumah  sebab tak bayar sewa dalam drama-drama TV pun ada. Penumpang lain ketawa bila tengok dia jatuh terjelepok macam nangka terhempas dari bumbung. Minah tu marah-marah la kat Kak Jem:

Kau ni apehal ar, pompuan gila? Habis kotor baju aku ni tau???
Akak dengan penuh vogue,ayu dan elegannya membalas sehingga membuatnya terpana. terlopong dan ternganga, luas juga ngangaannya tuu, kalah terowong SMART.

Ada aku kisah? Tu la, lain kali jangan naik KTM. Kan menyusahkan orang macam Kak Jem ni. 

OK lah, Kak Jem nak ngantuk ni. Esok nak jumpa Abang Jem. Ahaks. Bye, diari.


 AAA: Padan muka! Kan tak pasal-pasal terjelepok kaw-kaw punya kat stesen tu. Hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...