Pages

Showing posts with label Tahukah anda?. Show all posts
Showing posts with label Tahukah anda?. Show all posts

February 11, 2012

Angry Birds Haram!



Permainan video yang semakin digilai segenap lapisan masyarakat dunia seterusnya mencetuskan satu fenomena yang baru, Angry Birds telah disahkan boleh menjurus kepada keganasan dan mengancam keamanan sejagat. Dikatakan permainan video tersebut lebih banyak memberi pengaruh yang negatif kepada kanak-kanak...




Begitulah isi pertama dalam akhbar GOSIP HARIAN yang aku baca semalam (jangan dicari akhbar tu, memang takkan jumpa, ada kat kawasan rumah aku jer... hehehe). Tak dinafikan game Angry Birds ni dah jadi satu fenomena baru yang menggantikan fenomena Tsumawi. Aik? Hehehe...


Permainan kegilaan kanak-kanak masa kini
Tanyalah sesiapa saja, dari tok ayah sampailah ke budak-budak dua taun, semua kenal Angry Birds. Diorang lagi kenal Angry Birds ni dari nama kucing jiran sebelah rumah. Pastu kat sekolah, budak-budak semua siap compete lagi sapa main lagi tinggi level dia. Adik aku kat rumah sampai tak makan nasik main game ni. Nasib baik je masa untuk Tuhan dan study dia tak lupa, kalau tak kena hayun dengan rotan la nampaknya. Hehehe...


Statistik karakter protagonis Angry Birds

Ada khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa game ini haram. Yup, aku memang setuju! So, ingin aku jelaskan kat sini, setelah diselidiki betul-betul, aku yakin lagi pasti yang game ini memang haram. Tapi haram bukan disebabkan adanya watak babi di dalam game tersebut, tetapi.... tetapi.... game ni yang...

HARAM JADAH!!!

Susah gila kot main dia. Dah la berdinding papan, batu, kaca bagai. Nak je aku masuk dalam game ni, roboh je satu per satu pelindung tu. Aku main sampai level 16 je, terus tension main. Darah tinggi ni dah makin naik dah darahnya. Nasib baik main  pakai laptop kawan, kalau tak kan tak pasal-pasal laptop tu bungee jumping dari tingkat 2 asrama nih. Tak guna punya game! Bukan burung yang marah, tapi ORANG YANG LASTIK BURUNG tu yang menyirap darah.

Burung (peluru) ada berapa ekor je, nak pecahkan dinding ni cemana?
Ada yang kata game ni haram sebab ada burung yang warna biru tuh sebut 'Alhamdulilah'. Hurmmm... aku tak berapa nak pastilah, tapi mungkin tu bunyi burung tu je kot. Kalau kita dah mindsetkan otak kita burung tu cakap 'Alhamdulilah', memang benda tulah yang kita dengar. Entah, bagi aku, tak la kot.

Pastu, ada pulak yang cakap part last tu ada ala-ala Angry Birds meruntuhkan Kaabah. Ya ke? Aku tak tau lagi, sebab main pun tak lepas-lepas lagi nih. Mungkin betul, mungkin tak, mungkin kebetulan atau mungkin ada agenda di sebaliknya. Mungkin ada yang terlalu parenoid sampai semua benda yang dia nampak tu macam menghina Islam. Sama macam isu iluminati, pantang tengok seti tiga sikit, petak putih-hitam sikit terus Iluminati. Kadang-kadang tak boleh gak nak positif sangat sampai benda yang kita buat tu sebenarnya menghina agama kita sendiri pun kita tak sedar. Senang cerita, main je. Kalau was-was, jangan main.




Entry ini hanyalah gurauan semata-mata. Kalau ada yang terasa hati, terkecik hati tu, mintak maaplah banyak-banyak ye. Mungkin agak kontroversi dan keterlaluan sikit, tapi paras 'parenoid' kita orang Malaysia ni perlu dikurangkan sikit, jangan sampai kita asyik nampak yang buruk je, walhal benda baik pun kita tengok buruk (ni kira tahap yang paling kronik dah ni.). So, semuanya terpulang pada korang. Dah ada akal, tau-taulah sendiri yang mana betul yang mana salah. Peace yo~

AAA : Adik main dah nak habis dah, siap main tutup mata gi... sob... sob...

February 1, 2012

Woi, gay ke???


Sindrom gay (bukan yang happy punya, tapi erti hubungan sejenis punya hal) ni bukannya asing buat kita semua, lagi-lagi masa zaman sekolah dan IPT, memang bersepah. Nak yang bottom, top, flexi, semua ada...
Bukan nak salahkan mereka saja, mungkin kurang bimbingan agama dari ahli keluarga. So, kita tak bolehlah nak put the blame on them saja.

Korang nak tau macam mana nak tau yang seseorang tu gay. Cara-cara ni taklah 100% betul, tapi still boleh dipertimbangkan apa yang kita nampak dan kita rasa. OK, selalunya golongan mereka ni :

  1. Selalu puji kehenseman ataupun ketegapan body lelaki lain. Serious, kalau budak-budak gila workout yang puji tu lain la, tapi yang ni lain bebeno pulak, sampai ke 'dalam-dalam' pun diorang boleh describe dengan tepat dan penuh nafsu
  2. Suka pegang benda tuuu... lelaki lain. Mula-mula tu memang la bergurau, pastu mula jadi tabiat yang makin hari makin menjadi lagaknya. Sampai satu tahap kita dikokak tanpa sedar.
  3. Bila pandang lelaki tu, lain macam je, macam singa nak terkam anak rusa. Kalau yang muka jambu-jambu tu, pandangan dia still maintain lagi, tapi kalau berjumpa lelaki tak berbaju lagi badan yang ketak-ketak, siap ada six pack tu, memang pandangan dia tajam mengalahkan pedang samurai. Kalau tengok memang ngeri. Kompom budak tu kena aim lepas tu.
  4. Susah nak rasa teransang ataupun paling kurang rasa syok dengan perempuan. Perempuan, walaupun hot macam Katy Perry ataupun Beyonce lalu depan dia, dia buat derk je, walhal kalau lelaki normal mata memang akan tertumpu buat beberapa saat paling kurang, ni tak, pandang pun tak.
  5. Lelaki lembut tak semestinya gay, tapi gay sudah semestinya lembut. Tapi mostly yang lembut-lembut ni kategori bottom la (spesis perempuan), yang gagah sikit tu, badan tough-tough (tak semualah) tu pulak top (spesis lelaki), yang fleksibel sikit, boleh bertukar 'jantina' (bottom atau top) ni pulak kategori flexi.
Nasib di Malaysia perkahwinan sejenis belum dibenarkan!

So, kalau ada kantoi ngan korang, ataupun korang jadi 'sasaran', berjaga-jagalah ya. Mereka ni bukannya jahat pun, cuma amalkan hidup songsang je. So, kita sebagai measyarakat ni kenalah sokong dan bantu mereka. Maksud saya bantu di sini bukanlah dengan anjurkan festival gay ataupun seks songsang tapi  bimbing mereka ke jalan yang benar, bukannya caci maki dan sisihkan mereka. Tu hanya akan membuatkan mereka semakin membuas melayan nafsu songsang mereka.

Kepada yang berkenaan, saya mohon maaf sekiranya entri kali ini buat anda kecik ati ataupun terguris, tapi apa yang salah adalah salah. Yang salah kena diperbetulkan juga. Harap maaf...


January 28, 2012

Indahnya Dunia, Tapi ... [Part II]



Indahnya dunia bila...

Pada suatu pagi yang hiruk pikuk dengan lautan manusia, masa  kita tengah boring-boring shopping dengan awek yang masuk keluar masuk keluar kedai satu per satu macam mall tu ayah dia punya, dahlah kita jadi pengikut, jadi driver rasmi, pulak tu jadi tukang angkut shopping bag yang banyaknya macam tak nak kasi orang lain beli barang kat mall tu je. Nasib baik sofa, peti ais, katil dia tak angkut sekali, kalau tak maunya terpaksa sewa lori nak bawa barang tu semua. Ahhh... lupa pulak entri asal, ok... masa kita tengah melayan kebosanan sambil memuncungkan bibir macam Angry Bird, tiba-tiba kita terserempak dengan member lama kita. Kira macam BFF jugak la, atau versi budak jantan punya, best buddy forever (BBF). Jumpa bukan main peluk lagi, siap nangis-nangis lagi (terpengaruh dengan drama TV), almaklumlah lama tak jumpa kan.

Tapi yang potong stimnya bila...

Member kita ni tadi dengan selamba dadahnya, siap dengan penuh lagak ngeri minta balik hutang makan cendol kat gerai Kak Senah masa zaman sekolah dulu. Pergghh... malu bai! Kalau cakap volume kecik takpe,  ni sampai cashier kat kaunter hujung sana boleh dengar, dengan serentak semua mata tertumpu kat kita. Masa tu rasa macam nak menyorok je dalam shopping bag awek kita tu. Nasib baik awek tak dengar, almaklumlah dah kena pukau dengan harga barang yang diskaun memang tahap murah macam lelong tepi jalan. Yang menambahkan pedih di pangkal jantung, dia siap bawak awek dia lagi, dan yang pasti, awek dia tu EX-GELPREN KITA!!! Oh tidak, masa tu nak tersenyum pun tak, nak marah pun tak, tunjuk je la muka awkward plus innocent gitu. Sebelum balik tu, sempat lagi bagi kita sakit hati (sebenarnya dia tak sengaja, tapi kita yang lebih-lebih emo pulak), dengan senyuman innocent gilernya tu, siap cakap macam ni:

"Eh, la... ni bekas awek ko rupanya. Rugi ko lepaskan dia beb. Dia lawa, baik, balik modal, tak macam awek ko tu, mengabis duit je tau. OK la, nak jalan-jalan ngan awek aku dulu. Bye!"

Huhuhu... malunya, mana aku nak sorok muka aku yang  suci dalam debu nih???
AAA : Senang citer, langsaikan hutang sebelum korang terserempak dengan ah long kehormat korang tu. Hehehe

January 22, 2012

5 Cara Nak Usha Awek


OK, sapa kat sini dah ada awek, sila angkat bulu kaki? Oh, nampaknya semua belum ada awek. Ok, tak apalah,kat sini aku nak kongsi 5 tips nak usha awek. Dijamin berkualiti, siap ada cop SIRIM lagi tau. Are you ready? Ready atau tidak, bolos saja dinding itu... Ooops, sori terbabas sikit. Hehe...

1. Cakap terus terang kat si dia

Ni kira step yang paling 'berani mati' punya, sebab kalau kena reject, memang akan menanggung malu besar, lagi berat dari beras 1 tan.  Seriously, menang kita perlukan  semangat dan kompiden diri yang tinggi. Kalau nampak macam dia ada bagi can tu, apa tunggu lagi, approach la dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape. Tapi jangan terlalu banyak tanya mengalahkan penemuduga, nanti dia meluat dan ingat kita nak naik bulu pulak. Tanya sikit-sikit jeyang lain tu tanya kemudian. Bak kata nenek aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

[Amaran : Sapa-sapa yang nak guna taktik ni, bersedia untuk direject macam assignment, cuma dia tak baling korang ke dalam tong sampah je lah. Kalau dia tak nak, nak buat macam mana, cintak tak boleh dipaksa kan?]

2. Hantar surat, memo atau nota cinta

Taktik ni agak kuno berbanding guna SMS atau internet, tapi ada nilai-nilai nostalgik yang tinggi . Lagipun, cara memang sesuai bagi yang lemah semangat dankurang keyakinan diri tu. At least kalau kena reject pun, tak adalah malu sangat. Kita nak mengais bagai nak rak sampai basah lecun kertas tu pun bukannya dia tau. Its better la kalau tulis la sendiri, kalau boleh selitkan sekali seni kata lagu jiwang popular. Kat bawah tu buat footnote sikit.Kalau tak reti tulis, Mintak tolong orang yang lebih makan garam, maksud aku kat sini bukan suka habiskan stok garam kat rumah ya tapi yang banyak pengalaman.

[Amaran : Jangan tulis over sangat, nanti karang tak pasal-pasal korang kena cop psiko gila kentang. Tak ke menyusahkan diri kena kejar ngan polis sebab buat sexual harrassment ngan stalking orang]

3. Jadilah Pak Lawak

Selalunya awek-awek ni  suka kat lelaki yang kelakar so, kalau korang kenalah jadi pak lawak. Tapi tak semestinya korang kena pergi audition Raja Lawak ke apa, baru dikira lawak, tidak sama sekali. Joke ni selalu datang secara spontan. Kadang-kadang kita tak buat lawak pun, diorang boleh lawak sampai berguling-guling macam tenggiling, maybe geli hati tengok tingkah laku kita, tak pun dengan ekspresi wajah kita yang berubah secara spontan. Lawak tak semestinya melalui mulut, tapi pergerakan kita,ekspresi kita. Try your best, tapi kalau yang memang tak ada langsusng sense of humor dalam diri korang tu, baik tak payahlah, takut nanti bunyi cengkerik je yang keluar, bunyi ketawa tak ada. Malu beb!

[Amaran : Jangan buat lawak melampau, dan jangan ada unsur-unsur XXX. Lain pulak jadinya nanti, karang tak pasal-pasal baldi hinggap kat dahi]

4. Jadilah gentleman

Tanyalah mana-mana perempuan kat dunia ni, diorang mesti cakap diorang memang minat sangat kat lelaki gentleman ni. Tambah-tambah lagi, lelaki spesis ni dah pupus sama dengan dinasour dulu. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip. Kalau dia nak balik tiba-tiba hujan, payungkan dia. Ala,macam dalam drama tv tu la. Kalau dia pengsan, jangan dibiarkan saja kat tepi jalan, bawak la pegi klinik or hospital. Tiba-tiba dia kena ragut, kejar peragut tu, bukan jadi tunggul sambil buat muka selenga je. Tunjukkan yang kita betul-betul amik berat pasal dia . Sifat-sifat macam ni  boleh bikin hati diorang cair macam susu cap junjung.

[Amaran : Jangan pulak terlalu gentlemen, mana tau dia saja je nak amik kesempatan. Kita nak cari bini, bukan jadi kuli]

5. Be Yourself

Ini yang paling penting! Tak payahlah nak berlakon jadi alim ke, baik ke, ataupun berlagak macam orang educated tapi yang sebenarnya yang adooo.. Senang cerita, tak payah nak berlakon la, kalau nak berlakon, pegi uji bakat Pilih Kasih lagi baik.  Mana-mana yang buruk tu, kita ubah. Mana-mana yang baik, kita upgrade kan. Tak payah nak sibuk nak berlakon, nanti kantoi jugak. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia bengap juga. Better diri sendiri sebab kita semua ada keistimewaan masing-masing. Lantaklah kalau kita ni pelik lagi die hadr freak, asalkan dia dapat terima kita seadanya...

[Amaran : Memang la dia kena terima kita seadanya, tapi kalau kita ni jenis yang kedekut bagai nak rak, selekeh sampai baju pun berkulat, makan pun bersepah atas meja, tu memang mintak hentak kat siling kepala tu kasi adjust sikit medula oblongata tu.]

Dah habis membaca? Kalau dah, apa tunggu lagi, cuba praktikkan. Kalau sega nak peraktikkan dengan awek, dengan anak permepuan jiran sebelah pun boleh, tapi pastikan dia bukan bini orang, kalau tak bersepai gusi kat lantai. Tak pun, try kat kucing betina, tengok kena cakar ke tak, kalau tak ertinya korang dah master 5 tips ni. Selamat mencuba!

AAA : Dulu masa praktikkan cara ni, mak cik jual cendolseberang jalan pun terpikat... hehehe...

December 13, 2011

Indahnya Dunia, Tapi... [Part I]





Dunia yang kita diami sekarang ni memang tak dinafikan memang indah, cantik aman dan makmur.Walaubagaimanapun, semuanya indah khabar dari rupa. Takpercaya? Cuba tengok ni.

 Indahnya dunia bila…

Semakin ramai artis kita yang dulunya memang seksi gila maut dah mula membuka hati diorang nak bertudung. Cantik berlipat kali ganda, kita ni tak dapat dosa tengok rambut diorang yang kusut masai tu lagi serabai tu. Dah tu, pandai menggayakan tudung pulak tu walaupun tudung labuh, asalkan tutup mana-mana yang patut kan. Sejuk mata mak diorang memandang. Perangai diorang dah mula berubah, makin tinggi santunnya, makin terjaga adab pergaulannya dan insyaAllah makin murah rezekinya.

Tapi yang potong stimnya bila…

Semakin ramai jugak artis kita yang mula-mula bertudung litup semakin singkat kain di kepalanya. Nak kata tudung mahal, melambak je tudung RM10 kat shopping mall. Tak kurang jugak main pasang bukak pasang bukak macam kain langsir pulak dah. Bila ditanya, tuntutan kerja katanya, tak pun pengarah suruh. Yang Allah suruh tak reti nak ikut pulak, tuntutan agama tak reti-reti pulak nak buat.
Haih, itulah yang namanya manusia, yang disuruh tak dibuatnya, yang dilarang tu la dia nak buat. Nanti dalam kubur nanti jawablah sendiri ya. Jadi mesejnya kat sini, ikut je peraturan yang Tuhan dah bagi kat kita, jangan nanti kita kena panah petir baru tau, padan muka. Mana-mana yang buruk jadikan pengajaran, mana yang baik pula jadikan tauladan. Mana yang blur tu sedar-sedarkan, mana yang sengal tu celik-celikkan. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!
AAA: Macam-macam fesyen tudung sekarang, labuh pulak tu. Kalau dah namanya tak nak tutup, memang takkan tutup punya...

December 1, 2011

3 Tanda Aweks Control Depan Korang



Korang percaya tak kalau aku cakap, bila ada awek-awek lalu depan kita, memang kontrol ayu gila siput sedut lah. Takpun, awek kita sendiri, lagi-lagi masa mula-mula nak in relationship tu, omakaih pijak semut pun tak mati wooo...Ni antara tanda-tanda diorang control cun depan kita....

  • Bila korang berjalan dengan makwe korang, omakaih bukan main kepit lagi. Siput babi yang tengah asma teruk pun laju lagi dari beliau. Sepuluh langkah kita, dia baru je selangkah. Kepitnya tu, nyamuk pun tak dapat nak lalu. Kalau nak jalan kaki dari Jalan TAR ke Sogo tu, maunya dua bulan setengah baru sampai! Bila jalan dengan gurlz dia tu, langkah dia tak jejak tanah, shopping punya hal. Pulak tu langkah dia punyalah besar, kalah gajah.
  • Bila masa makan-makan pulak, tangan dia mesti tengah sibuk kacau air dengan straw, walhal minum ais kosong je. Cara dia kcau air tu macam tengah minum teh tarik susu pekat. Muka tetap maintain tersipu-sipu malu, mata terpacak kat meja je. Macam nak tembus meja ditenungnya. Kalau Cyclops yang tenung, mau tembus sampai ke kerak bumi tu.

  • Bila kita buat lawak, dia dengan sopan santunnya menekup mulut dia dengan tangan, nak control la konon. Walhal, bila berborak dengan geng gossip gurlz dia tu, ketawa sampai mengilai-ngilai, Pontianak Harum Sundal Malam dengan Kak Limah pun kalah. Ada yang gelak tak ingat dunia tu, sampai terguling-guling macam tenggiling pun ada. Mau berkilat karpet tempat dia berguling tu, semua debu dah melekat badan diorang.
Amacam, percaya tak sekarang. OK, kalau masih tak percaya korang check nanti bagitau aku betul ke tak, kalau tak memang diorang tu superb lagi asli lah.
AAA : Pasni kalau mamat-mamat kontrol macho lak.... hehehe

November 2, 2011

Soalan Mencarut ...



Buat pembaca semua, mintak tolong sikit boleh? Ala…bukan banyak pun, saya bukan mintak tolong angkat guni beras dari Kulim ke Cheras pon, just jawab beberapa jawapan ni. Tapi, korang kena jujur tau! Apa korang perlu buat, just pilih antara dua jawapan ni untuk setiap soalan (korang belasah je la waima takde option feveret korang sekalipun) Are you ready? OK, let’s go…

  1. KFC atau McD?
  2.   ABC atau cendol?
  3. Kenderaan sendiri ke public transport?
  4. Teksi ke bas?
  5. Gila ke gila-gila?
  6.  Mini cooper ke chopper?
  7. Hotel ke resort?
  8. Pantai ke pulau?
  9. One Utama ke Pavilion?
  10. Facebook ke Twitter?
  11.  Ais krim ke coklat?
  12.  Malaysia Airlines ke Air Asia?
  13.   Makanan bakar ke stim?
  14.  Sup ke tom yam?
  15.  Gila ke gila-gila?
  16. Kasut ke sandal?
  17.  Proton ke Perodua?
  18.  Salad ke ulam?
  19. Drama Indon ke korea?
  20. Shopping mall ke pasar malam?


OK, selamat menjawab! Jom kenali diri anda!

November 1, 2011

Aku.... Aku... Dan Aku... [Bhg I]


Assalamualaikum w.b.t ...

Bersempena dengan bulan baru nih, elok gak la bukak satuchapter baru dalam idup ni kan? Baru-baru ni aku ditag oleh dua blogger dari plenet mana tah, Buah Epal Tergolek dengan Fallen From Van Pak Guard diorang tanya soalan-soalan pelik nih, aku apa lagi, bajet artis lah... hahaha... Tapi first of all, aku kena bagitau 11 + 5  benda tentang aku, so aku listkan lah ye...

  1. Asalnya memang seorang yang gemuk, cuma bila masuk sekolah menengah dah mula susut dan kurus ala-ala zombi gitu, pas je SPM sampai la sekarang kembali berisi, nasib baik x obes
  2. Suka baca novel-novel cinta, especially yang selepas kahwin sebab aku lebih senang nak imagine yang lepas kahwin berbanding yang sebelum kahwin (geli la aku)
  3. X reti-reti nak tunggang motosikal, so kalau ada sesapa nak suoh aku bawak motor dia, kalau bersepai tanggung sendiri ya
  4. Jenis yang susah nak bercakap dengan orang, aku hanya bercakap dengan tu kalau aku rasa aku serasi dengan seseorang tu (but it will take time)
  5. Sangat-sangat ANTI dengan spesis orang yang suka kondemn orang lain, cuba la doakan kejayaan orang lain, kan dapat pahala
  6. Gayat yang teramat sangat, x boleh berada kat tempat yang x stabil dalam masa yang lama
  7. Seorang abang yang garang, tapi penyayang, hanya renungan mata ala-ala Oma Bertha (Sinetron Bawang Putih Bawang Merah) yang menjadi senjata nak takutkan adik-adik
  8. Suka makan, makan dan makan tapi jangan tanya aku sedap ke tak sebab aku akan main balun je
  9. Tahap kesabaran aku sangatlah rendah, paling x suka nak tunggu orang
  10. Bila berlakon, lebih prefer untuk berlakon watak ANTAGONIS (lebih senang nak feel berbanding protagonis) lagi-lagi yang psiko, aku suka!
  11. Sangat sangat mudah nak jeles dengan orang (tapi x sampai nak dengki tahap PhD la)
  12. Emotional sangat-sangat (senang nak marah dan tangkap leleh berbanding ketawa)
  13. Suka tengok movie yang bunuh-bunuh (SAW franchais) walaupun aku ni fobia dengan darah
  14. Lebih prefer makanan stim @ bakar compared to goreng
  15. Pernah bercinta masa sekolah rendah dulu, tapi terkantoi dengan satu sekolah, pulak tu mama dengan papa mengajar kat sekolah yang sama.. OMG!
  16. Paling x suka bila aku nak sponsor seseorang tu, dia tanya "ikhlas ke ni?" @ "takpe ke, or nak aku bayar balik?"... Can you just shut your mouth?
Ok, dan inilah soalan-soalan dari si EPAL HIJAU TERGOLEK tadi ek?

1. zodiak korang\
  • Taurus, sebab tu  aku ni ganas sikit walaupun berhati jambu, ...

2. lappy brand apa ?
  • Acer, satu family pakai Acer, dengan pendrive-pendrive sekali.... Ko ada???

3. perfume korang ?
  • Minyak attar... hahaha... takde ar, Aromadisiac For Men (ni mama yang kasi, suka sangat bau dia)


4. anak ke ?
  • Anak sulung dari 5 orang adik-beradik, tapi tetap maintain manja melebihkan adik bongsu

5. 5 blog paling suka ( link kan sekali ok )

6. suka dressup mcm mana ?
  • Lebih ikut keselesaan asalkan kemas, tapi suka pakai tema biru-putih ataupun biru-hitam

7. 5 lagu favourite
  • Someone like you - dedikasi buat ex
  • Waiting Outside The Line - masa tengah request relationship ngan awek
  • You Raise Me Up - banyak kenangan masa sekolah dengar lagu ni
  • That Man (Secret Garden OST) - Nak jadi macam lelaki dalam lagu tu
  • Masihkah Kau Ingat - nostalgia zaman kanak-kanak

8. 5 wishes
  • Nak berlakon teater dan drama tv (berangan je la)
  • Nak kawin sebelum umur 30 taun (calon dah ada)
  • Nak bawak parents ngan parents-in law kerjakan umrah sama-sama
  • Nak jadi Power Rangers kaler purple (ada plak?)
  • Nak ......tuuut.... (internet disconnect la pulak)

9. 5 things about love
  • Love is drama
  • Love is comedy
  • Love is horror
  • Love is action
  • Love is fantasy

10. warna favourite
  • Mostly blue, sebab tu orang akan lebih kerap tengok aku pakai baju kaler biru. Apa-apa barang aku pun memang kaler biru, tak kira biru gelap ke biru terang. Selain tu, kaler oren sebab nampak ceria je!

11. the most weirdo habit
  • Suka gigit barang tak kita plastik ke, getah ke, kayu ke, batu ke, nak kata lapar tak jugak. Dulu pernah gak gigit orang masa bergaduh, nasib baik tak putus jari anak orang tuh...



OK, ni pulak soalan si FALLEN FROM VAN PAK GUARD pulak...

1. What is you favorite blog? (include link, please)

2. Your favorite quotes?
  • "aku adalah aku..." (Aisyeh!)

3. Your strength?
  • My Craziness about anything!!! If I cant get it, NO ONE WILL! Hehehe... (evil laugh)

4. What is do you think about friendship?
  • It is like our friend is on the ship, once they sink, they will sink with the ship (relationship). So, make sure the ship dont sink so that our friendship will last longer

5. Do you believe in "A friend in need is a friend indeed"? Why?
  • Yup, dont ask me, ask yourself first.... hehehe...

Itulah dia antara soalan-soalan yang dilemparkan kat skrin latpo aku nihm sampai bersepai skrin ni ha... Kalau nak kenal aku lebih dalam, so kenalah tanya sebab aku hanya akan cakap pasal diri aku kalau ada orang tanya pasal aku...


October 27, 2011

Alam Angker: 8 Sihir



Kita sering kali dimomokkan dengan kehebatan ilmu sihir sama ada di dalam filem mahupun drama tv tempatan. Tetapi tahukah anda, sihir sebenarnya hanya akan membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan kepada semua orang? Berikut adalah 8 jenis sihir yang sering digunakan oleh masyarakat kita di era serba moden ini:

Afriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

Al-Khumul: 
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

Patung Voodoo...

Al-Marad (sakit)
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Nazif: 
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

Ta'til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang, Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat


Sesungguhnya, janganlah kita sesekali bersubahat dengan iblis laknatullah kerana itu hanya akan mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Percaya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT yang maha esa. Wallahualam...


AAA : Entri kali ini bukan bertujuan untuk mengajak korang untuk mendalami ilmu sihir ye... 

October 7, 2011

EEU: Fakta @ Auta ???




1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu is akan mengeluarkan bunyi.

2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.

3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan babi dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.

4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.

5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah, tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu, mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya.

6. Kabinet dan kerusi merupakan perabot yang paling biasa didapati di rumah-rumah Malaysia dan perkataan kerusi berasal dari bahasa Portugis manakala kabinet pula berasal dari perkataan Inggeris tetapi yang berebut hendak jadi kabinet dan kerusi, memang misteri.


AAA: semakin hari, semakin pelik.... 

September 24, 2011

6 Sebab Lelaki Masih Single

Walaupun tak dinafikan ramai aweks kat Malaysia ni kira macam hot (tapi belum capai taraf Megan Fox la), tapi lelaki kat Malaysia masih gak ramai yang single. Nak kata takde pilihan, tak la kot,berderet je diorang ni, tinggal nak pick yang mana je nih. Nak kata rambang mata, pun tak jugak sebab setiap satunya ada ciri-ciri unik tersendiri. Tapi ingin ditegaskan di sini, single bukan bermaksud tak laku ye, tapi ada la sebab-sebab dia. Ni antara sebab-sebab dia:





Takde tempat nak belajar

Eh, mana mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat, ada ke? Nak mengorat ni tak perlu nak amik kursus ke, amik lessen ke macam nak driving kereta. Kalau ada, aku pun nak join sekali, mana tau kot-kot siap ada majlis konvokesyen ke kan. Pastu sijil tu kita boleh usung mana saja kita nak mintak kerja. Bangga sikit bagitau bakal majikan tu yang kita pernah menghadiri kursus mengorat awek peringkat sarjana. Pergghh… maunya kena fly kick sekali ngan diorang tu nanti. Tapi taka pa, apa yang penting sekarang, amik pengalaman dulu. Pengalaman itu penting, cuba try sekali, mesti nak lagi. Bahasa mudahnya, bak kata iklan Twisties, mesti mau!



Takde duit

Bukannya sengkek, tapi kan pompuan ni kekadang, kalau nak sekali date tu, maunya lesap beberapa ratus duit kita ni. Dia selamba main marik-mark apa yang dia nak beli, yang hulur duitnya kita. Wallet yang setebal Kamus Dewan Edisi Keempat dah rupa macam roti kirai je lepas habis date. Nak tak nak, si lelaki kena la makan Maggie setiap bulan, nak beli ais krim 30 sen pun kena fikir 13 kali. Yang pompuan pulak makan aiskrim pun nak kat Tutti Frutti. Memang kaki Gillete tol punya awek. Tu yang buat kebanyakan lelaki trauma ni.



Malu Tahap Jamban

Ni mungkin sifat semula jadi. Yelah kan, baru first time jumpa, dah rupa macam tenggiling buasir empat hari je. Kalau dia datang kat rumah lak, mulalah si lelaki ni sembunyi pastu main jelling-jeling, macam stalker amatur pulak dah. Antara port paling popular kalau diorang ni malu adalah di sebalik langsir. Habis kain langsir tu dikuis-kuisnya sampai terburai semua benang yang dijahit kat langsir tu. Tak pun, di sebalik sofa. Tersipu-sipu malu pulak dah, mengalahkan si pompuan. korang tak perlu risau , semua ni boleh diperbaiki.



Takde adik beradik lelaki dalam keluarga

Ni kira kes takde role model la. Kalau ada adik pun, mana lah dia reti sangat. Yang dia tau, WONDERPETS! Masalah… masalah… Nak tanya Abang Usop sebelah umah, dia pun masih single lagi, terlajak lak tuh. Nak tanya bapak pulak, maunya kena jawab dengan cop ‘Body Glove’ kat pipi. Kalau setakat biasa-biasa je takpe gak, ni kalau kalau kena yang ‘hot and spicy’ maunya kembang pipit u macam iikan buntal.



Kurang bergaul

Ramai lelaki zaman IT skang ni yang lebih suka menghabiskan masa kat rumah. Layan citer Upin Ipin lagi layan dari pening layan kerenah awek. Alah, skype ngan facebook chat kan ada. Nak senang ckit, main je Sim Social tu. Kalau nak keluar pun, keluar dengan geng-geng lelaki je. Main pool ke main bowling ke. Tak pun main futsal sampai naik kopak lantai gelanggang futsal tu. Keluar dengan pompuan??? Ermmm… maybe not. Mau nya jenuh macam nak tanggal kaki jalan dengan diorang nih. Habis satu Bandar dipusing, last2 satu benda pon tak beli. Nak sekeh skali takleh, anak orang. Sabar je la. Balik rumah je, naik kebas kaki. Tak pasal-pasal kena pakai wilcha masa jalan.



Malas nak pikir

Ramai gak la yang tergolong dalam golongan ni. Malas nak pikir pasal perempuan. Buat jammed kepala je, tapi bila tiba tiba bab motor ke, kereta ke, futsal ke, dia yang tengah tertonggeng atas katil macam Eifell Tower terjelepok sanggup lompat dari katil ala-ala Kodokman. Banyak lagi komitmen lain katanya. Tapi bila dah tiba masanya, hati kita akan terbuka juga. Cuma masa tu nanti korang dah ready ka?




Haaa… ni la antara sebab kenapa, why, lelaki ramai lagi takde awek. Walhal, nisbah lelaki ngan pompuan kat Malaysia ni 1: 12. So, tepuk dada tanya sakit ke tak la ya!

September 15, 2011

Fakta Atau Auta: SainsKu [Part I]




Kantin Kak Nor

Pada waktu rehat, menu yang paling popular adalah mi jawa dan mi laksa
Pada bulan puasa, pop ice menjadi kegilaan pra pelajar SainsKu
Ada yang sanggup beratur dari pukul 4 (belum mandi lagi ni)
Pernah dibuka pada waktu malam, tetapi x lagi beroperasi pada waktu malam atas sebab-sebab tertentu



Silent Reading

Dianggarkan 60% pelajar membaca buku manakala selebihnya dibaca oleh buku (tidur la maknanya)
Kebanyakan pelajar memilih untuk menyiapkan kerja rumah (Addmath dan Kimia semestinya), ada juga yang membaca novel (x kira la novel apa pun, tapi yang paling banyak novel cinta)



Dewan Selera Bestari

Setiap kali anda terdengar bunyi tray terjatuh (lagi-lagi bunyinya kuat gila), bunyi tersebut akan disusuli dengan bunyi “boooo” atupun “Oooooo” secara harmoni oleh pelajar-pelajar yang tengah makan
Apabila menau pada hari tersebut ikan, maka bilangan pelajar yang datang teramatlah sedikit, tetapi apabila menu pada hari tersebut ayam, hari itu adalah hari paling ramai pelajar (mengalahkan ketika SALE hujung tahun)


Asrama
Setiap kali bunyi hon kereta berkumandang (lebih-lebih lagi melepasi light off hour) semua pelajar yang tengah syok menonton tv akan bertempiaran keluar dari bilik tv dan terus masuk ke bilik
Waktu puncak (paling sesak) di bilik air asrama adalah pada pukul 6 dan ke atas
Setiap kali berlangsungnya asrama terbuka, pelajar putera dan puteri akan saling membalasdendam dengan mengucar-kacirkan bilik satu sama lain semasa lawatan berlangsung



Bintang SainsKu

Nama SMSK Idol telah diubah kepada Bintang SainsKu demi memartabatkan bahasa Melayu
Buat pertama kalinya, pada tahun 2009, konsert Bintang Sainsku telah dijalankan sebanyak dua kali; prelude dan finale
Peserta juga terdiri daripada solo, duo dan berkumpulan
Setiap finalis diberi seorang mentor untuk membimbing persembahan, malah diberi kebebasan untuk memilih lagu
Mitchell (juara) tidak sempat menukar pakaiannya, dan hanya memakai jersi disebabkan baru sampai dari perlawanan bola keranjang
Dia mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation setelah membuat persembahan dengan persembahan memukau
Pada tahun itu juga, sistem BSUNDI MASUK telah diperkenalkan dan saudari telah terpilih untuk diserap semula ke konsert akhir
Sebuah kumpulan trio telah diperkenalkan semasa konsert akhir, terdiri daripada Am, Iskandar, Zahin dan Lukas

August 15, 2011

Fakta Sengal



1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.


6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbuny

July 24, 2011

25 Fakta Menarik!




Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom

Semua beruang kutub kidal. Sekiranya anda berdepan dengannya, sila berunding untuk menggunakan anggota sebelah kanan sahaja, pasati anda dapat melepaskan diri.

KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. Mungkin kerana lampu isyarat sebelah kirinya rosak ataupun side mirror kirinya terjatuh.

JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas. Manusia yang membuka mulutnya dalam janka masa yang lama menunjukkan ia akan ‘koma’ buat seketika terutamanya selepas makan tengahari.

Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.
Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...