Pages

Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

March 12, 2012

Dia Kembali!!!


Dia pernah mencipta fenomena!!!
Segala ekspresi di minda diluahkan di alam maya
Ada kalanya menyentap hati yang membaca
Tidak kurang menyedarkan diri yang kian alpa


Mana yang baik dijadikan panduan
Mana yang buruk dijadikan pengajaran
Diluahkannya semua perasaan
Setiap kisah ditulis penuh penghayatan
Agar dapat semua pembaca jadikan panduan


Setelah sekian lama menyepi
Dia kini kembali
Bagi meneruskan misi dan visi
Yang tetunggak selama ini
Dek kesibukan terlampau tempoh hari
Tapi kini tidak lagi
Dia akan sentiasa di sini


Kembalinyadengan wajah baru, nama baru
Memulakan misi dalam suasana yang baru
Segalanya diberi nafas baru
Tapi yang samanya tetap satu
AKU ADALAH AKU...


Bagi yang merindui penulisan saya selama ini, kini saya kembali. Kerana banyak perkara yang ingin aku kongsikan di sini. Tapi kali ini andatidak akan bosan kerana dunia ohsem ini akan menjadi lebih meriah, ekstrem, lawak, seram, sentap dan menyayat hati. Dengan kehadiran rakan-rakan baru; Budak Kool dan Budak Superb yang akan menemani hari-hari anda yang mendatang. Kali ini bukan follower yang dicari, tapi pahala hasil perkongsian ilmu buat semua di sini. Teruskan menyokong saya, dan umpa lagi...

ABO: Blog Aku Budak Superb dan Aku Budak Budak Kool akan datang tak lama lagi...

February 19, 2012

Berakhirnya Sebuah Ekspresi


Assalamualaikum semua...

Ni adalah entri yang terakhir dari seorang insan bernama Azwan Lai Azahari. Sedar tak sedar, dah empat taun dah aku ternak blog aku ni. Dari tak tau apa-apa taun 2009 dulu, sampailah penuh tangki otak dengan idea sekarang ni (2012). Dan sebenarnya, hari ni adalah hari jadi yang keempat blog aku. Yeay... Happy birthday to you, dear. Tapi, apakan daya, semua dah tertulis kat whiteboard, storyboard, dashboard dan sebagainya, dah tiba masanya untuk aku matikan blog Aku Adalah Aku ni.

Dalam masa 4 taun ni, banyak kali jugak blog aku ni bersalin kulit. Kesian pulak tengok dia nih. Pada mulanya, aku buat blog pun sebab nak publishkan aku punya penulisan kreatif; cerpen, novel, puisi. Tapi lama-kelamaan, misi aku menjadi lebih besar - share apa yang aku rasa, aku tahu kat semua orang, tak kisahlah orang nak amik tau ke tak. Dari saat tu, followers bertambah semakin ramai, trafik pun makin lama makin naik. Sampailah ke hari ni, aku sangat bangga sekali dengan pencapaian yang dah aku kecapi.

Antara header terawal...
Yang paling aku enjoy tulis ialah pasal kisah cinta bersegi-segi antara Mail Lambung, Acai dan Zila Bakar Rin, tak lain tak bukan Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti satu-satunya telenovela yang bersiri-siri sampai 5 siri. Twilight Saga pun kalah tau. Tapi nampak gayanya 2 siri terakhirtak sempat aku nak habiskan, sebab terlampau busy sangat. Takpe, nanti adalah aku publish kat fb tu. Hehehe...

Pastu, ada satu lagi cerita pasal budak perempuan nak ngorat budak laki kat sekolah. Memang lawak la. Dapat idea pun sebab ada pengalaman kat sekolah dulu, i mean bukan aku yang jadi mangsa tapi kawan-kawan yang lain. Kisah Memo Cinta ni memang menarik la, sebab sikit sebanyak kita tau modus operandi yang budak-budak perempuan ni gunakan untuk pikat budak laki, lagi real tak macam yang selalu dimomokkan dalam drama tv tu. Sikit-sikit gedik, sikit-sikit gedik. Tapi dalam kisah ni, semua spesis awek ada.

Kat sini la aku ekspresikan semua idea dan isi hati aku,
Ada banyak novel, cerpen, puisi yang aku hasilkan dalam blog ni. Antara yang aku suka, Yang Halal UntukmuMaafkan Aku Sahabat ngan Hati Mukmin Pasti Menangis. Lepas ni kena la copy paste balik dalam Word, mana tau aku nak bukukan ke, share kat Facebook ke, apa ke kan. Ada sekali tu, ada satu syarikat penerbitan (aku lupa tah nama dia, yang pasti aku pernah tengok buku yang dipublished syarikat ni). Dia macam tengah usha aku punya penulisan, masa tu pulak aku tengah ligat buat cerpen, novel pendek dan yang sewaktu dengannya. Kalau betul diorang nak offer aku jadi penulis diorang, boleh gak. Dapat cari duit lebih. Hehehe...

Apa lagi ek, oh ya... Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas, aku buat segmen tribute pasal Mat Luthfi  ngan Anwar Hadi. Tak kenal? Ala... yang vloggers yang hot kat Malaysia ni, even diorang belajar kat negera omputeh sana, tapi diorang tetap tak lupa bahasa asal, stil dengan loghat pekat utara lagi. Cheq habag kat hang.. Eh, terlebih sudaaa...Aku teringin nak jadi macam diorang satu hari nanti. Macam Anwar Hadi tu, pelajar IPG tu, boleh je main vlogging nih. Kan? Kan?

Masa kena virus ni, memang FUUUUU betul la...
Masa yang membuatkan aku panas hati tak lain tak bukan kena serang virus. Memang macam orang gila aku dibuatnya. Tak tentu hala, tak tentu arah, tak tentu nak waras, senang citer. Makan tak kenyang, walhal dah bermangkuk-mangkuk aku telan, berak tak lawas walaupun dah sejam aku teran, tidur meracau-racau walaupun dah dikejut beberapa kali. Bila dah bukak beberapa blog yang pernah mengidap penyakit yang sama macam aku ni, so aku pun buat reference kat blog diorang, memang membantu! At last, blog aku pulih semula. Tak guna tol punya spammers!

Mula dari taun lepas, aku mula buat slot-slot baru untuk blog aku, macam Celoteh Kak Leha, Diari Kak Jem,  Pesan Pak Wan, Edisi Prof Eskenen Uun, Muhasabah, Alam Angker, dan Memori. Dari slot-slot ni, senang sikit viewers nak baca entry-entry lain dalam slot-slot ni. Sistematik, bak kata nenek aku. Hehehe... Tiap dari slot ni, ada enry yang memang meletop macam popcorn; macam Ini Satu Amaran!!!, Balik Dari Kubur Bukan Semua Suka KitaExamophobia ngan Tora, JoJo dan Ding Dang.

Bertemu dengan Zudien ngan Yassin... such great friends, wish they were my classmates...
 Yang paling best sekali aku rasa bila jadi blogger ni, aku dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain. Ramai yang komen, tak kira yang bernama, mahupun 'insan tak ingin dikenali'. Kawan-kawan kat fb pun ramai yang singgah, sampaikan kitorang plan nak jumpa ni. Jumpa dengan 2 sahabat fb pada permulaannya (credit to Aldzarfiq sebab kenalkan aku kat diorang nih), pastu saling komen-mengomen kat blog satu sama lain sampailah ke pertemuan eksklusif kitorang kat Mid Valley. Sekarang ni dah jadi kawan, but untuk jadi best buddy tu belum lagi la. Not reach at that point yet.

Baru-baru ni, aku buat satu entry yang panas lagi mendidih, Kami Tak Tinggal Atas Pokok!!!. Entri ni aku buat bila ramai kawan-kawan aku yang belajar kat negeri-negeri lain kat semenanjung ni macam tak diterima, malah dihina, dicaci, dimaki, even orang pandang rendah kat kitorang yang duduk nun kat Borneo sana. Walhal, kata 1 Malaysia, tapi kat mana 1 Malaysianya tu? Ce citer... Ce citer...

This is a farewell from me to my fans.... sob... sob...
OK la, takleh nak cakap banyak sangat, nanti bertambah sayang pulak aku nak delete blog ni. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang semua; tak kiralah yang setakat jadi follower je ke, jadi reader je ke, atau pengomen je ke, semuanya aku hargai. Semoga hidup korang semua ceria sentiasa kerana mulai esok, tiada lagi blog bernama AKU ADALAH AKU...
Assalamualaikum, selamat tinggal! (T_T)

-Azwan Lai Azahari-
(19.02.2012, 21:00)

"Walau apapun yang terjadi, aku adalah aku, aku masih lagi aku, dan aku tetap menjadi aku..."

AAA : Sayang sangat kat blog ni... Apapun, aku akan terus menulis! Doakan kejayaan aku yo~

January 30, 2012

BIG Oh BIG!


Fuhhh... bangun awal pulak ari ni, semangat nak pegi BIG. Bagi sesiapa yang tak taw apa tu BIG, BIG ni bukan besar tau, tapi Bina Insan Guru. Suma guru pelatih kena join kem ni, sebab ada markah. Karang tak pergi, tak dapat markah. Tak dapat markah, FAIL la maknanya...

BIG ni kira macam kem jugaklah, tapi santai-santai gitu. Hurmm... kitorang trip  kedua yang pegi BIG, taun ni buat kat Port Dickson. Dapat la buat babak ala-ala Baywatch nanti. Hehehe...

OK, dah kena gerak ni. Tugas aku belum selesai lagi. Kat sana kena jadi ketua bonzer (ketua keselamatan) and AJK LDK. Memang banyak la barang nak dibawak. Nasib baik kayak memang dah ada kat sana, kalau tak maunya diangkut sekali. Ingatkan nak bawak patung Angry Birds sekali, boleh la lastik ikan jaws kat sana nanti. Hehehe... Nantikan entri seterusnya... Jeng! Jeng! Jeng!

AAA : Offline kejap 2, 3 ari...

January 20, 2012

Selamat Bercuti !!!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah dari yang rendah hinggalah menengah, dan juga para guru dan guru pelatih seluruh Malaysia...


Ambil peluang di masa cuti ni untuk eratkan lagi hubungan sesama famili, keluar dengan kengkawan, rehat secukupnya. Tapi jangan lupa siapkan kerja rumah sikit demi sikit, taklah susah di kemudian hari. Hati-hati di jalan raya, di rumah dan di mana-mana saja. Enjoy your holidays!

AAA : Cuti ni tak balik.... T_T


January 1, 2012

Azam Oh Azam!


Alhamdulillah, akhirnya kita masih bersempatan untuk bernafas dan bersyawa di tahun baru ini. Tahun baru bermakna lembaran baru dalam sejarah hidup kita. Tahun baru juga bermakna azam baru, tapi perlu ke azam kita ditukar tiap-tiap tahun walhal azam yang lama masih belum dicapai? Hurmmm... tepuk dada tanya selera, tapi tepuk dada tu nanti jangan kuat sangat nanti batuk berdarah pula nanti saya juga yang susah.

Asal menjelang tahun baru saja, maka penuhlah di Facebook, di Twitter, di blog kalau boleh di Skype pun  di Skype kita jumpa orang post mengenai azam tahun baru diorang. Ada yang nak kerja lebih keras, study rajin-rajin, dapat result gempak dalam exam, nak kerja overtime tak kurang jugak yang nak kawin. Alhamdulilah, elok sangatlah tu. At least adalah matlamat hidup diorang ni.

Masa untuk membetulkan semua kesilapan kita yang lepas

Ramai yang nak bukak buku baru, maybe diorang menghadapi masa-masa getir pada tahun-tahun yang lepas. Kemalangan, kehilangan orang yang tersayang, dibuang kerja, gagal exam ataupun jadi mangsa penjenayah yang pasti meninggalkan kesan negatif yang mendalam. Mungkin ada antara diorang yang telah melakukan kesilapan yang paling besar dalam hidup diorang, jadi di tahun baru ni nak mulakan bab-bab hidup yang baru supaya lebih bahagia dan sejahtera hidupnya, insyaAllah. Sudah tiba masa untuk muhasabah diri kita, betulkan mana-mana yang patut supaya pisang tak berbuah dua kali. Say NO to SIMILAR STUPID MISTAKES!

Tapi azam lepas yang masih belum tercapai macam mana pulak? Adakah kita perlu renew, atau just let it go saja? Pada pendapat akulah, kalau tak tercapai tu tak ada salahnya kalau kita top-up balik azam tu untuk tahun yang seterusnya. Kalau tak pun, kita tangguh dulu azam kita tu ke masa yang kita benar-benar rasa yakin dapat capai apa yang kita nak.

Masa semakin berlalu dengan pantas...

Azam aku? Ermmm.... Adalah.... hehehe... Mana boleh bagitau, cukuplah saya seorang saja yang tau. Ada azam yang lepas masih tak pass lagi, so paham-paham sajalah ya!  Apa-apapun moga tahun baru ni membawa 1001 citrawarna dalam hidup kita. Yang lepas biarkan berlalu, yang akan datang perlu kita bersedia.

AAA: Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua viewers!

December 31, 2011

Bye 2011, Hello 2012!

 
Dalam beberapa jam lagi, tanggal 1.1.2012 bermulanya kisah baru dalam hidup aku. Taun baru, azam baru dan memang kompom cabaran hidup jugak baru. Hmmmppphh… banyak dah yang aku lalui sepanjang taun 2011 ni. Antara kenangan yang menarik taun ni:
  1. Awal taun dah dapat lesen P untuk kereta. Yeay! Happy tak terhingga! Sekarang tengah tunggu papa belikan kereta je lagi. Nak beli kereta apa ek? Any suggestion?
  2. Buat pertama kalinya aku berjumpa dengan 3 kawan aku; Zudien, Yassin dan Ewi yang selama ni kitorang chat je kat Facebook. Tapi sayang dapat jumpa Cuma sekejap sebab perlu kejar komuter masa balik
  3. Dapat peluang nak join buat lawatan sambil belajar dengan senior sem 2. Kitorang pegi kat Beryl’s Chocolate, Royal Selangor Pewter, Nippon and lastly Yakult. Sebelah malam pulak, kitorang pegi i-City. Best sesangat!
  4. Celebrate birthday dengan kengkawan. Memang best sangat, makan-makan kat Pizza Hut, main bowling, karaoke sampai nak pecah anak tekak. Memang best gila kentang lah! Siap dapat hadiah lagi dari diorang, dompet. Hehehe...
  5. Celebrate first anniversary kitorang sebagai pelatih IPG walaupun ditunda dua hari kemudian. Hari yang sebenarnya kitorang ada kuliah dari pagi hingga malam, so takde masa nak keluar. Yang menariknya, ada beberapa classmate yang sebelum ni agak liat sikit nak hang out sama-sama, sudi keluar. Kitorang celebrate kecil-kecilan saja, makan-makan kat KFC.
Banyak lagi benda menarik yang berlaku taun 2011, kalau nak cerita sampai taun depan pun takkan habis punya, tak kiralah yang happy punya mahupun yang sedih. Apapun, tu semua cerita lama, sekarang kena buka buku baru. Harap-harap bab-bab baru hidup aku akan jadi lebih menarik dan mencabar. Fighting! Bye 2011 and hello 2012!

December 25, 2011

Merry Christmas!

November 19, 2011

Happy Giler Kentang!


Happy… Happy… Happy… Ni bukan lagu Amy Mastura tau, apatah lagi Happy Meal kat McD tu. Jauh menyimpang dari jalanan yang lurus. Ceh, ayat dia… Nak tau kenapa aku happy gila kentang goring bergulai cicah budu ari ni? Sebab.. Erm…. Sebab…. Sebab…. Ah, baca sendiri la, nak cerita sampai bini aku beranak anak ke-4 pun takkan habis punya.

Soalan exam ari tu senang sesangat-sangatnya
Haaa… kan dah cakap! Soalan ari tu senang gila kentang goreng kunyit berlada cicah budu. Aku pun jawab paper tu dengan senang hati ibarat kucing parsi terkinja-kinja dapat ais krim Paddle Pop. Takde la senang sangat sampai kalau tak belajar pun boleh score, tapi soalan dia selalu kitorang buat dalam kelas, takde la sebijik keluar tapi ada iras-iras kembar seiras jugak la soalan tu. Wakakakaka… Kalau nak dapat A tu tak la kot, tapi B itu kompom! Ceh, bunyi dia, kompiden siput kot…
 
Akaun lama facebook dapat dibukak balik
Setelah kucuba beberapa bulan, akhirnya dapat gak aku akses akaun lama aku balik. Ni semua gara-gara virus ‘Hi, how are you? Wanna laugh?’ tu. Lepas tukar password semua, dapat la akses balik seperti biasa. So, sesaper yang belum add tu, boleh la add Azwan Lai Azahary atau Azwan Lai Azahary II. Tapi sebelum tu kena like fanpage blog ni dulu tau. Hehehe…
 

Of course la ‘terbang’ membelah awan dania ke bumi kenyalangku sayang…
Seperti yang korang sedia maklum, ari ni kan dah start cuti ujung taun bagi semua IPG (walaupun ada yang dah balik sejurus lepas exam habis). So, takkan aku nak stay mereput kat sini sorang diri, lebih baik aku balik. Bak kata orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri (apa yang bestnya sangat bat utu kalau nak dibandingkan dengan emas?). Flight pukul 1.00 ke Kuching.


So, kalau korang tengah baca entri ni lepas pukul 3 petang, that’s mean aku dah menyeberang Laut China Selatan, kembali ke tanah tumpah darahku (seriously aku tak pernah luka kat sini dulu). Insya-Allah aku akan kembali ke sini menyambungperjuanganku yang bakal bermula di dgree, Insya-Allah. Maybe ni entry last yang aku buat sebelum balik ke sana. Kalau kat rumah memang tak akan online punya, kompom (sebab line susah nak dapat). Kalau aku tak update Facebook, Twitter ataupun blog ni berkulat dan berbau hapak esok, ertinya memang tak online lah tu.

Tiket balik kali ni disponsor oleh maktab, jangan jeles tau!

Sebelum mengundur diri ke balai berlepas, ada beberapa pesanan buat peminat-kipas-kipas-mati semua:
  1. Masa cuti ni buat perkara yang berpaedah sikit. At least, kemas-kemas rumah sampai berkilat ke, tak pun cari kerja sambilan
  2. Bagi yang SPM, jawab betul-betul soalan tu. Jangan study last-last minit (walaupun aku tergolong dalam golongan tu)
  3. Akan ada beberapa entri yang akan menemani korang di bawah rembulan kalau korang rindu aku
  4. Sementara tu, usha-usha la entri-entri yang dulu sekali ye… Ngeeeee~
  5. Oh ya, kepada Zudien , Yassin and da geng, all the best MUET yo~
  6. Selamat bercuti!

AAA : Tak tau nak buat apa cuti ni, yang pasti lima ari pasni pegi KL balik cuti dengan family (^_^)

November 9, 2011

Exam!!! Exam!!! Exam!!!


Hari ni, tanggal 9 November 2011, bermulalah sesi peperangan (peperiksaan) bagi guru-guru pelatih di IPG seluruh Malaysia. Star dariapada semalam, kerap jugak lah chat kat facebook aku pop-out macam popcorn tanya pasal benda tu, benda ni, mintak tolong tu, mintak tolong ni. Tak tidur dibuatnya. Nasib baik log out awal, pastu Subuh pagi tadi baru online balik.


Ok la, memandangkan minggu ni dengan minggu depan exam week, so tak janji lanak pos apa-apa entri terbaru ek. Tengok la kelapangan tu macam mana. Tak pun, calit sikit sikit je buat tatapan peminat die hard semua. Cewah, macm Justin Bieber pulak dah.


Bagi calon peperiksaan semua, all da best yo! Jangan stres, jangan tension, doa banyak-banyak. See ya!

AAA: seriously, x study apa-apa pon lagi...

November 1, 2011

Aku.... Aku... Dan Aku... [Bhg I]


Assalamualaikum w.b.t ...

Bersempena dengan bulan baru nih, elok gak la bukak satuchapter baru dalam idup ni kan? Baru-baru ni aku ditag oleh dua blogger dari plenet mana tah, Buah Epal Tergolek dengan Fallen From Van Pak Guard diorang tanya soalan-soalan pelik nih, aku apa lagi, bajet artis lah... hahaha... Tapi first of all, aku kena bagitau 11 + 5  benda tentang aku, so aku listkan lah ye...

  1. Asalnya memang seorang yang gemuk, cuma bila masuk sekolah menengah dah mula susut dan kurus ala-ala zombi gitu, pas je SPM sampai la sekarang kembali berisi, nasib baik x obes
  2. Suka baca novel-novel cinta, especially yang selepas kahwin sebab aku lebih senang nak imagine yang lepas kahwin berbanding yang sebelum kahwin (geli la aku)
  3. X reti-reti nak tunggang motosikal, so kalau ada sesapa nak suoh aku bawak motor dia, kalau bersepai tanggung sendiri ya
  4. Jenis yang susah nak bercakap dengan orang, aku hanya bercakap dengan tu kalau aku rasa aku serasi dengan seseorang tu (but it will take time)
  5. Sangat-sangat ANTI dengan spesis orang yang suka kondemn orang lain, cuba la doakan kejayaan orang lain, kan dapat pahala
  6. Gayat yang teramat sangat, x boleh berada kat tempat yang x stabil dalam masa yang lama
  7. Seorang abang yang garang, tapi penyayang, hanya renungan mata ala-ala Oma Bertha (Sinetron Bawang Putih Bawang Merah) yang menjadi senjata nak takutkan adik-adik
  8. Suka makan, makan dan makan tapi jangan tanya aku sedap ke tak sebab aku akan main balun je
  9. Tahap kesabaran aku sangatlah rendah, paling x suka nak tunggu orang
  10. Bila berlakon, lebih prefer untuk berlakon watak ANTAGONIS (lebih senang nak feel berbanding protagonis) lagi-lagi yang psiko, aku suka!
  11. Sangat sangat mudah nak jeles dengan orang (tapi x sampai nak dengki tahap PhD la)
  12. Emotional sangat-sangat (senang nak marah dan tangkap leleh berbanding ketawa)
  13. Suka tengok movie yang bunuh-bunuh (SAW franchais) walaupun aku ni fobia dengan darah
  14. Lebih prefer makanan stim @ bakar compared to goreng
  15. Pernah bercinta masa sekolah rendah dulu, tapi terkantoi dengan satu sekolah, pulak tu mama dengan papa mengajar kat sekolah yang sama.. OMG!
  16. Paling x suka bila aku nak sponsor seseorang tu, dia tanya "ikhlas ke ni?" @ "takpe ke, or nak aku bayar balik?"... Can you just shut your mouth?
Ok, dan inilah soalan-soalan dari si EPAL HIJAU TERGOLEK tadi ek?

1. zodiak korang\
  • Taurus, sebab tu  aku ni ganas sikit walaupun berhati jambu, ...

2. lappy brand apa ?
  • Acer, satu family pakai Acer, dengan pendrive-pendrive sekali.... Ko ada???

3. perfume korang ?
  • Minyak attar... hahaha... takde ar, Aromadisiac For Men (ni mama yang kasi, suka sangat bau dia)


4. anak ke ?
  • Anak sulung dari 5 orang adik-beradik, tapi tetap maintain manja melebihkan adik bongsu

5. 5 blog paling suka ( link kan sekali ok )

6. suka dressup mcm mana ?
  • Lebih ikut keselesaan asalkan kemas, tapi suka pakai tema biru-putih ataupun biru-hitam

7. 5 lagu favourite
  • Someone like you - dedikasi buat ex
  • Waiting Outside The Line - masa tengah request relationship ngan awek
  • You Raise Me Up - banyak kenangan masa sekolah dengar lagu ni
  • That Man (Secret Garden OST) - Nak jadi macam lelaki dalam lagu tu
  • Masihkah Kau Ingat - nostalgia zaman kanak-kanak

8. 5 wishes
  • Nak berlakon teater dan drama tv (berangan je la)
  • Nak kawin sebelum umur 30 taun (calon dah ada)
  • Nak bawak parents ngan parents-in law kerjakan umrah sama-sama
  • Nak jadi Power Rangers kaler purple (ada plak?)
  • Nak ......tuuut.... (internet disconnect la pulak)

9. 5 things about love
  • Love is drama
  • Love is comedy
  • Love is horror
  • Love is action
  • Love is fantasy

10. warna favourite
  • Mostly blue, sebab tu orang akan lebih kerap tengok aku pakai baju kaler biru. Apa-apa barang aku pun memang kaler biru, tak kira biru gelap ke biru terang. Selain tu, kaler oren sebab nampak ceria je!

11. the most weirdo habit
  • Suka gigit barang tak kita plastik ke, getah ke, kayu ke, batu ke, nak kata lapar tak jugak. Dulu pernah gak gigit orang masa bergaduh, nasib baik tak putus jari anak orang tuh...



OK, ni pulak soalan si FALLEN FROM VAN PAK GUARD pulak...

1. What is you favorite blog? (include link, please)

2. Your favorite quotes?
  • "aku adalah aku..." (Aisyeh!)

3. Your strength?
  • My Craziness about anything!!! If I cant get it, NO ONE WILL! Hehehe... (evil laugh)

4. What is do you think about friendship?
  • It is like our friend is on the ship, once they sink, they will sink with the ship (relationship). So, make sure the ship dont sink so that our friendship will last longer

5. Do you believe in "A friend in need is a friend indeed"? Why?
  • Yup, dont ask me, ask yourself first.... hehehe...

Itulah dia antara soalan-soalan yang dilemparkan kat skrin latpo aku nihm sampai bersepai skrin ni ha... Kalau nak kenal aku lebih dalam, so kenalah tanya sebab aku hanya akan cakap pasal diri aku kalau ada orang tanya pasal aku...


October 21, 2011

Aku Pulang...



Hari ni merupakan hari yang paling meng'hepi'kan dalam hidup aku (mak aih, teruk bebenar bahasanya...). Hari ni bermulanya cuti, so aku balik!!! Huhuhu....

Wait a sec, apa yang happy sangatnya???

Hehehe... ye lah, bukan selalu dapat balik cuti kan. Almaklumlah orang study oversea (seberang laut). Kalau nak kira asalnya, aku tak terfikir pun nak balik sebab nak jalan-jalan, shoppin moppin kat negeri orang nih. Tapi, sebab exam dah dekat, lagipun kesempatan nak bercuti tu ada, so terdetik la kat ati nak jumpa family sebelum exam. Ambik semangat bak kata nenek aku.

OK la, aku tak janji sama ada aku akan berblogging ke tak masa cuti ni nanti. Yang pasti, bila sampai rumah je, aku jarang mengadap laptop, online apatah lagi, sibuk main kejar-kejar ngan adik-adik kan. Kalau ada yang perasan, setiap kali cuti aku akan online maybe sekali dua je dalam masa seminggu. Kalau ada entri-entri terbaru tu, maksudnya ada la aku update blog ni ye!



Kalau sempat, nanti aku coretkan perjalanan aku sepanjang menerjah awan nano dania biru ke kepulauan Borneo. Kepada rakan-rakan yang lain yang tak sempat nak balik (especially  ke Sabah Sarawak) tu, jangan risau, pasni cuti panjang, balik la puas-puas keiyh? Amik masa ni untuk teroka tempat orang (dah macam nak teroka FELDA la pulak). Bagi yang balik tu, hati-hati masa balik tu. Kirim salam dengan family. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI buat semua masyarakat India di mana jua anda berada...


Jumpa korang lagi untuk entri yang akan datang...


AAA : Yang asti esok sampai tulat dah ada entri yang aku dah set-upkan... Enjoy reading my blog yah! Bye...

October 4, 2011

Slot-slot baru...

Berikut adalah 12 slot baru yang bakal menghiasi trafik harian anda!

Ceriakan pagi anda dengan celoteh Kak Leha yang gila-gila


Berkongsi pengalaman seram dan misteri bersama Alam Angker


1001 fakta dan tips yang tak logik dek akal dikongsikan oleh  Prof. Eskenen Uun
Bingkisan aktiviti AAA untuk dikongsikan bersama pembaca semua!


Mengimbau kembali nostalgia kenangan lalu yang mengusik jiwa...


Kenali dan dalami cinta bersama Dr. Laf


Eskpresi sebuah emosi yang dipendam sekian lama...


Sedikit pesanan dan nasihat daripada Pak Wan


Apa akan jadi kalau semua tak ada kat muka bumi ni? Ketahuinya di sini.


Koleksi foto yang terselit seribu satu kisah di sebaliknya...


Bergelak ketawa dengan luahan isi hati Kak Jemah yang  membuatkan kita tak kering gusi


Parodi kisah dogeng, filem atau dramaversi  mengarut dan lucu...


Akan datang...

October 2, 2011

P M R 2.0.1.1 : All the best !!!


SENTIASA BERILMU, BERWAWASAN DAN CEMERLANG


Di kesempatan ini, saya, Azwan Azahary (SPM 2009) ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon PMR 2011, terutamanya adik-adik juniorku di SM Sains Kuching (SAINSKU) bagi peperiksaan PMR yang akan berlangsung pada minggu hadapan, bermula esok. So, izinkan saya untuk ber'kelakar Sarawak' dulu ya. Ehemm... Ehemm....


Kamek maok ngambik kesempatan tok mok wish la ngan suma adik junior kamek nak Form 3 ya (dolok kecik jak tak owang, nektok dah besar dah, dah makin tua aku tok duhal... sob.... sob... sob...). Belajar mena-mena, ingat, time tok la tak owang mok buktikan rah cikgu-cikgu semua yang tak orang tok pandey, juz ingkar kata orang tua jak la. Ya pasal tulah ya, hal tak orang ngan Tuhan, mek x mok masok campur. Hehehe...










Ada 3 pesanan tok jak kei tak owang:
  1. BOH STRES, BOH TENSION LAK BLACK-OUT LAK
  2. TIDO BIAR CUKUP, TIDO AWAL, BOH BERJAGA NDAH
  3. BOH LUPAK BACA DOA LOK SEBELUM MUKAK KERTAS EXAM
  4. MUN SEMPAT, CALL PARENTS LOK SEBELUM EXAM YA



Okey, ya jak pesan mek. All the best my dear. Ingat mak bapak nak ngantar tak urang gi sekolah, ingat cikgu-cikgu suma nak bagei mok leput ngajar tak urang, n ingat ok pakei tak urang dikpun wak, keiyh? Boh bingung, senang jak paper ya bah. Aiseh.... 


Bagi yang tak paham tu, bolehlah rujuk di Google Traslate ye, harap maklum.



ENTER TO GROW IN MIND, BODY AND SPIRIT


AAA: Teringat masa PMR dulu, masa tu bergaduh dengan kawan, lepas paper BM kalau tak silap. Pastu, masa exam terus black-out, otak macam stuck je.  Keluar je habis exam tu, aku teruscari kawan aku tu and mintak maaf. At last, dapat gak jawab paper lain dengan tenang. Ingat, jangan bergaduh dengan kawan, lagi-lagi masa exam, maunya nak menangis bila idea kat kepala otak ni tak dapat nak perah keluar. Remember this - TUHAN BAYAR CASH!!!

September 30, 2011

Akan Datang...

AKAN DATANG OKTOBER INI...


Slot-slot baru menanti anda...
  • Diari Kak Jemah
  • Edisi Eskenen Uuun
  • Sejenak Bersama Kak Leha
  • Sengal Pagi
  • Snap! Snap!
  • dR Laf
  • Fantasi Cinta
  • Parodi Kebaboom!
  • Komik Korner
  • Apa Jadi Kalau...

Jangan dilupa slot yang lama...
  • Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti
  • Memo Cinta
  • What Da Fish???
  • Typical Malaysian
  • Sentap Punya Hal!
  • Muhasabah
  • Fakta Sengal
  • Lirik Lemau
  • Lawak Santai
  • Preview
  • Alam Angker
  • Nukilan Dariku

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA SELAMA INI. TERUSKAN LALU DAN PARKING DI BLOG SAYA. SILA HAMBURKAN SEGALA KOMEN TAK KIRA POSITIF MAHUPUN NEGATIF  DI RUANG KOMENTAR YE! SAYA AKAN SENTIASA MEMBERI YANG TERBAIK BUAT ANDA!

September 28, 2011

Log Off Seketika




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kerana mulai dari hari ini, blog saya akan sepi, sunyi dan suram buat seketika. Bukannya tak ada idea untuk entry, tapi ada beberapa masalah yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu supaya nanti saya dapat berkongsi ekspresi diri saya bersama-sama blogwalkerz sekalian. Jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Izinkan saya untuk mengundurdiri buat seketika watu bagi menenangkan jiwa dan raga, mudah-mudahan, semasa 'berehat' dari karpet ini, saya dapat lebih banyak ilham dan pengalaman baru yang mungkin saya boleh ketengahkan pada masa akan datang. Kalau rindu tu, janganlah segan silu singgah ke entri lama dulu kala. Sekian...



Tapi jangan risau, saya akan kembali tak lama lagi dengan BERWAJAH BARU, ENTRI-ENTRI SEGAR LAGI BARU, KARYA TRILOGI DENGAN SEQUEL YANG LEBIH EPIK serta banyak lagi SLOT-SLOT BARU DAN LAIN DARI YANG LAIN. Walaubagaimanapun, sequel-sequel untuk TYPICAL MALAYSIAN, SURAT CINTA MENCARUT TAHAP INFINITI, dan MEMO-MEMO CINTA akan masih diteruskan selagi viewers semua nak baca. Sekian nukilan dari saya. Salam rindu dari Kak Jemah Kak Lehot saya.



-Azwan Lai Azahary-

March 19, 2010

Akan Datang...

HIDAYAH FIRDAUS
Firdaus telah diberi kepercayaan oleh Datuk Syuib untuk menerajui Titian Maju Holdings setelah persaraannya nanti, tambahan pula dia bakal menjadi suami kepada anak beliau, Afifah. Namun, Azwan tidak begitu menyenangi kehadiran Firdaus yang akan menggagalkan rancangannya untuk mengambil alih kerusi Datuk selepas membunuhnya. Demi sikap rakusnya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dihajati termasuklah memusnahkan keluarga Datuk Syuib. Dapatkah Firdaus menghalang Titian Maju daripada jatuh ke tangan Azwan?

SUATU KETIKA
Dua beradik, Tengku Zahin Iqbal dan Tengku SyukryHaiqal telah menaruh perasaan terhadap gadis yang sama. Hubungan mereka berdua semakin renggang sehingga menyebabkan Tengku Syukry beralah dan mengundur iri. Namun, di saat kebahagiaan mula mengulit pasangan Tengku Zahin-Asyikin, Tengku Zahin telah menemui ajal dan mewasiatkan agar abangnya pula berkahwin dengan Asyikin. Mampukah Tengku Syukry memberikan kebahagiaan kepada Asyikin sedangkan dia masih tidak dapat melupakan memori indah bersama Tengku Zahin suatu ketika dahulu?

KASIH TERCIPTA
Ckgu Mustapha, seorang duda anak dua telah jatuh hati kepada Azura yang kebetulan seorang janda. Dalam diam, rupa-rupanya, mereka saling menyukai satu sama lain. Namun, kenangan hitam mula menghantui dirinya apabila dua perkahwinannya terdahulu musnah dan menyebabkannya berasa fobia untuk berkahwin lagi. Keadaan menjadi semakin rumit apabila bekas suami Azura ingin kembali kepadanya. Dapatkah mereka meneruskan hubungan mereka? Dapatkah mereka meredah segala halangan yang ada?

AIR MATA ATIRA
Pada mulanya, Atira dan Ariff saling tidak menyukai satu sama lain kerana mereka telah dijodohkan secara paksa oleh keluarga. Lama-kelamaan, mula muncul bibit kemesraan mereka sehingga timbul perasaan cemburu Rahmat, bekas kekasih Atira. Kini, dia ingin mendapatkan kembali Atira daripada Ariff walau dengan apa cara sekalipun. Mampukah Ariff menyelamatkan Atira daripada cengkaman Ahmad?

SYAIR SI PARI-PARI
Henry, seorang model yang terkenal namun diulit kesepian. Tidak pernah seorang gadis pun yang berjaya memikat hatinya sehinggalah dia bertemu dengan Anna, seorang gadis misteri yang pernah menyelamatkan nyawanya. Namun, terdapat satu rahsia yang tidak Handrick ketahui tentang Anna. Siapa sebenarnya Anna?

WIRA DIMENSI
Dreamworld merupakan sebuah negara yang aman damai sehinggalah Ratu Alzheimer yang kejam merampas takhta daripada Ratu Tiara dan memerintah secara kuku besi. Rakyat-rakyat jelata terpaksa meminta bantuan daripada sekumpulan manusia; Syaz, Aman, Azrul dan Vanessa untuk membantu mereka menewaskan ratu yang kejam itu. Berjayakah mereka mengembalikan keamanan Dreamworld?

PERTEMUAN... Episod Terakhir
Kesinambungan daripada kisah 'Pertemuan Ini'. Mereka kni bertemu kembali setelah sepuluh tahun berlalu. Pelbagai kerenah yang mencuit hati dan imbauan kembali memori bakal menyuntik semula nostalgia anda! Namun, ada kejutan yang menanti mereka. Apakah kejutan itu?

AKADEMI
Detik Pilihan Raya Majlis Teringgi MPP semakin hampir! Ketahui segala ragam dan keletah para calon bagi meraih undi dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Riuh dan huru-hara dek persaingan sengit antara mereka. Siapakah di antara mereka yang akan terpilih untuk menjadi Pengerusi MPP?

3G!: GAMMA GEMPAK GILER!
Ketahui warna-warni dan suka duka kehidupan di dunia 'Gamma'. Kerenah para pelajarnya yang penuh ragam sentiasa menggamatkan suasana. Kisah penuh fantasi, lawak jenaka, emosi dan banyak lagi menanti anda hanya di sini, di 3G!

BONGKAR!: Fail Sulit 5G
Secara eksklusif, anda akan mengetahui banyak rahsia mengenai pelajar-pelajar 5 Gama. Siapakah mereka? Apakah rahsia mereka? Semuanya bakal terjawab di sini, bersama Azwan Ahli 'membongkar' realiti kehidupan di 5 Gama ini.

Nantikan kemunculannya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...