Pages

Showing posts with label Ekspresi diri. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi diri. Show all posts

January 16, 2013

Alkisah Fizik, Painkiller dan Orang Kampung


Assalamualaikum wbt...

Haaaa... mesti ada yang terkebil-kebil lagi hairan lagi pelik akan tajuk di atas. Apa pulak kaitan Fizik dengan painkiller? Siapa pulak orang kampung yang dimaksudkan. Sabar, bawak bertenang, ada kisah di sebalik benda ni sebenarnya. Alkisah...

15 Januari 2013, Makmal Biologi...

Ari tu kitorang belajar chapter Vektor apa ke namanya tah, Vektor Relatif kot. En Azmi (pensyarah SCE3105) pun bagi la contoh soalan untuk kitorang jawab. Perrgghhh.... serabai kepala otak aku. Kalau setakat vektor tu takpa lagi, ni sampai nak kira vektor relatif sampan kepada tebing la, vektor kapal terbang relatif kepada angin la, abis semua kenderaan keluar, UFO je belum. Bila dah lama sangat tak sentuh ilmu Fizik ni, tambah-tambah lagi masa sekolah dulu tak khatam-khatam sebab cikgu yang mengajar 'ter'beranak dua taun berturut-turut (why it have to be happen to me, why?), rasa bebalisme la sikit. Nasib baik la ada gak classmate yang memang genius Fizik ni, maybe masa kecik dulu diorang ada tertelan magnet ke, pendulum bob ke apa, manalah tau kan. Tapi memang respek kat diorang ni.


16 Januari 2013, Makmal Fizik...

Masuk pulak chapter Daya Linear ke apa benda (maaf, memori kena virus, so lupa-lupa ingat je) yang kitorang belajar, tup tup masuk balik Teorem Phytagoras. Waahhh, lama dah aku berpencen dar tajuk ni. Addmath dulu pun dapat A (double wow~) sebab nasib je, tu pun lepas belajar separuh mati. Naik pening mata, juling mata, gila je belum belajar Fizik ni. Aku memang tabik la kat sapa-sapa yang master lam Fizik ni. Naik migrain aku dibuatnya. Kos, sin, teta apa lagi nama alien yang aku dengar aku pun tak tau.

Bukannya aku tak suka Fizik, tapi aku memang anti alias fobia sikit ngan nombor ni. Nak kira balik baki duit pun slow macam penyu (percuma je penyu dapat nama kat sini). Cemana nak kira wang hantaran gini, cehhh... Aku memang salute to the tabik spring la kat member-member yang terer Fizik ni. Aku ni kalo takat Bio ke, Kimia boleh la kawtim tapi kalau Fizik, mintak maaf je la memang trauma habis. Tak tau la cemana result aku semester ni, kena belajar double triple kot. Kurangkan Runningman, Merlin, Supernatural, banyakkan praktis Fizik. Bak kata penghulu kampung aku dengan slang omputih nya, ''practice make perferct!''

Ingat lagi Encik Azmi berseloroh pagi tadi, belajar Fizik ni kena get ready ubat migrain awal-awal, nanti tetiba migrain tak dapat jawab soalan ngan betul. Kalau telan 2 bijik pun tak baik jugak, telan je 4 bijik, overdose takpe janji baik. Lama -lama memang habis la stok painkiller bagai kat farmasi depan kampus ni, Semua beliau sapu, lagi-lagi lepas mengajar kitorang, selori pun tak cukup dos lagi. Wakaka... Terbaik la Encik Azmi. Nasib la beliau ni sempoi sikit, boleh bawak melalut-lalut gitu. Tagline dia paling popular "orang kampung pun tau benda ni" kalau kitorang tak dapat jawab soalan dia. Muka selamba je, maintain cool bak kata orang kampung aku la. Orang kampung manalah tu semua tu, semua benda psal  Fizik dia tau, keturunan Albert Enstein ke apa. Tu je la aku nak cakap. Sori melalut sikit, ok bye!

Budak Ohsem : lepas ni boleh kehabisan stok farmasi depan kampus aku ni -.-

December 20, 2012

Setia Hingga Hujung Nyawa





Assalamualaikum wbt...

Bagi yang terkeliru baca tajuk kat atas ni, entri ni bukan pasal drama Setia Hujung Nyawa tu ek. Tapi kasih sayang dan cinta seorang suami terhadap isteri dia. Kalau tengok gambar kat bawah ni, memang sedih bila mengenangkan betapa terasanya kehilangan isteri yang sentiasa berada di sisi sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.



Budak Ohsem : this is what we call pure love :')

March 30, 2012

Roommate


Bila hidup dalam kolej nih, dah tentu kita akan kongsi bilik kan. I mean tak kira la yang duduk rumah sewa ke, asrama ke, dorm ke. Tapi kalo yang duduk rumah sewa tu, selalu panggil housemate la, bukan housemaid ye. Kalo panggil housemaid, memang kaki singgah kat muka la jawabnya. Kikikikiki...

Citer pasal roommate ni, sepanjang  4 semester aku belajar kat sini, baru sekali roommate aku bertukar. Cikgu Prasekolah, masa tu dia semester 6. Muka ganas beb, brutal gila, tapi guru Prasekolah? Mesti comel gila masa mengajar budak-budak. Hahahaha....(percuma je aku kena sumpah seranah ex-roommate aku bila terbaca nih). Tapi tu la, agak segan la jugak kan, sebab dia lagi tua, aku memang TAK la kalo bab-bab nak borak ngan orang yang lagi tua ni, sebab aku ni belum matured lagi, otak gila macam budak-budak lagi. So, ada la sekali sekala je bertegur. Kadang-kadang tu memang tak bertegur langsung. Serius! (dengan muka tahan gelak tanpa motif)

Lepas dia keluar, mesti la aku akan dapat roommate baru kan. Ingatkan aku dapat roommate classmate aku ke apa ke, sebab selalunya macam tu lah. Bila aku dapat tau aku dapat roommate PJ (course Pendidikan Jasmani), agak risau gak sebab takut bilik bersepah dan yang paling aku takuti bilik berbau stoking. Oh, aku anti sangat dengan bau tu, sejak zaman sekolah lagi. Tapi alhamdulilah, roommate aku ni tak macam yang aku sangka, pembersih dan paling penting, kemas. Bersepah sikit-sikit tu biasalah, orang bujang. Asalkan dapat bernafas dengan selesa dalam bilik tu, kira cukuplah.

Bila dua-dua roommate pengotor, ni la jadinya...

Sebenarnya, bila berkongsi bilik ni, memang selalu akan jadi konflik. Wait a sec, Konflake? Itu Cornflakes nak dimakan, ini konflik, ataupun masalah. Bayangkan kalo orang pembersih ngan pengotor dalam satu bilik, dia akan jadi macam dua panorama berbeza walhal diorang jad roommate. Nasib baik benda tu tak jadi kat aku. Fuuhh... Tapi ada satu benda yang sama la kitorang ni, tido tak kira masa dan ketika. Asalkan ada tilam, bantal, belasah je buat taik mata tak kiralah panas ke hujan ke, petir ke ribut ke. Dia agak gila sikit, just kalo ketawa tu memang Pontianak Harum Sundal Malam pun kalah kalo dia gelak, mengilai-ngilai je, kekadang naik seram pun ada.

Satu gi, entahlah aku pun tak tau, aku ngan roommae aku selalu lawan gusti lengan, atau bahasa omputihnya armwrestling. Ye lah, bila lawan budak PJ ni, memang susah sikit la kan, sebab stamina diorang ni kuat, dah tu fizikal memang takleh cakaplah walopun dia ni kurus je. Dia pun on je, lawan la satu set ke dua set ke. Sebab dia tau dia takleh nak memang tangan kiri (sebab aku kidal), dia sanggup rematch balik tangan kanan (yang dia kalah on the first set). Kali tu, memang tangan dah kebas sangat, baru dia 'serang' then, he win! Main tipu memang la, aku lawan adik aku yang 5 taun pun boleh betul tak? Hehehehe...

Tapi sayangnya, kalo ikut polisi aku, roommate kena tukar tiap 2 sem. So, nak tak nak dia kena la 'KELUAR'. Aik, apesal bukan aku yang kuar? Hasrat aku, nak stay kat bilik tu sampai sem 8, insyaAllah kalo tak duduk luar. Anyway, asalkan ada Momo Si Kura-kura teman aku, sudah. Hahaha...
So, bila jadi roommate ni, kena ada PERSEFAHAMAN, TOLERANSI, and paling penting SELALU BELANJA MAKAN. Ooopps, salah pulak, SELALU BERTEGUR. And forthe last one, aku tak pernah buat, aku even tak buat pun. Entah, aku rapat dengan roommate orang lain tapi bukan dia. Memang tak masuk kot. But what I can say, selama jadi roommate aku dia OK la, takla berselerak bilik aku.

Ni ada beberapa tips yang korang boleh guna untuk 'kenakan' roommate korang. Tapi kalau roommate korang gila ke masuk wad jiwa ke, aku tak tanggung la. Selamat mencuba~

March 27, 2012

Anak Sulung = Pengorbanan


Sarikei, 16 Mac 2012...
Papa   : Nanti cepat-cepat ko amik master, pastu sambung terus PhD
Aku    : Errrr, kalau tunggu lepas kawin tak boleh ke?
Papa   : Lepas ko graduate ni nanti la, kerja dulu kejap, pastu sambung , then apply jadi lecturer.
Aku    : Habis tu, bila nak kawinnya? Jadi lecturer kompom busy, takde masa nak pikir kawin.
Mama : Kadang kala abang sulung kena berkorban demi adik-adik dia.
Aku    : Takkan nak berkorban sampai tu skali?
Mama : Nanti semua adik bawah tanggungan along. Takpe kalau sekali sekala berkorban demi adik-adik
Aku    : =.='

Hurmmm... Agak tersentap gak la bila dengar mama ngan papa cakap macam tu. Apa, tak kawin? Memang la takkan kiamat kalo tak kawin pun, tapi aku nak gak merasa ada anak sampai sedozen (12 orang), pastu semua meneruskan legasi guru, pastu buat rumah besar gedabak  macam Profesor Xavier (X-Men) buat tu. Just anak-anak aku bukan mutan je la. Kalo jadi mutan, maunya pokai aku setiap kali nak beli kererta, baju, perabot semua. Tak payah naik kereta, naik kereta kebal terus, sumpah takkan ada yang berani nak cilok-cilok jalan depan kita. Berani ko buat hal,jadi kertas aluminium kereta ko aku kerjakan (ketawa kejam). Dah tu, dapat pulak isteri ayu, anggun, cantik macam Irma Hasmie tu. Perrrghhh.... terrbbaaaekkkkk (tersenyum sorang diri). Eh, melalut pulak aku. Sori la,  kalau bab kawin ni aku memang over-to-imagine sikit. Hehehe...


Tapi yang pasti, nanti karang aku akan kawin dulu kot, baru sambung study. At least aku kawin sebelum sambung PhD. Ye la, kata nak tanggung adik-adik. 4 orang tu beb. Kalau nak jadi cikgu je, mana nak cukup? Rumah lagi, kereta lagi, Astro lagi. Kalo dah sambung master tu, ok la sikit. astu ajar tuisyen ke, jadi penceramah motivasi. Kumpul duit banyak-banyak, baru la dapat nak sara keluarga. Kalo nak jadi cikgu cenggitu je dengan family yang ramai camtu, sampai bila-bila pun takkan tersara diorang tu hah.

Dalam konteks ni, perlu ke asyik abang sulung je yang berkorban? Habis tu, adik-beradik lain tak perlu ke? Dalam drama tv ke movie ke,  kita asyik dimomokkan dengan jalan cerita pengorbanan abang sulung, almaklumlah mak ayah dah takde. Asyik-asyik abang sulung je kena bersabar ngan adik, berkorban jiwa raga, ada yang sampai tak sekolah nak tolong sara adik, macam-macam. Dah tu bila dah besar, anak sulung diperlakukan macam sampah! Kalau aku dibuat macam tu, memang aku sumpah sorang-sorang jadi washing machine ke, astro beyond ke,  TV LCD HD ke, kereta Alphard ke. Dari menyusahkan aku, baik korang jadi benda-benda macam tu (kejam gila!).

Bukan nak merungut, tapi aku mewakili anak sulung sedunia (ASS, not ass), nak katakan di sini yang kitorang pun nak ada dunio kitorang sendiri, ada keluarga, ada rumah, ada kereta. Semua tu bukan lagi kehendak zaman sekarang ni, tapi keperluan. Nak hantar adik gi sekolah lagi, yang sorang nak kena hantar gi airport, yang sorang plak kena balik kolej. Nak sara guna $$$ memang la mampu, tapi nak menguruskan diorang tu sorang diri? Last-last aku yang tak terturun kerja karang. Kalau ada bini ni, senang la sikit. Boleh tolong masakkan, buat laundry semua. Kalau nak harapkan aku sorang, memang TAK la jawabnya...


Budak Ohsem : Jangan derhaka dengan abang / kakak sulung korang tau...

March 22, 2012

Perjuangan Belum Selesai



Semalam, tanggal 21 Mac 2012, detik-detik manis (ataupun boleh aku katakan pahit bagi certain-certain orang) bagi calon-calon SPM 2011. Ye la,

Bagi yang dapat result yang TERBABOOOMMM! tuh, tahniah ar. Arap-arap result yang korang dapat tu memang dari usaha keras korang. Tapi ingat, bila dah dapat result gempak TERBABOOMMM! macam tuh, jangan terus nakrasa yang korang tu makhluk paling genius kat atas muka bumi ni. Dah tu memandai cakap yang result korang dapat tu atas usaha korang sorang SAHAJA. Habis tu, berkat cikgu ngan doa mak bapak ko nak campak mana, dalam longkang? Dalam mangkuk jamban? Memang la result yang gembak TERBABOOMMM! tu hasil usaha kita je, tapi disertakan dengan berkat ilmu cikgu-ciikgu dan doa mak bapak. Kalo tak, jangan harap Allah nak berkat ilmu yang korang simpan dalam kepala tu.



Bagi yang yang dapat markah sedang-sedang dan tak berapa nak bagus, takpe, ni bukan pengakhiran hidup korang. Maybe belum rezeki korang nak dapat result macam tu. So, jangan putus asa, gandakan usaha, tutup buku lama dan bukak buku baru. Pasni jangan pulak ada yang panjat pokok kelapa nak bunuh diri. Gagal SPM tak bermakna korang gagal dalam hidup. Maybe korang ada kelebihan dari segi lain, yang non-akademik. Mana tau, korang terer bab-bab ICT ke, rekacipta ke, fesyen ke, apa ke, kita mana tau kan. Buktikan yang korang boleh berdiri sama duduk sama rendah dengan yang dapat result gempak bagai nak rak tu, even BETTER than them! Ni cabaran aku kat korang...

Korang kena ingat yang ni bukannya klimaks hidup korang, dah lepas SPM ok dah habis dah. NO! Itu baru permulaan hidup korang. Wait a sec, 17 taun korang belajar bagai nak meletup otak, aku dengan selamba dadahnya cakap tu baru permulaan hidup korang??? Ye lah, kira macam kalau novel tu, baru kat page isi kandungan je. So, nakcakap kat korang...

PERJALANAN ANDA BARU SAHAJA BERMULA. PERJUANGAN HIDUP ANDA YANG SEBENAR BERMULA SEKARANG!!!

By the way, korang dah plan belom hala tuju korang pasni? Takkan nak duduk rumah je kot, perabih harta mak bapak kat rumah. Dah umur 18 taun ni, sepatutnya kita dah bleh cari duit sendiri. Buat la apa-apa, jual burger ke, servis laptop ke, baiki motor ke, jadi freelance photographer ke, asalkan halal. Diulang sekali lagi, ASALKAN HALAL. Semoga berjaya dengan hidup orang. Aku doakan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup korang. Bila dah berjaya karang, jangan lupa orang yang pernah tolong korang masa susah dulu.


Budak Ohsem : gagal sekali tak bermakna gagal selamanya,,,

March 21, 2012

First Impression



Semalam, masa tengah borak-borak ngan classmates aku, tiba-tiba ada sorang hamba Allah ni dengan selamba dadahnya berkata:

V (bukan nama sebenar) berkata:
Wan, masa first skali jumpa engko time orientasi tu kan, aku ingatkan ko ni pendiam, tak suka bergaul ngan orang, lembap, sengal macam tu. Tapi bila ko cakap kat depan masa JPP panggil tu, aku cakap boleh tahan gak ko ni bercakap rupanya.

I (bukan nama sebenar) menyampuk:
A'a la. Ingat gi, masa mula-mula ko tanya nama aku tu. Sombong giler je rupa. Rasa macam nak ku sepak je muka tu. Muka dongak kat atas, pastu renungan mata ko sinis betul, macam look down kat aku je. 

R (bukan nama sebenar) mengomen:
Entah, muka sombong je, kalah anak raja. Masa tu aku rasa dah nasib aku dapat sama kumpulan KKBI dengan budak sombong.  Tapi lama-lama takde pulak ko macam tu. Tak sangka pulak budak pendiam macam ko ni gila. Orang gila pun tak gila macam ko.

T (bukan nama sebenar) menambah:
Yalah. Ingat gi masa ko marah kat kitorang. "Hey, aku Melanau la! Melanau!" Bukan main marah agi ko masa tu. Ko ingat lagi tak masa korang bergaduh pasal nak plan persembahan apa malam budaya. Masa tu aku dah takut dah tengok ko marah-marah macam tu. Tapi takpe Wan, ko baik. Ko selalu bagi share makanan kat kitorang. Hehehe...

Wow, sentap abis masa dengar diorang komen aku masa first skali jumpa dulu. Aku takleh nak nafikan, sebab aku memang macam tu. Kalau ada sapa-sapa yang pertama kali jumpa aku, memang diorang akan kata aku ni PENDIAM, TAK BANYAK CAKAP, DOK TERSENGIH JE, SOMBONG , TAK SUKA BERGAUL NGAN ORANG. Well, I have a RELEVANT explanation on that...

Bila bergambar, tak ingat dunia
(i-City, 2011)

Seriously, masa mula kenal ngan orang, kalau boleh aku tak nak orang tau perangai sebenar aku, sebab aku nak scan dia terlebih dulu, baru dia bleh scan aku. Aku kena tengok orang tu dulu, kalau aku rasa dia sekepala ngan aku, baru aku bleh tunjuk diri aku sebenarnya. Kalau tak, hurmmm... susah sikit kot kalo orang tu nak dekat ngan aku. Aku ni gila sikit orangnya, jadi kalau nak bergurau tu, maunya terguling-guling korang aku kerjakan. Nak kata lawak, entahla. Aku tak rasa aku ada sense of humour. Tapi aku suka buat lawak. Asalkan kawan aku hepi, aku pun hepi. Part yang gila tu aku mengaku la kot. Hehehe...

Next, aku just akan rapat ngan certain-certain orang je. Nak jadi best friend bukannya senang macam berak. Even berak pun susah tau, see??? Sebab aku trauma pernah kena tikam dengan best friend sendiri masa skolah dulu, memang trauma habis beb. Nama aku jadi buruk pas dia buat fitnah ngan aku. Nasib baik je aku dapat bersihkan nama aku balik. Dia tu pun entah kat mana sekarang ni, by the way ada ku kesah??? Nasib dia ar hidup dia tak aman sampai bila-bila. Kalau dia bawak perangai tak senonoh dia tu sampai sekarang, aku rasa dia paling sesuai pakai profile picture #FOREVER ALONE tu. Back tu bisnes, maksud sekepala kat sini orang tu gila-gila, suka nak debatkan sesuatu (aku memang suka nak berdebat ngan orang ni, walaupun mengarut entah apa-apa), then dia terima aku seadanya; bukan nakkan duit aku, bukan nakkan populariti aku, bukan nakkan benda lain yang aku ada.

Best friends masa sekolah dulu, miss all of them!
SM Sains Kuching, 2008

Then, aku ni memang susah nak rapat ngan orang yang lebih tua dari aku, even setaun. Kecuali la aku sama-sama membesar ngan dia. Ada sorang kazen aku ni, umur dia sekarang dah 24 taun, dah kawin dah pun. Sebab masa kecik-kecik dulu selalu main gusti ngan lawan-lawan (pengaruh Power Rangers ngan Dragon Ball) ngan dia masa kat kampung, sampai sekarang ni still kamceng. Selalu gak la kena sekeh kepala ni, nak lawan balik tak berani, badan taf kot. Dia tampar sekali, maunya koma sebulan aku dibuatnya. Tu lah, maybe sebab umur yang berbeza, dah tu tua lagi dari aku, tak tau nak cakap pasal topik apa. Takkan asyik nak cakap pasal bola je memanjang kan. Nasib baik la dapat roommate yang lebih muda setaun, dapat la turunkan  perangai gila dan tak berapa nak senonoh tu kat dia. Hahaha...

Last but not least, pasal isu sombong tu, Aku tak nafikan yang tu, sebab aku terbawak-bawak perangai tu dari sekolah rendah lagi. Almaklumlah, anak Guru Besar, mak pulak Penolong Kanan I, kira orang berduit la jugak. Pengawas pulak tu, kawan-kawan suma samseng sekolah, so apa lagi. Budak-budak pun tak berani nak kacau. Aku rasakan macam aku yang punya sekolah tu. Bagi aku, kawan-kawan aku tu ibarat macam 'servant' aku, just bagi duit all thing will be done! Perangai ni aku bawak sampaila sekolah menengah. Masa tu baru aku kenal mana sahabat, mana yang mintak sebat. Sekarang ni perasaan tu masih lagi berbaki. Sob... Sob.. Somebody, hep me...

Science Gaga Boys kenyang lepas membalun nasi Arab
(Restoran Nasi Arab Damsyik, 2012)

Kesimpulannya, dont judge me too early. Kalo nak bagi first impression, tak salah. Tapi beri peluang kat aku untuk tunjuk siapa aku sebenarnya. Kalau nak tengok KEGILAAN TAHAP MAKSIMA aku, just make friend with me, k? Aku ni sebenarnya GILA, TAK TAU MALU, SUKA BUAT LAWAK, SUKAKETAWA GULING-GULING, then SUKA MENGARUT. Jangan risau, I'm not harmful to environment. Cehhh...

Budak Ohsem: Aku ni nampak sombong ke?

February 18, 2012

Mainan Masa Kecik!!!


Bila tengok budak-budak sekarang ni, rasa macam zaman kanak-kanak dah hilang. Sapa setuju, please 'like'. Ceh, ingat ni status pesbuk ke? Hehehe...

Nasib baiklah aku lahir dan membesar dalam zaman 1990-an. Adik-adik aku kira rugi sikit la sebab membesar dalam zaman siber nih. Main game online je, Tapi zaman kitorang dulu benda tu maujud; dapat pegang, dapat rasa. Tak percaya? Tengok nih...

Beli pemadam banyak-banyak semata-mata nak lawan kat kelas ti
Masa nilah Axion habis kat dapur, nak main buih punya hal
Main zero point, tapi tak pernah lepas lebih dari bahu...
Kertas terbang! Yeay, habis je kertas ujian, kertas buku latihan aku kerjakan
Balik je dari mengaji, terus main baling tin ngan kengkawan
Walaupun hanya guna 3 selipar, tapi susah weiyh...
Main ketingting bawah umah orang... diulangi, UMAH ORANG
Kalau nak sebotaj orang punya, pakai je benang kasa... hehehe
Kalau tak lastik burung, lastik cicak, memang best!
Ada satu lagi, yang main dalam kotak ada kaler-kaler tu, apa tah nama dia...
Main speadboat mainan kat parit depan umah...
Sampai sekarang aku tak pass main benda ni
Masa main dengan adik, selalu main tipu... XD
Zaman game kaset yang gedabak besarnya. 
Sekarang susah sikit nak cari benda alah ni
Masukkan gelung dalam air, memang layan sampai tak makan  beb
Zaman Crush Gear... semua kereta nak dibeli
Ni pulak zaman kartun Beyblade.... sapa takde, memang looser la
Awal 2000, semua kanak-kanak gian nak main yoyo, kartun punya pasal
Setiap kali season Digimon berganti, tiap kali tulah Digivice katu mah berganti

Bila fikir balik, nak je balik ke zaman kecik-kecik dulu. Selain daripada kecomelan yang tak terhingga, ada momen-momen yang boleh dikatakan epik masa dulu-dulu. Main doktor, polis entri, masak-masak, main bawah rumah orang, terjun dari jambatan, nenek kebayan... macam-macam lagi la. Sekarang ni dok mengadap komputer 24 jam, lama-lama rabun. Yang dulu-dulu tu, takpe gak sebab ada lari-lari, bergerak-gerak sikit. Zaman kanak-kanak dah hilang... Aku nak hantar anak-anak aku nanti kat kampung, tinggal dengan mak ngan ayah, lari la diorang berkejar dengan lembu, ayam, itik kat kampung tu. Baru sihat walafiat selalu, macam aku, Hehehe...

AAA : Ada banyak lagi mainan lain, nak cerita sampai esok pun takkan habis!

February 16, 2012

Versus: Gadis Free Hair VS Gadis Tudung


"Yang bertudung tak semestinya baik, yang free hair pulak tak semestinya jahat..."

Hurmmm... setuju tak dengan pernyataan di atas? Tak dinafikan pada hari ni, semakin ramai yang dah mula bertudung. Macam-macam fesyen ada, yang macam bonggol unta ada, macam alien dalam Alien VS Predators pun ada, tutup atas bukak bawah pun ada, tudung sangkut pun ada, kain tutup kepala je pun ada. Macam-macam ada, asalkan bertutup. Yang free hairnya pulak, macam-macam kaler ada; pink, biru, merah, kuning, putih - dah macam Power Rangers pulak aku tengok. 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

Aku kategorikan awek-awek ni dalam 5 kategori, iaitu:

I     Dahlah bertudung, baik pulak tu   
II    Walaupun free hair, tapi dia baik
III   Bertudung, tapi.... 0.o
IV   Walaupun bertudung, tapi dia jahat???
V    Dahlah free hair,  jahat pulak tu

So, jom kita usha satu demi satu kategori-kategori nih...


Kategori I : Dahlah bertudung, baik pulak tu






Jenis yang dia pakai tudung dan baik, maksudnya dia menutup aurat dengan sempurna,baik budi pekerti, senang citer calon terbaik untuk dijadikan binilah.
  • Solat awal waktu, tak lengah-lengah solat semua
  • Rajin mengaji Al-Quran, ada yang dah hafaz satu Al-Quran
  • Rajin berpuasa sunat, qiamulail
  • Rajin menderma, tolong orang
  • Sopan-santun, orang tengok pun memang respect
  • Jaga batas pergaulan, lagi-lagi dengan yang berlainan jantina
So, kalau korang nak cari calon isteri,cari yang dalam kategori ni, dijamin berkualiti. Tak perlu nak cop SIRIM ke, MSC ke apa ke. Dah sah-sah bagus nak dijadikan bini. 


Kategori II : Walaupun free hair, tapi dia baik



Jenis yang tak pakai tudung tapi baik ni kiranya dalam kategori "don't judge a book by it's cover" la, maksudnya walaupun tak pakai tudung tapi lagi baik dari yang pakai tudung tak berapa nak pakai tu. 
  • solat cukup, siap buat ibadah lain pulak tu
  • selalu mengaji Al-Quran, 
  • rajin berpuasa, tak kira sunat mahupun fardhu
  • rajin bagi derma, tolong orang
  • sopan, tak mencarut bukan-bukan.
Tapi itulah, kebanyakan gadis kategori ni memang sweet je mukanya. Mintak-mintaklah Allah SWT bukakkan hati mereka, bagi mereka hidayah supaya bertudung. Bukan apa, muka dah cantik, bila bertudung, terus berganda-ganda cantiknya. Subhanallah...


Kategori III : Bertudung Tapi .... 0.o




Nilah masalahnya sekarang ni. Mereka ni dah bagus dah pakai tudung, perangai baik, akhlak bagus semua, TAPI... Tapi.... tapi... tapi tudung tu just pada nama je, tak tutup aurat dengan sempurna. Tak paham? Baca ni...
  • Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)
  • Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)
  • Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)
  • Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)
  • Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)
  • Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
  • Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)
  • Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
  • Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)
  • Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)

Sekarang ni, macam-macam fesyen ada, jenama macam-macam nama. Ada yang berbalut-balut sampai sesak nafas pulak aku tengok, ada yang simple tapi sweet je, ada yang berwarna-warni dah macam kek lapis Sarawak, ada yang nampak selekeh dan tak kemas. Tak kurang jugak yang macam tak cukup kain, setakat tutup rambut je, tapi tunjuk telinga ngan leher. Tak salah nak berfesyen ni, agama tak larang, tapi biarlah berlandaskan hukum dan syariat. Ni tak, asalkan tutup kepala, ok aku bertudung. What the ...??? 


Kategori IV: Walaupun bertudung, tapi dia jahat???



OK, kategori ni kira macam spesis paling eksotik la, sebab apa? sebab benda ni sangat rare sebenarnya, tapi memang ada dalam kalangan kita. Kira mereka ni spoiler imej wanita bertudung la. Bertudung tapi perangai tak berapa nak senonoh. Yelah, kalau tak, mana datangnya quote "pakai tudung tak semestinya baik" kan kan? Bagus dah pakai tudung tapinya perangai jahil pulak dah. Epic fail betol la!
  • merokok, siap dengan asap berkepul-kepul lagi
  • duduk terkangkang-kangkang mengalahkan lelaki
  • jadi internet bergerak, sehari tak mengumpat boleh migrain
  • pegang-pegang, peluk-peluk ngan kapel, walhal belum kawin
  • mencuri barang orang lain
  • suka nak condemn orang, takleh tengok orang lebih sikit, ada je benda nak disebotajnya

Dan macam-macam lagilah contoh. Bab solat tu tak tahu lah pulak. Mana tahu dia jahat pun tapi masih solat ke? Tapi solat kan tiang agama. Kalau sempurna solat, sempurna lah ibadah yang lain. Nampak gayanya kena check solat sendiri dulu dah betul ke tidak ni. 


Kategori V: Dahlah free hair, jahat pulak tu




Yang ni common rasanya. Orang selalu samakan, asal tak pakai tudung saja,  kafir. Sentap beb! Aku tengok ada saja kafir yang baik, even better than us. Hmm, contoh yang tak pakai tudung dan memang jahat tahap  undescribable ni bersepah je kat luar nun, cari je gugurl yang baru cultural shock nak jadi dewasa, kompom jumpa perangai tak senonoh macam ni.
  • kaki mabuk / kaki clubbing / kaki dadah, memang mintak kaki btol la
  • dye rambut, warna kuku kaki semua, last-last wuduk tu sah tak? Tu pun kalo solat, kalo tak???
  • Hipokrit, pakai tudung pun sebab nak tackle mamat hensem, takpun bertudung depan family je. 
  • Seksi tu, takpe lagi, tutup aurat pun seksi apa, tapi yang ni MENJOLOK BIJI MATA, kalau dapat mau nak tersembul bijik mata lelaki kalau tengok bentuk muka bumi dia tu
  • beromen, zina-zina ni, dah macam rutin harian. pastu buang bayi macam buang sampah
Yang ni memang dah parah dah, kalau macam penyakit kanser ni, kasi potong saja lah. Dah kronik sangat-sangat dah. So, memang nak kena basuh emosi, rohani ngan jasmani dia baik-baik. Insya-Allah, mereka akan berubah. 


Kalau nak bertudung tak salah, asalkan TUTUP AURAT. Tutup aurat tu cemana pulak, tutup aurat tu tak semestinya kena pakai baju kurung labuh 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setaun, tapi kena pakai yang labuh-labuh sikit la. Apa, ada orang cakap pakai labuh pun seksi? Takpe, seksi tu subjektif, tutup aurat pun boleh seksi, tapi MENJOLOK MATA tu dah sah-sah la haram. Baik bogel terus je, jimat duit dari beli pakaian sendat-sendat macam tu mahal-mahal.

AAA : Apa beza SEKSI dan MENJOLOK MATA? Nantikan sekuel seterusnyaaa...

February 7, 2012

Bestnya BIG!!! : Part 3


Yang ni the last entry untuk BIG. Sob... sob.... (sambil mengelap higus yang macam ais kirm Tutti Frutti kat hidung). Ada banyak benda yang menarik sepanjang 4 hari kat sana. Ada benda yang certain daripada kita tak pernah or tak reti nak buat, tapi lepas BIG ni, bolehlah pandai sikit-sikit.

Penatnya... relax dulu la!
Antaranya tidur dalam khemah. Walaupun khemah aku je yang lain (bentuk dia ala-ala khemah Moghul zaman dulu.)  Nak pasang pun tak reti sebab bentuk dia pelik sangat. Yang lain semua seragam, tiba-tiba khemah aku pulak yang pelik bin lain dari yang lain. Ada satu pintu pulak tu, panas dia... boleh kira macam sauna gak la. Tapi malam sejuk lagi dari igloo.

Khemah aku yang ada kaler pink tu... comeyyy...
Pastu, bagi calon-calon bini yang tak reti nak masak (termasuklah nak kupas bawang, potong bawang, cili sampailah nak tuang minyak), dapatlah belajar memasak masa ni, sebab semua kumpulan ada turn memasak kat kem (satu hidangan utama - lunch / dinner dengan dua meal sampingan - sarapan / minum pagi / minum petang / minum malam). Aku dok perati je orang pompuan ni memasak, ada yang berskil, memang suka tolong mak kat dapur lah dan tak kurang yang tak tau nak buat apa-apa, ni memang jenis yang tak amik peduli hal-hal dapur. Sekarang amik kau! Kalau setakat tak reti nak potong bawang tu takpe lagi, ni sampai lengkuas pun tak tau hidupan lama tu memang kronik habis la.

Hati-hati... minyak panas tu!

Tapi yang bestnya part masa nak basuh ayam. Yang bertugas untuk basuh ayam 2 orang je sebenarnya. Tapi nasiblah ada yang terlebih rajin nak interframe sama tolong basuhkan ayam-ayam tu. Lagi-lagi fotografer memang ramai ambik gambar masa bersihkan ayam tu. Lagi cepat ayam siap, lagi sepat makan.. Betul tak? Hehehe...

Tak kira ada ayam tak ada ayam, janji posing... Hehehe
Ni lagi satu, pasal sentri. Tau apa tu sentri? Ala... bukan polis sentri, tu permainan kanak-kanak. Istilah tinggi dia jaga ataupun guard la. Setiap kumpulan mengikut khemah akan berjaga selama sejam 15 minit berjag, mana tau anjing masuk kawasan kem ke, ikan todak menyerang kem ke, tetiba Angry Bird mengganas ke, mana la tau kan. Tapi yang sebenarnya, bukan semua pun berjaga sampai nak tersembul bijik mata, tak kurang jugak yang... errr... er... tengok sendiri la...

Seriously, time ni mengantuk sesangat. Apa lagi, tidur la...
Yang lain.. apa lagi ek? Oh ya, bergotong royong membersihkan kawassan kem! Masa ni la nak kenal-kenal nama (walaupun masih ada budak BT tak kenal aku, juz panggil dengan gelaran 'bendahari' dengan 'MC' je). Masa ni walaupun tak kenal tapi still nak bergurau. AJK Kebersihan memainkan peranan yang penting, sebab apa? Dua kawasan ni; dapur dan bilik air mesti bersih, baru la seronok. Kalau kotor, pastu dengan 'emas' yang terdampar kat mangkuk tandas siapa yang  happy kan? Tapi tahniahlah kepada AJK Kebersihan sebab bertanggungjawab dan komited! Yeahhh~

Melepak malam terakhir kat kem sampai tak sedar pagi
Hurmmm.... bagi yang rasa BIG ni tak best, tak apa, korang pergi dulu, tengok korang enjoy ke tak. As long as korang rasa happy and bukakan hati korang untuk enjoy benda ni, insyaAllah semuanya akan OK. Lepas ni kena buat folio BIG pulak, tengok yang trip first yang pegi hari tu, tebal bukan kemain lagi. Adoyai, serabut kepala...

Goodbye PD! See you again very soon...
Kepada rakan-rakan yang nak pegi BIG tu, good luck and hati-hati tau. Enjoy sudaaahhh...


AAA : Jangan lupa sunblock dengan losyen mosquito repellent tuh.

February 5, 2012

Bestnya BIG!!! : Part 2


OK, aku dah ceritakan aktiviti menarik hari pertama dan kedua. Kali ni aku nak share pengalaman melucukan sepanjang 4 hari tersebut. 

Sebelum nak turun slot aktiviti air, kitorang disuruh berkawad atas pasir, I mean bukan secara berdiri tapi berbaring. Memang berpasir habislah baju air tu. Pastu disuruh buat facial guna pasir, memang comel gila muka semua orang. Dalam kiraan 3, semua kena masuk air sampai paras bahu, waahhh... senang sangat. Dalam kiraan 3, semua kena naik ke darat, perrgghh... beratnya kaki, tambah-tambah lagi baju dengan seluar dah basah lencun. Pastu kitorang dibahagi 2 kumpulan; satu kumpulan kan try berkayak dan setu kumpulan lagi akan practice aktiviti menyelamat. Lepas habis kedua-dua kumpulan, baru exchange. Memang best sekali, lagi-lagi bila di'selam'kan oleh coach air, Pak Rahim. Maunya sejag air laut masuk dalam mulut. Buat-buat jelah muka innocent. Hehehe...

Power Rangers! Aik, dua je Power Rangers lelaki???

Malam tu, kami adakan Malam Epik Mistika dan pengacaranya mestilah ehem... ehem... akulah. Setiap kumpulan diberi  2 task; membuat lagu identiti kumpulan dan teater epik. Lagu identiti ni kiranya bolehlah cedok melodi lagu yang dah ada just tukar-tukar lirik saja. Pastu, untuk segmen teater epik, ni yang paling best! Setiap kumpulan kena buat remake cerita-cerita epik berdasarkan sejarah, mitos, hikayat, dongeng rakyat dan kisah lagenda. Dan aku dapati semua kumpulan menyelitkan unsur komedi sebab tu lebih dekat dengan penonton dan ramuan tersebut menjadi! Penonton termasuk aku ketawa tak kering gusi sampai berguling-guling sambil menekan perut sebab tak tahan nak gelak.


Pelakon utama Sejarah Melaka... Jeff a.k.a David Teo
Kita preview satu-satu. Grup first mempersembahkan Sejarah Melaka. Ala... yang macam dalam buku tu, mereka persembahkan dalam bentuk pentomen. Memang lawak lagi-lagi bila babak rusa tengah sepak anjing tu, macam real. Next, grup aku pulak yang perform. Kali ni kitorang buat Puteri Salju versi moden. Takik kitorang main dengan audiens a.k.a interact secara langsung dengan audiens. Part antagonis berlagak cun lagi diva depan cermin memang terbaekkk, kena puji lagi tu - pembawakan antagonis paling baik! Tak sia-sia aku ajar dia. Next, sesuatu yang lain daripada yang lain; sejarah Tahun Baru Cina. Sedikit sebanyak kitorang paham apa yang terjadi sebenarnya menyebabkan kewujudan sambutan tahun baru cina. Kalau nak baca buku, sampai bila-bila pun tak terbaca buku tu.
Pelakon-pelakon 'Tanggang' di sebalik tabir

Lepas tu pulak, turn persembahan 'Tamak'. Ingat tak cerita kanak-kanak pasal ada kapak jatuh dalam kolam, pastu tiba-tiba pari-pari datang nak tolong dia tu. Haaa... ni la cerita dia, cuma ditambah babak Ali Baba Bujang Lapok sedikit la. Menyusul lepas tu, 'Skandal  Mahsuri', remake dari cerita asal. Ingatkan Mahsuri ni mangsa fitnah, rupa-rupanya Mahsuri yang berlaku curang, siap bawak skandal balik rumah lagi. Part paling best bila Mahsuri sumpah 7 keturunan suami dia sengau. Mati-mati je, semua terus jadi sengau. Memang lawak habis. Last but not least, kisah 'Tanggang'. Masih ikut cerita asal, cuma masa tu KFC, chicken chop, McD semua dah wujud dah masa tu walhal zaman dulukala (maju betul negara tu). Babak terbaik bila part mak Tanggang sumpah Tanggang jadi batu, tapi tak jadi. Tanggang dengan muka selamba siap bertempik lagi, " Hahaha... Tak Kena! Tak Kena..." Sekali petir menyambar, ambik ka terus jadi batu. Hahahaha...

Yeayyy... kamilah juara! Mahkota milik siapa? Milik kami!
Memandangkan ni malam kemuncak, so markah keseluruhan termasuk persembahan Malam Epik Mistika ni dikira sekali. And guess what, grup aku menang keseluruhan!!! Yeayyy... terpancar kepuasan dan senyuman sampai ke tulang rahang setiap ahli. Hehehe...

Nak tau apa jadi seterusnya, nantikan Part 3 nanti...

Nak baca Part 3? KLIK SINI!

AAA : Tak sangka Mahsuri ada skandal rupanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...