OK, aku dah ceritakan aktiviti menarik hari pertama dan kedua. Kali ni aku nak share pengalaman melucukan sepanjang 4 hari tersebut.
Sebelum nak turun slot aktiviti air, kitorang disuruh berkawad atas pasir, I mean bukan secara berdiri tapi berbaring. Memang berpasir habislah baju air tu. Pastu disuruh buat facial guna pasir, memang comel gila muka semua orang. Dalam kiraan 3, semua kena masuk air sampai paras bahu, waahhh... senang sangat. Dalam kiraan 3, semua kena naik ke darat, perrgghh... beratnya kaki, tambah-tambah lagi baju dengan seluar dah basah lencun. Pastu kitorang dibahagi 2 kumpulan; satu kumpulan kan try berkayak dan setu kumpulan lagi akan practice aktiviti menyelamat. Lepas habis kedua-dua kumpulan, baru exchange. Memang best sekali, lagi-lagi bila di'selam'kan oleh coach air, Pak Rahim. Maunya sejag air laut masuk dalam mulut. Buat-buat jelah muka innocent. Hehehe...
Power Rangers! Aik, dua je Power Rangers lelaki??? |
Malam tu, kami adakan Malam Epik Mistika dan pengacaranya mestilah ehem... ehem... akulah. Setiap kumpulan diberi 2 task; membuat lagu identiti kumpulan dan teater epik. Lagu identiti ni kiranya bolehlah cedok melodi lagu yang dah ada just tukar-tukar lirik saja. Pastu, untuk segmen teater epik, ni yang paling best! Setiap kumpulan kena buat remake cerita-cerita epik berdasarkan sejarah, mitos, hikayat, dongeng rakyat dan kisah lagenda. Dan aku dapati semua kumpulan menyelitkan unsur komedi sebab tu lebih dekat dengan penonton dan ramuan tersebut menjadi! Penonton termasuk aku ketawa tak kering gusi sampai berguling-guling sambil menekan perut sebab tak tahan nak gelak.
Pelakon utama Sejarah Melaka... Jeff a.k.a David Teo |
Kita preview satu-satu. Grup first mempersembahkan Sejarah Melaka. Ala... yang macam dalam buku tu, mereka persembahkan dalam bentuk pentomen. Memang lawak lagi-lagi bila babak rusa tengah sepak anjing tu, macam real. Next, grup aku pulak yang perform. Kali ni kitorang buat Puteri Salju versi moden. Takik kitorang main dengan audiens a.k.a interact secara langsung dengan audiens. Part antagonis berlagak cun lagi diva depan cermin memang terbaekkk, kena puji lagi tu - pembawakan antagonis paling baik! Tak sia-sia aku ajar dia. Next, sesuatu yang lain daripada yang lain; sejarah Tahun Baru Cina. Sedikit sebanyak kitorang paham apa yang terjadi sebenarnya menyebabkan kewujudan sambutan tahun baru cina. Kalau nak baca buku, sampai bila-bila pun tak terbaca buku tu.
Pelakon-pelakon 'Tanggang' di sebalik tabir |
Lepas tu pulak, turn persembahan 'Tamak'. Ingat tak cerita kanak-kanak pasal ada kapak jatuh dalam kolam, pastu tiba-tiba pari-pari datang nak tolong dia tu. Haaa... ni la cerita dia, cuma ditambah babak Ali Baba Bujang Lapok sedikit la. Menyusul lepas tu, 'Skandal Mahsuri', remake dari cerita asal. Ingatkan Mahsuri ni mangsa fitnah, rupa-rupanya Mahsuri yang berlaku curang, siap bawak skandal balik rumah lagi. Part paling best bila Mahsuri sumpah 7 keturunan suami dia sengau. Mati-mati je, semua terus jadi sengau. Memang lawak habis. Last but not least, kisah 'Tanggang'. Masih ikut cerita asal, cuma masa tu KFC, chicken chop, McD semua dah wujud dah masa tu walhal zaman dulukala (maju betul negara tu). Babak terbaik bila part mak Tanggang sumpah Tanggang jadi batu, tapi tak jadi. Tanggang dengan muka selamba siap bertempik lagi, " Hahaha... Tak Kena! Tak Kena..." Sekali petir menyambar, ambik ka terus jadi batu. Hahahaha...
Yeayyy... kamilah juara! Mahkota milik siapa? Milik kami! |
Memandangkan ni malam kemuncak, so markah keseluruhan termasuk persembahan Malam Epik Mistika ni dikira sekali. And guess what, grup aku menang keseluruhan!!! Yeayyy... terpancar kepuasan dan senyuman sampai ke tulang rahang setiap ahli. Hehehe...
Nak tau apa jadi seterusnya, nantikan Part 3 nanti...
Nak baca Part 3? KLIK SINI!
AAA : Tak sangka Mahsuri ada skandal rupanya...
No comments:
Post a Comment