Semalam baru je balik dari Port Dickson lepas 4 ari 3 malam join BIG siri 2. Dengan muka sunburn yang macam ikan salai dan badan kepenatan yang amat, mata pulak layu semacam saja. Last-last datang bilik terus 'tumbang' dan tido sampai ke petang. Nasib baik tak terlajak sampai ke Maghrib.
Pantai PD di waktu sore... cantik tak? Cantik tak? |
Hari tu kelas aku pegi sekali dengan kelas Bahasa Tamil, pastu kitorang ada 8 orang je yang muslim. Pulak tu muslim (imam/bilal) ada 4 orang je, yang lain non-muslim, memang sikit bebenar lah orang masa slot tazkirah. Nasib baik ramai lecturer muslim yang join, kalau tak dengar bunyi cengkerik saja lah. Duduk khemah, khemah aku paling unik, bentuk ala-ala khemah empayar Moghul zaman dulu tu, cantik beb tapi... panasnya yang tak tahan tu. Ada satu pintu je, tapi malam jangan cakap la, memang sejuk gila, menggigil-gigil, macam handphone tengah vibrate je...
Di depan pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan |
Baik, sepanjang 4 hari kat sana, banyak perkara yang aku belajar dan rasai buat pertama kali. Antaranya, berkayak. Kalau sebelum ni berkayak kat kolam je, takde la mencabar sangat, ni kat laut, pulak tu checkpoint nak dituju jauh bukan kemain (bukan jauh actually, just kitorang terlebih ke tengah laut je, coach tak bagi berkayak dekat dengan pantai. Tapi memang best la, walaupun bila sampai turn aku, matahari dah terpacak kat atas kepala. Sunburn tak sunburn, ku redah saja!!! Bila partner sekayak aku kata dia dah loya sebab mabuk laut, aku dengan tenaga yang ada mendayung sampailah dekat dengan pantai. Sambil-sambil tu, aku tak putus-putus bagi kata semangat dia supaya teruskan mengayuh, and at last WE DID IT! Tepuk tangan sendiri... Hehehe...
Ni masak ke lawan pedang? |
Aktiviti lain yang aku takkan lupa, kembara hutan. Masuk hutan Tanjung Tuan, dapat la tengok menara api tertua kat Malaysia ni. Onthe way naik tu, dapat la tengok flora dan fauna yang memang susah kita nak jumpa. Sambil-sambil tu ambik kesempatan la listkan semua flora untuk SCE3101. Pastu, dapat la pegi kat satu kawasan ni yang dipercayai bekas sebuah kampung dan arwah Mona Fendi pernah tinggal kat kampung tu. Tak jauh dari tempat tu, ada telaga Belanda dan bekas tapak kaki Hang Tuah. Tapi view dari kawasan tu menghadap laut memang terbaekkk lah! Setiap kumpulan diberi task, untuk buat bantu mula.
Makaih pesakit ni, sempat posing pulak dia... |
Satu situasi dibagi; mangsa patah kaki, patah tangan, dan luka di kepala. So kitorang balutlah macam mumia mangsa tu kitorang kerjakan. Masuk lagi ke dalam hutan, sampai je kat satu kawasan ni, kitorang terus mulakan task terkahir; memasak.. Kitorang perlu masak menggunakan apa-apa saja yang kitorang jumpa tak kiralah batu ke, ranting ke, daun ke, dan kitorang tak boleh sama sekali guna sudu, pinggan, mangkuk dengan cawan. So, pandai-pandailah hidup sendiri. Tapi sedap gak kitorang masak. Hehehe...
menara api tertua di Malaysia... |
Walaupun hanya ada 4 hari kat sana, tapi memang banyak pengalaman lucu, suka, duka kat sana. Banyak lagi benda yang aku nak cerita, kalau cerita sampai taun depan pun takkan habis punya. So stay tune for part 2 and 3...
Nak baca Part 2? KLIK SINI!
Nak baca Part 2? KLIK SINI!
AAA : Tiba-tiba rasa macam nak pegi sana balik...
No comments:
Post a Comment