1-Masa tengah beratur beli tiket
Dari tadi sunyi sepi je kaunter, lengang. Kalau lalat nak merempit pun kat situ, memang puas! Tapi bila sejam je lagi filem tu nak datang, berduyun-duyun pulak orang datang. Pulak tu, barisan bukan main panjang, tak kira yang baru nak beli atau yang dah reserve tiket. Panjangnya mengalahkan landasan KTMB dari Seremban ke Nilai (logik la sikit, karang kalau bagitau sampai Mid Valley nampak beno nipunya). Nasib baik dah beli awal-awal. Tak la susah macam ni. Yang datang tu mulalah buat muka sedih, frust, geram, sentap sebab barisan panjang gila. Ada pulak yang selamba potong barisan, tu kategori yang mintak selipar jepun kat dhi dia.
2-Berebut-rebut nak masuk hall
Cuba masuk macam ni, kan elok... |
Walhal semua dah tau kat mana seat masing-masing, masuk je la macam biasa. Ni nak berebut-rebut, apesal? Ada pelakon nak bagi sign ke dalam hall tu, or sapa lambat masuk kena baling dengan telur busuk? Tak paham la dengan orang kita ni, macam tak reti nak beratur. Bayangkan kalau ada budak-budak kecik yang rendah lagi kerdil, tersepit antaara lautan manusia kan terpisah dari mama ngan papa diorang kalau kita main serbu je, consider la sikit. Sesak nafas tau. Masuk masuk nanti sama je seat nya macam yang dalam tiket, bukannya bertukar pun. Siap bertolak-tolak lagi, rasa macam nak bagi je kat orang yang tolak aku kat belakang tu, ko tolak lagi pasni ko makan la popcorn tu dengan straw....
3-Dah la datang lambat, pastu buat muka selenga je
Citer start pukul 2 petang, pukul 2.10 masih banyak kerusi yang kosong, walhal sepatutnya dah ada kat dalam tu sebelum pukul 2. Ni dah lah lambat, muka pun selamba je, siap gelak-gelak lagi. Yang aweks aweks tu mulalah menggedik, pasal jadi tumpuan orang ramai walhal kalau ada senapang dah lama dah ko kena tembak, bersepai muka ko gediks oi. Ko ingat ko tu diva ke, nak sesuka hati kepala soket kau je nak lambat, kalau pawagam tu memang warisan nenek moyang ko takpe gak ko nak lambat camtu. Nak kat tengok skrin pun terganggu tau. Tak punctual betul! Mesti dah biasa lambat masuk keja or pegi kelas nih. Bertuah betul punya orang. Jam rosak ke apa?
4-Can you just shut your mouth please!
Paling aku pantang kalau ada story-teller dulu berdekatan dengan aku, ayatnya kira-kira berbunyi begini:
Aku dah tengok citer ni dah, sebelum tengok pawagam lagi. Kau tengok, lepas ni kan, mesti...Op! Op! Hold on, chicken! Kau ni macam pengarah yang buat filem ni pulak, even pengarah sendiri pun tak nak cerita details. Ko sampai pasu pecah disorok kat celah almari pun ko tau, hish mengganggu betul. Pulak tu suara bukan main nyaring, nak tenggelam suara pelakon lam filem tu. Aku beli tiket RM10 bukan nak dengar narration dan feedback dari kau ok. Nasib baik duduk jauhdari,kalau tak maunya mulut tu dirabak aku nanti. Baik aku pegi rumah kau je dengar ko cerita pasal filem ni dari A sampai Z. So, sit down and shut up! Bunyi popcorn lagi sedap dari suara kau yang perasan pengarah tersohor tu. Buat la filem dulu, aku nak tengok ko reti ke tak... Annoying gila kicap soya. Huh!
5-Peluk sana, pegang sini, raba situ
Alalalala... buat scene ala-ala Titanic pulak dah... |
Walaupun filem yang ditayang tu filem seram, aksi, thriller, drama ngan komedi, tapi tiap kali aku pegi tengok wayang, akan dapat tengok babak tambahan yang 'terkeluar' dari skrin besar gedabak macam paus tu, dah tu siap berpeluk-peluk bagai, pegang sana, pegang sini. Tangan dah rupa macam tumbuhan menjalar je aku tengok merayap meneroka seluruh pelosok awek dia tu. Kalau ye pun nak belajar Geografi, tunggulah lepas habis cerita. Paling ekstrem, siap kissing lagi. Bukan setakat 3D, aku siap tengok HD lagi, memang clear. Apa taknya, dah orang yang buat benda sumbang ni duduk sebelah je. Nak tegur karang lebam pulak biji mata karang. Tak ditegur makin menjadi-jadi kebuasannya. Hish.... serakah betul la nafsu camtu. Cuba la fikir kat dalam hall tu, bukan diroang je yang couple, ada gak couple lain tapi elok je duduk macam biasa. Ni tak,naik seriau aku tengok. Kat dalam tu bukan remaja belia cam kita ni je, tapi ada mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, kanak-kanak yang belum baligh lagi-lagi yang belum sunat, tak elok dipandang orang. Buat adegan 18SX lak kat sebelah aku ni. Nak pencegah maksiat menyamar sekali dalam hall tu pastu tangkap korang, baru korang nak malu ke?
Heiyh, ni la orang kita. Nak maju tapi perangai macam tahi. Bila minda nak berkembang macam tu, disiplin tak ada, pastu jual ikan pulak tu (sellfish). Nak ditegur, dah tua bangka, tak sedar diri lagi ke oi? Bila jadi apa-apa je, nak blame orang, walhal yang salah kita sendiri. Ingat kita pegi pawagam nak tengok movie, bukannya nak berbaling kerusi ke, nak bergaduh ke. Berubahlah sebab malu nanti orang dari negara lain tengok...
4 comments:
meme sy prnh terkena dgn manusia sikap2 camni....rasa nk kasi penyepak ade gak...heish
manusia mcm ni patutnya duduk dlm zoo je.. x de akal..
hahahaha... betul2... setuju2... huh, nak bagi, anak orang, tak nak bagi, perangai memang mintak kaki.. huh
yg nO 1 n 5 tuh pernah rasa...
rasa mcm nak simbah jer air Coke kat diorang...
Post a Comment