Pages

October 11, 2011

Jangan Kau Jadi Perampas!


Pada suatu pagi yang agak panas, Kak Leha tengah mnikmati cendol pulut di TNW (Times New Roomance). Tiba-tiba ...

C: Amboi, ko ingat kau tu hot sangat la?
D: Of course la, kalau tak takkan pakwe ko nak merangkak datang dekat aku.
C: Ko sedarlah diri ko tu sikit, dah la rampas pakwe orang! Ko mesti guna-gunakan dia kan?
D: E'eh minah senget ni. Ada pulak yang makan Kasut Gucci ni karang...
C: Kau ingat mulut aku ni rak kasut ke ko nak sumbat kasut yang ko bli kat kedai bundle mana tah?
D: Kurang ajar! Sebab tu lah pakwe ko lari, mulut macam longkang, lembab macam lembu!

C dan D pun bertarik-tarik rambut sambil menjerit-jerit persis gadis Bond dengan antagonis wanita yang tengah bertarung. Orang lain di sekeliling hanya menjadi pemerhati, siap bawak popcorn lagi, macam tengok filem 3D. Lantas Kak Jemah dengan selamba dadahnya berlagak ala-ala SuperMakCik meleraikan fighting of the year tu.

Amik kau! Rampas pakwe aku lagi, bersepai dengan gusi-gusi kau sekali!

Ooops! Nanti dulu! La... ingatkan ada orang tengah shooting filem Awek-awekku Bonzer ke apa tadi, bergaduh betul-betul rupanya. Kesian yang sorang tu percuma kena flykick kat muka, tak pasal-pasal ada cop selipar kat dahi, siap ada saiz lagi tu, mak aih saiz 9? Badan kecik cenggitu kaki saiz 10? Tengok, sampai bersepai bulu hidung, sapa nak jawab ni? Korang berdua ni, tak payah nak buat babak Madu Tiga kat tengah-tengah shopping complex ni boleh tak? Kalau nak sangat bergaduh, masuk WWE la, wakil Malaysia kat sana. Ni ganggu orang tengah makan cendol ni, takleh nak concentrate nak menghirup tekstur gula melaka yang hancur dibawa air liur bersama.

Ni Kak Leha nak cakap sikit ni...

 Perempuan zaman sekarang ni, dah takde keja lain ke selain dari berebut lelaki? Apa, facebook tu boring sangat ke sampai tak tau nak buat kerja apa lagi dah? Cuba la berebut sapa paling dapat banyak friend kat fb ke, tak pun paling banyak 'like' ke, tak pun berebut choki choki, sweet sikit. Ni tak, lelaki punyalah melambak bersepah je dari sini ke ujung jalan sana. Dari kecik molek sampai la gedabak besar, dari kuruskering kontang sampai la badan ketak-ketak macam kereta kebal, dari kanak-kanak belum sunat sampai la ke tua bangka tak sedar diri dah tua kerepot, nak menggatal dengan anak dara orang.


Diorang ada ala-ala cenggini jugak la hari tu...

Yang sorang lagi tu, ko bajet ko tu hot sangat ke? Dah tau ko tu hot, cari la jantan lain, ramai lagi kot. Setakat muka macam Barbie doll cenggitu, bukan setakat oorang lelaki je yang datang, lembu jantan pun sanggup meredah sungai Amazon semata-mata nakkan kau tau. Kalau muka kau bersepai macam pampers takpe gak kalau kau nak berebut laki dengan orang, ye la tak laku kan. Tapi percayalah, jodoh pertemuan tu kat tangan Allah. Cuma kita ni dah bersedia ke belum je lagi. Satu lagi, jangan la nak demand sangat. Kalau dah berkenan tu, apa lagi, kahwinlah grand-grand, siap panggil Kak Limah lagi nyanyi lagu Enjit-Enjit Semut. Wah, class kau kiah! So, jangan jadi perampas ye, cari yang lain. 

Begitulah pesan Kak Leha yang pendek tetapi sendat dengan mesej yang menyentapkan. Ingat, jangan kau jadi perampas! Jumpa lagi di lain masa...


AAA: nasib baik baru rembat pakweorang, kalau tunang orang ke, laki orang ke, tak ke percuma ke tenyeh tahi kat muka bersepai tu. Memeilih sangat, tu la pasal tak laku...

2 comments:

umamahkinah said...

sentap story nih..hahahaha
naseb baik lah aku tak prasan hot! hahahaha

Azwan Lai Azahary said...

hahahaha.... hot takpe, tapi JANGAN JADI PERAMPAS! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...