Assalamualaikum semua...
Ni adalah entri yang terakhir dari seorang insan bernama Azwan Lai Azahari. Sedar tak sedar, dah empat taun dah aku ternak blog aku ni. Dari tak tau apa-apa taun 2009 dulu, sampailah penuh tangki otak dengan idea sekarang ni (2012). Dan sebenarnya, hari ni adalah hari jadi yang keempat blog aku. Yeay... Happy birthday to you, dear. Tapi, apakan daya, semua dah tertulis kat whiteboard, storyboard, dashboard dan sebagainya, dah tiba masanya untuk aku matikan blog Aku Adalah Aku ni.
Dalam masa 4 taun ni, banyak kali jugak blog aku ni bersalin kulit. Kesian pulak tengok dia nih. Pada mulanya, aku buat blog pun sebab nak publishkan aku punya penulisan kreatif; cerpen, novel, puisi. Tapi lama-kelamaan, misi aku menjadi lebih besar - share apa yang aku rasa, aku tahu kat semua orang, tak kisahlah orang nak amik tau ke tak. Dari saat tu, followers bertambah semakin ramai, trafik pun makin lama makin naik. Sampailah ke hari ni, aku sangat bangga sekali dengan pencapaian yang dah aku kecapi.
Antara header terawal... |
Pastu, ada satu lagi cerita pasal budak perempuan nak ngorat budak laki kat sekolah. Memang lawak la. Dapat idea pun sebab ada pengalaman kat sekolah dulu, i mean bukan aku yang jadi mangsa tapi kawan-kawan yang lain. Kisah Memo Cinta ni memang menarik la, sebab sikit sebanyak kita tau modus operandi yang budak-budak perempuan ni gunakan untuk pikat budak laki, lagi real tak macam yang selalu dimomokkan dalam drama tv tu. Sikit-sikit gedik, sikit-sikit gedik. Tapi dalam kisah ni, semua spesis awek ada.
Kat sini la aku ekspresikan semua idea dan isi hati aku, |
Apa lagi ek, oh ya... Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas, aku buat segmen tribute pasal Mat Luthfi ngan Anwar Hadi. Tak kenal? Ala... yang vloggers yang hot kat Malaysia ni, even diorang belajar kat negera omputeh sana, tapi diorang tetap tak lupa bahasa asal, stil dengan loghat pekat utara lagi. Cheq habag kat hang.. Eh, terlebih sudaaa...Aku teringin nak jadi macam diorang satu hari nanti. Macam Anwar Hadi tu, pelajar IPG tu, boleh je main vlogging nih. Kan? Kan?
Masa kena virus ni, memang FUUUUU betul la... |
Mula dari taun lepas, aku mula buat slot-slot baru untuk blog aku, macam Celoteh Kak Leha, Diari Kak Jem, Pesan Pak Wan, Edisi Prof Eskenen Uun, Muhasabah, Alam Angker, dan Memori. Dari slot-slot ni, senang sikit viewers nak baca entry-entry lain dalam slot-slot ni. Sistematik, bak kata nenek aku. Hehehe... Tiap dari slot ni, ada enry yang memang meletop macam popcorn; macam Ini Satu Amaran!!!, Balik Dari Kubur Bukan Semua Suka Kita, Examophobia ngan Tora, JoJo dan Ding Dang.
Bertemu dengan Zudien ngan Yassin... such great friends, wish they were my classmates... |
Baru-baru ni, aku buat satu entry yang panas lagi mendidih, Kami Tak Tinggal Atas Pokok!!!. Entri ni aku buat bila ramai kawan-kawan aku yang belajar kat negeri-negeri lain kat semenanjung ni macam tak diterima, malah dihina, dicaci, dimaki, even orang pandang rendah kat kitorang yang duduk nun kat Borneo sana. Walhal, kata 1 Malaysia, tapi kat mana 1 Malaysianya tu? Ce citer... Ce citer...
This is a farewell from me to my fans.... sob... sob... |
Assalamualaikum, selamat tinggal! (T_T)
-Azwan Lai Azahari-
(19.02.2012, 21:00)
"Walau apapun yang terjadi, aku adalah aku, aku masih lagi aku, dan aku tetap menjadi aku..."
AAA : Sayang sangat kat blog ni... Apapun, aku akan terus menulis! Doakan kejayaan aku yo~
2 comments:
na delete darrr ~~ ;(
takpe... insyaAllah, kalau ada masa ti akan ada balik la legasinya...
Post a Comment