Pages

Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

December 20, 2012

Setia Hingga Hujung Nyawa





Assalamualaikum wbt...

Bagi yang terkeliru baca tajuk kat atas ni, entri ni bukan pasal drama Setia Hujung Nyawa tu ek. Tapi kasih sayang dan cinta seorang suami terhadap isteri dia. Kalau tengok gambar kat bawah ni, memang sedih bila mengenangkan betapa terasanya kehilangan isteri yang sentiasa berada di sisi sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.



Budak Ohsem : this is what we call pure love :')

April 4, 2012

Dunia Semakin Kejam!



Sebelum aku mulakan entry aku ni, jom kita imbau balik 3 peristiwa besar yang pernah menggemparkan dunia dan kesannya dapat dirasa sampailah sekarang...

2004 :
Mayat adik Nurul Huda Abdul Ghani yang dirogol dan seterusnya dibunuh dengan sadis ditemui di pondok pengawal berdekatan rumahnya setelah keluar keluar ke kedai sebelum didapati hilang.

2007:
Mayat adik Nurin Jazlin ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan setelah ditemui di dalam sebuah beg pakaian dan didapati bahawa dia telah dirogol sebelum dibunuh.

2012:
Mayat adik Nurul Nadhirah atau lebih dikenali dengan nama Dirang yang ditemui di kawasan ladang didapati telah dibunuh dan dibakar.

Sebenarnya bukan 3, malah boleh diakatakan hampir setiap bulan ada saja kes kanak-kanak diculik, didera secara seksual, dibunuh, malah ada yang sanggup membakar jasad kanak-kanak yang tidak berdosa. Bayangkan ibu mana yang tidak sedih apabila hanya melihat abu-abu jasad anaknya yang berbaki di lantai walhal beberapa hari sebelumnya kanak-kanak tersebut masih lagi berjasad, dapat dipeluk, dapat dikucup dahinya... tapi kini hanya abunya sahaja yang tinggal?

Nak bawak adik-adik pegi keluar jalan-jalan pun kena fikir dua tiga kali, lagi-lagi tempat yang jauh. Sebagai seorang abang, itu sajalah harta yang aku ada. Bila aku tengok balik muka adik-adik aku yang masih kecik, tak semena-mena air mata aku mengalir. Tanpa dipinta, tanpa dipaksa. Rasa kesian timbul bila mengenangkan sekiranya aku berada di tempat mereka? Adakah aku mampu tabah menghadapi kehilangan adik yang tersayang? Biarlah aku tak ada rumah, tak ada kereta, sebab benda-benda tu semua dapat dicari, tapi adik mana nak cari?

Bila difikir balik, adakah jenayah terhadap kanak-kanak ni diambil mudah oleh pihak berkenaan? Atau hukuman terlalu ringan sampaikan penjenayah sesuka hati mencabut nyawa kanak-kanak yang tak berdosa? Kenapa pula mereka yang masih kecil ini menjadi sasaran? Adakah kerana dendam keluarga? Mahukan wang? Ataupun nafsu semata-mata? Kanak-kanak diculik, kemudian diseksa tanpa belas kasihan. Sadis,sungguh sadis. Ada pula yang sanggup membakar hingga jasad mangsa sukar dikesan. Nauzubillahi minzalik, tak takutkah mereka bahawa Allah sedang memerhatikan perbuatan mereka? Tidak sedarkah mereka adanya malaikat yang ligat mencatat amalan kejahatan yang mereka lakukan?

Mungkin mereka terlepas dari pengadilan dunia, tapi bagaimana pula azab kubur? Pada hari kebangkitan kelak, adakah mereka ingin dicampakkan ke neraka? Tapi masih belum terlambat untuk mereka kembali ke jalan yang sepatutnya. Jangan pula mereka menyesal di saat-saat sakaratulmaut tiba, masa itu sudah terlambat. Apa yang ingin ditegakkan di sini adalah pembelaan terhadap kanak-kanak. Jatuhkan hukuman yang lebih berat supaya menjadi pengajaran buat manusia yang lain.

Bagi yang masih lalai menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa, yang selama ini tidak mengambil endah tentang anak mereka, di mana mereka berada, bersama siapa, beringatlah sebelum kena. Jangan biarkan tragedi berdarah ini terus menyelubungi atmosfera Malaysia. Wallahualam...

Entri ini merupakan tribute kepada kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada manusia yang tidak bertamadun. Diharap semoga keluarga allahyarham dan allahyarhamah bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang serba besar ini. Saya berharap juga semoga penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Sesungguhnya perbuatan mereka itu terlalu kejam dan sadis. Walaubagaimanapun, saya tetap doakan semoga dibukakan hati mereka untuk bertaubat dan menebus segala dosa yang telah mereka lakukan. Amiinnn...

Budak Ohsem : sekarang ni culik anak orang macam hobi pulak dah

March 23, 2012

Siapa Yang Hina Agama Sebenarnya : Kita Atau Mereka?


"Wan, aku mau tanya sama kau nih. Kenapa ada muslim yang tidak sembahyang?"
"Kalau betul maksiat itu salah, kenapa ramai saja yang saya tengok couple pegang-pengang tangan, peluk-peluk kat luar?"
"Kenapa ya ramai yang tak pakai tudung, pakai seksi-seksi, sedangkan agama kamu suruh tutup apa nama benda tu, aurat?"
"Kenapa ya kamu pakai tudung, tak panas ka?"
"

Dialog di atas bukan satu rekaan, mahupun suatu metafora semata-mata, tetapi soalan-soalan yang kerap kali kepada aku. Ini antara soalan yang pernah diajukan kepada aku.

Tiada lagi rasa malu membuat dosa
sumber:rediesh.com

Dari zaman sekolah sampailah sekarang, aku boleh katakan 80% daripada kawan-kawan aku adalah yang non-muslim. Bukannya aku tak nak berkawan dengan orang yang seagama, tapi aku nak tau dari sisi mereka ni apa yang mereka tahu tentang Islam. Apa persepsi mereka terhadap Islam itu sendiri. Jangan terkejut bila aku cakap yang kebanyakan dariapda mereka  (mostly dari Sabah dan Sarawak) dah biasa dengan cara hidup Islam. Bertudung, tutup aurat, baca Al-Quran, baca sirah nabi terdahulu, even ada yang cuba-cuba untuk berpuasa. Kita yang muslim ni, ada ke? Solat entah ke mana, curi-curi makan masa puasa, pakai pakaian yang jarang dan sendat hingga nampak segala, Al-Quran dibiarkan berhabuk tidak dibaca, sirah nabi pula pernahkah mereka mengetahui akannya?

Anak muda semakin lalai dengan keseronokan dunia
Ada certain-certain muslim sekarang ni tak ubah hidupnya macam orang takde agama. Apesal lak aku cakap macam tu? Sebab, ramai yang hidup liar, buat maksiat, buang masa, buat benda-benda lagha, dah tu berzina. Mula lah berjinak dengan air kencing syaitan. Bila nyawa dah tersekat kat kerongkong, baru teringat nak taubat. Last-last, tak sempat nak mengucap. Kan tak pasal-pasal kena seksa kubur. Nauzubillahiminzalik, mudah-mudahan kita semua dijauhi dari perkara-perkara tersebut.


Astagfirullahalazim, bila akal fikiran dipengaruhi syaitan
sumber: Facebook

Bila orang lain hina agama Islam, kita bukan kemain lagi marah, lagi-lagi yang 'muslim atas IC' ni tadi. Ye la, at least ada la rasa marah mereka bila agama mereka dimain-mainkan kan. Aku pernah ajukan soalan kepada yang non-muslim, apakah mereka ini dibenarkan untuk menghina agama lain? Jawapan mereka...

Memang mana-mana agama pun takkan benarkan menghina agama lain sebab akan menyebabkan hilangnya kedamaian dan keamanan manusia. Saya pun marah ada yang tak tahu untuk hormat agama lain ni. Tapi kamu tak sedar ke, ada orang kamu sendiri yang sedang menghina agama kamu? Buat maksiat, buang bayi, buang masa, mabuk-mabuk, isap dadah, kaki samseng, murtad, kasi bakar itu Quran, yang buat itu bukankah majoritinya orang kamu sendiri ke? Yang tua pula, ramai yang pergi disko. Itu yang kami tengok la, kamu jangan marah la, tapi ini memang betul-betul terjadi. Kamu sendiri boleh tengok...


Aku hanya terdiam mendengar jawapan itu,memang ada benarnya. Mereka yang menghina agama Islam itu kebanyakannya orang Islam yang telah murtad, yang telah kecewa dengan Islam. Jangan dilupa, golongan Black Metal dan  JIT (Jangan Ikut Tuhan) yang tunduk pada 'Tuhan' Iblis yang diagung-agungkan. Maka selebihnya pula hanyalah muslim yang kurang didikan agama dari keluarga, ataupun telah dikaburkan dengan nikmat duniawi semata-mata. Dunia yang dikejar, akhirat terus dibuang jauh-jauh dari jiwa mereka. Ajaran Islam seakan-akan diperlekehkan bak dedaun yang bertebaran di jalanan, larangan agama juga yang dibuatnya dengan penuh rasa riak dan bangga. Bukankah ini sebenarnya satu penghinaan?

Terkejut? Jangan terkejut, inilah relaitinya sekarang...
Sumber:  ohduniaku.com

Di laman sosial seperti  blog, Twitter dan Facebook menjadi medan orang ramai yang memperlehkan agama Islam. Ada yang bangga mengaku mereka ini murtad, malah diberitahu kepada seantero dunia DIA TELAH KELUAR DARI ISLAM! DIA SUDAH BEBAS! Apa benar begitu, walhal seksaan kubur sedang menanti, tidak sabar-sabar untuk menerima 'mangsa' yang alpa dengan Tuhannya yang satu. Ada pula yang menghina azan, seolah-olah tidak pernah diajar oleh keluarga.

Masih ingat dengan Makcik Sitt Al-Wuzara?
sumber: ohduniaku.com

Disko, kelab malam, rumah pelacuran  'berkembang maju' di negara tercinta. Arak dan kondom dijual seperti menjual jajan merata-rata. Maksiat pula seolah-olah dihalalkan dinegara yang dikatakan sebuah negara Islam ini. Zina semakin menular. Malam ambang tahun baru dan ambang merdeka menjadi tarikh keramat iaitu permulaan kepada lahirnya generasi anak luar nikah. Akhirnya, yang menjadi mangsa siapa, mereka? Sudahlah membuat onar dan zina, kemudian, menyebabkan anak yang entah siapa ayahnya pula dicaci dan dihina masyarakat. Sudah berapa banyak dosa yang dikumpulkan di situ? Astaghfirullahalazim...

Satu persoalan yang ingin ditanyakan kepada anda...

Siapa yang menghina agama sebenarnya, kita sendiri atau mereka???

Fikir-fikirkan, renung-renungkan. Mohon maaf sekiranya entri saya ini agak keterlaluan. Saya hanya ingin berkongsi pendapat saya. Semua yang baik itu datang dari Allah SWT, dan apa yang buruk itu atas kekurangan diri saya sendiri. Wallahualam...

Budak Ohsem: orang sekarang lebih dengar cakap syaitan berbanding Tuhan

February 19, 2012

Berakhirnya Sebuah Ekspresi


Assalamualaikum semua...

Ni adalah entri yang terakhir dari seorang insan bernama Azwan Lai Azahari. Sedar tak sedar, dah empat taun dah aku ternak blog aku ni. Dari tak tau apa-apa taun 2009 dulu, sampailah penuh tangki otak dengan idea sekarang ni (2012). Dan sebenarnya, hari ni adalah hari jadi yang keempat blog aku. Yeay... Happy birthday to you, dear. Tapi, apakan daya, semua dah tertulis kat whiteboard, storyboard, dashboard dan sebagainya, dah tiba masanya untuk aku matikan blog Aku Adalah Aku ni.

Dalam masa 4 taun ni, banyak kali jugak blog aku ni bersalin kulit. Kesian pulak tengok dia nih. Pada mulanya, aku buat blog pun sebab nak publishkan aku punya penulisan kreatif; cerpen, novel, puisi. Tapi lama-kelamaan, misi aku menjadi lebih besar - share apa yang aku rasa, aku tahu kat semua orang, tak kisahlah orang nak amik tau ke tak. Dari saat tu, followers bertambah semakin ramai, trafik pun makin lama makin naik. Sampailah ke hari ni, aku sangat bangga sekali dengan pencapaian yang dah aku kecapi.

Antara header terawal...
Yang paling aku enjoy tulis ialah pasal kisah cinta bersegi-segi antara Mail Lambung, Acai dan Zila Bakar Rin, tak lain tak bukan Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti satu-satunya telenovela yang bersiri-siri sampai 5 siri. Twilight Saga pun kalah tau. Tapi nampak gayanya 2 siri terakhirtak sempat aku nak habiskan, sebab terlampau busy sangat. Takpe, nanti adalah aku publish kat fb tu. Hehehe...

Pastu, ada satu lagi cerita pasal budak perempuan nak ngorat budak laki kat sekolah. Memang lawak la. Dapat idea pun sebab ada pengalaman kat sekolah dulu, i mean bukan aku yang jadi mangsa tapi kawan-kawan yang lain. Kisah Memo Cinta ni memang menarik la, sebab sikit sebanyak kita tau modus operandi yang budak-budak perempuan ni gunakan untuk pikat budak laki, lagi real tak macam yang selalu dimomokkan dalam drama tv tu. Sikit-sikit gedik, sikit-sikit gedik. Tapi dalam kisah ni, semua spesis awek ada.

Kat sini la aku ekspresikan semua idea dan isi hati aku,
Ada banyak novel, cerpen, puisi yang aku hasilkan dalam blog ni. Antara yang aku suka, Yang Halal UntukmuMaafkan Aku Sahabat ngan Hati Mukmin Pasti Menangis. Lepas ni kena la copy paste balik dalam Word, mana tau aku nak bukukan ke, share kat Facebook ke, apa ke kan. Ada sekali tu, ada satu syarikat penerbitan (aku lupa tah nama dia, yang pasti aku pernah tengok buku yang dipublished syarikat ni). Dia macam tengah usha aku punya penulisan, masa tu pulak aku tengah ligat buat cerpen, novel pendek dan yang sewaktu dengannya. Kalau betul diorang nak offer aku jadi penulis diorang, boleh gak. Dapat cari duit lebih. Hehehe...

Apa lagi ek, oh ya... Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas, aku buat segmen tribute pasal Mat Luthfi  ngan Anwar Hadi. Tak kenal? Ala... yang vloggers yang hot kat Malaysia ni, even diorang belajar kat negera omputeh sana, tapi diorang tetap tak lupa bahasa asal, stil dengan loghat pekat utara lagi. Cheq habag kat hang.. Eh, terlebih sudaaa...Aku teringin nak jadi macam diorang satu hari nanti. Macam Anwar Hadi tu, pelajar IPG tu, boleh je main vlogging nih. Kan? Kan?

Masa kena virus ni, memang FUUUUU betul la...
Masa yang membuatkan aku panas hati tak lain tak bukan kena serang virus. Memang macam orang gila aku dibuatnya. Tak tentu hala, tak tentu arah, tak tentu nak waras, senang citer. Makan tak kenyang, walhal dah bermangkuk-mangkuk aku telan, berak tak lawas walaupun dah sejam aku teran, tidur meracau-racau walaupun dah dikejut beberapa kali. Bila dah bukak beberapa blog yang pernah mengidap penyakit yang sama macam aku ni, so aku pun buat reference kat blog diorang, memang membantu! At last, blog aku pulih semula. Tak guna tol punya spammers!

Mula dari taun lepas, aku mula buat slot-slot baru untuk blog aku, macam Celoteh Kak Leha, Diari Kak Jem,  Pesan Pak Wan, Edisi Prof Eskenen Uun, Muhasabah, Alam Angker, dan Memori. Dari slot-slot ni, senang sikit viewers nak baca entry-entry lain dalam slot-slot ni. Sistematik, bak kata nenek aku. Hehehe... Tiap dari slot ni, ada enry yang memang meletop macam popcorn; macam Ini Satu Amaran!!!, Balik Dari Kubur Bukan Semua Suka KitaExamophobia ngan Tora, JoJo dan Ding Dang.

Bertemu dengan Zudien ngan Yassin... such great friends, wish they were my classmates...
 Yang paling best sekali aku rasa bila jadi blogger ni, aku dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain. Ramai yang komen, tak kira yang bernama, mahupun 'insan tak ingin dikenali'. Kawan-kawan kat fb pun ramai yang singgah, sampaikan kitorang plan nak jumpa ni. Jumpa dengan 2 sahabat fb pada permulaannya (credit to Aldzarfiq sebab kenalkan aku kat diorang nih), pastu saling komen-mengomen kat blog satu sama lain sampailah ke pertemuan eksklusif kitorang kat Mid Valley. Sekarang ni dah jadi kawan, but untuk jadi best buddy tu belum lagi la. Not reach at that point yet.

Baru-baru ni, aku buat satu entry yang panas lagi mendidih, Kami Tak Tinggal Atas Pokok!!!. Entri ni aku buat bila ramai kawan-kawan aku yang belajar kat negeri-negeri lain kat semenanjung ni macam tak diterima, malah dihina, dicaci, dimaki, even orang pandang rendah kat kitorang yang duduk nun kat Borneo sana. Walhal, kata 1 Malaysia, tapi kat mana 1 Malaysianya tu? Ce citer... Ce citer...

This is a farewell from me to my fans.... sob... sob...
OK la, takleh nak cakap banyak sangat, nanti bertambah sayang pulak aku nak delete blog ni. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang semua; tak kiralah yang setakat jadi follower je ke, jadi reader je ke, atau pengomen je ke, semuanya aku hargai. Semoga hidup korang semua ceria sentiasa kerana mulai esok, tiada lagi blog bernama AKU ADALAH AKU...
Assalamualaikum, selamat tinggal! (T_T)

-Azwan Lai Azahari-
(19.02.2012, 21:00)

"Walau apapun yang terjadi, aku adalah aku, aku masih lagi aku, dan aku tetap menjadi aku..."

AAA : Sayang sangat kat blog ni... Apapun, aku akan terus menulis! Doakan kejayaan aku yo~

January 5, 2012

Novelog : Ruang Hati [Bab 2]



Sedari tadi dia cuba untuk tidur, namun tidak berjaya.  Kegelapan malam sudah semakin pekat namun matanya masih lagi celik dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk lelap.  Adik kesayangannya, Aqmal sudah lena tidur di sebelahnya. Zahara kelihatan comel apabila tidur , bantal peluk Angry Bird dipeluk erat. Sesekali terpancar senyuman sekilas di bibirnya. Mimpi indah agaknya, getus Fatin sendirian.

Rambut si cilik diusap perlahan. Wajahnya yang putih mulus dan . Senyuman pendek terukir di bibir, tiba-tiba air mata yang mula menuruni pipinya. Kening dikerut sedikit menandakan dia mengalami mimpi buruk.  Aqmal tersedar dari lena lalu mula menangis.Fatin yang yang baru sahaja angkat kaki kembali di sisi adiknya yang merengek kecil. Lagu ‘Bunga Matahari’ mengiringi dodoiannya. Mata si cilik mula terpejam rapat dan kembali lena dibuai mimpi. Fatin menguap beberapa kali, sudah tiba masanya untuk tidur. Kuliah akan bermula awal esok pagi.

Sony Galaxy yang terletak kemas di atas meja lampu dibelek-belek. Beberapa kali inbox dibuka, kalau-kalau ada sebarang mesej diterima. Dia mendengus hampa, lantas  handphone diletakkan kembali. Beberapa saat kemudian, handphone dicapai sekali lagi namun hampa, tiada mesej balas yang diterima. Maybe dia dah tak nak aku lagi dah, getusnya sendirian.

Dia tidak menyalahkan Irwan sekiranya dirinya ditolak. Bukan dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengannya suatu ketika dulu. Mereka berdua bertemu buat kali pertama empat tahun yang lalu. Itupun pertemuan mereka hanya sebentar, semasa menjemput abangnya pada hari terakhir persekolahan abang sulungnya selepas selesainya peperiksaan SPM. Pada masa itu, abangnya duduk sebilik dengan Irwan.

Beberapa hari kemudian, Fatin meminta nombor telefon Iwan untuk dihubungi. Pada mulanya mereka hanya berbalas SMS, lama-kelamaan mereka mula bergayut dan akhirnya sering berjumpa dan keluar berjalan bersama. Walaupun perbezaan umur mereka adalah empat tahun, namun mereka tampak bahagia. Bagi keluarganya pula, tiada halangan memandangkan mereka sudah mengenali Iwan dari luar dan dalam. Abangnya pula kawan rapat kepada Irwan, jadi tiada masalah bagi Iwan untuk mendekati Fatin kerana abangnya sudah mengenali Iwan di bangku sekolah lagi. Mereka sering meluangkan masa bersama terutamanya waktu cuti sekolah.

Sudah adat orang bercinta, bukan semua hubungan akan berkahir dengan kebahagiaan. Keutuhan hubungan mereka sekali lagi diuji dengan kehadiran orang ketiga. Jejaka yang selama ini menunggu masa untuk meluahkan perasaannya kepada Fatin kecewa kerana Irwan terlebih dahulu memulakan langkahnya sedengkan dia belajar sekelas dengan Fatin. Sebenarnya, bukan Fatin tidak menyedari akan tindak tanduk Justin yang memang jelas amat menyukainya, namun dia menunggu Justin untuk meluahkan perasaannya dihadapannya sendiri. Apakan daya, Iwan tiba-tiba hadir dalam hidupnya menyebabkan bayangan Justin semakin samar dalam ingatannya dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Namun, Justin tidak mengalah begitu sahaja. Di saat hubungan mereka berdua dilanda badai, Justin muncul untuk berada di sisi Fatin sepanjang masa. Tambahan pula, keluarga Justin dan keluarga Fatin amat mengenali antara satu sama lain memandangkan mereka pernah hidup berjiran suatu ketika dahulu. Ini menambahakan lagi bahang di dada Irwan. Hubungan mereka ibarat retak menanti belah. Setiap masa Irwan merasakan dia seakan-akan dikhianati. Fatin pula seringkali menumpahkan kaca jernih kerana begitu terasa sakit jiwa dan raganya. Akhirnya, Fatin jatuh sakit namun tiada kelibat Irwan langsung di sisinya. Yang ada hanyalah Justin, jejaka yang memendam perasaan terhadapnya selama ini.

Justin pula semakin menunjukkan belangnya. Dia berusaha sebaik mungkin asalkan Fatin dan Irwan putus, walau dengan apa cara sekalipun! Dia mula menghasut Fatin untuk meninggalkan Irwan. Dia juga memburuk-burukkan Irwan di hadapan sepupu dan kawan rapat Fatin.  Irwan pula sengaja disakitkan hatinya dengan satira bahagia mereka berdua, kononnya. Tidak cukup dengan itu, dia dicemuh dan dihina secukup-cukupnya oleh kawan-kawan dan sepupu Fatin.  Fatin yang termakan dengan hasutan Justin mengambil keputusan yang pasti akan disesalinya seumur hidup, iaitu putus dengan Irwan. Irwan hanya menerima keputusan tersebut dengan redha dan sabar. Bukan dia tidak mahu memujuk Fatin untuk menimbang semula keputusannya, tapi perasaannya terhadap Fatin semakin hari semakin pudar kerana terlalu banyak disakiti. Akhirnya, Irwan membawa diri untuk menenangkan diri yang kecewa.

Justin adalah orang yang paling gembira sekali kerana rancangannya sudah berjaya, tiada lagi dinding yang menghalangnya untuk mendekati Fatin yang kini sudah single! Dia mula mendekati Fatin di saat Fatin berasa tawar hati untuk berpacaran semula. Justin sentiasa ada di sisinya hampir sepanjang masa. Dialah pakar motivasi, dialah penasihat peribadi, dialah pak lawak, dialah pendengar masalah, dialah teman menangis. Fatin mula berasa terharu dengan apa yang dilakukannya. Sedikit demi sedikit, hatinya mula terbuka untuk menerima Justin di dalam hatinya. Fatin telah berubah sepenuhnya, daripada seorang yang sentiasa berlinangan air mata, akhirnya menjadi seorang gadis yang sentiasa tersenyum. Beberapa bulan kemudian, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

Alangkah malang nasib Fatin apabila hubungan mereka Cuma bertahan selama tiga bulan sahaja. Justin telah berlaku curang di belakangnya. Yang tambah memeritkan, bukan dia sahaja yang menjadi mangsa penipuan si palayboy itu, tapi ramai lagi rakan-rakan sekolah yang lain. Akhirnya, rahsia telah terbongkar. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Justin melainkan melepaskan Fatin. Dia merasa sungguh geram kerana Fatin satu-satunya gadis yang benar-benar dia cintai. Apakan daya, semuanya sudah terlambat.

Setahun lebih lamanya Fatin mencari Irwan. Semua kawan-kawan rapat dihubungi namun tiada siapa yang tahu di mana Irwan berada. Dia pernah cuba untuk menjejaki Irwan di Facebook dan Twitter, namun gagal. Sehinggalah suatu hari ...

“Atin, ni nombor baru Wan. Sepatutnya abang tak boleh bagi kat Atin. Tapi bila tengok Atin macam ni, kesian pulak abang tengok. Nah, mesej la dia, mana tahu hati dia masih terbuka buat Atin.”
“Terima kasih abang!”

“All the best, lil sis!”

Gembira di hati bukan kepalang. Senyuman lantas terukir di pipi menampakkan lesung pipit yang comel sekali. Apa tidaknya, rindu yang tertahan selama ini  akhirnya terubat jua.


[bersambung...]

January 3, 2012

Novelog : Ruang Hati [Bab 1]



Samsung Galaxy dibelek-belek sedari tadi. Terpancar riak resah di wajahnya. SMS yang diterimanya sebentar tadi benar-benar mengganggu fikirannya kini.  Pandangan yang kosong dilontarkan ke luar balkoni apartmen mewahnya. Warna-warni cahaya kota ternyata tidak dapat mengalihkan perhatiannya. Hatinya kini semakin resah.
Assalamualaikum. Abang, Fatin dah cuba nak lupakan abang, tapi entahlah. Fatin tetap tak dapat nak lupakan abang. Fatin tau abang takkan terima Fatin lagi, tapi Fatin Cuma nak bagitau kat abang, Fatin sangat cintakan abang. Walaupun hubungan kita hanya sekejap, tapi abang dah berjaya ubah Fatin jadi manusia yang berguna.
Ah, kenapa harus aku fikirkan tentang perempuan yang telah melukakan hatiku, getus hatinya. Tidak dinafikan, perasaan kasih dan sayang terhadap bekas kekasihnya itu masih menebal di lubuk hatinya. Tapi perasaan cinta? Perasaan itu sudah lama terkubur bersama-sama memori yang cuba dipadamkan dari halaman hidupnya.
Tittt! Tittt!
Satu lagi pesanan SMS diterimanya. Dengan malasnya  dia membuka inbox dan dia terpaku seketika apabila membaca mesej yang diterima.
Abang, Fatin rindukan abang. Fatin tahu Fatin banyak lukakan hati abang, tapi Fatin harap abang sanggup terima Fatin semula. Mungkin kita dah tak macam dulu lagi, Fatin terima, abang. Fatin terima. Fatin rindukan abang. Boleh tak kita mulakan balik hubungan kita?
Apa? Nak mulakan semula? Fikirannya semakin bercelaru. Sedikit demi sedikit, memori yang telah dibuang sekian lama kembali menerjah fikirannya. Hatinya kini berbelah bagi, sama ada mahu menerima gadis yang pernah meninggalkan sejarah hitam dalam hidupnya ataupun memberikan peluang kepadanya sekali lagi.
Sudah setahun dia hidup bersendirian tanpa teman istimewa di sisi. Melihat rakan-rakannyayang sudah berpunya dan bahagia dengan pasangan masing-masing membuatkan keinginannya untuk bermanja kasih kembali bergelojak. Dan di saat-saat sebegini, bekas kekasih yang ingin dilupakan seumur hidup kembali menghantui hidupnya.
Perlukah dia memberi peluang kepada Fatin? Bagaimana kalau aku terluka lagi? Kami memang serasi ke? Bertubi-tubi soalan hinggap di kepalanya. Hajatnya hendak berehat pada malam ini terbantut gara-gara gadis bernama Fatin itu. Bukan sekali, tetapi dua kali hubungan mereka putus di tengah jalan. Masa mula-mula dahulu Cuma bertahan selama setahun gara-gara kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. Dia terpaksa beralah dan mengundurkan diri kerana terasa diri tidak lagi dihargai.
Beberapa bulan kemudian, dia mendpat tahu yang teman lelaki Fatin telah berlaku curang di belakangnya, membuatkan Fatin tidak keruan dan sering menangis  setiap malam. Atas dasar kasihan, dia kembali ke pangkuan Fatin. Malangnya, hubungan tersebut Cuma bertahan selama tiga bulan. Seakan-akan terkena badi, dia membawa diri kerana terlalu kecewa.  Nampaknya cinta atas dasar kasihan dan simpati tidak mampu menjamin kebahagiaan. 
Masa yang berlalu dirasakan bergerak begitu perlahan.  Jarum jam seakan-akan bergerak dengan lesu, seolah-olah kehaibisan bateri. Dia bersandar lesu di balkoni. Bunyi hiruk-pikuk kota telah bejaya mengalihkan perhatiannya buat seketika. Segala kekusutan yang menyesakkan kepala dilontarkan jauh-jauh dari mindanya.

Handphone dicapai dan jari-jemarinya pantas menaip sesuatu. Mesej yang agak panjang lebar itu dihantar kepada sahabat karibnya. Dia tahu sahabat karibnya itu sentiasa membantunya di kala kesusahan.  
Deringan  lagu  I’ll Never Let You Go Even If I Die dendangan 2AM berkumandang meminta panggilan dijawab. Lantas handphone yang berada di meja dicapai dan panggilan dicapai. Kedengaran suara sahabatnya di hujung talian dengan pelat utara yang pekatnya.
“Hang dah pikiq masak-masak ka? Kalau hang betui-betui sayang kat dia, hang ON saja lah. Aku sokong ja apa keputusan hang.”
"Tapi kan, dia masih muda kot. Masih sekolah pun lagi. Tapi tu la, aku belum ready lagi nak bercinta lagi ni, dah serik dah pun.”
“Kalau lagu tu, hang buatlah keputusan yang patut. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali sudahlah.”
“Ermmm.... oklah. Rasanya aku dahtau jawapannya. Thanks,bro. Assalamualaikum.”

Dia menghembus berat. Badannya dihempas ke atas sofa yang empuk. Terasa ketegangan di tubuhnya sedikit longgar. Kesibukan seharian di sekolah  ditambah pula dengan masalah ini benar-benar membuatkan dirinya penat dan tidak berdaya.  Mata ditutup, cuba untuk tidur buat seketika waktu.
Jam menunjukkan pukul 11 malam.  Masa untuk melelapkan mata yang sudah kepenatan setelah seharian berjaga. Badan sakit-sakit menandakan sudah tiba masanya untuk berehat. Jika tidak, jatuh sakitlah jawabnya. Badan yang kepenatan dihempaskan ke atas tilam yang empuk. Tanpa disedari, mata terlelap sambil bau lilin aromaterapi yang harum semerbak mengiringi tidur lenanya yang panjang.

[bersambung...]

August 28, 2011

Ramadhan Yang Dulu




Selalu, bila terdengar pukulan gendang dari corong madrasah yang kami gelar ‘nadsah’ setiap Subuh hari, kami semakin merekot dalam selimut. Rasa sejuk ditambah perasaan kantuk melambatkan diri berpisah dari bantal dan tilam kabu. Kami tahu melambatkan Subuh tidak baik. Malah kami juga tahu menarik selimut ketika azan berkumandang samalah seperti menarik gebar kulit babi. Tapi, kanak-kanak yang degil seperti kami selagi kulit babi tidak betul-betul di atas badan kami, maka meneruskan tidur lebih menyenangkan daripada berjemaah Subuh di nadsah.

Sehinggalah badan kami dikutil tangan lembut kakak. Yang menjadi sasaran kutilan paling kuat ialah aku yang paling tua. Manakala Zaidi dan Fuad, melihatkan aku berkerut menahan sakit maka mereka bingkas menuju ke telaga. Rasa kutilan kakak seperti digigit semut dan kadangkala seperti dicucuk jarum. Berdenyut-denyut. Ketika kami bertiga, aku, Zaidi dan Fuad berbaris di saf paling belakang, buntutku yang dikutil kakak masih lagi terasa baranya.

Kakak memang garang. Lebih garang daripada emak atau pakcik. Jika ayah masih hidup, garang ayah tidak dapat melebihi kegarangan kakak. “Mengapa kakak kita selalu marah?” “Mukanya cemberut dan masam.” “Ah! Kakak seperti burung kakak tua, asyiknya berleter sahaja,” balasku menambahkah tuduhan Zaidi dan Fuad terhadap kakak. “Aku tahu kenapa?” Zaidi gelak-gelak kemudian membisik ke telinga Fuad, selepas itu Fuad berdekah lebih kuat daripada Zaidi sehingga pangkin di bawah pohon bergegar. Aku jadi tidak sabar. “Kenapa? Kenapa?” tanyaku. “Nanti kau marah, ini tentang kakak,” balas Fuad. Barangkali kerana kakak adalah saudara kandungku seibu dan sebapa, mereka ralat. Sedang Zaidi dan Fuad adalah anak ibu dengan pakcik, iaitu adik-adik tiri aku dan kakak. “Kamu bercakap seperti dia bukan kakak kamu berdua,” balasku. Zaidi dan Fuad tersengih lalu saling menjeling. “Kaulah cakap.” Zaidi menguis Fuad. “Kaulah..” balas Fuad. Aku mulai rimas. “Cakappp!” tekanku kuat sehingga Zaidi tidak berpeluang berahsia lagi. “Kakak tu umurnya sudah 20-an, bukankah dah lanjut? Di kampung kita ni mana ada anak dara setuanya, semuanya dah berkahwin.” “Lalu?” aku mencenung Fuad. Sebenarya, ramai lagi anak-anak dara di kampung kami tetapi apabila menjangkau usia belasan tahun, masing-masing berumahtangga kecuali kakak. “Kakak dapat penyakit ‘andartu’ sebab tu dia garang,” tambah Fuad. “Andartu ialah anak dara tua. Kakak anak dara tua yang tak laku,” kata Zaidi pula. “Hahahaa..” aku ketawa paling kuat. “Kasihan kakak..” kata kami bertiga serentak.

Musim Ramadan paling kami nantikan. Sejujurnya, walaupun umurku sudah menjangkau 13 tahun tetapi aku tidak pernah berpuasa penuh. Namun ibu dan kakak tidak pernah tahu kerana aku hanya meneguk air kala mengambil wudhuk terutama waktu Zohor. Pulang dari sekolah, kami tidur terlentang di beranda rumah kemudian kakak datang membawa rotan sambil menyuruh kami menukar pakaian sekolah dahulu. “Tak ada guna kamu bertiga puasa jika tinggalkan sembahyang,” kata kakak. Kerana takutkan rotan kakak (kakak benar-benar akan merotan sesungguh hatinya) kami mengekor arahan kakak. Aku sudah sedikit bertenaga selepas minum seteguk dua air kolah dan tidak bercadang menyambung tidur lagi.


bazar ramadan

Petang-petang, kami berlari ke simpang jalan melihat juadah makanan yang dijual beraneka jenis. Di tangan kami ada syiling 50 sen yang diberikan oleh pakcik sebagai upah berpuasa pada hari itu. “Tak payah belilah makanan tu, yang di rumah inipun banyak,” kata kakak. Kami mencebik. Kakak tidak pernah bersetuju dengan kami. Biarlah, duit kami, bukan duit kakak, bisikku sekadar dalam hati (kerana takut pada kakak). Di sana, ada kuih apam, badak berendam, murtabak, karipap, buah Melaka, tepung pelita, lopeh, masalodeh, bihun goreng, laksa dan lain-lain. Aku paling liur melihat sate. Walaupun harganya mahal iaitu sebatang 10 sen (berbanding kueh lain harganya hanya 5 sen satu) lalu kubeli tiga cucuk. “Ingat, tiga cucuk ni untuk aku sahaja,” kataku pada Zaidi dan Fuad. “Shh..kalau kau bagi aku secucuk, duit aku boleh digunakan membeli karbaid buat ubat meriam buluh kita,” bisik Zaidi. Kami bersepakat untuk membeli lima cucuk sate, selebihnya duit akan digunakan untuk membeli minyak tanah dan karbaid meriam. “Kenapa lima cucuk?” “Untuk aku, Zaidi, kau, emak dan pakcik,” kataku. “Kakak?” “Ah! Dia makan kuih-kuih di rumah saja,” balasku lagi.

Masuk sahaja waktu berbuka, juadah puasa terhidang memanjang. Emak memasak nasi ulam yang menjadi kegemaran pakcik. Nasi ulam dimakan bersama dengan sayur keladi. Selain itu, ada kueh buah Melaka dan karipap hasil air tangan kakak. “Hari-hari kueh Melaka, bosan!” Entah mengapa, aku berani pula memberontak di hadapan kakak. Matanya membulat. “Lebih baik daripada tak ada makanan,” katanya. Pakcik berdehem membuatkan kami semua diam. Emak menyuakan cucuk sate kepada kakak apabila melihat kakak terkebil-kebil memerhatikan sate masuk ke mulut kami. Agakanku, kakak malu untuk meminta dan lebih rela menahan keinginannya. “Siapa beli mak?” tanya kakak. “Khairil” emak memuncung padaku. “Tak apalah mak, dia beli untuk mak,” balas kakak kemudian tangannya mencapai kueh buah Melaka. Aku menjeling Zaidi, dia menjelingku. Kami senyum sinis di belakang kakak.

Puasa sudah masuk hari kelima belas. Kampung kami mulai meriah dengan pelita minyak tanah. Malam-malam, selepas sembahyang sunat terawih kami mengikut pakcik dan orang-orang tua lain bermarhaban keliling kampung. Waktu itulah peluang aku mengintip anak-anak dara seusiaku yang mengintai kami sebalik tingkap. Agenda main meriam dilakukan ketika jemaah sedang menunaikan solat terawih. Aku, Zaidi dan Fuad hanya sembahyang empat rakaat dan jika rajin enam atau lapan rakaat. Itupun sekadar mengaburkan pandangan pakcik agar dia tidak menghidu aktiviti kami. Kalaulah pakcik tahu, kami bertiga akan ditambatnya di batang pokok nangka.

Di belakang rumah Salim, kami bertiga termasuk Budin dan Salim siap sedia dengan meriam buluh. Salim, anak Imam Zainul pakar meletupkan meriam hingga bergegar pohon-pohon sekeliling rumahnya. Paling menyeronokkan apabila kami terdengar ada para jemaah di nadsah yang melatah termasuk Imam Zainul. Habis bacaannya bercelaru hingga dibantu oleh makmum yang lain. Rupanya, pasukan meriam kami disaingi oleh budak-budak kampung sebelah. Maka, terjadilah perlawanan meriam yang paling kuat. “Cita-cita aku bila besar nanti nak cipta bom pula,” tukas Salim. “Siapa yang kau nak bom tu?” “Aku nak bom rumah Bush, samseng sangat dengan orang Arab,” balas Salim. “Shh..orang Arab tu orang Islam ke?” tanya Zaidi pula. “Mestilah Islam. Kau tak tengok ke mereka pakai jubah dan serban macam di televisyen tu,” kataku pula. “OOO..aku ingat orang Melayu je orang Islam,” kata Zaidi kebodohan. Kemudian kami terus membakar meriam sehingga terdengar alunan zikir dari nadsah menandakan terawih sudah habis.



Kali kelima berlangsungnya aktiviti meletupkan meriam, rahsia kami telah pecah. Ia angkara kakak yang melakukan operasi pengintipan setelah diberitahu oleh musuh-musuh kami dari kampung sebelah. Usai terawih, belum sempat kami menyimpan perisai buluh, minyak tanah dan serbuk karbaid, kami sudah dicerkup jemaah surau termasuk pakcik. “Budak-budak nilah yang kacau sembahyang kita sampai tak khusyuk setiap malam,” kata Haji Husin. Kami sudah terkepung seperti penjenayah ditangkap polis. Tanganku dikilas ke belakang oleh Haji Noh. Tangan Zaidi dan Fuad juga begitu. Salim lebih teruk diheret bapanya, Imam Zainul ke depan rumah. “Kau memalukan ayah!” kata Imam Zainul pada anaknya. “Bawa mereka balik rumah!” arah pakcik pula kepada lelaki-lelaki yang mengilas tangan kami.

Malam itu, pohon-pohon bawah rumah menjadi teman kami. Aku terikat di batang pohon paling hujung dekat dengan dapur. Zaidi dan Fuad di batang pohon ceri. Akulah paling kasihan kerana batang pohon kelapa langsung tiada daun dan gondol terpacak. Maka, yang memayungiku ialah bintang-bintang di langit dan bulan separa penuh. Mujurlah kami sempat menyucuh sumbu pelita sekeliling rumah membuatkan malam tidak begitu kelam di bawah pohon. Manusia yang paling aku dendami ialah kakak. Dialah punca kami disiksa sebegini kejam oleh pakcik dan menyebabkan air mata emak luruh kerana kasihankan kami, anak-anak lelakinya. “Sudahlah ayahnya, lepaskanlah anak-anak kita ni,” rayu emak. “Biarkan mereka sejuk bawah pohon tu, kalau tak didenda begini, jahatnya makin menjadi-jadi,” kata pakcik.

Zaidi dan Fuad sudah terkulai layu, tertidur sambil tangan terikat ke belakang. Rupa mereka tidak ubah seperti penjenayah yang mati di tali gantung. Aku tidak dapat melelapkan mata setelah mataku bakup dek tangisan. Puas sudah aku menjerit dan merayu pada pakcik tetapi degil pakcik melebihi jeritanku. Nyamuk-nyamuk sudah melihat aku sebagai bangkai yang enak darahnya. Sejuk. Nyamuk. Perit. Semuanya bersatu menyeksa diriku. Tuhan! Bantulah hamba-Mu. Aku berjanji tidak akan menjadi budak yang nakal lagi, doaku dalam hati.

“Cepat naik atas rumah,” bisik suara halus tepi telingaku. Rupanya, kakak telah merungkai tali yang melilit tangan kami dan memimpin Fuad dan Zaidi naik ke rumah. Kakak cuba memegang tanganku namun cepat kutepis. Mengapa baharu sekarang dia bersimpati pada kami? Mengapa kakak tidak membiarkan kami mati kesejukan dahulu baharu datang membantu? Aku masuk ke dalam bilik. Sebelum melelapkan mata, aku menangis lagi dan aku tahu, kakak di bilik sebelah juga turut menangis. Mengapa kakak perlu menangis?

Esoknya, tanggal 17 Ramadan, aku demam panas. Kala itu, aku benar-benar tidak berupaya untuk berpuasa (walaupun setiap hari aku meneguk air kolah ketika berwudhuk). Tubuhku lemah dan hanya terbaring atas tilam. Zaidi dan Fuad bernasib baik kerana mereka hanya mendapat selsema. Pakcik masuk ke bilikku, “Aku harap kau tak ulangi lagi kenakalanmu. Memang denda semalam setimpal dengan perangaimu Khairil,” kata pakcik. Aku meneguk liur. Aku tidak marahkan pakcik. Yang aku marahkan ialah kakak. Mulut besarnya menyebabkan aku menderita dua hari ini. Walau bagaimanapun, sejak aku demam kakaklah yang menjaga aku siang dan malam. Mulanya aku meluat tetapi melihatkan kakak tidak banyak bercakap, aku membiarkan saja dia melumur tubuhku dengan air daun bunga raya juga menempek asam jawa atas kepalaku. Kakak memicit tubuhku, merenggangkan jemariku dan menyuap bubur ke mulutku. “Khairil, kau jangan nakal lagi ya.” Aku diam, menelan bubur yang disuap kakak. “Kau jangan nakal,” ulang kakak lagi. “Kau dah besar, kau tak boleh nakal,” kata kakak. Hatiku mulai panas. Sudah-sudahlah dia berpesan padaku. Memang aku telah berjanji tidak akan mengganggu jemaah di surau lagi. Janji itu kukuh tatkala melihat wajah pakcik dan emak. “Arwah ayah pesan pada kakak, jaga kau baik-baik dan jangan biar kau jadi budak nakal. Kau sorang sahaja adikku seibu dan sebapa,” kata kakak sebelum keluar. Barangkali dia tidak mahu air matanya tumpah di depanku.

Ramadan sekejap berlalu. Yang paling menggembirakan kami ialah dapat memakai baju melayu dan songkok baru. Pakcik akan menyewa kereta membawa kami ke pekan untuk membeli pakaian dan peralatan hari raya. Rupanya, emak membeli begitu banyak barang termasuk kain langsir, pinggan mangkuk kaca juga tikar. “Rumah kita akan sambut kenduri besar.” “Kenduri siapa?” soal kami. “Kakak akan berkahwin,” kata emak. Aku, Zaidi dan Fuad membulatkan mata.

Kakak telah dibawa pergi oleh suaminya pada hari raya kedua. Tanpa kakak, rumah kami rasa kurang. Sejak itulah, aku mulai merasakan kakak begitu penting dalam hidup kami.

---------------------------------------------------------------------------

Takbir Syawal telah berlalu. Madrasah yang dulu masih agam menerima jemaah. Cuma sebelah kawasan madrasah yang dulunya kosong kini mengisi jasad-jasad tanpa nyawa.


entah bila 'waktu' itu menemui kita...


“Ayah..!” Aku menoleh. Zakaria mampir menggenggam tanganku. ”Ibu tunggu lama dalam kereta. Adik panas,” kata Zakaria. Aku meraup muka. Pusara kakak di hadapanku basah disiram air mawar yang dibawa kami. Ramadan yang dulu tidak serupa sekarang kerana kakak sudah pulang meninggalkan seluruh kenangan untuk di kenang.

Hati Mukmin Pasti Menangis





Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.



Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

August 23, 2011

Cinta Si Playboy Itu




Zaman remaja sememangnya zaman yang indah dan bahagia buat dia. Zaman di mana dia dipuja dan dipandang tinggi oleh wanita-wanita di sekelilingnya. Dia tersenyum bangga. Berbekalkan wajah yang sempurna, ketinggian yang mantap dan bentuk tubuh yang bisa menambat hati gadis-gadis, dia begitu selesa dengan kehidupannya. Hatinya kini milik seribu wanita yang bergelar 'hawa'.

Untuk apa dia setia? Sedangkan rakan-rakannya yang lain kerap dipermainkan wanita walaupun mereka setia. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk teman wanita, akhirnya apabila sudah kopak, gadis tersebut meninggalkan mereka terkontang-kanting. Dia sendiri pun apa kurangnya. Sudah dua kali dia dicurangi makhluk yang bergelar kaum hawa itu walaupun dia telah korbankan segala kesetiaan dan kepercayaan kepada mereka.

Sudah dua kali juga dia menetapkan bahawa merekalah yang bakal menjadi permaisuri hidupnya tetapi sesungguhnya semua itu hanyalah sia-sia. Sekarang dia tersenyum puas. Puas kerana dapat mempermainkan hati lima gadis serentak! Dania, Ida, Zurin, Rushaida dan Lisya semuanya dia taburkan dengan janji-janji dan kasih sayang palsu. Andai salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati pun dia tidak peduli. Asalkan dia bahagia melihat gadis-gadis tersebut terulit dibuai janji kosong.

Cuaca pagi itu tenang dan damai. Burung-burung bahagia berkicauan. 'Mungkin burung-burung tu pun bahagia sebab ramai awek,' bisik hati kecilnya. Dia tersenyum riang. Hari ini merupakan hari pendaftaran degree untuk pelajar junior. Jika bernasib baik, mungkin akan adalah seorang 'awek' cun tersangkut kat dia lagi. Sedang dia berdiri memerhati gerak-geri junior-junior yang kebanyakannya comel-comel belaka, pandangannya terhenti kepada salah seorang gadis ayu yang sedang duduk memerhatikan jam tangan di tepi kaunter pendaftaran kolej kediaman. Di dalam hatinya, itulah gadis yang bakal menjadi mangsanya seterusnya.


Sejak hari pendaftaran itu, dia bersungguh-sungguh mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai gadis tersebut daripada rakan-rakannya dan junior. Hatinya menjadi lebih panas apabila mendapat tahu bahawa gadis tersebut merupakan seorang gadis yang sering mempermainkan perasaan lelaki. Hatinya melonjak untuk mengenali gadis tersebut agar dia dapat mempermainkan gadis tersebut pula! Dia cuba memulakan langkah untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Dia mengatur ayat-ayat manisnya yang sememangnya tidak pernah gagal menjerat hati seorang gadis. Setelah seminggu lebih menjengah khabar berita daripada rakan-rakan dan junior, dia berjaya juga mengetahui serba sedikit tentang gadis itu.

Namanya tidaklah seglamour wajahnya. Bukan Aleesya, Aleefa atau Natasya. Nama-nama tersebut adalah nama-nama biasa gadis-gadis cun yang dikenalinya selama ini. Tetapi kali ini, nama gadis yang cuba dikenalinya ini sungguh dalam maknanya. Gadis yang bernama Halimahtussaadiyah ini berasal dari Selangor. Setelah menaburkan ayat-ayat manis seperti biasa, tepat pada tarikh 8 Julai 2004, termaktublah bahawa mereka secara rasmi sudah menjadi sepasang kekasih.

Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Dengan termeterainya perhubungan itu, niat yang pada mulanya berunsur khianat telah bertukar sepenuhnya. Perkenalan itu menjadikan mereka kenal akan erti kesetiaan, kasih sayang dan cinta. Tiada lagi istilah playboy dan playgurl dalam diri mereka. Tiada lagi istilah curang, khianat atau mempermainkan hati masing-masing. Dia telah pun memohon ampun dan maaf kepada bekas-bekas kekasihnya di saat zaman playboy nya dahulu. Hatinya kini terpaut kepada Halimahtussaadiyah seorang dan dia tidak berniat untuk bermain-main lagi dalam percintaan.

Episod-episod bahagia telah menjengah hari-hari mereka berdua. Dia yakin pada kata hati bahawa Halimahtussaadiyah lah yang sebenar-sebenarnya jodoh kurniaan Allah S.W.T baginya. Mereka bagaikan belangkas. Ke mana sahaja pasti bersama.

Tetapi lama kelamaan perkara ini menjadi masalah buat mereka. Akibat selalu kelihatan berdua-duaan, mereka telah dipanggil oleh jawatankuasa perwakilan Persatuan Rohani IPTA. Ketika itu mereka tersedar bahawa mereka telah melakukan dosa yang menghampiri fitnah dan zina. Walaupun setakat ini, mereka masih mengawal perilaku mereka, perkara sebegini masih haram di dalam Islam. Sedangkan ber-couple itu juga adalah haram apatah lagi berdua-duaan. Astagfirullahalazim!

Namun mereka sudah terlalu mencintai antara satu sama lain. Setelah berbincang dengan ibu bapa masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk bertunang dan bernikah. Bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapa pada mulanya namun, mereka tetap bersungguh agar tidak dipisahkan. Maka, tanggal 3 September 2005, mereka pun bertunang. Ketika majlis pertunangan dilangsungkan, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memilih tarikh pernikahan pada bulan Disember 2005 iaitu pada tahun yang sama agar dapat mempercepatkan urusan membina masjid tersebut. Selepas bertunang, mereka semakin menjaga batas pergaulan mereka. Mereka tidak lagi kerap berjumpa kecuali jika terdapat urusan-urusan penting yang terpaksa mereka selesaikan bersama. Namun di dalam hati, masing-masing terasa sangat berdebar-debar menanti ketibaan hari yang ditunggu-tunggu.

Tetapi kata orang, kita cuma mampu merancang. Allah juga yang Maha Menentukan. Tanggal 21 September 2005, iaitu hanya beberapa minggu selepas mereka bertunang, hadirlah suatu peristiwa yang tidak akan pernah dia lupakan selamanya. Tarikh itulah, tarikh dimana nyawa Halimatuhsaadiyah diragut kerana kemalangan jalan raya di Lebuhraya Elite sebaik pulang daripada rumahnya kerana terdapat perbincangan mengenai persiapan perkahwinan.

Halimatussaadiyah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur tepat pada jam 9.30 malam itu. Kemalangan ngeri itu telah mengakibatkan gegaran otak yang kuat dan menyebabkan pendarahan di dalam kepalanya. Dia yang turut terlibat di dalam kemalangan tersebut hanya patah kaki dan koma selama beberapa jam namun, oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia tidak dapat hadir ke pengebumian Halimatussadiyah, seorang gadis yang amat dia cintai.

Saat dia sedar daripada koma, soalan pertama yang terbit dibibinya ialah di mana Halimahtussaadiyah dan bagaimana keadaannya? Bagi mengelak kejutan yang teruk dan atas nasihat doktor, ibu bapanya terpaksa menipu dengan mengatakan keadaan Halimahtussaadiyah stabil dan sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Hari ke enam pada bulan Ramadhan, dia akhirnya dikeluarkan daripada hospital. Sepanjang berada di rumah, dia kerap bertanyakan perihal Halimahtussaadiyah namun, ibu bapanya hanya mampu berdiam diri kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini padanya. Akhirnya, ibu bapanya terpaksa meminta bantuan daripada ibu bapa Halimahtussaadiyah untuk membantu mereka memberitahu akan khabar berita bahawa Halimahtussaadiyah telah pun kembali ke rahmatullah dan telahpun selamat dikebumikan.

Sebaik mengetahui bahawa gadis yang dicintainya itu telah pun kembali pada Tuhan yang Maha Esa, hidupnya menjadi semakin tidak keruan. Dia tidak mahu makan, tidak mahu mandi dan asyik menghabiskan waktunya dengan menangis dan meratapi nasib. Hidupnya seakan-akan tidak terurus lagi. Pelajarannya ditinggalkan begitu sahaja.

Tetapi kisah dukanya tidak hanya terhenti di situ. Setelah tiga minggu mengetahui berita bahawa Halimatuhsaadiyah telah meninggalkannya selama-lamanya, dia mengalami masalah hilang ingatan akibat terlalu stress dan terlalu banyak berfikir. Ibu bapanya sudah puas menghantarnya menjalani rawatan di hospital-hospital pakar dan bertemu dengan ustaz-ustaz yang boleh mengubatinya namun masih tidak berhasil. Inilah ujian daripada Allah. Mungkin Allah S.W.T hanya akan mengizinkannya untuk mendapatkan kembali memorinya setelah dia tenang dan redha dengan pemergian Halimatuhsaadiyah.

Alhamdulillah setelah berusaha tanpa jemu, akhirnya pada pertengahan bulan Mac pada tahun 2008, iaitu lebih kurang 2 tahun lebih selepas kejadian tersebut, ingatan dia kembali pulih seperti biasa. Ketika itu, dia telah redha dengan pemergian bekas tunangnya dan berdoa agar roh Halimatuhsaadiyah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..

Sekarang, dia hanya meneruskan kehidupannya seperti biasa walau pedih untuk ditanganinya. Dia pernah bercerita, di dalam mimpinya arwah pernah hadir dan mengucapkan kata-kata yang telah membuatkan dia tersedar dan melaksanakan apa yang sepatutnya dia lakukan. Di dalam mimpi tersebut, arwah telah memintanya agar tidak berterusan bersedih hati dan terus mencapai impian merealisasikan cita-citanya.

Ajaib bukan? Seorang playboy bertukar menjadi seorang yang setia kerana kehendak-Nya. Seorang playboy diuji oleh Allah untuk menghapus dosa-dosanya. Jika selama ini dia menguji hati gadis-gadis yang dipermainkannya, kini hidupnya sarat dengan ujian Allah yang Maha Berkuasa. Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Dipinjamkan oleh-Nya intan permata namun bisa ditarik bila-bila yang dikehendaki-Nya.

August 21, 2011

Abang Tunggu Mak Di Syurga

Hargai & sayangi orang-orang di sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa. Ini merupakan kisah benar dari seorang rakan. Sediakan tisu awal-awal ya...





"Abang,tunggu mak di syurga ya" Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati.

Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.

Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu.

Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa!

Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha.

Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan abang.

Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'!

Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak.

Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011-

Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.

Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah.

Abang sekadar terbaringmerenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. "Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia Abang pada tahun 2007. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. "Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu.

Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...