Pages

August 1, 2011

Surat Cinta Mencarut Tahap Infiniti 2

Inilah adalah surat balas dari Zila kepada kekasihnya (yang selepas itu menjadi ex-nya), Mail Lambung...





Wahai kekanda yang seiras Seth Tan dalam citer Nora Elena setiap Isnin sampai jumaat pukul 7.00 malam di TV3,

Dalam hujan renyai-renyai yang menghentak bumbung rumah , banyangan – bayangan silam kisah percintaan kita berdua ala-ala fatamorgana gitu sentiasa berlegar-legar di kepala Zila, mengalahkan semasa kita berlegar-legar di SOGO sewaktu membeli selipar jepun untuk emak. Kepala Zila tersangatlah pening, mata pula naik juling, cuma pinggang saja yang maintain ramping. Rindu Zilaterhadap sudah tidak tertahan lagi, bak judul lagu Noraniza Idis yang gagal mara ke AJL 24, Hatinya Tak Tahan. Tapi entah kenapa, Zila terasa sunyi tanpa abang. Tiada lagi ringtone Secret Garden berkumandang menandakan panggilan dari kekanda, tiada lagi SMS romantic dari kekanda, yang ada hanyalah request Airtime Share dari adik-adik di kampung. Facebook terasa lengang tanpa pop-up chat dari kekanda, yang ada hanyalah penghantar virus “hi.how r u.wanna laugh?” yang menyesakkan kepala Zila setiap kali online.

Menjelang hari ini, sudah sebulan sudah kita berpisah. Drama Juvana pula baru sahaja tamat semalam. Tapi bukan Daim mahupun Botak yang ingin Zila bincangkan dalam warkah berlagu pilu ini, tetapi mengenai perhubungan kita yang pending sejak sebulan yang lalu. Di wall kekanda masih lagi kekal in relationship with Zila Bakar Rin. Apa yang mampu Zila katakan hanyalah, O M G ! What the fish!!! Almaklumlah, masa tu tengah bakar ikan pari nak dibuat lauk tengah hari. Nanti ayah Zila bising pula taka da menu faveret nya atas meja, nanti tak pasal-pasal Zila kena pegi Mac D beli Prosperity Burger.

Sebenarnya, Zila sendiri pun tidak menyangka bahawa kita akan berpisah dalam keadaan begini . Sesungguhnya ikatan antara kita berdua lebiih erat daripada ikatan ionik antara molekul-molekul cinta pasangan lain. Kita boleh diibaratkan sebagai durian dikopak dua, nak pakai pinang grandma je yang makan. Durian lagi sedap sebab dapat buat tempoyak. Oh teringat lagi, sewaktu kekanda ingin request nak bercouple dengan Zila suatu tika dulu. Kekanda meletakkan cincin emas bertatahkan magnesium di dalam durian busuk yang baunya mengalahkan bau puaka. Akibat terlalu gembira, zila terus saja menyarungkan cincin itu ke jari Zila yang putih melepak bagaikan liquid paper jenama Stabilo berharga RM3.50 di Popular, sehinggakan lupa bahawa jika kalium terdedah kepada air, ia akan bertindakbalas. Disebabkan pada masa itu adinda berpeluh, maka kalium itu bertindak balas malah membakar kulit jari Zila. Hajat di hati mahu meraung, tapi memandangkan kekanda begitu khusyuk berkaraoke, tambahan pula pada masa itu turn lagu Baby dari Justin Bibir anak Kak Senah Karipap. Pada saat itu, mahu saja Zila menempeleng kepala kekanda sehingga berputar ala-ala goyang gerudi Inul Daratista kerana telah memberikan cincin yang hanya cantik pada luaran, tetapi mengapa, why dan kyom pyar kartiho kekanda meletakkan kalium sebagai batu permata dan bukannya, delima, nilam ataupun sekurang-kurangnya besi berani?

Bila Zila ajukan soalan ini pada kekakanda, dengan slumber dan handsomenya kekanda menjawab;
“Itu supaya Zila akan ingat abang sampai bila-bila. Tiap kali jari Zila terkena air, Zila mesti akan teringat kata bang. Romatik kan?”
Dengan serta merta, tamparan halilintar petala ke-7 terus hinggap di pipi kekanda yang chubby itu. Gigi-gigi emas yang menjadi koleksi di gusi kekanda selama ini bertaburan di atas lantai. Kekanda tidak meminta maaf, sebaliknya mengutip semula gigi-gigi kekanda di atas lantai lantas melekatkan semula menggunakan gam UHU. Sungguh Zila tak sangka, Abang begitu sambil lewa terhadap perhubungan kita. Mana lebih penting, gigi emas kekanda atau Zila???

Oh, barulah Zila ingat, di saat itulah kita berpisah. Berlatarbelakangkan lagu Separuh Jiwaku Pergi dari bilik karaoke sebelah, dinyanyikan oleh siapa Zila pun tak tahu, yang pasti suaranya akan membuatkan ikan jwas tersedak di laut. Zila sudah tidak tahan lagi dengan perangai kekanda yang romantik tak kena tempat dan situasi itu. Zila terasa malu, lebih malu dari dihukum jalan itik sekitar sekolah sebab tak siapkan kerja kursus sejarah masa PMR dulu. Zila sudah fikir semasak-masaknya, walaupun Zila tak reti nak masak waima Maggie sekalipun, Zila rasalebih baik kita berpisah. Zila tahu takkan ada paparazzi, pihak MELODI mahupun skuad TERJAH akan paparkan kat newpaper ataupun internet, tapi cukuplah sekadar kita saja yang tahu. Dengan ini, diumumkan bahawa saudara ISMAIL BIN LAMBUNG dan SHAZ ZILA BINTI BAKAR RIN memutuskan hubungan yang telah terjalin semenjak 3 tahun yang lalu. Selamat tinggal kekanda. Zila harap abang bahagia dan masih mampu tersenyum biarpun luka di dalam hati takdapat disapu dengan Dettol. Bila kekanda kesunyian, bercakaplah dengan bunga-bunga di halaman rumah abang yang cantik itu.Dan Zila tak maksudkan bunga tahi ayam Pak Leman jiran sebelah. Sampaikan salam Zila kepada keluarga. InsyaAllah raya tahun ni Zila datang rumah, masaklah rendang dengan lemang banyak-banyak ya.

Sampai di sini sajalah coretan Zila kali ini. Ink printer pun dah nak habis, lupa nak refill. Nilah nasib bila Zila nak buat modify printer guna ink external, kanda bantah. Nak juga guna katrij ni. Lupa nak bagitau, cengkodok yang bonda mertua tak jadi memang sedap sampai menjilat jari kaki. Habis dah jari kaki adik-adik Zila jilat, sedaplah sangat. Moga abang bahagia dandapat jumpa orang yang lebih baik dari Zila dan yang pasti tak dapat mengalahkan ke’vogue’kan Zila, ex-mu ini.




Ikhlas daripada ex-mu yang dicintai,
ZILA BAKAR RIN






P/S: Zila dah add dah abang kat facebook aritu, tapi abang tak approve pun. Dah dekat staun dah request tu. Abang ter ‘ignore’ ek? Nanti la Zila bukak akaun baru, akaun lama tak dapat bukak sebab virus “hi how r u?” tu.

6 comments:

Cik Lya Shah said...

hahahahaha...
ta boleh blah seyh...
lawak gile... :D

Azwan Lai Azahary said...

Hahaha....
Thanks for your comments!

KHAIRUNNISA' said...

uinnaaaa....lawak ilak eh..terer org ckei molah lawak. btw, saya pun dr sarikei...keep on buat lawak... :)

Azwan Lai Azahary said...

hahahaha... thanks! dah baca part I mpun (bulan 7)? Nantikan part 3...

KHAIRUNNISA' said...

dah...asa berbelit tali pusat..walaupun sik tauk tali pusat di mana sudaaaa....bak kata urg sabah...bergagar tembunik ku di sabah...hahah..

Azwan Lai Azahary said...

hahahahaha... well, tengah wat part 3 ni.... sabar2 ye... isok post la tuh ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...