Sajak ini ditujukan khas buat kekasih tak berapa nak gelapku, Zila Bakar Rin, anak tauke sabun hujung kampung. Terima kasih Pak Leman sebelah rumah sebab tolong decoratekan pusi ni, sebab nak mintak tolong Eric Leong tak dapat, dia pandai decorate rumah ngan 'suprise'kan orang je.
Walau lautan api,
aku akan naik bot untuk rentasnye,
ye la, takkan gile nak berenang kan.
Walau setinggi gunung,
aku sewa helikopter ,
ye la, nak daki mane larat.
Walau duit antaran rm100000,
aku akan tetap tikam nombor,
nak kerja, malas ahhh.
Walau mak pak ko tak bagi,
aku tetap nak jugak,
akan ku langgar diorang dengan kapcai abang aku.
Walau ade prempuan lain,
takkan ku curang,
melainkan die lagi cantik
dan vogue mengalahkan mu....
P/S: Hahaha... yang part last tu, jangan main-main. Kang jadi betul-betul kang bahaya. Udah-udahlah merajuk tu. Nanti abang bawak makan Chocotop kat Mac D ek....
No comments:
Post a Comment