Pages

August 9, 2011

Cinta Tanpa Kata



Sepasang suami isteri yang baru saja berkahwin berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memangmenyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakanabang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawaabang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepadasaya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata...

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Setelah si isteri tersedar dari koma, dia membaca surat tersebut. Air mata tak henti-henti mengalir di pipinya. Ternyata suaminya itu terlalu menyayangi dirinya lebih dari dirinya sendiri. Dia terlalu khusyuk membaca isi surat tersebut sehingga tidak menyedari si suami yang kini duduk di sebelahnya. Si suami lantas menyeka air mata yang tidakberhenti mengalir di pipinya.

Isteri: Bang, maafkan saya sekiranya saya terlalu memaksa abang

Suami: Sudahlah tu. Yang penting, abang mencintai sayang, begitu juga sayang mencintai abang. Abang rasa takut sangat kalau-kalau abang kehilangan sayang buat selama-lamanya. Sayanglah cinta pertama dan terakhir abang di dunia ini.

Isteri: Abang.... Jangan cakap macam tu. Saya akan sentiasa berada di sisi abang, tak kira senang atau susah. Saya akan menjadi isteri mithali bang.


Si isteri menyandarkan tubuhnya yang masih lagi lemah di pangkuan suaminya. Mulai dari saat itu, dia yakin bahawa cinta suaminya kini hanya miliknya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...