Berita melaporkan...
Kesemua harga kain di kedai mahupun pusat membeli belah telah meningkat dengan mendadak semenjak semalam. Perkara ini mengejutkan ramai pihak dan ini pastinya merunsingkan para ibu bapa yang berpendapatan rendah yang sudah pastinya berdepan dengan masalah kewangan untuk membeli kain bagi membuat baju anak-anak. Ini disebabkan oleh banjir yang semakin menenggelamkan tanah semenanjung Malaysia.
Pengusaha kedai tekstil terkemuka, Encik Labucci Capuccino berkata, perkara ini mungkin akan menyebabkan ramai pihak akan membeli kain dalam kuantiti yang sedikit, jadi ini memberi implikasi yang buruk...
Kalau hujung taun macam ni, memang kompom banjir punya... |
Hah, jangan nak pura-pura terkejut; mata terlopongmacam nak tersembul mulut ternganga seluas lautan Atlantik bagai. Inilah realitinya, bukan fantasi ataupun mimpi ngeri apatah lagi mengigaumalam sampai terkencing-kencing. Bukan, bukan dan bukan! Ceh… beriya-riya je bunyi.
Apa, korang still tak caya lagi? Muka jambu cun cenggini takkan korang tak caya kot. Aku kata kambing makan McFlurry pun Megan Fox dengan The Kardashians percaya kot, takkan korang tak percaya. Please laaaa…
Ingatkan harga sayur dengan beras je yang naik sebab banjir ni, rupanya harga kain pun menggedik nak naik jugak. Kalau yang tinggal kat kampung tu takde la terasa sangat, sebab kos sara hidup tak berapa nak tinggi. Kalau nak tau, diorang kat kampung tu lagi kaya dari orang Bandar tau, diorang bukan belanja banyak pun kat kampung tu, semua benda dah terbentang kat depan mata. Orang bandar pulak, menggelepar tahan lapar semata-mata nak beli iPhone, Corby, Galaxy bagai, walhal kalau dilempar kat dinding bersepai jugak. Nokia 3310 jugak tahan lasak kat sini.
Patutlah tuala adik aku hilang, dia yang kebas rupanya. |
Yang paling sengsara dah pastinya golongan artis. Ye lah, diorang kan perlu banyak baju. Kalau setakat 3 almari je, baik tak payah la, tu setakat koleksi maid diorang je tu. Bila dah harga kain ni mahal, so diorang tak boleh la beli banyak sangat. Kalau boleh, beli 2 meter je kot, kalau beli banyak nanti takde duit nak beli top-up nak call reporters buat press-conference. Sebab tu kalau ada majlis anugerah tu, ada yang macam kain tak cukup je, kalau lintah ke, pacat ke menyelinap masuk, memang puas diorang hisap darah, kalau lebah atau penyengat pulak, siap boleh bersarang lagi kat situ.
Oooppssss! Cuba teka agama apa? Islam... WHAT??? |
Ada kadang-kadang tu, kain macam main lilit-lilit je, dah macam sardin roll pulak aku tengok. Ada pulak trend yang tertutup litup atas, kat bawah Nampak je dia punya [18SX] kalau duduk kaki bersilang. Ada jugak kat bawah tertutup rapi tapi kat atas pulak terjojol macam dadih nak tumpah dari bekas dia. Ish3…
Seksi tak I, sorry la kain tak cukup... Ahaks! |
Kadang-kadang kesian jugak tengok diorang ni, rasa macam nak sedekahkan kain langsir kat rumah tu wat tambah-tambah mana-mana bahagian yang teredah lagi terjojol tu. Tau la sekarang ni panas terik, tapi takyah la sampai nak berkemban bagai. Mau tersembul mata si laki yang sang wanita pakai macam tu. Kadang-kadang tu, macam pe***** pun ada,kesian kesian…
AAA : entri bukan ditujukan kat gologan artis je, tapi sapa-sapa yang berkenaan. sapa tersentap dia terasa..
No comments:
Post a Comment