Pages

Showing posts with label Kisah benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah benar. Show all posts

December 20, 2012

Setia Hingga Hujung Nyawa





Assalamualaikum wbt...

Bagi yang terkeliru baca tajuk kat atas ni, entri ni bukan pasal drama Setia Hujung Nyawa tu ek. Tapi kasih sayang dan cinta seorang suami terhadap isteri dia. Kalau tengok gambar kat bawah ni, memang sedih bila mengenangkan betapa terasanya kehilangan isteri yang sentiasa berada di sisi sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.



Budak Ohsem : this is what we call pure love :')

April 17, 2012

Bila Menonton Movie Hindi



Ingat lagi tak masa zaman kita kecik-kecik dulu (kalau yang dah berumur tu muda-muda dulu), memang popular sangat citer-citer Hindi ngan citer Tamil masa tu. Paling orang minat, Sivaji The Boss, Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Aamir Khan, Slaman Khan, Saif Ali Khan, Ajay Devgan. Kalo yang heroinnya pulak, Kajol, Madhuri Dixit, Tabu, Monisha Koirala, Urmila Matolkar, Rani Mukarjee, Pretty Zienta, Karisma Kapoor. Perrgghh... Kalo masa kecik-kecik dulu memang layan habis la bila tengo citer-citer nih. Masa tu mana-mana kedai yang jual tisu kotak tu memang untung besar la sebab kali ada je movie Hindi baru kuar, kommpom stok tisu SOLD OUT!

Kuch Kuch Ho Ta Hai.... filem paling meletopz 90-an
Tapi, korang perasan tak kalau kita tengok cerita Hindi ke Tamil ke, Telugu ke, asalkan dari India la, mesti ada beberapa benda ni dekat nak sama, I can say berlaku kat almost semua movie-movie tu la...
  • Kalo masa bergaduh, ganas gila, sampai terbang-terbang bagai. Berguling-gulng kat udara, kalah penerjun negara Bryan Nickson masa nak perform terjun platform kat Suikan SEA. Bunyi efek takyah cakap ar, memang GEDEBANG! GEDEBUG! Sampai nak silang kain pun bunyi, memang terbaekkk
  • Heronya akan dapat ditahan kalo dibelasah ramai-ramai samai cedera parah kat kepala tapi menrengek macam budak kecik bila heroin lapkan luka walaupun setakat luka masa potong bawang. Nak kata manja, gelik pulak, nak kata gedik tu ada la kot. Hahaha...
  • Cuba bayangkan, hero ngan heroin start je menari, tetiba orang-orang yang tengah jalan and duduk-duduk kat tepi tu boleh join sekali, macam flasmob pun ada gak aku tengok. Dah tu, semua step diorang hafal, walhal ada yang baru kuar dari jamban, baru balik dari kerja, tetipa hafal step. Memang tak logik kalau nak dipikirkan secara rasional. Cehhh...
  • Kalau ada watak kembar, mesti bin kompom salah sorang daripada diorang tu jahat. Entah apa masalah diorang pun tak tau. Yang baik tu punyalah lurus bendul, kalah lembu. Kalo yang jahat tu plak, tak alang-alang jahatnya, pastu larikan diri, sembunyikan diri. Last-last yang jadi mangsa, kembar dia yang sengal-sengal kentang tu. Rasa macam nak sepak pun ada bila tengok yang baik macam kucing parsi tu main ikut je apa yang si jahat bedebah tu buat. Sanggup je amik kesempatan ngan kelembapan kembar dia yang sorang tu.
  • Masa tengah menyanyi tu, boleh plak tukar-tukar tempat, dah tu tak alang-alang plak tempat diorang bertukar tempat; atas gunung, tepi tasik, walhal tadi kat atas jalan raya, bila masa diorang blah pun tak tau. Pakai pintu suka hati ke apa, patut la Doraemon pandai cakap Hindi (mod menganjing). Satu lagi,sempat plak tukar-tukar baju yang entah berapa pasang, kalah koleksi baju kurang kerja mak aku kat dalam almari stor baju tuh.

Kajol - SRK : Hero heroin favourite all time

Bila difikirkan balik, itulah sebenarnya warna dan tarikan utama filem Hindi ni. Cuba tengok kat filem lain, ada? Tak ada... Tapi aku lebih prefer tengok citer zaman 90-an dan awal 2000 la, filem yang sekarang ni entah apa-apa je. Harapkan market body lawa dan tarian seksi je, jalan cerita merapu tah ke mana. Kalau movie alaf baru yang aku suka 3 Idiots, Taare Zameen Par, My Name Is Khan ngan Ghajini, Om Shanti Om. Yang lain tu, belum ada masa nak tengok lagi. Kalau ada masa tu tengok la, tapi ada satu citer ni yang kawan aku prefer aku tengok, Force. Hero dia John Abraham, dalam citer ni memang smart ar body dia. Pastu yang antagonis pun tak nak kalah.

OK, kalau ada tambahan lagi boleh korang drop down kat bawah ni, mana tau ada yang peminat citer Hindi lagi ke zaman drama Korea ni. Hehehe...

March 30, 2012

Roommate


Bila hidup dalam kolej nih, dah tentu kita akan kongsi bilik kan. I mean tak kira la yang duduk rumah sewa ke, asrama ke, dorm ke. Tapi kalo yang duduk rumah sewa tu, selalu panggil housemate la, bukan housemaid ye. Kalo panggil housemaid, memang kaki singgah kat muka la jawabnya. Kikikikiki...

Citer pasal roommate ni, sepanjang  4 semester aku belajar kat sini, baru sekali roommate aku bertukar. Cikgu Prasekolah, masa tu dia semester 6. Muka ganas beb, brutal gila, tapi guru Prasekolah? Mesti comel gila masa mengajar budak-budak. Hahahaha....(percuma je aku kena sumpah seranah ex-roommate aku bila terbaca nih). Tapi tu la, agak segan la jugak kan, sebab dia lagi tua, aku memang TAK la kalo bab-bab nak borak ngan orang yang lagi tua ni, sebab aku ni belum matured lagi, otak gila macam budak-budak lagi. So, ada la sekali sekala je bertegur. Kadang-kadang tu memang tak bertegur langsung. Serius! (dengan muka tahan gelak tanpa motif)

Lepas dia keluar, mesti la aku akan dapat roommate baru kan. Ingatkan aku dapat roommate classmate aku ke apa ke, sebab selalunya macam tu lah. Bila aku dapat tau aku dapat roommate PJ (course Pendidikan Jasmani), agak risau gak sebab takut bilik bersepah dan yang paling aku takuti bilik berbau stoking. Oh, aku anti sangat dengan bau tu, sejak zaman sekolah lagi. Tapi alhamdulilah, roommate aku ni tak macam yang aku sangka, pembersih dan paling penting, kemas. Bersepah sikit-sikit tu biasalah, orang bujang. Asalkan dapat bernafas dengan selesa dalam bilik tu, kira cukuplah.

Bila dua-dua roommate pengotor, ni la jadinya...

Sebenarnya, bila berkongsi bilik ni, memang selalu akan jadi konflik. Wait a sec, Konflake? Itu Cornflakes nak dimakan, ini konflik, ataupun masalah. Bayangkan kalo orang pembersih ngan pengotor dalam satu bilik, dia akan jadi macam dua panorama berbeza walhal diorang jad roommate. Nasib baik benda tu tak jadi kat aku. Fuuhh... Tapi ada satu benda yang sama la kitorang ni, tido tak kira masa dan ketika. Asalkan ada tilam, bantal, belasah je buat taik mata tak kiralah panas ke hujan ke, petir ke ribut ke. Dia agak gila sikit, just kalo ketawa tu memang Pontianak Harum Sundal Malam pun kalah kalo dia gelak, mengilai-ngilai je, kekadang naik seram pun ada.

Satu gi, entahlah aku pun tak tau, aku ngan roommae aku selalu lawan gusti lengan, atau bahasa omputihnya armwrestling. Ye lah, bila lawan budak PJ ni, memang susah sikit la kan, sebab stamina diorang ni kuat, dah tu fizikal memang takleh cakaplah walopun dia ni kurus je. Dia pun on je, lawan la satu set ke dua set ke. Sebab dia tau dia takleh nak memang tangan kiri (sebab aku kidal), dia sanggup rematch balik tangan kanan (yang dia kalah on the first set). Kali tu, memang tangan dah kebas sangat, baru dia 'serang' then, he win! Main tipu memang la, aku lawan adik aku yang 5 taun pun boleh betul tak? Hehehehe...

Tapi sayangnya, kalo ikut polisi aku, roommate kena tukar tiap 2 sem. So, nak tak nak dia kena la 'KELUAR'. Aik, apesal bukan aku yang kuar? Hasrat aku, nak stay kat bilik tu sampai sem 8, insyaAllah kalo tak duduk luar. Anyway, asalkan ada Momo Si Kura-kura teman aku, sudah. Hahaha...
So, bila jadi roommate ni, kena ada PERSEFAHAMAN, TOLERANSI, and paling penting SELALU BELANJA MAKAN. Ooopps, salah pulak, SELALU BERTEGUR. And forthe last one, aku tak pernah buat, aku even tak buat pun. Entah, aku rapat dengan roommate orang lain tapi bukan dia. Memang tak masuk kot. But what I can say, selama jadi roommate aku dia OK la, takla berselerak bilik aku.

Ni ada beberapa tips yang korang boleh guna untuk 'kenakan' roommate korang. Tapi kalau roommate korang gila ke masuk wad jiwa ke, aku tak tanggung la. Selamat mencuba~

March 27, 2012

Anak Sulung = Pengorbanan


Sarikei, 16 Mac 2012...
Papa   : Nanti cepat-cepat ko amik master, pastu sambung terus PhD
Aku    : Errrr, kalau tunggu lepas kawin tak boleh ke?
Papa   : Lepas ko graduate ni nanti la, kerja dulu kejap, pastu sambung , then apply jadi lecturer.
Aku    : Habis tu, bila nak kawinnya? Jadi lecturer kompom busy, takde masa nak pikir kawin.
Mama : Kadang kala abang sulung kena berkorban demi adik-adik dia.
Aku    : Takkan nak berkorban sampai tu skali?
Mama : Nanti semua adik bawah tanggungan along. Takpe kalau sekali sekala berkorban demi adik-adik
Aku    : =.='

Hurmmm... Agak tersentap gak la bila dengar mama ngan papa cakap macam tu. Apa, tak kawin? Memang la takkan kiamat kalo tak kawin pun, tapi aku nak gak merasa ada anak sampai sedozen (12 orang), pastu semua meneruskan legasi guru, pastu buat rumah besar gedabak  macam Profesor Xavier (X-Men) buat tu. Just anak-anak aku bukan mutan je la. Kalo jadi mutan, maunya pokai aku setiap kali nak beli kererta, baju, perabot semua. Tak payah naik kereta, naik kereta kebal terus, sumpah takkan ada yang berani nak cilok-cilok jalan depan kita. Berani ko buat hal,jadi kertas aluminium kereta ko aku kerjakan (ketawa kejam). Dah tu, dapat pulak isteri ayu, anggun, cantik macam Irma Hasmie tu. Perrrghhh.... terrbbaaaekkkkk (tersenyum sorang diri). Eh, melalut pulak aku. Sori la,  kalau bab kawin ni aku memang over-to-imagine sikit. Hehehe...


Tapi yang pasti, nanti karang aku akan kawin dulu kot, baru sambung study. At least aku kawin sebelum sambung PhD. Ye la, kata nak tanggung adik-adik. 4 orang tu beb. Kalau nak jadi cikgu je, mana nak cukup? Rumah lagi, kereta lagi, Astro lagi. Kalo dah sambung master tu, ok la sikit. astu ajar tuisyen ke, jadi penceramah motivasi. Kumpul duit banyak-banyak, baru la dapat nak sara keluarga. Kalo nak jadi cikgu cenggitu je dengan family yang ramai camtu, sampai bila-bila pun takkan tersara diorang tu hah.

Dalam konteks ni, perlu ke asyik abang sulung je yang berkorban? Habis tu, adik-beradik lain tak perlu ke? Dalam drama tv ke movie ke,  kita asyik dimomokkan dengan jalan cerita pengorbanan abang sulung, almaklumlah mak ayah dah takde. Asyik-asyik abang sulung je kena bersabar ngan adik, berkorban jiwa raga, ada yang sampai tak sekolah nak tolong sara adik, macam-macam. Dah tu bila dah besar, anak sulung diperlakukan macam sampah! Kalau aku dibuat macam tu, memang aku sumpah sorang-sorang jadi washing machine ke, astro beyond ke,  TV LCD HD ke, kereta Alphard ke. Dari menyusahkan aku, baik korang jadi benda-benda macam tu (kejam gila!).

Bukan nak merungut, tapi aku mewakili anak sulung sedunia (ASS, not ass), nak katakan di sini yang kitorang pun nak ada dunio kitorang sendiri, ada keluarga, ada rumah, ada kereta. Semua tu bukan lagi kehendak zaman sekarang ni, tapi keperluan. Nak hantar adik gi sekolah lagi, yang sorang nak kena hantar gi airport, yang sorang plak kena balik kolej. Nak sara guna $$$ memang la mampu, tapi nak menguruskan diorang tu sorang diri? Last-last aku yang tak terturun kerja karang. Kalau ada bini ni, senang la sikit. Boleh tolong masakkan, buat laundry semua. Kalau nak harapkan aku sorang, memang TAK la jawabnya...


Budak Ohsem : Jangan derhaka dengan abang / kakak sulung korang tau...

November 12, 2011

LEGO time!!!


Ingat tak korang, masa kecik-kecik dulu, ada satu permainan ala-ala blok ni, kalau cantum-cantumkan dia boleh jadi kereta, tukar-tukar balik boleh jadi bentuk raksasa. Masa tu, figura adik kompom kalah sebab raksasa aku memang bapak besar dia! Muahahahaha... (ketawa kejam)

Jenama paling popular... LEGO!!!


Kalau istilah general dia, orang panggil Lego, tapi LEGO ni sebenarnya salah satu nama produk blok-blok macam ni gak, cuma LEGO tu lagi kecik, nipis, dan siap ada aset tambahan lagi; manusia, tayar, litar, pokok dan macam-macam lagi la. Kalau cerita sampai cucu aku beranak nanti pun takkan habis.

Ada macam-macam bentuk, pilih je...

Mainan Lego ni ada beberapa bentuk asas; kiub, kiuboid, kalau nasib baik sikit boleh  jumpa piramid, hemisfrera ngan silinder. Kalau untuk umur macam budak-budak tadika macam tu, blok dia kecik sikit. Tapi kalau untuk bawah umur 5 tahun, blok dia memang gedabak besarnya, siap ada mata dengan mulut lagi. Comelnya bila tengok macam tu.

Aik, Angry Bird pun ada???

Sekarang ni, manalah nak jumpa benda alah tu lagi. Tapi hari tu, aku ada terjumpa yang set mainan LEGO ni, stail giler. Set dia ada macam; lapangan terbang, litar lumba, kolam renang. Aku dengan selamba dadahnya beli LEGO tu dan main pasang-pasang dengan adik-adik.  Terimbau balik nostalgia lama. Waaaa~

Aku teringin sangat nak ada set macam ni.


AAA : Nasib baik semua adik aku sempat main benda alah ni sebelum pupus ditelan PSP dan sekutunya...

November 4, 2011

Bukan Semua Suka Kita...


Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas, ada seorang hamba Allah mengadu kepada Pak Wan, katanya tidak semua orang di dalam kelasnya suka pada dirinya, lebih-lebih lagi corak kepimpinannya. Kadang kala, dia seakan-akan ingin berputus asa dengan apa yang terjadi kepadanya. Namun, di sini Pak Wan ingin sampaikan satu pesanan kepada pembaca semua. Sudah menjadi lumrah kehidupan, dalam dunia ini perlu ada anasir positif-negatif nya. Sebagai contoh:

  • Baik - Jahat
  • Sejuk - Panas
  • Gembira - Marah
  • Besar -Kecik
  • Sikit - Banyak
Kalau kita perhatikan, walaupun kedua-duanya adalah berbeza dari segi sifat, tetapi mereka saling berkait rapat dan memerlukan satu sama lain. Tanpa salah satunya, maka tidak lengkaplah metafora kehidupan kita di dunia ini. Sebagai contoh, jika semua semua orang jahat duduk di muka bumi ini, bumi akan mengalami kemusnahan, begitu juga jika semua orang baik duduk di muka bumi ini, kehidupan mungkin sedikit membosankan, tiada cabaran langsung! Oleh sebab itulah, wujudnya syurga dan neraka yang mana insan baik akan masuk ke syurga manakala orang yang buruk sifatnya pula menghuni neraka.

Baiklah, dalam konteks kehidupan seharian kita pula, jika kita perasan, akan ada orang suka akan kehadiran kita dalam kelompok mereka, tidak kurang juga yang kurang senang dengan kehadiran kita, lebih-lebih lagi apabila kita mendapat kelebihan berbanding mereka. Contoh paling mudah, apabila kita dinaikkan pangkat ataupun mendapat pangkat untuk memimpin orang bawahan di kelas, organisasi ataupun tempat kerja kita, pastinya ada saja yang kurang senang dengan jawatan yang kita peroleh. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kita walau dengan apa cara sekalipun.

Cabaran sememangnya menanti kita apabila 'golongan penentang' ini mula menjalankan misi untuk menjatuhkan kita. Antara taktik-taktik mereka ini adalah:
  • Memburuk-burukkan kita di hadapan anak buah
  • Melemparkan fitnah yang kadang kalanya tidak berasas
  • Cepat saja menghukum kita sekiranya kita tersilap membuat pertimbangan atau keputusan
  • Hanya tahu mencari kekurangan diri kita, kelebihan yang ada pada kita dihiraukan sama sekali
  • Sentiasa menentang idea yang kita utarakan dan merasakan idea mereka lebh bernas
  • Mula menghasut orang lain supaya menjauhkan diri dari kita
Motif mereka berperangai sebegini? Mungkin...
  • Cemburu dengan kelebihan / jawatan yang kita miliki
  • Tidak pernah ada seorangpun dalam hidupnya melebihi sesuatu dari dirinya sendiri
  • Perasaan ego yang tak bertempat
  • Balas dendam
  • Sentiasa berpandangan negatif terhadap orang lain
  • Saja-saja, ingin meraih perhatian orang sekeliling
Apa yang boleh kita lakukan? Senang saja, ikut pesan Pak Wan...
  • Cuba tanyakan kepada mereka apa silap kita kepada mereka (jika ada)
  • Bersabar apabila fitnah dilemparkan kepada kita
  • Berhati-hati apabila bertindak dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
  • Muhasabah diri kita dan sentiasa memperbaiki kualiti kerja yang kita lakukan
  • Cubalah untuk mendekati dan menyelami apa yang terbuku di dalam hati mereka
  • Berdoalah semoga Allah bukakan hati mereka dan bersihkan jiwa mereka dari perasaan hasad

InsyaAllah, dengan pesanan Pak Wan serba ringkas ini, mudah-mudahan kita semua dapat hidup dengan  tenang dan bebas stres. Ingat pesan Pak Wan yang terakhir ni:

"Manusia tidak akan pernah puas akan sesuatu. Maka, amatlah sukar bagi kita untuk memuaskan hati semua orang. Yang penting, asalkan diri kita sendiri puas, hidup kita bahagia dan tidak mengganggu orang lain, itu sudah memadai..."




AAA : Teringat masa mula-mula dilantik jadi pengawas sekolah dulu, semua orang mula menjauhkan diri...

October 13, 2011

Alam Angker : Misteri Tapak Kaki








Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.

"Dahlah Milah, aku pun dah penat ni. Tinggal kita berdua saja kat sini. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring baring atas katil. Jomlah temankan aku balik, aku takut nak balik seorang diri."

Milah tertawa kecil. "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan? Kalau kau takut, kau serukan sahaja nama abang guard hensem tu. Kompom dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah  kejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sikit lagi."

"Hai, Jaga sikit mulut kau tu! Jangan cabul sangat. Kau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis semua basah, susahlah kita nanti," sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dI matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu di kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

"Dammm!!!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.
Tiba tiba...

"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. abang guard hensem yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai k earah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..." kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan," ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat?  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nina hanya diam membisu dan menggeleng-geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapa Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas dengan kejadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.










Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun takkan berdarah bila abang Hassan tawarkan diri nak  temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.


"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil tertawa kuat.

"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. "Korang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba korang tengok kat  sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke takde tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan  sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukan ke kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong betul la, benda macami tu pun tak perasan. Aku yang dah nak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul korang nak dia temankan korang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu. Dan memang betul dan tepat sangkaan Nona, tiada koridor  di sebelah luar tingkap! Persoalannya di sini,


Siapa yang bersama dengan Nora dan Milah semalam???

October 12, 2011

What Da Fish??? : Part 4


Semalam aku ada satu insiden yang menyentapkan lubuk hati dan tangkai jantung aku. Blog aku diserang malware... Wait a sec, diserang malware? Apa tu? Adik beradik Tupperware ke, tak pun software? Ok, malware ni tak ada kaitan dengan power rangers mahupun otromen ye. Kamen raiders, ko duduk diam kat situ, jangan habiskan maggie aku pulak...

Sapa kat sini pernah kena serang virus kat blog dia, angkat bulu kaki? OK, memandangkan tak ada, so aku nak ceritakan detik-detik cemas semasa diserang virus tersebut. Nasib jugaklah aku sempat bunuh virus tu guna Dettol.

Dari kiri : Bab, Bib dan Bub...


Nak dijadikan cerita,  semalam macam biasa aku nak edit aku punya entri untuk hari ni punya, tapi tak boleh. Aku kehairanan, menguis-guis rambut kerintingku nan menggerbang yang tak gatal. Tiba-tiba, or suddenly bak kata orang kampung aku, keluar benda alah ni:

Kalau korang nak view blog aku pun, akan jadi macam ni kan?

Aku rasa pelik, aku ingat kalau bukak kejap lagi elok dah. Tapi tak elok-elok gak, sampai ke malam. Tension punya tension, last-last aku dah rasa macam nak give-up je nak publish blog aku. Aku tak nak buat blog baru, aku nak blog yang ni gak, banyak memori yang telah kami lalui bersama. Ada sorang member aku ni, dia bagi semangat lagi, jangan putus asa, buat la blog baru aku follow... Wah, sampai macam tu sekali. Walhal, masani rasa macam nak menangis nih. Ye la kan, blog kesayangan kita dikokak dek virus, sapa yang tak sedih.

Kata-kata semangat diberi di putus asa membelenggu diri

Aku dengan kudrat dan kekuatan mental yang masih bersisa cuba la search mana-mana blog yang pernah senasib dengan aku ni, aku terjumpa dengan satu blog ni, Amry's Blog. Kisah dia pun boleh tahan tragik jugak la. Kat blog ni, dia bagitau, pergi kat Virus Scanner, via  Unmask Parasites . Nanti dia akan cari sampai ke lubang cacing kawasan mana yang diserang tu. So, selongkarlah blog korang, kokak la mana-mana yang patut, terjah biar virus tu terkejut beruk sampai berak berak.

Melware (bukan nama sebenar) yang berjaya dikesan  sedang berak tak lawas kat post aku...

Melware ni boleh didapati sama ada kat dalam kita post (kalau kita copy URL sesuka hati), kadang-kadang dia menempel kat kita punta template design (tak pasal-pasal kena tukar template) ataupun daripada bloglist yang kita follow (so jangan follow sesuka hati ye!). At last, dapat jugak aku jumpa melware yang berak tak basuh kat blog aku nih. Dia tersepit kat celah-celah post yang aku hantar hari Isnin hari tu (kalau korang perasan, aku dah delete dah). Kalau nak selamat, delete la benda yang dijangkiti tu. (kalau kat widget, buang widget tu. Kalau kat template, ukar template lain, kalau kat entri kita,delete la post kita tu.) So, blog aku kembali ke paras gula. Ceh, macam bagi ceramah pasal paras glukosa dalam darah pulak dah.

Sentap gila aku semalam, tapi still maintain hensem...

Seriously, sampai ke sekarang ni aku trauma, sedih dan semalam menangis macam budak kecik je (nasib baik roomate tak tengok, malu seh). Apa-apapun, kepada bloggers semua, ada satu pesanan ringkas tapi padat dari aku:

Jangan biarkan blog anda diselubungi malware...

Pengajarannya, jangan tempel URL sesuka hati kat post anda. Kalau nak merasa macam mana meroyan sebagaimana aku,  cubalah try sekali...


AAA: Maaf  kepada blogwalkers yang tak dapat nak 'check-in' kat blog semalam. Now, I'm free! Yeeaahhhaaa...

October 11, 2011

Dalam Dilemma



Pejam celik, pejam celik, dah setaun setengah aku kat IPG ni. Alhamdulilah, sekarang aku dah nampak dah the real pathway sekarang ni. Teringat masa mula-mula nak fikir nak sambung kat mana, siap berpakat dengan member lagi, kononnya nak dapat tempat yang sama. Mak aih, berangan je lebih, result bagai Nokia 3310 dengan Sony Xperia je, ada hati nak belajar sama. Adoheh...

Nak dijadikan cerita, aku dapat kedua-dua surat tawaran dari asasi dan matrix tak lama lepas tu. Asasi tu dapat kat UIA, jurusan alam bina. Pergghh.... universiti yang aku dok berangan nak  pegi dari dulu. Pastu, aku dapat tau gak yang member aku dari sekolah lain pun dapat tempat yang sama. Yey, ada geng! Aku tersengih macam kucing Kak Jemah jiran sebelah diberi makan ayam KFC. Comel gila... (x_x)

Nak pegi mana ek; matrix ke, asasi ke IPG?

Dalam masa yang sama, aku dapat matrikulasi Labuan yakni syurga coklat, jurusan sains hayat. Aku sekali lagi tersengih, apa taknya, syurga coklat, murah-murah pulak tu.

Nak pergi IPG, result belum tahu lagi. Hish, musykil... musykil... Tapi bak kata mama, kalau masuk IPG ni, terjamin sikit la. Keluar je dah dapat kerja. Gaji besar pulak tu. Adik-adik mengangguk manja, mintak disekeh budak bertiga ni. Aleya yang sememangnya kaki bodek mula berkata:

Abang jadilah cikgu macam papa dengan mama. Nanti bolehlah belikan Tora banyak-banyak...

Pastu, si abangnya pula Furqan menyambung:

Abang jadi je la cikgu. Duit banyak. Nanti Qan suruh abang beli Ben 10, Spongebob, Transformers, Power Rangers...
Mak aih, belum apa-apa lagi dah mengidam? Disuruh belajar malas, kalau nak suruh orang belikan apa-apa cepat je (last-last aku beli jugak masa balik cuti). Tak puas nak cekau duit mama dengan papa, aku pulak nak dikerjanya. Adoyai... Pening.... Pening....

Penasihat peribadi a.k.a pengikis duit aku.... @_@

At last, aku ambik langkah drastik, aku tolak tawaran UIA dan matrix Labuan. Rasa macam nak menangis je masa tu. Yelah, dah la UIA, gila kau nak tolak. Bukan senang nak dapat kat situ. Dah mama suruh tunggu IPG, ikut je la. Aku redha dengan ketentuan Ilahi kalau aku tak dapat IPG. Terfikir jugak, kalau tak dapat IPG, macam mana? Dah la yang dua tadi aku dah tolak. Adoyai....

Macam mana kalau aku tak dapat IPG? How? How? How?

You know what? Aku even tak dapat Form 6, walaupun dah merayu beberapa kali. Heran binti pelik bin misteri betul la. Untuk cover aku punya appliment, (wujud ke perkataan ni?) aku apply la IPTS yang lain, SeGi, UniKL. Unirazak, Lim Kok Wing, MAHSA, PTPL, macam macam lagi lah.



Tak lama lepas tu, syukur alhamdulilah, aku dapat tawaran IPG, itupun kawan aku tolong check kan. Huh, IPG Kampus Raja Melewar? Negeri Sembilan? What??? Ingatkan dapat kat IPG Kampus Rajang, dekat sikit dengan rumah, 1 jam je kot.  Hmmmphh, takpe lah...  Dah memang aku ni ditakdirkan untuk belajar jauh dari family semenjak dari zaman sekolah lagi kot. Rezeki kan, jangan ditolak.


Di sinilah aku sekarang, di bumi Melewar. Sabtu ni jadi IPG Sukan pulak, class!

Setaun kemudian, aku makin gah di sini. Hehehe... Bersyukur sebab pilihan aku adalah pilihan yang tepat sebab naluri aku telah menunjukkan kedominanan seorang guru. Ceh, macam biologi pulak dah. Jadi cikgu OK what, daripada terperap kat U tu, last-last masuk IPG lepas kutuk kaw-kaw punya. Masa tu nanti sapa yang malu? Tepuk dada tanya sakit tak...

So, kawan-kawan semua, adakah korang mengalami apa yang aku alami? Kepada calon SPM, lepas ni fikir baik-baik dulu sebelum buat keputusan. Jangan tergesa-gesa, selidik dulu apa yang kita lebih cenderung. Ingat!



AAA: Masa dapat tau aku dapat IPG kat semenanjung, rasa macam nak pengsan je.

October 7, 2011

Alam Angker : Mimpi


Ok, kisah ni adalah pengalaman aku sendiri. Aku tak pasti sama ada benda ni betul-betul, imaginasi, ataupun terlebih tengok movie seram ke apa, tapi yang pasti aku takkan dapat lupa benda ni sampai bila-bila. Bayangkan, bukan sekali, tapi berkali-kali dah benda ni berlaku. Nasib baik aku tak gila.

Nak disenangkan cerita, ada satu malam tu aku tido lewat, baru siap esaimen katakan. Tup tup, bila tutup je mata, tiba-tiba je gelap (memang gelap habis, senyap lak tu sedangkan bunyi kipas kedengaran masa nak lelap). Pastu aku macam ada kat sebuah dapur nih, buruk sangat rupa dapur tu, macam rumah tinggalan je. Kotor, busuk, bersepah. Dalam samar-samar aku dapat tengok satu susuk dekat satu sudut, ada sorang budak perempuan pakai gaun. Dia pun macam tak terurus je. Dari sudut kat ujung sana, mula-mula dia jalan slow je, tiba-tiba dah dekat tu dia lari nak terkam aku. Pergh.... muka dia seram siot!!! Berdarah-darah je, macam zombie dalam citer Rec [o] tu. Ngeri....

Muka budak tu ada iras-iras camni gaklah, seram siottt !!!

Pastu, terus je aku tersedar dari tidur, tercungap-cungap, macam nak putusnafas pun ada. Pastu try nak tido balik, mimpi benda yang sama. Buat pertama kalinya dalam sejarah, aku rasa takut gila macam ni. Menggigil-gigil badan dibuatnya. Nak gerak roommate, tak nak buat dia takut. Karang dia takut, aku lagi takut. Mimpi ni berlarutan sampai dua minggu, mata ni dah sembab macam panda dah, sebab tak cukup tidur. Nak tidur pun kena tidur siang, nasib baik minggu tu tak banyak sangat kelas, dapat la melelapkan mata. Menjelang je malam, start rasa takut tu datang balik.

Tapi yang peliknya kan, masa aku nak bukak mata tu, mata aku macam dijahit tau, nak bukak memang payah gila. Nak baca ayat suci, mulut macam digam pulak, takleh nak cakap apa-apa, kotak suara macam dikunci je. Nak tak nak, baca dalam hati. Air mata bercucuran takut tak sedar terus dari mimpi. Benda hanya orang-orang tertentu je

At last, aku bagitau jugak kat family. Mama kata dia akan cuba tanya dekat orang yang pandai dalam bab-bab macam ni. So, dia pun kata, ada something yang akan datang dekat aku, bukannya benda buruk, tapi benda baik. Cuma, nanti aku kena betul-betul bersedia mental dan fizikal. What??? Kalau benda-benda macam saka ke apa ke, mintak-mintak la dijauhkan. Tak nak aku...

Ada gak la selain dari tu, aku ada dengar bunyi macam budak perempuan tengah main dengan anak patung. Meremang bulu roma ni ha. Dahlah kat luar  tingkap bilik ni suma rumah kosong, rumah takde orang. Macam-macam dah aku tengok, aku dengar secara live pagi-pagi buta, lagi-lagi pukul menjelang pukul 3 pagi. Sebab tu, aku takkan stay up sampai pukul 3 pagi. Keiyh, meremang lak bulu roma tulis entri ni. Jangan kacau aku lagi sudah...


AAA : Alhamdulillah, sekarang dah kembali normal, dah dapat tidur dengan tenang. Cuma masih dapat rasa budak tu ada kat sebelah, tengah mengintai-intai, ada jugak la sesekali dengar suara macam budak tu tengah main dengan anak patung. Buat selamba je lah, walhal hati berdegup laju.

October 5, 2011

Memori : Tora, Jo Jo dan Ding Dang !



Teringat lagi masa kecik-kecik dulu, kalau mama dengan papa pergi pasar je, mesti pesan belikan kitorang Tora Tora, Ding Dang ataupun JoJo. Setia je tunggu mama dengan papa balik kat depan pintu, rupa macam anak kucing tengah tunggu tuan dia belik Whiskers dengan Friskies. Hehehe...

Dari kiri : JoJo, Tora, Ding Dang...

Bila sampai je kat rumah, kitorang adik beradik pun tetiba je datang rajin pulak nak tolong angkut barang, walhal nak cari mainan tu je. Barang-barang yang kitorang confirm takde benda alah tu dalam tu, takde nya kitirang nak bawak. Mula selamba je tinggalkan mama dengan papa terpinga-pinga kat teksi tu. Bungkusan plastik tu tak masuk rumah pun, baru kat depan pintu, kitorang adik beradik dah menyelongkar dah plastik tu. Masa tu, sanggup berteranjang bertumbuk dengan adik-adik sebab tak nak dapat yang tak best isi kat dalam tu (lagipun manalah nak tau isinya apa, belum bukak apa-apa lagi. - sengalnya aku masa kecik dulu).

Bila ada je iklan baru kat tv, lagi-lagi kalau ada minan baru kan, memang dengan serta-merta suruh mama tolong belikan kalau pergi pasar. Kalau mama lupa nak beli, mulalah nak merajuk tak tentu bagai, duduk mencangkung kat belakang peti sejuk, sambil menghentak-hentak kaki. Aku sampai berguling-guling kat lantai ni, frust tahap guling dah, takde nya nak menonggeng-nonggeng macam zaman sekarang. Bila ada mainan tu, mulalah nak show-ff depan kengkawan, kononnya dialah yang beli mainan terbaru masa tu. Muka boleh blah...

Dulu, ada mainan cenggini pun bukan main bangga lagi, zaman sekarang???

 Selain dari permainan yang mengasyikkan (pada masa tu), ada satu lagi tarikan utama yang membuatkan aku terpacak untuk membelinya, iaitu coklat kat dalam tu. Pergh... wa bilang sama lu, nikmat beb (masa tu belum kenal Fererro Rocher dengan Cadburry lagi). Sampaikan ada satu masa tu, aku ambik semua coklat kat kotak adik-adik aku, pastu bagi diorang mainan je. Diorang tak kisah pun, lagipun mana boleh lawan abang long, karang ada pulak cop Body Glove kat pipi tu karang. Hehehe...

Coklat ni yang buat aku terliur dulu.... Hehehe...

Oh ya, lupa pulak nak introduce. Snek yang 3 ni sebenarnya popular zaman 80-an hinggalah 90-an. Era 2000 dan ke atas tu agak kureng  sikit la maybe sebab ada mainan yang lebih canggih masa tu macam Digivice, Bayblade, Crush Gear, Digimon, macam-macam lagi la. So, generasi milenium ni kira macam tak merasa sangat la kalau nak dibandingkan zaman mama dengan papa dulu (aku ni lahir 90-an, so dapat la rasa nikmat zaman tu sikit. ) Sebenarnya, bukan 3 snek ni je ada kat pasaran, ada banyak lagi, macam-macam versi lagi lah. Tapi, yang 3 ni la paling popular, walau di mana jua anda berada. Ceh, ayat dia....

Saiz berbeza, nikmatnya sama...


Dulu melambak je, sekarang susah nak cari...

Antara mainan yang ada kat dalam kotak-kotak tu: 






Sampai sekarang ni pun, adik-adik aku akan suruh aku belikan untuk diorang, tak kira yang masih kecik dengan yang dah sunat tu dengan yang tua macam aku ni pun, masih gian nak beli benda ni gak. Benar kata orang, nostalgia tu susah nak dilupuskan dalam memori kita, lagi-lagi yang bawak seribu satu kenangan manis kat kita. Sebelum kita berpisah, tengok la video iklan Tora ni, dengan tagline dia,

TORA DATANG LAGI...



AAA: Kalau snek cenggini bertahan sampai ke zaman anak cucu aku nanti, aku nak belikan diorang masa birthday diorang la. Jimat sikit. Mana tau karang ada pulak PS3 ke PSP ke dalam kotak tu kan. Hehehe

October 3, 2011

Memori : H1N1



H1N1... Hahaha... tiap kali dengar perkataan ni, mesti muka aku akan merah gila macam sos cili thai. Apa taknya, masa tu tetiba je nama aku dengan 9 rakan yang lain meledak meletus mengalahkan meletusnya fenomena Gaga dan Bieber fever (sorry, but both of you can't beat me... hehehehe). Gara-gara 10 orang ni, sekolah tutup seminggu (17 Julai - 23 September 2009). Dah la masa tu sekolah kitorang nak perfect score SBP zon SQL (bagi sapa-sapayang tak tau tu, maksudnya Sabah, Sarawak dan Labuan ye).

Nak dijadikan ceritanya lah kan, ada sorang pelawat ni dari Australia, melawat sekolah aku. Masa tu lak, batch aku ada wat event ala-ala Malaysian Idol, Bintang Sainsku - masa tu malam Finale. So, alang-alang dia dah ada, jemputlah dia sekali untuk bagi komen dan tengok aktiviti kitorang. Aku lak, malam tu bertindak sebagai MC, dah tentulah kena sentiasa berada dekat dengan dia kan, especially masa dia nak bagi komen. Malam tu gempak gila, best sesangat. Mr Philip (pelawat tu) pulak siap puji melambung lagi, sapa tak seronok kan.

Seminggu lepas tu, tetiba ramai pelajar demam secara serentak. Dah macam cerita Zombi Kampung Pisang dah aku tengok. Masa tu aku belum kena lagi tau, lepas best friend aku yang sorang ni (A bukan nama sebenar) demam panas, aku siap papah dia ke sana ke mari, last-last berjangkit kat aku. Masa aku demam tu, ada 4 orang lagi budak batch aku (Form 5) yang demam sama. Pagi tu PK HEM buat spotcheck, tengok sapa yang demam. Dekat-dekat nak suku pelajar yang demam, serentak lak tu. Ari tu sepatutnya ada kem BTN tau, tapi tak dapat nak join. Yang menambah unsur suspensnya lagi, ada segrup lagi yang tengah kem dari sekolah kitorang turut demam, menyebabkan kem BTN terpaksa dibatalkan.

Maaflah, gara-gara kitorang, sekolah tutup seminggu


So, tengah hari tu , Jab Kesihatan datang ke sekolah, nak check kitorang yang dah macam ikan paus terdampar kat pantai je. Hari tu, buat pertama kalinya, aku naik wilcha (sebab junior tak dapat nak papah), memang dah terkulai lesu je atas wilcha tu. Masa nak makan ubat yang diberi pegawai kesihatan tu pun, junior yang tolong. Mak aih, layanan VVIP beb. Bukan selalu. Air mata tak henti-henti mengalir ni ha, menahan bahang kepala yang rasa macam bertih jagung yang nak bersepai je ni. So, lepas inspection tu, kitorang dibenarkan balik ke rumah masing-masing. Here the real story begins...

Masa tu baru je call mama cakap nak balik, tetiba papa pulak yang call suruh stay je kat umah aunty (kat Kuching). Bila ditanya kenapa, papa dengan selamba dadahnya bagitau Jab Kesihatan ada call papa inform yang aku ni positif H1N1. What??? Rasa macam nak pengsan je. Sekarang baru aku paham perasaan orang yang baru dapat tau yang dia dijangkiti HIV/AIDS. Fuhh.... petang tu jugak, papa, mama ngan sorang lagi aunty aku (nurse) datang lawat aku. Dah la aku takleh pegi luar, duduk terperap dalam bilik je, macam siput sedut dalam akuarium. Boring gila tahap gajus! Naik semput pakai topeng ni ha, dah macam ninja dah. Kalau cute macam Power Rangers Purple takpe gak. Sampailah seminggu, aku pun beransur pulih (seriously, masa tu aku tak sure aku dah pulih ke tak).

Seriously, aku tak rasa aku hensem masa pakai topeng ni. (T_T)


Sekolah kitorang masuk newspaper! Tajuk besar dia : 10 PELAJAR SMK MATANG KUCHING POSITIF H1N1. Pergghh.... Pastu, terus meledak nama aku naik (apesal dalam 10 orang tu, nama aku jugak yang naik ha?). Huh, ada ku kisah??? `Nafsu nak keluar jalan-jalan kian membara. Ditambah kawan-kawan ajak kuar pegi Karnival Jom Heboh, apa lagi. Jalan lah... Memang degil tahap cipan aku ni. Masa tengah lepak-lepak kat shopping complex, boleh lak kantoi ngan PK HEM sekolah aku. Aku terserempak dengan anak dia merangkap junior aku jugak, pastu dia boleh lak bagitau dengan mak dia. Adoyai.... Bahaya dikesan! Bahaya dikesan! Bahaya dikesan!

Balik je sekolah tu, terus kena sembur dengan PK HEM. Malu beb kena marah, tapi muka maintain je selenga macam buaya tahan berak cair. Aku teruskan operasi aku mencari 9 lagi 'geng' aku yang lain. Rupa-rupanya, 9 orang tu memang sebilik dengan aku masa dalam bilik sakit hari tu. Hampeh betul. Yang aku tau, 3 orang lagi tu berkongsi kusyen dengan aku (takde bantal, so kusyen pun kusyen la, asalkan dapat baring) masa kat bilik tu. 5 lagi tu yang datang dan pergi bilik tu. Aku cuma kesian dengan sorang junior aku ni (one of us too), sampai bengkak teruk dia punya bibir. Nasib baiklah fast action diambil oleh JPP. By the way, terima kasihlah kepada JPP exco kesihatan masa tu, Daus and the geng sebab jaga kitorang dengan baik. Macam pusat kebajikan orang tua-tua pulak dah. Kepada rakan-rakan sebatch yang mendoakan kesihatan aku, tolong aku masa nak inspection tu, I really appreciate that. Kenangan ni takkan aku lupakan sampai bila-bila.  Apa yang aku bayang masa sakit hanyalah satu, MATI! Alhamdulilah, aku masih diberi kesempatan untuk hidup supaya dapat ceritakan detik penuh duka (dukalah sangat) bila merasa penyakit ni.

Oppp... Opppp.... Oppppp.... Satu persoalan masih berbaki kat sini:


SIAPA YANG BAWAK VIRUS TU KE SINI HAH???

Kita serahkan kepada Ejen Mulder dan Ejen Scully dari X-Files untuk menyiasat....






AAA : gara-gara benda ni gak, orang panggil aku Az-swine.... Sabo je la... (T_T). Orang tak brani sangat nak dekat dengan aku sangat masa tu. rasa begitu terpinggit, ibarat melukut di tepi guni beras borneo. Huhuhu... 

September 27, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part II]

OK, tanpa bercakap panjang (sebab masih demam), so aku sambung je la episod semalam ye!




24 September : 12.30 ptg

Kitorang masih menunggu sorang lagi datang, Aizat (course Math - sama kelas ngan kawan sekolah aku dulu). Pun sabah bah... (kenapa la aku susah sangat nak jumpa orang senegeri ngan aku ni, dah la junior takde). Masa tengah tunggu tu, berborak dengan Ewi, Yang dua orang tu entah pegi mana aku pun tak perasan. Balik-balik je si Zudien dah pakai spec (perrgghh.... smart bai! Eh, x caya lak aku cakap cenggini). Bila dah mula perasan diri tu hensem, sesi fotografi pun bermula. Aksi-aksi comel (teringat lak ngan Izzat) masa bergambar tak pernah lekang. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng-geleng kepala beberapa kali. Bila perut mula berkeroncong dan asid sulfurik mula bershuffle di dalam badan, maka itu bermaksud sudah tiba untuk... makan time! Aku yang sememangnya terkenal dengan tag team mesin makan (aku, Izzat, Amin, Dayah) tetiba je putus selera ari tu. Maybe yang 3 orang tu takde kot, almaklumlah catalyst of reaction tak tak ada. Hahaha... Aku dok perhati je diorang makan, berselera betul ,macam setaun tak makan. Dah la keding (adik-beradik kepada kurus kering) semua, kesian lak aku tengok. Hurmmm... takpe la. Korang makan la sampai habis. Zudien meratah ayam sampai ke sisa-sisa terakhir. Si Yassin sibuk membelek-belek kamera nya tuh. Yang dua orang lagi, entah apa yang dibualkan entah la, slang Sabah pekat sangat. Adoyai. Mata aku yang melilau-lilau tiba-tiba terpana apabila melihat sorang brader/ akak (x pasti la aku), asyik tengok je kat meja kitorang ni. Tau la 5 orang ni hensem-hensem semua. Takyah ar jeling macam tu sangat, naik tegak semua bulu roma, bulu mata, bulu hidung aku dibuatnya. Bila habis makan, RM50!!! Hurmmm.... diorang semua terlopong dan ternganga. Aku je berlagak rilex. Rasanya, kalau diorang tengok budak-budak kelas aku makan, setakat RM50 tu baru set makanan untuk 2 orang tu (gelojoh punya pasal).




24 September : 1.40 ptg

Selesai je solat Zohor, kitorang pun berarak ke GSC (ni bukan nama sejenis ubat ye), nak tengok movie punya hal. Tnegok citer Abduction. Rupa-rupanya, seat kitorang kat depan sekali tu ha (second row), dah la screen gedabak gila, tapi tak apa, kitorang dikelilingi oleh awek-awek yang cantik. Aku pun memulakan operasi, namun kantoi dengan Zudien agaknya (nasib baik dia x tau aku nak buat apa... hahaha... x sempat), terus batal aku punya plan. Dekat sudut sana, ada beberapa aweks tengah posing (for facebook maybe kalau tengok dari segi posing diorang la) maut tahap belangkas, mak aih ada sorang tu comel nya. Ish, ku datang sini nak tengok wayang, bukan cari awek. Kan dah sorang, yang tu nak campak mana, sengal! Aku terus menghalakan mata aku ke skrin. Layan gak la citer ni walaupun aku x berapa nak minat ngan Taylor Lautner ni (nantikan episod Preview Abduction). Sejuk gila, menyesal lak tak pakai baju yang kain tebal sikit tadi. Jaket pulak lupa kat bilik. Tahan je la walaupun menggeletar ni.




24 September : 3.20 ptg

Keluar dari cinema, layan desert McD dulu. Diroang ada yang makan sundae cup, chocotop. Aku sorang je McFlurry (ni hidangan wajib tiap kali aku keluar selain dari Coolblog). Sempat lagi posing-posing mengambik gambar buat kenang-kenangan. Tengok jam... O M G! Aku kena balik, tapi rasa serba salah lak bagitau ngan diorang. Ye lah kan, bukan selalu nak tengok aku yang busy tahap mesin jahit ni nak jalan-jalan jauh sikit dari Seremban. Si Ewi pulak pujuk pujuk suruh aku stay dulu. Kalau KTM tu tak sesak takpe gak, aku x kisah sangat, ni bila dah pukul 4 dah sesak sangat dah. Tepu dah penumpang dalam tu. Diorang ajak makan-makan dulu, final destination katanya. OK, layan je la. Makan kat Carl's Jr (first time aku gi tempat tu), makan burger yng boleh tahan la burger dia. Aku sorang je yang berjaya habiskan burger tu. Yes!!! Pastu, aku mintak izin untuk pulang sebab jam dah tunjuk jarum 4. Dalam kepala otak aku, mesti crowd gila nanti nih.




24 September : 5.00 ptg

Ni yang aku bengang tahap bangang nih. Punya la aku tunggu sampai naik kebas dua-dua kaki aku, bleh pulak KTM dengan slumber dadahnya lambat sampai. Tapi xpe la, at least sampai daripada sem depan baru nak sampai, apa ke hal kan? Bayangkan bila dah sejam lambat, berapa orang yang tengah tunggu kat platform? Ramai gila, macam nak pergi Konsert Korean Wave tu je. (Gambar tak dapat diupload sebab terlalu ngeri untuk tontonan umum). Hati dah rasa risau sempat tak nak masuk ni, dah la crowd gila. Kalau jual kerepek ke, bukak bazaar ke kompom laku jualan ni. Aku dengan usaha kerasnya cuba meredah lautan manusia yang rakus menerobosmasuk ke dalam lohong yang ternganga buat seketika (pergghh... ayat aku boleh blah). Bila masuk ke dalam je, aku antara orang yang terendah kat dalam tu. Ada bangla la, afrika la, korea la, cina la, arab la, india la, dah macam siaran astro dah aku tengok. Yang tak tahan nya apabila aroma Ambi Pur expired a.k.a bau hurrmmmm.... badan or specifically ketiak yang teramatlah tajam. Perut mula rasa mual, burger kat dalam perut ni macam nak dihamburkan keluar je. Nak tak nak, aku ambik tisu pastu sumbat la dalam lubang hidung. Bercucuran air mata aku menanggung seksa sebegini rupa. Dah la kena tunggu 10 stesen lagi baru sampai Seremban. WHAT??? 1 hour and half I have to go through all these things? (T_T)




24 September : 7.00 ptg

Bila dah limpas UKM, dah mula lengang dah KTM tu, and fresh air mula menusuk lubang hidung. Waaahhhh.... indahnya dunia. Eh, ada kerusi kosong la, so apa lagi, sebelum kaki ni aku patahkan dua, baik aku duduk. Tertidur la aku dalam buaian mimpi seindah asmara duka lara sehinggalah satu suara dari corong speaker berkata ala-ala begini:

Stesen Seremban... Seremban....

Aku dengan rambut ala-ala Awan Nano tu pun bangun, dengan muka yang aku tak boleh nak ekspresikan sekarang, sebab aku tengah hensem sekarang ni (hehehehe) terkulat-kulat bangun pastu bergerak ke Terminal 1 sebab nak kejar bas terakhir pukul 8. Kalau naik teksi, mahal. Jimat punya pasal kan...




24 September : 9.00 ptg

Sampai kat kampus. Bila tiba kat depan bilik je, roommate terpinga-pinga bila tengok roommate dia dah macam zombi kampung pisang goreng hangus. Aku terjelepok atas katil sampai tak sedar dunia lagi dah. Aku rasa kalau satelit hempap kepala aku pun aku takkan bangun dari tidur. Sedap gila seyh... Sebelum tido, sempat gak online kejap... Hehehehe... Sah gian.




25 September : 11.00 pg

Selamat pagi dunia! My new day begins...





Haaaa... begitulah kisah penuh ranjau, bau dan kepenatan semata-mata nak jumpa fb buddies. Demi kawan, sanggup ni meredah lautan manusia dalam KTM. Hahahaha... OK la, penat ni, demam pun tak kebah-kebah lagi. Kalau sihat walafiat esok, ada la entri baru ya! See ya!

September 26, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part I]




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Okey, memandangkan aku ni free memanjang (masa ada assignment mengeluh, bila dah x ada assignment sibuk nak cari pulak) terlintas nak buat entri pasal PERTEMUAN EKSKLUSIF aku dengan 2 blogger tegar (tegar ke? aku follow pun x), Zudien dan Yassin. Hahaha... YES, AT LAST, DAPAT KUTEMU JUGA setelah dekat nak setaun kata nak jumpa tapi x jadi-jadi. Ingat pergi KL dari Seremban tu macam pegi bilik mandi kat asrama ke? Ni nak cerita sikit pasal perjalanan penuh berliku aku. Semuanya bermula di apabila ...


16 September 2011 : 8.00 mlm

Masa tengah online tu, tetiba Si Yassin tempel post dia kat wall aku.

You didn't come did you?

Masa tu leh lak aku rasa berdebar nak jawab, sebab sebelum tu dah janji nak gi jumpa diorang kat Dataran Merdeka pagi tu, tapi sebab lecturer suruh gi open house dia, WAJIB lak tu, nak tak nak kena 'singkir'kan diorang kejap. Cis, demi makanan sanggup tolak kawan-kawan ke tepi. Hahaha... So, di saat tu la deal ngan diorang nak jumpa kat tempat lain. Aku serahkan kat budak 2 orang tu untuk tentukan tempat dia.



22 September : 9.36 mlm

Giliran Zudien tempel pulak kat wall aku yang kira-kira berbunyi berikut:

Camna, jadi x appointment kita ni nanti?


So, aku dengan hensem dan comelnya (bukan perasan ye, hakikat) terus membalas untuk menkonfirmkan event tersebut. Set! Jumpa kat Mid Valley nanti korang ya...




23 September : 8.00 mlm

Huhuhu... Aku demam! Oh, wait a sec! Demam??? Weh, esok nak gi Mid Valley weh! Kemon la... Malam tu entah berapa tablet aku makan pil semata-mata nak sembuh, walhal aku dari kecik memang tak reti nak makan ubat (seriously, aku kalau makan ubat, memang aku makan betul-betul, bukan telan ye, tapi kunyah) Berjurai air mata mengunyah pil yang rasa dia tak berapa nak best tu. Bila tengok cermin, O M G, buruk nya muka aku. Tak hensem langsung! Dah macam Zombie dalam game Plant vs Zombie dah. Kepala macam dah nak meletup dah. Huhuhu...




24 September : 8.00 pg

Masih lagi tertonggeng kat atas katil (takyah imagine la, memang buruk gila rupa aku), tengok-tengok jam, PUKUL 8 !!! Dengan cepat dan tangkasnya (walhal aku slow gila, kepala masih pening lagi). Siap je, terus naik bas pegi Terminal 1. Dari Terminal 1 jalan ke Stesen KTM ikut subway. Penat gila, lagi-lagi buat insan chubby lagi gebu macam aku ni (T_T). Nasib baik masa tu belum ramai lagi orang.




24 September : 10.00 pg

Naik komuter. Mula-mula tu belum crowd lagi, tapi bila dah singgah stesen nilau tu, mula la nak sesak. Kalah tin sardin (at least sardin still got space in the can), ni muka dah tersembam kat dinding. Tak dapat nak gerak langsung. Dah la kepala pening gila ni, demam semalam masih belum kebah lagi.



24 September : 11.45 pg

Fuhhh... at last, sampai gak Mid Valley dengan selamatnya. Aku turun je terus cari tandas. Muntah la dengan sepuas-sepuasnya kat situ. Muka pucat lesi je, macam gaam UHU je. Darijauh aku dah nampak Zudien, Yassin ngan .... aik, sapa lag sorang tu??? Aku menggaru-garu kepala aku yang rambutnya macam Hafiz AF ni. Tetiba, DING!!! Kepala aku berdesing... O M G!!! Menangis aku dibuatnya, tapi sebab banyak awek kat situ, aku tahan je. Walaupun keluar semua dah urat kat dahi aku menahan sakit.


ONE MESSAGE RECEIVE:
Z - Wei, hang jadi tak pegi ni?
A - Dah sampai dah.
Z - Kitorang tunggu kat kaunter tiket atas ni
A - OK


Aku pun gagahkan diri aku, muka tetap maintain senyum sebab classmate aku bagitau aku nampak comel kalau senyum (orang chubby katakan, biasalah). Bila sampai je kat atas, dari jauh aku dah target 3 tubuh keding (Just Ewi tu berisi sikit la). SAH! Diorang la ni. So, sementara tunggu diorang tengah beli tiket, masa tu la awek mintak call. Kepala dah pusing tahap eskelator dah ni. Layan je la. Muka maintain serius je, mood dah mula start nak hilang. Ish, takkan aku nak tunjuk muka singa aku ni kat diorang? Baru mula-mula jumpa, dah tunjuk muka singa nak terkam aku ni. Rilex... belum sampai masanya lagi. Ingat sikit, ko tu sakit. Aku bermonolog sendirian.

Masa nak bersalam dengan diorang tiga tu, menggeletar tangan ni ha, almaklumlah sebelum ni sibok dok chat kat facebook je, tak pernah dengar suara, bersua muka (kecuali Ewi, sebab aku dah terserempak dengan dia masa MERDEKA taun lepas). What? My first impression??? Hurmmm...Let see!

Zudien :
hurm... bak kata sorang dari classmate aku... " boleh kira hensem la jugak" (=.=)''
Muka pun jiwang-jiwang cenggitu kan. Asyik dok bergambar je. Kalau dapat, setiap sudut kat Mid Valley tu dia nak amik gambar. Pakai spec baru katakan (baru je beli kat situ gak). Dia asyik dok perhatikan aku je bila ada macam awek-awek cun lalu.
(Errrr... Cayang,sorry kalau cayang terbaca post ni, abang main-main je)

Yassin :
I can feel his aura... but not sure what it is. Maybe dalam mode bersedia untuk menyerang, almaklumlah dalam facebook asyik nak bertekak je kan. Tapi ari tu tak banyak cakap sangat. Entah, tetiba je macam xda benda nak dibincangkan. I dont know why, but I kind of afraid of him. Aik, apa kes??? Entah, jangan tanya aku...

Ewi :
Talkative. Lawak maybe... Love the way he speak. Kalau oral test ni, aku boleh bagi full mark. He got energy and good personality. Sesuai jadi cikgu. Antara ketiga-tiga ni, aku paling banyak bercakap dengan dia ni. Entah, aku tetiba rasa macam tertarik nak berborak dengan dia ni. Maybe sebab x pernah chat dengan dia sebelum ni kot.


Seriously, aku memang rasa sangat kekok, tambahan lagi aku sorang je. 2 boys who suppose I bring along lupa lak nak kejutkan diorang. Awkkkkkkwaarrrddd.... Buat pertama kalinya, aku kembali ke MODE PASSIVE. Demam menghentak otak, apa taknya. Rasa nak senyum, tapi terpaksa tahan sakit yang menyengat kat kepala otak ni. Bukan malu ye! Sorry sikit, bak kata ex-classmate aku masa sekolah dulu:

Ko ni memang tak reti malu ke? Buat perangai pelik-pelik kat khalayak ramai ni. Tapi itu la yang buat ko ni lain dari yang lain. Tapi agak-agak la. Ni buat action yang pelik-pelik masa tengha jalan, malu aku tau.


Kemon la... Ni Azwan Azahari, ok. Kenal ngan aku dulu, baru judge aku ni orang macam mana. Tapi aku boleh katakan yang aku boleh berubah personaliti ikut perubahan persekitaran. So, in simple word, Dont judge my cuteness behavior before you really know how handsome who I am...

[Bersambung esok]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...