Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts
November 10, 2011
Alam Angker : Lorong Sunyi
Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.
Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.
Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.
Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.
Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.
Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.
Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.
Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.
Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.
Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.
Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.
Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.
Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.
Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.
Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.
Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.
Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.
Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!
November 3, 2011
Alam Angker : Kaki Mencari Jasad
Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.
"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.
"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.
"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.
"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.
"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.
"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.
"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya
October 27, 2011
Alam Angker: 8 Sihir
Kita sering kali dimomokkan dengan kehebatan ilmu sihir sama ada di dalam filem mahupun drama tv tempatan. Tetapi tahukah anda, sihir sebenarnya hanya akan membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan kepada semua orang? Berikut adalah 8 jenis sihir yang sering digunakan oleh masyarakat kita di era serba moden ini:
Afriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
![]() |
| Patung Voodoo... |
Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
Ta'til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang, Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat
Sesungguhnya, janganlah kita sesekali bersubahat dengan iblis laknatullah kerana itu hanya akan mengundang kepada kemurkaan Allah SWT. Percaya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT yang maha esa. Wallahualam...
AAA : Entri kali ini bukan bertujuan untuk mengajak korang untuk mendalami ilmu sihir ye...

October 20, 2011
Alam Angker: Siapa Tu???
Kalau sebelumnya Rosnah seringkali tergelak kecil tidak percaya apabila mendengar kawan-kawannya bercerita soal misteri. Tetapi apa yang dialaminya malam minggu lalu, benar-benar menyedarkan dirinya bahawa makhluk halus memang wujud di alam ini.
Rosnah masih ingat lagi, malam itu syarikat tempatnya bekerja menganjurkan jamuan makan malam tahunan, d...i salah sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Sungguhpun majlis tamat sebelum menjelang tengah malam, namun disebabkan hujan turun dengan lebatnya, Rosnah nyaris-nyaris tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Bersama-sama Mona yang kebetulan mendiami kawasan perumahan berhampiran, mereka duduk di belakang perut bas kerana tahu-tahu ajelah kalau perkhidmatan bas terakhir, pasti penuh penumpang.
Selepas membayar tambang kepada konduktor bas, mereka berborak-borak kosong. Bas pula laju memecut keheningan jalan raya. Hanya sesekali berhenti menurunkan penumpang apabila loceng dibunyikan. Sedang asyik Rosnah dan Mona bersembang, pemandu bas tiba-tiba menekan brek kecemasan.
Kedengaran pemandu merungut-rungut marah pada sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami butir bicaranya. Suasana menjadi hingar-bingar, ada yang meluru ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak kurang juga yang berpandang sesama sendiri, tertanya-tanya.
“Bertenang, bertenang... jangan kecoh-kecoh. Bukannya kita langgar orang tapi ada masalah teknikal sikit, tak de apa-apa,” kata konduktor bas sambil meminta beberapa pemuda yang berada di belakang tempat duduk pemandu, kembali ke tempat masing-masing.
“Apa hal bang, tayar pancit ke?” Tanya pula seorang gadis India kepada konduktor tadi. Rosnah yang tidak senang duduk mula berdiri, meninjau-ninjau keluar tingkap untuk melihat sekeliling. Tetapi keadaan lampu jalan yang agak malap, membataskan penglihatannya.
Sambil mengangkat bahu dan menggeleng-gelengkan kepala, konduktor tersebut kembali ke hadapan semula.
“Eh Mona, kau agak-agak bas ni kenapa ha? Kalau nak kata dia langgar orang, mesti kita dengar jeritan, tapi entahlah, kan...” kata Rosnah cuba turun tetapi ditegah oleh Mona.
“Tak payahlah kita pulak nak turun, kan ke hujan masih renyai-renyai. Biarkan mereka yang menyelesaikan, apa pun masalah yang berlaku. Lagipun tak manis, kita orang perempuan menyibuk tak tentu pasal, malulah...,” ujar Mona berulang-kali.
Belum sempat Rosnah menyampuk kata-kata Mona, bas kembali bergerak tanpa sebarang amaran, sehinggakan dua tiga orang penumpang yang masih berdiri terhuyung-hayang mencari tempat duduk. Dengan nada menjerit, pemandu bas meminta semua penumpang menutup tingkap jika ada yang terbuka, atau tidak bertutup rapat.
“Cepat sikit...,” ujarnya dengan suara sedikit tenggelam-timbul kerana hujan lebat turun secara tiba-tiba. Rosnah mula rasa tidak sedap hati. Kerana tidak mahu menakutkan Mona, dia hanya mendiamkan diri. Dipandangnya wajah gadis India yang duduk berhampiran dengannya tetapi sepantas itu juga, Rosnah memalingkan mukanya ke hadapan.
Kelu lidahnya hendak berkata-kata, hinggakan mahu mencuit tangan Mona pun dia tidak terdaya. Dalam hatinya hanya mampu membaca, beberapa potong ayat suci yang sempat terlintas di hati, itu pun ada yang lintang-pukang. Sambil berdoa agar bas cepat sampai, Rosnah sebenarnya tidak pasti apakah yang perlu dilakukannya sekarang.
Khayalannya terhenti apabila Mona mengoncang-goncangkan bahunya sambil memberi isyarat, mereka sudah hampir sampai ke hentian seterusnya iaitu pondok bas di hadapan taman perumahan mereka. Tetapi peliknya walau berulang kali Mona membunyikan loceng, pemandu tetap meneruskan perjalanan.
“Bang... berhentikanlah bas! Rumah kami dah terlepas ni, tak dengar ke?” Kata Mona dengan nada separuh marah. Tidak mempedulikan permintaan Mona, bas terus dipandu laju sehinggalah tidak lama kemudian, pemandu membelokkan bas masuk ke dalam kawasan balai polis.
Apa lagi, sepantas kilat dia membuka pintu bas dan meluru ke perut balai diikuti beberapa penumpang lain. Rosnah yang sedari tadi seperti dipukau, turut mengambil tindakan serupa dengan menarik sekuat hati tangan Mona agar menurutinya.
Beberapa anggota polis yang masih bertugas, keluar mendapatkan mereka dan setelah pemandu dan konduktor menceritakan segala-galanya, barulah Mona tahu keadaan sebenar. Itu pun puas Rosnah mengiakan apa yang diperkatakan, sebagai bukti dia turut melihat kejadian tersebut.
Sah! Seperti mana yang Rosnah nampak, memang gadis India itu tidak berkepala dan itulah puncanya pemandu bas melakukan brek kecemasan. Ini kerana dia sendiri tergamam apabila kepala gadis itu, melayang-layang di hadapan cermin hadapan bas. Peliknya apabila diperiksa, gadis India itu tiada di tempatnya, tetapi bas tersebut berbau busuk dan hanyir...
October 13, 2011
Alam Angker : Misteri Tapak Kaki
Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.
"Dahlah Milah, aku pun dah penat ni. Tinggal kita berdua saja kat sini. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring baring atas katil. Jomlah temankan aku balik, aku takut nak balik seorang diri."
Milah tertawa kecil. "Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan? Kalau kau takut, kau serukan sahaja nama abang guard hensem tu. Kompom dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah kejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sikit lagi."
"Hai, Jaga sikit mulut kau tu! Jangan cabul sangat. Kau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis semua basah, susahlah kita nanti," sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.
Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dI matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.
Masing masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu di kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.
"Dammm!!!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.
Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.
Tiba tiba...
"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."
Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. abang guard hensem yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai k earah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.
Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..." kata Milah sambil berpaling kearah Nona.
"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan," ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.
Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.
"Engkau ni kenapa takut sangat? Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.
Nina hanya diam membisu dan menggeleng-geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.
Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapa Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas dengan kejadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.
Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun takkan berdarah bila abang Hassan tawarkan diri nak temankan dia," cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.
"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil tertawa kuat.
"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.
Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. "Korang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba korang tengok kat sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke takde tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukan ke kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong betul la, benda macami tu pun tak perasan. Aku yang dah nak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul korang nak dia temankan korang, datanglah ke kelas malam ini.
Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu. Dan memang betul dan tepat sangkaan Nona, tiada koridor di sebelah luar tingkap! Persoalannya di sini,
Siapa yang bersama dengan Nora dan Milah semalam???
October 8, 2011
Preview Al - Hijab
| Tiket (bukan gambar sebenar except GSC ngan hall 1 tu je yang betul ) |
Trailer:
Sinopsis:
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Komen:
Kelebihan:
- Jalan citernya yang lain daari yang lain. Selalunya kita tengok citer pasal santau, roh tak aman, roh balas dendam, saka dan sebagainya (senang citer stereotaip), tapi ni pulak pasal orang yang tak pernah nak reti nak takut ngan hantu (sebab tak percaya ngan kewujudan hantu), nak bukak hijab (nak tau pasal hijab ni kena cari kat buku-buku or internet, nak mudah tengok je citer ni) yang akhirnya memakan diri sendiri.
- Starting citer ni telah berjaya men'trick'kan penonton. Ingatkan sebahagian daripada citer ni, rupanya bayangan orang nak buat citer ni je rupanya. Seram gak sebab ada sorang kenalan aku pernah alami bbenda yang sama dalam babak tu.
- Banyak elemen kejutan yang disajikan kat dalam citer ni, memang padanlah awal-awal lagi dia dah bagitau orang yang sakit jantung ngan mengandung takleh tengok citer ni. Citer ni taklah seram sangat, tapi banyak scene yang akan membuatkan korang terkejut, lantas yang sakit jantung tu bolleh K.O dan yang mengandung boleh terberanak lak kat situ.
- Ada satu scene ni memang best gila, dia jumpa awek dia kat dalam hujan, siap bawak masuk dalam rumah lagi, walhal awek yang sebenarnya tengah nyenyak tidur kat rumah dia sendiri. Masa dia tersedar dari pengsan tu dia ingatkan yang kejutkan dia tu awek dia, tapi rupa-rupanya hantu tu masih lagi menyamar jadi awek dia. Masa tu suspens gila!
- Salutation patut diberi kepada Bell Ngasri, Munir ngan sapa entah sorang lagi yang jadi mat indon tu, komedi tahap cipan, tolong imbangkan citer ni supaya tak lah seram sangat. Tapi lawak diorang superb lah.
- Dalam citer ni, macam-macam hantu ada; dari yang merangkak, terbang, menari, semua ada. Daripada hantu nenek tua hinggalah ke anak dara...
- Solekan hantu dia better dari sebelum ni (Jangan pandang belakang ngan Jangan Tegur). Nampak lebih real ngan lebih angker. Roaarrr!!!
Kekurangan:
- Lakonan Fathia nampak kaku, maybe sebab ni kali pertama dia pegang watak utama dalam filem
- Perjalanan masa yang mengelirukan, ada satu scene tu waktu malam dia panjang gila, sampai habis hantu semua datang. Kesian aku tengok budak tu kena kacau.
- Ada satu scene ni ada seekor hantu nenek tua tu, nampak sangat efek CGI dia tak kemas, masa mata dan mulut dia dibesarkan. Dah macam alien lak aku tengok, bukan macam hantu.
- Timbul lagi persoalan di sini, apesal hantu yang dia nampak sikit je. Setahu aku, kalau kita bukak hijab kita, memang meloggok je kita tengok segala iblis, jin, makhluk halus kat tepi-tepi jalan macam buah durian. Ni macam certain-certain part je ada hantu. Musykil jugak...
- Satu lagi, macam mana Mak Itam boleh tau nombor telefon dia sedangkan dia dah lama tak berhubung dengan keluarga Raf, tambah-tambah lagi arwah mak Raf dah tak ada. Maju bomoh sekarang, pandai hantar SMS la pulak. Rasa lucu pun ada gak kat situ.
- Last but not least, ending dia telah memfrust menonggengkan penonton yang macam aku. Citer tu macam habis gitu je, sampai timbul persoalan dalam kepala otak aku, "So what will happen next?"
Hantu-hantu di sebalik hijab...
| Tengok, sampai rabak dia punya mulut, sapa nak jawab? |
| Hantu ni yang muncul tetiba mengejutkan aku, tak guna punya hantu! |
| "Cu.... nak ke mana tu cu?" serammmm siot! |
| Hantu ni kuar masa mula-mula dia bukak hijab |
![]() |
| Hantu merangkak... lagi hebat dari Ju-On |
| Pocong jangan dilupa.... |
| Sekali dia kat dapur daaa... ko ada??? |
| Mayat sapa lak yang tersadai kat sini ni? |
Secara keseluruhan, aku bagi rating 3.5 / 5 la. Puas hati aku beli tiket tengok citer ni. Berbaloi untuk ditonton, sebab jalan citernya yang lain dari yang lain, lagi-lagi pasal hijab ni. Aku sampai sekarang curious pasal hijab ni - apa benda tu? Peerrgghh... penangan movie masterpiece dari Piere Andre, well done dude! Pasal ending tu, agak frust la jugak, tapi mana tau kalau-kalau dia nak buat sekuel kedua ke? Harap-harap kalau sambutan filem ni pun cecah box-office, buatlah sekuel kedua ye...
Pengajaran dari filem ni, selain dari jangan beli popcorn sekotak untuk dikongsi empat orang, satu lagi pengajarannya adalah tak payah nak menggedik nak bukak hijab, konon nak tengok hantu la apa la, last-last makan diri sendiri. Bila hijab dibukak,, baru ko tau indah ke tak dunia yang ko mintak tu, kalau tak kunci balik hijab tu, nahas la jawabnya. Ingat pesan aku ni...
BERSEDIALAH BILA HIJABMU
DIBUKA...
October 7, 2011
Alam Angker : Mimpi
Ok, kisah ni adalah pengalaman aku sendiri. Aku tak pasti sama ada benda ni betul-betul, imaginasi, ataupun terlebih tengok movie seram ke apa, tapi yang pasti aku takkan dapat lupa benda ni sampai bila-bila. Bayangkan, bukan sekali, tapi berkali-kali dah benda ni berlaku. Nasib baik aku tak gila.
Nak disenangkan cerita, ada satu malam tu aku tido lewat, baru siap esaimen katakan. Tup tup, bila tutup je mata, tiba-tiba je gelap (memang gelap habis, senyap lak tu sedangkan bunyi kipas kedengaran masa nak lelap). Pastu aku macam ada kat sebuah dapur nih, buruk sangat rupa dapur tu, macam rumah tinggalan je. Kotor, busuk, bersepah. Dalam samar-samar aku dapat tengok satu susuk dekat satu sudut, ada sorang budak perempuan pakai gaun. Dia pun macam tak terurus je. Dari sudut kat ujung sana, mula-mula dia jalan slow je, tiba-tiba dah dekat tu dia lari nak terkam aku. Pergh.... muka dia seram siot!!! Berdarah-darah je, macam zombie dalam citer Rec [o] tu. Ngeri....
| Muka budak tu ada iras-iras camni gaklah, seram siottt !!! |
Pastu, terus je aku tersedar dari tidur, tercungap-cungap, macam nak putusnafas pun ada. Pastu try nak tido balik, mimpi benda yang sama. Buat pertama kalinya dalam sejarah, aku rasa takut gila macam ni. Menggigil-gigil badan dibuatnya. Nak gerak roommate, tak nak buat dia takut. Karang dia takut, aku lagi takut. Mimpi ni berlarutan sampai dua minggu, mata ni dah sembab macam panda dah, sebab tak cukup tidur. Nak tidur pun kena tidur siang, nasib baik minggu tu tak banyak sangat kelas, dapat la melelapkan mata. Menjelang je malam, start rasa takut tu datang balik.
Tapi yang peliknya kan, masa aku nak bukak mata tu, mata aku macam dijahit tau, nak bukak memang payah gila. Nak baca ayat suci, mulut macam digam pulak, takleh nak cakap apa-apa, kotak suara macam dikunci je. Nak tak nak, baca dalam hati. Air mata bercucuran takut tak sedar terus dari mimpi. Benda hanya orang-orang tertentu je
At last, aku bagitau jugak kat family. Mama kata dia akan cuba tanya dekat orang yang pandai dalam bab-bab macam ni. So, dia pun kata, ada something yang akan datang dekat aku, bukannya benda buruk, tapi benda baik. Cuma, nanti aku kena betul-betul bersedia mental dan fizikal. What??? Kalau benda-benda macam saka ke apa ke, mintak-mintak la dijauhkan. Tak nak aku...
Ada gak la selain dari tu, aku ada dengar bunyi macam budak perempuan tengah main dengan anak patung. Meremang bulu roma ni ha. Dahlah kat luar tingkap bilik ni suma rumah kosong, rumah takde orang. Macam-macam dah aku tengok, aku dengar secara live pagi-pagi buta, lagi-lagi pukul menjelang pukul 3 pagi. Sebab tu, aku takkan stay up sampai pukul 3 pagi. Keiyh, meremang lak bulu roma tulis entri ni. Jangan kacau aku lagi sudah...
AAA : Alhamdulillah, sekarang dah kembali normal, dah dapat tidur dengan tenang. Cuma masih dapat rasa budak tu ada kat sebelah, tengah mengintai-intai, ada jugak la sesekali dengar suara macam budak tu tengah main dengan anak patung. Buat selamba je lah, walhal hati berdegup laju.
September 12, 2011
Alam Angker: Ini Satu Pengajaran
Gambar ini diambil dari satu sumber yan boleh dipercayai. Betul atau tidak, pokoknya bukan itu yang kita nak tengok kat sini, tapi apa yang belaku pada mayat ini sebenarnya. Bukan niat saya untuk memngaibkan si mati, tetapi ini adalah sebagai pengajaran kepada kita yang masih hidup ini supaya muhasabah diri kita sebelum mata ini dipejam buat selama-lamanya.
Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.
Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.
Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.
Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.
Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.
Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

August 9, 2011
Alam Angker: Balik Dari Kubur
Mula-mula aku tak percaya benda ni tau. Tiap kali balik dari menguruskan kematian, mesti orang tua-tua suruh mandi bersihkan diri dulu baru nak main-main ngan adik kat umah, lagi-lagi yang ada anak-anak kecil. Badi mayat, katanya. Tapi setelah terbaca dari satu blog ni, baru aku tau sebab musabab kenapa kita perlu bersihkan diri kita dulu sebelum tegur anak-anak di rumah.
Ni aku dapat dari satu blog dan aku rasa aku patut share. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingati.
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benar kata orang,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar. Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)