Dear Abang
Sorry la lambat reply, tunggu ink printer yang Kak Senah jual tauge bawak dari Australia tu. Sorry la ek. Jangan la merajuk ek, lempar frying pan kang... Hahahax!Juz kiddin. I ni pun sebenarnya lazy-lazy nak tulis surat ni. Leceh ar, nak tulis panjang-panjang. Pastu kena print colour-colour, kertas mahjong lak tu. Nak bubuh minyak wangi tak cukup sebotol. Nasib baik Ambi Pur kat bilik mak I ada saki-baki lagi. Tu yang bau dia mix-mix sikit tu. Bukan kedekut, nak berjimat. Kan senang kalau guna skype ke, Oovoo ke, YM ke. Dapat la tengok muka abang yang bersepai tu. Hahahax... Juz kiddin'.
Zila juz nak cakap takyah la nak tunggu Zila lagi. Zila ni dah ada yang punya. Dah dicop dah Abang Mail tu. Walaupun dia tak sehensem Dafi macam abang, tapi dia popular tau. Abang kawasan tu, siap berlakon jadi extra dalam KL Gangster lagi. Tak macam abang, jadi extra dalam Wonderpets pun belum tentu lagi. Paling suka bila dia nyanyi lagu "Awan Nanonanonanonanano" kat I dulu. Tak macam abang, hanya tau ajak main UNO, SAHIBBA ngan JUTARIA je. Tak syok la, tak romantik langsung. Please lah, not my taste! Ewwwwww~
Dalam surat yang lepas, abang pernah tanya kat Zila kan, apa kurangnya abang? Now, Zila bagitau abang. Abang kena terima jawapan Zila dengan hati terbuka sama macam abang terima kekalahan abang lawan game Pokemon dengan Pak Jabit dulu. Zila bagitau satu-satu tau.
Abang ni kan kedekut gila nak masuk wad. Bila Zila cakap nak makan nuget yang harga singgit kat gerai tepi jalan tu, abang kata membazir lah, tapi abang mencekik Dinner Plate sensorang, takpe plak. Pastu Zila setakat makan tulang saki baki abang makan je. Bila Zila mintak belikan selipar jepun yang ada cop facebook, abang kata mahal sangat. Abang cuma belikan Zila selipar bundle yang memang orang buta pun tau selipar tu memang tak boleh nak dipakai lagi dah. Dah bersepai, nak pakai apa. Abang just misscall je mintak Zila call balik. Yang habisnya kredit Zila. Nasib baik Zila ni tak kerja jadi operator telefon, kalau tak maunya abang call 24 jam sehari. Dah tu, bergayut punya lah lama sampai cramp rahang Zila ni. Balik je rumah, terpaksa atur balik rahang Zila yang terkehel tu. Ada laptop mahal tapi tak nak guna, bukan membazir ke? Abang ni dah la buta IT, nak ON laptop pun tak reti, nak charge laptop takyah bagitau la. Habis satu kampung abang pusing semata-mata nak tanya orang macam mana nak charge laptop abang yang canggih kononnya tu. Mentang-mentang dah ada facebook, dah ada sorang friend pun dah kecoh walhal adik abang je tu. Gi suruh adik upload profile picture yang selenga tu pulak, masa tengah berak lak tu. Takde gambar lain ke? Bila ditanya, unik katanya. Sengal betul!
Hari tu Zila tengok abang keluar dengan perempuan mana entah. Amboi, siap makan dalam restoran lagi, Mom's Chicken Rice. Bila dengan Zila pulak, abang suruh bawak bekal dari rumah, pastu makan kat R&R, apa kes? Masa Zila tercekik tu, abang pergi kepal nasi bapak besarnya, mengalahkan bola bowling. Nak disumbat dalam mulut Zila, mana muat bang. Zila lebih rela mati tercekik tulang ikan tu dari mati tercekik ketulan nasi yang gedabak tu. Kalau baling kat anjing, mau koma setaun anjing tu dibuatnya. Pulak tu, main tenyeh-tenyeh je tisu masa nak lap kat mulut Zila ni. Ingat mulut Zila ni singki ke apa. Pastu, selamba je sambung makan balik macam takde benda yang berlaku, walhal Zila dah terguling-guling atas tanah tahan sakit kerongkong yang macam nak pecah telan kepal nasi yang abang buat tu.
Abang tak pernah nak lawat Zila masa Zila demam. Abang cuma poskan Cool Fever je, kalau setakat tu nenek Zila pun boleh buat. Pernah sekali tu je abang datang melawat Zila masa Zila demam panas. Itu pun abang salah letak barang atas dahi Zila, bukannya nak bubuh ketul ais, tapi bongkah ais dari kedai cendol mana entah abang sapu, pastu selamba je hempap atas dahi Zila yang flat ni. Abang tau tak, sampai sekarang ni, dahi Zila berlekuk macam kawah lepas Optimus Prime terhempas kat muka bumi. Selaluje kena ejek ngan orang, dahi lekuk la, flower horn songsang la. Malu tau tak bang.
Cukup la sekadar itu saja yang Zila nak cakap kat abang buat masa ni. Yang selebihnya tu, abang cari la sendiri. Kalau nak story-story, sampai Kak Limah balik Kampung Pisang pun belum habis cerita ni. Hubungan kita berkahir di sini bang. Dengan ini, saya dengan GORGEOUS dan
P/S: Jangan cari saya lagi bang. Zila dah dimiliki. Harap-harap abang jumpa la awek yang dapat tahan dengan kesengalan abang tahap tenuk berak liquid paper ni. Jangan hantar surat lagi, kalau tak, Zila report kat Pos Laju karang.
P/S 2: Oh ya, Pak Jabit kirim salam. Katanya, kalau nak online, pegi je kat warung dia. Sekrang warung dia dah ada wai fai. Tak payah la nak pakai berukband tu lagi. Abang kan kedekut, mana mampu nak bayar semua tu. Sabun mandi pun tak habis-habis lagi dari zaman sekolah dulu lagi.\
Tak berapa nak ikhlas dari,
Zila Bakar Rin
No comments:
Post a Comment