Pages

September 17, 2011

Cinta Sebelum VS Selepas Kawin???

Assalamualaikum Warahmatullah,

Aku wat entry ni bukan sebab aku ni miang sangat nak kawin. Tapi, bila dengar member-member bercakap kan, lagi-lagi yang pompuan tu, tetiba aku tertarik lak nak wat entry pasal ni. Aku ada gak wat survey ngan member-member aku tentang hal bercinta sebelum vs selepas kawin nih. Rata-rata suka bercouple dulu sebelum kawin. Bagi diorang, bercouple lepas kawin dah x relevan lagi zaman muka buku cam sekarang ni, btol ker? So, aku nak kupas sikit berkenaan isu panas nih. Waahh.. dah macam wartawan MELODI la plak. Sori kalau ada yang x setuju ngan pendapat aku, sebab ini adalah pendapat peribadi semata-mata, PRIVATE bak kata nenek aku… mak aih, speaking London naaa….





Mungkin ada antara kita yang rasa bercinta selepas berkahwin ni satu benda yang tak praktikal lagi pada zaman sekarang ni. Tambah-tambah lagi nak cari calon di hujung lagi je, ADD FRIEND kat facebook atau FOLLOW je kat Twitter udah…. Bak kata Najwa Latiff, cinta muka buku… Nak tengok muka? Apa susah, bukak je Skype ke, YM ke, Oovoo ke kalo nak jimat kos la. Kalau nak berabis kit duit yang diorang separuh nak mati kerja a.k.a maka bapak diorang separuh nak mati cari, pakai la 3G, 4G, dan entah berapa banyak G lagi la…

Antara sebab kenapa diorang pilih couple sebelum kawin:

“Macam mana kau nak kenal dengan bakal bini kau? Kau ingat kahwin nii senang ke, macam makan crackers (takde benda lain ke dia nak bagi contoh)? Kita kena kenal dulu sapa bakal teman sehidup semati kita tu. Kang tak pasal-pasal lak kita dulu mati sebab kena bunuh ngan dia. Kita ni kan perlu saling mengenali dan faham memahami, baru ada bibit-bibit bahagia,".

Aaaahh…. Banyak la ko punya bahagia. Couple ko tu pun ko tuka macam tukar selipar jepun. Bila ditanya, takde jodoh. Jodoh kepala lutut kau! Jodoh tu melambak Tuhan bagi kat dunia ni, dah kita buat pasangan kita tu macam beruk kat zoo jer, apa nak tahan lamanya. Baik lepaskan dia, dia pun dapat couple yang jauh berbatu-batu baik dari ko. Tapi, aku arap kawan aku tu dapat seseorang yang dapat ubah dia jadi seseorang yang lebih baik la, at least menghargai pasangan. Ni tak, tau perasaan dia je, perasaan yang sorang lagi tu dia tak ambik pot pun. Kekadang nak je hempuk kepala dia ni kat singki biar betul sikit kedudukan medulla oblongata dia yang tengah terbelit tuh.

Tapi bila difikir-fikir, memang betul gak kata dia ni. For the first time, aku boleh terima kata-kata dia nisebab aku pun rasa yang kita mengenali pasangan kita terlebih dahulu sebelum kita dapat membina mahligai bahagia, tapi aku kurang bersetuju dengan modus operandi yang selalu digunakan untuk mengenali bakal pasangan, iaitu dengan cara bercinta, bukan bencinta ye. Tu lagu Faizal Tahir… Hahaha..

Realitinya bercinta ni takkan sesekali buat kita mengenal bakal pasangan kita dalam erti kata yang sebenarnya.Semua Nampak indah belaka, takde cacat cela, takde imperfect, takde yang takde. Macam-macam ada! Ye la, tengah angau, memang la. Cuba bila dah break, hah amik kau! Dia ni dulu selekeh lah, tak suka angkat call la, suka bergaul ngan lelaki lain la, bodoh bingai bangang la, apa la. Masing-masing nak bukak aib masing-masing. Yang bodoh sangat nak couple dengan dia tu dulu sapa gak, ko kan? Jadi siapa yang bodoh sekarang? Tepuk dada kuat-kuat, tanya sakit tak la ye…

Wait the minute, korang tak setuju?

Seseorang yang sedang bercinta tidak lebih dari seseorang yang sedang berlakon. Ya, bila seseorang yang bercinta sememangnya hidup dalam keadaan lakonan. Senang cerita, diorang tu bukanlah diorang yang “sebenarnya” a.k.a ORIGINAL VERSION depan kekasih diorang. Tapi bagi aku la, memang pun kita kena control kan, ye lah depan awek takkan nak selekeh kot. Logik la sikit… Pastu, kena la baik-baik. Tapi, kita tak sepatutnya menipu si dia dengan menutup segala perkara yang kita buat dajal belakang diorang. Nasib baik ada yang sedar masa tengah couple. Ada yang bila kawin tu, percuma je kena free kick ngan high kick dari laki dia. Nak wat cemana, dah terlambat! Tapi yang bahagia tu, alhamdulilah la… Ertinya dia pilih orang yang tepat lagi betul sebagai pasangan hidup dia. Sweet sangat…

Bercapkap pasal perkara tadi, perhubungan atas dasar penipuan ni selalunya takkan kekal lama. Bila dah kawin, ataupun bila dah dapat apa yang dia nak, barulah topeng Mask Rider yang dia pakai selama ini ditanggalkan. Seseorang yang kita sangka anak kucing yang lemah lembut tutur kata, rupanya seekor singa yang tidak kenal erti toleransi..!!! Masa tu baru nak menyesal??? Hmmmppph….fikir-fikir la sendiri ye!

Bercinta lepas kawin lak cemana, macam la best sangat?

Nak kata best ke tak tu, aku takde hak nak cakap pasal tu sebab aku pun belum kawin lagi, calon dah ada just nak tunggu cop ‘approved by’ dari family aku tu je. Tapi kalau diorang ada calon diorang sendiri, apa salahnya kan? Orang kata, orang bercinta lepas kawin ni lagi romantic dan sweet dari couple sebelum kawin yang bitter sweet ni. Sebabnya topeng sebenar pasangan kita tu akan dapat kita tengok secara live dari masa bertunang lagi, almaklumlah kena kawin paksa kan (kalau yang disarrange family la, kalau yang sendiri punya tu tak tau la). Takyah tunggu lepas kawin, segala jenis taktik diguna semata-mata nak buat yang satu lagi tu bengang, tapi lama-lama tu bila perasaan mula timbul ,takde sapa boleh halang.

Tapi ni tak bermakna, kita tak kenal orang tu sebelum kawin. Kekadang orang tu kawan sekelas kita, member rapat kita, kawan kepada kawan kepada kawan kita, kawan masa kecik (selalu jadi laki bini bila main doktor-doktor) ataupun secara kebetulan. Contohnya, terserempak masa tunggu LRT ke, masa berlanggar tu gedebak! jatuh semua barang dia. Tak pun, masa tu ada awek ni kena ragut ke, tetiba je datang hero entah dari mana tolong kan. Lagi boleh blah tu, trick tersalah dail or tersalah mesej plak. Mungkin korang akan cakap, ko ni banyak tengok cerita DVD ni, bak kata Pak Jabit.Tapi mesti ada antara korang yang ada pengalaman yang sama kan? Tak payah tipulah! Tak payah nak kencing, kalau nak kencing gak, pegi tandas berdekatan, jangan kencing kat sini, tak sopan… Hahahha… Melalut pulak dah.

Tapi, ada jugak yang baru first time atau istilah kosa kata tingginya, secara eksklusifnya baru pertama kali bertentang mata terus ke hati. Bila ada family arrangement tu, selalunya macam tu la. Baru nak kenal, itupun asyik nak bergaduh je. Tapi mula-mula je tu. Bila dah lama-lama, sayang dan kasih pun datang. Barulah datang cinta yang akan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga diorang. Mula-mula tu, sorang tido kat atas sorang tido kat bawah, pastu yang kat bawah tu naik pula katas katil, lama-kelamaan tu bantal peluk yang jadi sempadan pun dibaling kat dinding sebab nak tido rapat-rapat punya hal. Kalau bab makan pulak, mula-mula makan sendiri-sendiri (self service), pastu start la nak main suap-suap, tak lama pastu kongsi pinggan pulak dah. Sweetnya…

Apa-apa pun, terserah pada korang sama ada nak couple sebelum kawin ke, pelas kawin ke, masa kawin ke, ADA AKU KISAH??? Hahahaha…. Semoga berbahagia dengan insan yang tercinta!

3 comments:

Anonymous said...

medulla oblongata??????

Fadzmie said...

Cinta lepas kahwin, dah jarang jumpa kot zaman ni. Sebab semua dah pandai nak melawan kalau mak bapak nak pilihkan jodoh. Haha.

Azwan Lai Azahary said...

Fadzmie: hahaha... btol3.... kira cam kalau pasangan tu bercinta lepas kawin, memang unik la, macam Seth Tan ngan Nora Elena. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...