Typical Malaysian! Tu bahasa orang kampung aku. Hahahah… Gurau jer. Typical Malaysian atau lebih dikenali sebagai tabiat orang Malaysia sebenarnya dah berlaku zaman-zaman berzaman dah. Dari masa dinasour mula belajar merangkak, hinggalah ke zaman twitter kini. Dari zaman Ultraman punya moyang entah berapa ratus kali entah hinggalah ke zaman Ultraungu ni.
Kadang-kadang kita tak sedar, yang benda-benda ni dah main kronik dah dari hari ke hari. Kita ni buat-buat tak endah je, tapi bila dah kena batang hidung sendiri, habis mengamuk, mengalahkan orang gila yang berak tak lawas beberapa bulan. Aneh sungguh perangai orang kita ni ya. Kali ni aku nak citer pasal condemn mengondemn orang ni lah. Tak payah tengok jauh, tak payah tengok drama Melayu, tengok je kat tempat kerja korang, tempat belajar korang, tempat tinggal korang, WAJIB ada.
Benda ni akan berlaku HANYA apabila ada orang berjaya atau maju SIKIT JE, TAK BANYAK, SIKIT JE dari orang lain. Tapi disebabkan PhD (Perasaan hasad dengki) yang melebihi paras bahaya, ada lah sekor dua ekor makhluk Tuhan ni (nak kata orang tak jugak, bengap macam lembu. Nak kata kayu, at least kayu tu ada membuahkan hasil. Ni macam sampah kat tepi jamban tu je.) mula lah cari idea nak jatuhkan si polan ni, walhal kalau nak difikir secara logic, daripada diorang dok sibuk nak jatuhkan si polan ni, baik diorang ni improve diri diorang tu dulu. Apa ke bengap la diorang ni, mengalahkan zomba. Tak boleh ke tumpang bahagia ke, bangga ke dengan kejayaan orang tu. Cemburu tu memang la ada, tapi takyah la nak over-over sangat. Pepandai lah mengontrolnya.
Ini tak, tak boleh nak tengok orang maju lebih sikit, ada saja nak dicondemnnya. Masa orang tu belum berjaya, takde pulak berbunyi, diam beribu bahasa je. Ni pulak, habis dicanangnya satu Malaysia kononnya produk jualan si polan ni ada DNA babi la, si polan ni ada skandal seks la, si polan ni homoseksual la, ada anak luar nikah, jual saham syarikat secara haram, pecah amanah, pakai ilmu guna-guna dan sebagainya lah, asalkan dapat jatuhkan orang tu sampai terkulai layu, rebah di lantai kegagalan disebabkan si propa kayu kaki fitnah ni. Sampai orang tu putus harapan nak bangkit balik. Tak kesian ke? Apa ke zalim punya orang la. Kalau aku jumpa lah orang yang macam tu, memang aku kerat pastu bagi jerung makan. Itu pun nasib la kalau jerung tu tak ludah balik daging ko tuh. Ko mati karang ular belit-belit mayat ko kat dalam kubur tu, jangan menyesal ek? Fikir-fikirkan…
2 comments:
followed.pls follow back @ tekok beriuh tq bro
hahahaha... okies! aoready done!
Post a Comment