Pages

September 14, 2011

Mat Luthfi... Siapa Tu???

Sekarang ni, ramai selebriti dilahirkan dari laman Youtube ni. Contohnya penyanyi macam Zee Avi, Yuna ngan Ana Raffali. Tapi bukan terhad untuk artis semata-mata, vloggers pun popular sama. Wait a sec, vloggers? Apa tuh? Mesti korang tertanya-tanya kan? Vloggers tu singkatan bagi video bloggers la. Ramai gak selebriti kat Malaysia ni popular beb! Antaranya adalah Mat Luthfi.




Dia ni sekarang duduk kat oversea, belajar kat Perth, Australia di Curtin University. Dia ni orang kedah, Kedahnya plak tang Sungai Petani tu. Bangga dengan dia sebab walaupun belaja kat luar negara, negara omputeh, tapi dia masih lagi fasih berbahasa Mleayu, slang utara dia masih pekat lagi likat kot. Kalau nak dibandingkan dengan sebilangan kita ni belaja dalam negara tapi lupa bahasa sendiri. Video dia noi memang layan la, penuh sarat dengan mesej walaupun, simple.

Tak nak cakap banyak-banyak, korang tengok la sendiri ye:


(1) Mercun bola bukan bola



Video ni pasal tabiat orang kita ni yang asyik dok baling-baling mercun kat padang masa ada match bola. Etika tak ada katakan. Dia pun imagine la kalau ada pemain yang kena mercun tu, slang terenGganu tu yang boleh blah tu. Hahahha...



(2) Ma ma ma ma ma ma



Video ni berjaya wat aku menitiskan air mata. Sedih siot. Bila dah berjauhan ngan family, memang rasa sedih tu memang ada. Mak tengah banyak berkorban untuk kita dari start kita lahir sampai sekarang. Sementara mak masih ada ni, hargailah mereka sebaiknya.



(3) Nama pun sampah



Video ni nak citer la pasal kita yang tak berapa nak amik pot pasal sampah ni. Main ikot suka ati buang je, asalkan buang, dah nama pun sampah kan?

(4) Typical local film/drama scenes



Video ni lak pasal scene-scene yang streotaip, yang semua drama mesti ada. Penonton pun boring, macam takde scene lain lagi ke nak buat...



(5) New album



Video ni pasal nak sindir sebilangan arits kita ni dok sibuk nak celup idea K-Pop la konon, walhal tak de pe menarik pun... Macam ketandusan idea ada la...



(6) Judgemental



Video ni berkisar tentang orang kita ni yang asyik nak kondemn orang yang nak speaking. Lupa daratan, katanya. Kemon la, macam mana nak maju kalau tak teroka bahasa orang...




(7) Mari merungut Malayisa



Hmmmpphhh.... video ni pasal orang kita yang tak pernah nak merungut (kononnya nak dapat habuan lebih la konon). Tapi, kita tak pikir langsung yang orang nak amik kesempatan atas kita ka apa ka... Betul x? Tu blom lagi dengan yang tak tau nak hargai titik peluh kita, tang kritik je lebih. So, apa salahnya merungut sekali-sekala asalkan x lebih-lebih udah...



(8) Bukan semua cantik subjektif



Video ni citer lak pasal kita ni yang asyik dok tengok rupa luaran je, yang dalaman tu tak jugak. Perspektif tu banyak disebabkan oleh pengaruh media kononnya carilah orang yang kacak dan cantik SAHAJA!Habis tu, Iman cemana? Agama lak? Ce jawab.. . ce jawab...



(9) Made by Malaysian



Video ni cerita pasal masa kecik dulu, dia penah diejek pasal ada chinese look. Tapi dia x kisah pon, sebaliknya bangga sebab dia ada rupa cenggitu, KO ADA? Tapi ok apa. MADE OF MALAYSIA! Be proud of it man!



Seriously, aku memang layan la ngan video-video dia ni, all the best bro!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...