Pages

Showing posts with label Tribute. Show all posts
Showing posts with label Tribute. Show all posts

November 16, 2011

Keluangman... Siapa Tu???



Masa kecik-kecik dulu, sekitar 1998 kalau tak silap aku, animasi ni ditayangkan. Sapa ada tengok? Aku siap tengok dari episod pertama kot. Best gila, ni kira superhero terawal kat Malaysia. Dari kostum dia, kita dah tau dah diorang tiru Batman, tapi takpe, nama Melayu beb, mana ada kat negara lain ada superhero nama Keluangman, pesakit hospital sakit jiwa pulak tu.



Seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehero misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Watak-watak dalam kartun ni:

Borhan / Keluangman


Disebalik topeng Keluang Man  adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Borhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Apa sebab dia masuk hospital tu entah la. Keluang Man ni pulak alter-ego nya sebelah malam, sama macam Batman. Dia akan menceroboh keluar dari hospital pada waktu malam demi menyelamatkan insan lemah dari para penjenayah. Gajet takde la sehebat Batman, tapi yang paling popular boomerang dia. Watchaaa!!!

Samad / Tiongman

Samad, member rapat Borhan kat Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman yakni sidekick bagi Keluang Man. Dia ada awek nama Aishah tetapi dia putuskan hubungan dia dengan Aishah sebab orang ramai kata dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi saja. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad  seorang mekanik yang berjaya, tapi lepas  kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku kat bengkelnya, dia hilang ingatan dan perlu dipulihkan.

Inspektor Sahab


Inspektor polis yang selalu lewat ke lokasi kejadian, sejurus lepas Keluangman dengan Tiongman blah dari situ. Beliau agak bengang dengan dengan superhero dua orang tu dan menyimpan hasrat untuk tangkap kedua-dua mereka, tapi sayang usahanya gagal.


Khaty Ismail
Wartawan bagi akhbar Metropolitan Tumpoi, selalunya berada kat kawasan kejadian masa Keluangman menjalankan misinya. Dia tersangat nak tahu siapa insan di sebalik topeng tersebut. Dia seakan-akan menaruh perasaan kat Keluangman pun ada dalam cerita ni.

Nak tahu apa yang paling best? Mestilah lagu tema dia, dulu jadi siulan ramai kot. Hehehe...


Dengar kata, ada yang nak buat remake Keluangman dalam bentuk 3D. Apa cerita sekarang ngan bila keluar, entah la.


 
AAA : Pasni nak buat entri pasal Usop Sontorian pulak.

September 14, 2011

Anwar Hadi... Siapa Tu???

OK la, the next person yang aku nak perkenalkan adalah Noor Anwar Hadi. Waahhhh... klasik nya nama... Dia baru je menang anugerah DiGi Wowawards baru-baru ni untuk 3 kategori (Most follow personality, Blogger of the year ngan Video of the year). Cayalah! Hang memang terbaek la...






Brader ni ataupun dengan nama alter-ego nya, Anwar Hadi ni seorang guru pelatih jurusan TESL kat IPG Pulau Pinang (kalau x silap la) and baru je terbang menerjah awan nano ke Sdyney, Australia untuk sambung belajar kat sana. Brader ni orang jati negeri Jelapang Padi Kedah. Awat la orang-orang utara ni lawak-lawak belako? Bila cakap pasal cikgu TESL ni, speaking dia takyah nak cakap la, memang superb beb (bagi seorang Malaysian). Bangga gak nengok orang kita pandai speaking ni, ye la kita ni kan takleh nak tengok orang speaking ckit, asal speaking je nak kondemn. Wat da fish tol punya orang la! Orang jelez biasa la tuh...


Ni antara video yang terbaekkk dari dia...


(1) Ewwww...



Video ni citer pasal bahasa-bahasa rempit yang kita rasa "comel" (comel ke?), menggedik lebih adalah. Kalau shortform takpe lagi, ni memandai je tambah -ew kat belakang, patut la x dapat A untuk BM masa SPM.




(2) Beruang duit




Video ni lak cerita pasal kita ni boros sangat, tak reti nak urus duit. Bila shopping, boros tak hengat, tapi bila nak guna ke arah derma ke, beli keperluan nak belajar ke, berat sangat nak keluarkan duit tu, macam nak keluarkan duit batu.



(3) Negaraku



Ni video terakhir dia sebelum dia terbang di sana. Video ni pasal sebilangan dari kita ni yang macam x cukup makan je bila nyanyi lagu Negaraku. Kat mana semangat patriotik korang???



(4)Facebook Ends Ana Raffali



Video ni cerita pasal Ana Rafalli yang kena cemuk gara-gara menang AJL25 awal taun dulu. Kesian Ana Rafali, biarpun performance dia malam tu tahap "biasa-biasa je", vokal lak ke laut China Selatan, tapi boleh la... She.. Ooopps! Her song (that she write) desrve to win actually. Pastu dengan berita yang menggemparkan 'fb'ers sedunia yang kononnya fb akan ditutup taun ni, walhal takde pun.



(5) AYAM



Ni plak pasal Angkatan Youtubers Anak Malaysia a.k.a AYAM, impian dia katanya... Siap bagitau lagi macam mana nak wat video yang bagus, dalam erti kata lain yang dia nak tengok la...


Bagi aku la, aku bangga ada rakyat Malaysia yang serba boleh cenggini. Nilah baru nama dia produk berkualiti. All the best dude!

Mat Luthfi... Siapa Tu???

Sekarang ni, ramai selebriti dilahirkan dari laman Youtube ni. Contohnya penyanyi macam Zee Avi, Yuna ngan Ana Raffali. Tapi bukan terhad untuk artis semata-mata, vloggers pun popular sama. Wait a sec, vloggers? Apa tuh? Mesti korang tertanya-tanya kan? Vloggers tu singkatan bagi video bloggers la. Ramai gak selebriti kat Malaysia ni popular beb! Antaranya adalah Mat Luthfi.




Dia ni sekarang duduk kat oversea, belajar kat Perth, Australia di Curtin University. Dia ni orang kedah, Kedahnya plak tang Sungai Petani tu. Bangga dengan dia sebab walaupun belaja kat luar negara, negara omputeh, tapi dia masih lagi fasih berbahasa Mleayu, slang utara dia masih pekat lagi likat kot. Kalau nak dibandingkan dengan sebilangan kita ni belaja dalam negara tapi lupa bahasa sendiri. Video dia noi memang layan la, penuh sarat dengan mesej walaupun, simple.

Tak nak cakap banyak-banyak, korang tengok la sendiri ye:


(1) Mercun bola bukan bola



Video ni pasal tabiat orang kita ni yang asyik dok baling-baling mercun kat padang masa ada match bola. Etika tak ada katakan. Dia pun imagine la kalau ada pemain yang kena mercun tu, slang terenGganu tu yang boleh blah tu. Hahahha...



(2) Ma ma ma ma ma ma



Video ni berjaya wat aku menitiskan air mata. Sedih siot. Bila dah berjauhan ngan family, memang rasa sedih tu memang ada. Mak tengah banyak berkorban untuk kita dari start kita lahir sampai sekarang. Sementara mak masih ada ni, hargailah mereka sebaiknya.



(3) Nama pun sampah



Video ni nak citer la pasal kita yang tak berapa nak amik pot pasal sampah ni. Main ikot suka ati buang je, asalkan buang, dah nama pun sampah kan?

(4) Typical local film/drama scenes



Video ni lak pasal scene-scene yang streotaip, yang semua drama mesti ada. Penonton pun boring, macam takde scene lain lagi ke nak buat...



(5) New album



Video ni pasal nak sindir sebilangan arits kita ni dok sibuk nak celup idea K-Pop la konon, walhal tak de pe menarik pun... Macam ketandusan idea ada la...



(6) Judgemental



Video ni berkisar tentang orang kita ni yang asyik nak kondemn orang yang nak speaking. Lupa daratan, katanya. Kemon la, macam mana nak maju kalau tak teroka bahasa orang...




(7) Mari merungut Malayisa



Hmmmpphhh.... video ni pasal orang kita yang tak pernah nak merungut (kononnya nak dapat habuan lebih la konon). Tapi, kita tak pikir langsung yang orang nak amik kesempatan atas kita ka apa ka... Betul x? Tu blom lagi dengan yang tak tau nak hargai titik peluh kita, tang kritik je lebih. So, apa salahnya merungut sekali-sekala asalkan x lebih-lebih udah...



(8) Bukan semua cantik subjektif



Video ni citer lak pasal kita ni yang asyik dok tengok rupa luaran je, yang dalaman tu tak jugak. Perspektif tu banyak disebabkan oleh pengaruh media kononnya carilah orang yang kacak dan cantik SAHAJA!Habis tu, Iman cemana? Agama lak? Ce jawab.. . ce jawab...



(9) Made by Malaysian



Video ni cerita pasal masa kecik dulu, dia penah diejek pasal ada chinese look. Tapi dia x kisah pon, sebaliknya bangga sebab dia ada rupa cenggitu, KO ADA? Tapi ok apa. MADE OF MALAYSIA! Be proud of it man!



Seriously, aku memang layan la ngan video-video dia ni, all the best bro!

July 3, 2011

Tribute To Allahyarhamah Puan Nor Adiba

Masa tengah-tengah happy terkinja-kinja macam beruk masa pelancaran 1Murid 1Sukan ari tu, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan berita kematian lecturer kesayangan kitorang, Allaryarhamah Puan Nor Adiba binti Ghazali, lecturer Pengajian Melayu. Arwah masih baru lagi mengaja kat IPRM ni. Baru sampai ke IPRM bulan 3 lepas. Gambar-gambar di bawah aku ambik masa kelas pertama kami bersama arwah.



Sepanjang kitorang mengenali arwah, arwah memang seorang yang supporting, baik hati, kreatif, banyak cakap, sempoi dan lawak juga orangnya. Arwah mengajar kelas BM Kontekstual semester lepas. Memang best sangat la kelas arwah dulu, macam tak belajar - tak stres langsung. Arwah pernah bagitau, yang arwah nak sambung PhD, nampaknya hajat tak kesampaian. InsyaAllah,kitorang akan sambung hajat arwah nanti.



Masa dapat berita kematian arwah, memang rasa sedih sangat-sangat. Air mata tak berhenti bergenang. Ye lah, baru sehari sebelum tu, dia ok je, happy macam biasa. Tup tup, esoknya arwah meninggal. Siapa yang nak percaya kan? Apanak buat, dah ajal ngan maut di tangan Allah. Bila malaikat Izrail nak cabut nyawa, takleh nak wat apa lagi dah. Redha je lah. Kita yang hidup ni, kena teruskan hidup. Apa yang kita boleh buat, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.




Takziah dari pihak kami, IPRM terutama sekali bekas pelajar arwah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...