Pages

February 4, 2011

R.E.U.N.I.O.N : Bowling Time!!!



Suara bingit dalam KFC masih tidak mampu menandingi kelantangan suara mereka seramai 20 orang itu. Memang heboh dan kecoh. Sesekali pelanggan lain menoleh ke arah mereka, tidak senang dengan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh mereka. Mos masih lagi beratur mengambil pesanan. Hanya setelah setengah jam, barulah Mos mengambil pesanan dan makan di meja. Mereka yang lain hanya tersandar kekenyangan di kerusi. Man yang sedang sibuk melayan si buah hati menjadi bahan usikan Is, Bob dan Zaini. Azwan dan Josper mengambil gambar bersama untuk ditunjukkan kepada Azman. Biar dia jealous tengok gambar tu, kata mereka berdua

“Lepas ni kita nak ke mana?”
“Jom, kita pergi main bowling!”
“Eisyh…. Sabar. Kita sembahyang dulu.”
“Eh, lupa pulak. Jom.”

Setelah hampir sejam menunggu Mos menghabiskan sisa-sisa terakhir makanannya, barulah mereka beredar. Mos makan punyalah perlahan, rasa-rasanya kalau yang mengandung tu boleh terberanak menunggunya habis makan. Azwan sempat menghulurkan wang kepada Josper untuk membeli ‘makanan tambahan’. Hish, belum kenyang juga rupanya mereka berdua ni.
Usai menunaikan solat, mereka menuju ke tempat bermain bowling.

“Ish, dah habis dah semua tingkat kita naik turun ni. Tempat main bowling tu kat mana?”
“Ahhh… Apa susah. Tengok map tu lah”

Entah sudah berapa kali mereka merujuk kepada peta tersebut. Tambah menyedihkan, ada pula yang ‘sakai gila’ memegang skrin, ingatkan skrin tu touch screen. Ish… Ish.. Ish… Budak zaman sekarang, begitulah. Semua diingatnya touch screen.

‘Okey, kita naik satu tingkat lagi. Pastu pusing kanan, belok kiri, lurus je, don’t belok-belok. Pastu turun balik, “ Iskandar dengan penuh confident nya bertindak sebagai ‘pemandu pelancong sesat di Sunway Pyramid’. Bob hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

“Apalah bezanya kalau kita naik, pastu turun balik. Tak ke kita patah balik ke tempat ni.”
‘A’a lah kan, lupa pulak. Hehehehehe” Iskandar tersengih, menunjukkan barisan gigi putih bersih seperti iklan ubat gigi Darlie.
“Ummm… aku rasa aku tahulah kat mana tempat tu.”
“Kat mana?”

Syuk segera menunjukkan tempat yang dimaksudkan. Tempat tu selang beberapa kedai di hadapan mereka saja rupanya!

La… punya la susah naik turun naik turun rupanya tempat tu mereka limpas saja dari tadi. ‘Golongan bowling maniac’ apa lagi, terus menyerbu masuk menemui rakan yang lain. Di sana, ramai juga yang sudah menunggu. Paling bersemangat sememangnya Zaini. Telatahnya yang begitu animatik kadang kala melucukan. Qucai dan Haziena tidak ikut sama kerana mereka ada agenda lain, main ice skating. Sudah dapat dibayangkan mereka beraksi seperti Beauty and The Beast On Ice, romantik sungguh!

Lina, Amal dan Ivy yang sedang rancak berbual segera mengalihkan perhatian mereka kea rah pasangan Serasi Bersama, Man dan buah hatinya. Sempat juga mereka bertanya kepada si jantung hati, mengapa memilih Man menjadi raja di hatinya? Jawapannya mudah, kerana Man begitu romantik. Mereka bertiga serta Azwan yang sedang sibuk memabalas SMS hanya melopong mendengar jawapannya.

Man romantik? Terasa seperti dunia ini tunggang terbalik bila memikirkan mamat yang memang dikenali sebagai seorang yang ganas, brutal dan nakal itu rupanya mat kental! Hanya ketawa yang terburai dari mulut mereka berempat. Amat sukar dipercayai juga apabila seorang yang brutal, terselit sisi romantik di sebalik dirinya.

Reunion pada petang itu diserikan lagi oleh beberapa rakan dari PALAM, Badwi and the geng. Yang pasti, Badwi adalah abang kepada salah seoarang pelajar junior yang agak montel yakni Ahmad Zahiruddin. Paul sibuk sekali mengambil foto, mengalahkan professional photographer. Pelbagai sudut diambil bagi mendapatkan shot-shot menarik. Sambil-sambil itu, seperti kebiasaan dia akan membuat lawak badut sarkasnya. Mujurlah Handrick tiada, jika dia ada mungkin gegak gempita Sunway Pyramid itu dengan ledakan ketawa mereka semua.

Di sudut lain, 11 jejaka yang kononnya pakar bermain bowling bergerak ke ‘medan pertempuran’. Syuk, Zahin, Taha, Rahmat, Bob, Zaini, Daus, Is, Ald, Josper dan Mut bersiap untuk bermain sambil sibuk memilih bola yang sesuai untuk digunakan nanti. Is dan Man, merangkap ‘jurulatih’ mengarahkan semua pemain untuk warming-up sebelum memulakan permainan. Lagak mereka berdua mengalahkan guru PJ pula.

Permainan dimulakan oleh Man. Dengan selamba, dia melempar bola ke landasan dan… STRIKE!!! Dengan muka ‘tunjuk terror’nya, dia kembali duduk dan disambung pula oleh pemain yang lain. Pelbagai ragam dan kerenah meraka sepanjang permaianan berlangsung. Ada yang sekali masuk dah strike, ada yang tak masuk langsung, ada yang hampir tergelincir semasa melontar bola ke landasan. Nasib baik tak terseret sama. Ada juga yang sibuk mengambil foto ala-ala model majalah sementara menunggu giliran masing-masing. Mereka turut menunjukkan beberapa gerakan yang kadang kala melucukan, terutama sekali ketika Strike. Paul apa lagi, terus mengambil shot-shot menarik bagi di uploadkan di facebook nanti. Iskandar dan Zaini pula mulalah berlagak model dengan jaket, cermin mata berbagai...

Setelah puas bermain, mereka pun beredar. Sempat pula mereka mengambil foto. Azwan mengamnil kesempatan bergembar di samping poster iklan pelangsingan badan memandangkan badannya pun sudah hampir sama dengan ikan buntal. Dia dan Syuk pula bergambar bersama foto iklan yang memang hot, siap main cubit-cubit pipi lagi. Modelnya pula pelakon Hong Kong popular, siapa tak kenal. Bekas ahli Rumah RUBY mengambil kesempatan bergambar kenangan sambil menyanyikan lagu rumah. Rindu di hati mereka sedikit terubat, tambah-tambah lagi perangai mereka masih sama seperti dulu.

“ Lepas ni nak pegi mana?”
“Makan dah, bowling pun dah. Hmmm…. Jom kita karaoke!”
“Jom!”

Dengan penuh semangat dan confidentnya mereka semua diketuai oleh Badwi yang bertindak sebagai ‘pemandu pelancong’ pula kali ini. melangkahkan kaki ke RED BOX RIA yang mereka sendiri pun tidak tahu. Nampaknya perkara yang sama mungkin akan berlaku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...