Lagu tangkap leleh yang berkumandang di corong radio lantas membuai ingatannyannya kepada peristiwa hitam tiga tahun yang lalu. Peristiwa itu masih lagi segar di ingatannya. Cinta pertamanya yang sangat membahagiakan akhirnya hancur musnah di saat mereka hampir-hampir mengikat tali pertunangan.
“Ira… dengarlah dulu abang nak cakap ni”
“Nak dengar apa lagi? Dah memang sah abang ada hubungan dengan perempuan tu kan. Selama ni, memang tak syak lagi abang ada hubungan sulit dengan perempuan lain! Abang curang! Dasar lelaki!”
“Cukup, Ira!”
Satu tamparan hinggap di pipi Atira, lalu tersungkur. Rasa sebak yang sedari tadi menghimpit dadanya diluahkan dari cucuran air mata yang berjuaraian jatuh. Pipinya terasa pedas akibat tamparan yang agak kuat dari Asmadi. Asmadi hanya berdiri kaku, serba salah mula menyelubungi dirinya. Ingin dibantu Atira yang masih terduduk di lantai, namun tangannya segera ditepis oleh Atira.
“Kalau macam ni lah keadaan kita, hubungan kita takkan ke mana-mana, bang. Ira nak abang putuskan hubungan kita...”
“Ira, abang tak boleh hidup tanpa Ira.”
“Kalau macam tu, lupakan Ira”
Itulah kali terakhir Atira bertemu dengan bekas teman lelakinya. Muhamad Asmadi Iqwal, itulah nama cinta pertamanya. Itulah nama lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Itulah nama lelaki yang berlaku curang kepadanya. Tidak pernah terbayang di fikirannya selama ini Asmadi menjalinkan hubungn sulit di belakangnya. Hatinya sakit! Jiwanya parah! Tak mampu digambarkan dengan kata-kata perasaannya ketika itu.
Namun kini cahaya hidupnya telah kembali. Kini dia telah menemui lelaki yang benar-benar mencintainya, dan hanya setia kepadanya. Semenjak putus hubungan dengan Asmadi, dialah yang sentiasa berada di sisinya. Siapa sangka, teman karib sedari kecil adalah teman lelakinya kini. Kadang kala, timbul juga rasa kasihan kepada lelaki tersebut yang berusaha untuk mendapatkan cintanya, sebaliknya dia memilih orang yang salah. Akhirnya, dia kembali jugakepada lelaki yang bernama Arif Haikal itu. Pernah satu ketika dahulu, Arif cuba memberitahunya tentang tingkah laku Asmadi di belakangnya. Namun, dek terlalu mempercayai Asmadi, dia langsung tak mempedulikan kata-kata Arif malah menuduhnya cuba untuk menganggu hubungan mereka berdua.
Lamunannya tersentak apabila telefon bordering minta diangkat. Di skrin jelas tertera nama ‘ARIP CAYANG’ . Senyuman lebar pantas terukir di wajahnya.
“Helo, Ira belum tidur lagi?”
“Belum. Tak dapat tidurlah.”
“Ala… Rindulah tu Takkanlah rindu sangat kat bang kot.” Usik Arif, nakal.
“Ish, abang ni. Ke situ pulak”. Kedengaran ketawa kecil di akhir bicara.
“Esok abang ambik kat rumah pukul 10. Abang nak bawa Ira ke satu tempat, istimewa untuk Ira.”
“Okey. Nanti sebelum pukul 7 Ira bersiap.”
“Jumpa Ira nanti. Assalamualaikum"
"Walaikumsalam"
Rumah Arif…
Handphone masih lagi dalam genggamannya walaupun sudah beberapa minit berlalu. Rancangan WWE di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatiannya pada masa ini. Fikirannya hanya tertumpu kepada si jantung hati yang tercinta. Terasa lega sedikit selepas mendengar suaranya walaupun hanya sebentar. Suara Atira yang manja boleh mencairkan sesiapa saja. Handphone diletakkan di atas meja. Badan yang lesu setelah seharian bekrja di pejabat dihempas ke atas katil yang empuk. Sekarang barulah dia dapat tidur dengan lena. Matanya dipejam rapat dan akhirnya terlena dibuai kedinginan air conditioner dan bayangan Atira yang sentiasa berlegar dalam mimpinya.
Keesokan harinya…
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam. Eh, Arip. Marilah masuk dulu. Nanti mak cik panggilkan Ira.”
“Tak apalah mak cik. Lagipun kami dah lambat ni.”
“Tak apalah kalau macam tu. Mak cik panggil Atira dulu ya.”
Beberapa minit kemudian, akhirnya Atira terpacul di muka pintu.
“ Lama abang tunggu Ira.”
“Taklah lam…” Arif tak mampu menghabiskan kata-kata. Atira di hadapannya kini begitu cantik sekali. Biarpun dalam keadaan bertudung, dia masih kelihatan ayu dan jelita dengan pakaiannya yang sopan itu.
“Wow! Cantiknya makwe abang ni.”
“Ish, abang ni. Suka tau nak usik orang”
“Ni yang buat abang makin semangat nak bawak makwe abang ni. Boleh kita jalan sekarang?”
“Jom”
Kereta meluncur laju di lebuh raya. Nasib baiklah tidak banyak kenderaan pada masa itu. Sesekali Arif menoleh kea rah Atira. Seakan tidak puas menatap kecantikan buah hatinya itu. Atira yang sedar akan perilaku Arif, hanya tergelak kecil.
“ Aih, abang tak puas lagi ke? Asyik jelling-jeling, pandu je lah.”
“Tulah, siapa suruh pakai cantik-cantik. Kan abang hilang focus dah ni.”
“Kita nak pergi mana ni bang?”
“Abang nak bawa Ira ke ….”
“Abang, jaga-jaga!”
Belum sempat pun Arif menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba sebuah van berhenti di hadapan mereka. Seorang lelaki berkot hitam keluar dari van itu. Lelaki itu! Atira kenal lelaki itu!
[bersambung...]
No comments:
Post a Comment