Pages

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

October 24, 2011

Sahabat???





Sahabat... Apa yang anda tahu mengenai sahabat. Jika ditanya kepada setiap seorang daripada anda, pasti salah satu jawapan ini akan terpacul dari bibir anda:
  1. Tempat berkongsi masalah
  2. Kawan di kala senang dan susah
  3. Dia sentiasa ada di saat saya memerlukannya
  4. Kawan sekerja / sekelas / sekolej
  5. Kawan makan kawan
  6. Dah anggap dia macam adik beradik sendiri
  7. Sahabt lebih upgrade lagi dari kawan
Tetapi, cukupkah sekadar itu? Bagaimana anda memilih seseorang itu untuk dijadikan seorang sahabat?

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya..
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Sekiranya sahabat-sahabat anda mempunyai ketujuh-tujuh ciri seperti di atas, maka hargailah mereka sebaiknya. Kebanyakan manusia pada hari ini hanya menganggap sahabat sebagai tempat mengadu apabila kesusahanm tetapi apabila mengecapi kesenangan, mereka diabaikan seolah-olah tidak pernah wujud dalam kamus hidup sesiapa. Fikir-fikirkanlah...

AAA: Nak cari sahabat sejati lebih sukar daripada mencari musuh sejati pada zaman sekarang...

September 27, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part II]

OK, tanpa bercakap panjang (sebab masih demam), so aku sambung je la episod semalam ye!




24 September : 12.30 ptg

Kitorang masih menunggu sorang lagi datang, Aizat (course Math - sama kelas ngan kawan sekolah aku dulu). Pun sabah bah... (kenapa la aku susah sangat nak jumpa orang senegeri ngan aku ni, dah la junior takde). Masa tengah tunggu tu, berborak dengan Ewi, Yang dua orang tu entah pegi mana aku pun tak perasan. Balik-balik je si Zudien dah pakai spec (perrgghh.... smart bai! Eh, x caya lak aku cakap cenggini). Bila dah mula perasan diri tu hensem, sesi fotografi pun bermula. Aksi-aksi comel (teringat lak ngan Izzat) masa bergambar tak pernah lekang. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng-geleng kepala beberapa kali. Bila perut mula berkeroncong dan asid sulfurik mula bershuffle di dalam badan, maka itu bermaksud sudah tiba untuk... makan time! Aku yang sememangnya terkenal dengan tag team mesin makan (aku, Izzat, Amin, Dayah) tetiba je putus selera ari tu. Maybe yang 3 orang tu takde kot, almaklumlah catalyst of reaction tak tak ada. Hahaha... Aku dok perhati je diorang makan, berselera betul ,macam setaun tak makan. Dah la keding (adik-beradik kepada kurus kering) semua, kesian lak aku tengok. Hurmmm... takpe la. Korang makan la sampai habis. Zudien meratah ayam sampai ke sisa-sisa terakhir. Si Yassin sibuk membelek-belek kamera nya tuh. Yang dua orang lagi, entah apa yang dibualkan entah la, slang Sabah pekat sangat. Adoyai. Mata aku yang melilau-lilau tiba-tiba terpana apabila melihat sorang brader/ akak (x pasti la aku), asyik tengok je kat meja kitorang ni. Tau la 5 orang ni hensem-hensem semua. Takyah ar jeling macam tu sangat, naik tegak semua bulu roma, bulu mata, bulu hidung aku dibuatnya. Bila habis makan, RM50!!! Hurmmm.... diorang semua terlopong dan ternganga. Aku je berlagak rilex. Rasanya, kalau diorang tengok budak-budak kelas aku makan, setakat RM50 tu baru set makanan untuk 2 orang tu (gelojoh punya pasal).




24 September : 1.40 ptg

Selesai je solat Zohor, kitorang pun berarak ke GSC (ni bukan nama sejenis ubat ye), nak tengok movie punya hal. Tnegok citer Abduction. Rupa-rupanya, seat kitorang kat depan sekali tu ha (second row), dah la screen gedabak gila, tapi tak apa, kitorang dikelilingi oleh awek-awek yang cantik. Aku pun memulakan operasi, namun kantoi dengan Zudien agaknya (nasib baik dia x tau aku nak buat apa... hahaha... x sempat), terus batal aku punya plan. Dekat sudut sana, ada beberapa aweks tengah posing (for facebook maybe kalau tengok dari segi posing diorang la) maut tahap belangkas, mak aih ada sorang tu comel nya. Ish, ku datang sini nak tengok wayang, bukan cari awek. Kan dah sorang, yang tu nak campak mana, sengal! Aku terus menghalakan mata aku ke skrin. Layan gak la citer ni walaupun aku x berapa nak minat ngan Taylor Lautner ni (nantikan episod Preview Abduction). Sejuk gila, menyesal lak tak pakai baju yang kain tebal sikit tadi. Jaket pulak lupa kat bilik. Tahan je la walaupun menggeletar ni.




24 September : 3.20 ptg

Keluar dari cinema, layan desert McD dulu. Diroang ada yang makan sundae cup, chocotop. Aku sorang je McFlurry (ni hidangan wajib tiap kali aku keluar selain dari Coolblog). Sempat lagi posing-posing mengambik gambar buat kenang-kenangan. Tengok jam... O M G! Aku kena balik, tapi rasa serba salah lak bagitau ngan diorang. Ye lah kan, bukan selalu nak tengok aku yang busy tahap mesin jahit ni nak jalan-jalan jauh sikit dari Seremban. Si Ewi pulak pujuk pujuk suruh aku stay dulu. Kalau KTM tu tak sesak takpe gak, aku x kisah sangat, ni bila dah pukul 4 dah sesak sangat dah. Tepu dah penumpang dalam tu. Diorang ajak makan-makan dulu, final destination katanya. OK, layan je la. Makan kat Carl's Jr (first time aku gi tempat tu), makan burger yng boleh tahan la burger dia. Aku sorang je yang berjaya habiskan burger tu. Yes!!! Pastu, aku mintak izin untuk pulang sebab jam dah tunjuk jarum 4. Dalam kepala otak aku, mesti crowd gila nanti nih.




24 September : 5.00 ptg

Ni yang aku bengang tahap bangang nih. Punya la aku tunggu sampai naik kebas dua-dua kaki aku, bleh pulak KTM dengan slumber dadahnya lambat sampai. Tapi xpe la, at least sampai daripada sem depan baru nak sampai, apa ke hal kan? Bayangkan bila dah sejam lambat, berapa orang yang tengah tunggu kat platform? Ramai gila, macam nak pergi Konsert Korean Wave tu je. (Gambar tak dapat diupload sebab terlalu ngeri untuk tontonan umum). Hati dah rasa risau sempat tak nak masuk ni, dah la crowd gila. Kalau jual kerepek ke, bukak bazaar ke kompom laku jualan ni. Aku dengan usaha kerasnya cuba meredah lautan manusia yang rakus menerobosmasuk ke dalam lohong yang ternganga buat seketika (pergghh... ayat aku boleh blah). Bila masuk ke dalam je, aku antara orang yang terendah kat dalam tu. Ada bangla la, afrika la, korea la, cina la, arab la, india la, dah macam siaran astro dah aku tengok. Yang tak tahan nya apabila aroma Ambi Pur expired a.k.a bau hurrmmmm.... badan or specifically ketiak yang teramatlah tajam. Perut mula rasa mual, burger kat dalam perut ni macam nak dihamburkan keluar je. Nak tak nak, aku ambik tisu pastu sumbat la dalam lubang hidung. Bercucuran air mata aku menanggung seksa sebegini rupa. Dah la kena tunggu 10 stesen lagi baru sampai Seremban. WHAT??? 1 hour and half I have to go through all these things? (T_T)




24 September : 7.00 ptg

Bila dah limpas UKM, dah mula lengang dah KTM tu, and fresh air mula menusuk lubang hidung. Waaahhhh.... indahnya dunia. Eh, ada kerusi kosong la, so apa lagi, sebelum kaki ni aku patahkan dua, baik aku duduk. Tertidur la aku dalam buaian mimpi seindah asmara duka lara sehinggalah satu suara dari corong speaker berkata ala-ala begini:

Stesen Seremban... Seremban....

Aku dengan rambut ala-ala Awan Nano tu pun bangun, dengan muka yang aku tak boleh nak ekspresikan sekarang, sebab aku tengah hensem sekarang ni (hehehehe) terkulat-kulat bangun pastu bergerak ke Terminal 1 sebab nak kejar bas terakhir pukul 8. Kalau naik teksi, mahal. Jimat punya pasal kan...




24 September : 9.00 ptg

Sampai kat kampus. Bila tiba kat depan bilik je, roommate terpinga-pinga bila tengok roommate dia dah macam zombi kampung pisang goreng hangus. Aku terjelepok atas katil sampai tak sedar dunia lagi dah. Aku rasa kalau satelit hempap kepala aku pun aku takkan bangun dari tidur. Sedap gila seyh... Sebelum tido, sempat gak online kejap... Hehehehe... Sah gian.




25 September : 11.00 pg

Selamat pagi dunia! My new day begins...





Haaaa... begitulah kisah penuh ranjau, bau dan kepenatan semata-mata nak jumpa fb buddies. Demi kawan, sanggup ni meredah lautan manusia dalam KTM. Hahahaha... OK la, penat ni, demam pun tak kebah-kebah lagi. Kalau sihat walafiat esok, ada la entri baru ya! See ya!

September 26, 2011

Pertemuan Eksklusif... [Part I]




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Okey, memandangkan aku ni free memanjang (masa ada assignment mengeluh, bila dah x ada assignment sibuk nak cari pulak) terlintas nak buat entri pasal PERTEMUAN EKSKLUSIF aku dengan 2 blogger tegar (tegar ke? aku follow pun x), Zudien dan Yassin. Hahaha... YES, AT LAST, DAPAT KUTEMU JUGA setelah dekat nak setaun kata nak jumpa tapi x jadi-jadi. Ingat pergi KL dari Seremban tu macam pegi bilik mandi kat asrama ke? Ni nak cerita sikit pasal perjalanan penuh berliku aku. Semuanya bermula di apabila ...


16 September 2011 : 8.00 mlm

Masa tengah online tu, tetiba Si Yassin tempel post dia kat wall aku.

You didn't come did you?

Masa tu leh lak aku rasa berdebar nak jawab, sebab sebelum tu dah janji nak gi jumpa diorang kat Dataran Merdeka pagi tu, tapi sebab lecturer suruh gi open house dia, WAJIB lak tu, nak tak nak kena 'singkir'kan diorang kejap. Cis, demi makanan sanggup tolak kawan-kawan ke tepi. Hahaha... So, di saat tu la deal ngan diorang nak jumpa kat tempat lain. Aku serahkan kat budak 2 orang tu untuk tentukan tempat dia.



22 September : 9.36 mlm

Giliran Zudien tempel pulak kat wall aku yang kira-kira berbunyi berikut:

Camna, jadi x appointment kita ni nanti?


So, aku dengan hensem dan comelnya (bukan perasan ye, hakikat) terus membalas untuk menkonfirmkan event tersebut. Set! Jumpa kat Mid Valley nanti korang ya...




23 September : 8.00 mlm

Huhuhu... Aku demam! Oh, wait a sec! Demam??? Weh, esok nak gi Mid Valley weh! Kemon la... Malam tu entah berapa tablet aku makan pil semata-mata nak sembuh, walhal aku dari kecik memang tak reti nak makan ubat (seriously, aku kalau makan ubat, memang aku makan betul-betul, bukan telan ye, tapi kunyah) Berjurai air mata mengunyah pil yang rasa dia tak berapa nak best tu. Bila tengok cermin, O M G, buruk nya muka aku. Tak hensem langsung! Dah macam Zombie dalam game Plant vs Zombie dah. Kepala macam dah nak meletup dah. Huhuhu...




24 September : 8.00 pg

Masih lagi tertonggeng kat atas katil (takyah imagine la, memang buruk gila rupa aku), tengok-tengok jam, PUKUL 8 !!! Dengan cepat dan tangkasnya (walhal aku slow gila, kepala masih pening lagi). Siap je, terus naik bas pegi Terminal 1. Dari Terminal 1 jalan ke Stesen KTM ikut subway. Penat gila, lagi-lagi buat insan chubby lagi gebu macam aku ni (T_T). Nasib baik masa tu belum ramai lagi orang.




24 September : 10.00 pg

Naik komuter. Mula-mula tu belum crowd lagi, tapi bila dah singgah stesen nilau tu, mula la nak sesak. Kalah tin sardin (at least sardin still got space in the can), ni muka dah tersembam kat dinding. Tak dapat nak gerak langsung. Dah la kepala pening gila ni, demam semalam masih belum kebah lagi.



24 September : 11.45 pg

Fuhhh... at last, sampai gak Mid Valley dengan selamatnya. Aku turun je terus cari tandas. Muntah la dengan sepuas-sepuasnya kat situ. Muka pucat lesi je, macam gaam UHU je. Darijauh aku dah nampak Zudien, Yassin ngan .... aik, sapa lag sorang tu??? Aku menggaru-garu kepala aku yang rambutnya macam Hafiz AF ni. Tetiba, DING!!! Kepala aku berdesing... O M G!!! Menangis aku dibuatnya, tapi sebab banyak awek kat situ, aku tahan je. Walaupun keluar semua dah urat kat dahi aku menahan sakit.


ONE MESSAGE RECEIVE:
Z - Wei, hang jadi tak pegi ni?
A - Dah sampai dah.
Z - Kitorang tunggu kat kaunter tiket atas ni
A - OK


Aku pun gagahkan diri aku, muka tetap maintain senyum sebab classmate aku bagitau aku nampak comel kalau senyum (orang chubby katakan, biasalah). Bila sampai je kat atas, dari jauh aku dah target 3 tubuh keding (Just Ewi tu berisi sikit la). SAH! Diorang la ni. So, sementara tunggu diorang tengah beli tiket, masa tu la awek mintak call. Kepala dah pusing tahap eskelator dah ni. Layan je la. Muka maintain serius je, mood dah mula start nak hilang. Ish, takkan aku nak tunjuk muka singa aku ni kat diorang? Baru mula-mula jumpa, dah tunjuk muka singa nak terkam aku ni. Rilex... belum sampai masanya lagi. Ingat sikit, ko tu sakit. Aku bermonolog sendirian.

Masa nak bersalam dengan diorang tiga tu, menggeletar tangan ni ha, almaklumlah sebelum ni sibok dok chat kat facebook je, tak pernah dengar suara, bersua muka (kecuali Ewi, sebab aku dah terserempak dengan dia masa MERDEKA taun lepas). What? My first impression??? Hurmmm...Let see!

Zudien :
hurm... bak kata sorang dari classmate aku... " boleh kira hensem la jugak" (=.=)''
Muka pun jiwang-jiwang cenggitu kan. Asyik dok bergambar je. Kalau dapat, setiap sudut kat Mid Valley tu dia nak amik gambar. Pakai spec baru katakan (baru je beli kat situ gak). Dia asyik dok perhatikan aku je bila ada macam awek-awek cun lalu.
(Errrr... Cayang,sorry kalau cayang terbaca post ni, abang main-main je)

Yassin :
I can feel his aura... but not sure what it is. Maybe dalam mode bersedia untuk menyerang, almaklumlah dalam facebook asyik nak bertekak je kan. Tapi ari tu tak banyak cakap sangat. Entah, tetiba je macam xda benda nak dibincangkan. I dont know why, but I kind of afraid of him. Aik, apa kes??? Entah, jangan tanya aku...

Ewi :
Talkative. Lawak maybe... Love the way he speak. Kalau oral test ni, aku boleh bagi full mark. He got energy and good personality. Sesuai jadi cikgu. Antara ketiga-tiga ni, aku paling banyak bercakap dengan dia ni. Entah, aku tetiba rasa macam tertarik nak berborak dengan dia ni. Maybe sebab x pernah chat dengan dia sebelum ni kot.


Seriously, aku memang rasa sangat kekok, tambahan lagi aku sorang je. 2 boys who suppose I bring along lupa lak nak kejutkan diorang. Awkkkkkkwaarrrddd.... Buat pertama kalinya, aku kembali ke MODE PASSIVE. Demam menghentak otak, apa taknya. Rasa nak senyum, tapi terpaksa tahan sakit yang menyengat kat kepala otak ni. Bukan malu ye! Sorry sikit, bak kata ex-classmate aku masa sekolah dulu:

Ko ni memang tak reti malu ke? Buat perangai pelik-pelik kat khalayak ramai ni. Tapi itu la yang buat ko ni lain dari yang lain. Tapi agak-agak la. Ni buat action yang pelik-pelik masa tengha jalan, malu aku tau.


Kemon la... Ni Azwan Azahari, ok. Kenal ngan aku dulu, baru judge aku ni orang macam mana. Tapi aku boleh katakan yang aku boleh berubah personaliti ikut perubahan persekitaran. So, in simple word, Dont judge my cuteness behavior before you really know how handsome who I am...

[Bersambung esok]

August 11, 2011

Maafkan Aku, Sahabat!

Korang mesti ada member kamcing ataupun kawan paling rapat ngan korang kan? Korang pernah terfikir tak, berapa kali korang ziarah diorang? Berapa kali korang berhubung ngan diorang bila korang berjauhan. Nah, baca kisah ni. Smoga menjadi pedoman wat kita semua….



Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.

Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.

Naim kelihatan murung.

" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat aku mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggalhari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.\

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!" Air mata mula bergenang di tubir matanya. Tak disangka, shabatlama yang baru ditemuinya semalam telah meninggal dunia. Barulah dia faham, arwah sangat-sangat merinduinya dan masih ingat akan dirinya walupun di saat akhir hayatnya. Kekesalan menebal di hati kerana sudah sekian lama tidak menjenguk ataupun bertanya khabar akan sahabatnya itu.


Moral dari kisah ini, selalulah in-contact dengan member-member korang,tak kira senang mahupun susah, lagi-lagi bila dah berjauhan tu. Kalau ada masa, ziarahlah mereka. Kalau yang dah meninggal tu, doa-doakanlah mereka di sana. Sesungguhnya bukan senang nak cari sahabat yang baik kat dunia sekarang ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...