Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

November 7, 2012

Its Armwrestling Time!


Armwrestling ataupun gusti lengan adalah sukan yang makin menjadi-jadi masa sekarang. Kalau bahasa pasar dia pulak, orang panggil lawan tangan. Setiap peserta beradu tangan dengan sebelah lengan mereka, sama ada kanan ataupun kiri, dgn syarat kedua-dua mereka menggunakan lengan yang sama. Lengan mereka diletakkan di atas satu permukaan, dengan siku dibengkokkan dan menyentuh permukaan tersebut sementara menggenggam tangan masing-masing. Senang citer, korang jatuhkan tangan lawan korang tu.

Kalau kedua-dua pemain tu macam tidak mahu mengalah, keputusan seri mungkin akan diberikan untuk mengelakkan  kekejangan otot lengan, melainkan salah sorang daripada diorang surrender. Main game ni senang nak injured sebenarnya. Sukan ini mengenakan daya torque atau twist ke atas tulang humerus pada bahagian atas lengan. Selalunya, injured yang sering berlaku; bahu dislocate la, tangan patah la, tangan terseliuh la, muscle koyak dan macam-macam lagi. Antara penyumbang keinjuran tu semua, posisi salah masa main, tangan kurang bersedia nak berentap, tangan kurang kuat dan tak stretching dulu sebelum main. Tu yang kekadang bunyi 'PRAPPP!!!' bila main tu. Benda ni selalu jadi kat fighter-fighter amatur dan yang tak selalu main or tak pernah main langsung. Then, percuma je tangan injured, dah takleh nak menulis masa exam. Padan muka...
Aku selalu gak main benda nih, masa sekolah rendah dulu, masuk sekolah menengah, sampailah sekarang. Kalau yang sekarang ni lagi la, dengan member-member yang memang lengan macam tong gas punya, kalau tampar sekali, sure koma setaun punya. Tapi selalu ngan roommate ar, sampai injured-injured je tangan, ye lah dua-dua tak nak kalah, sampai tangan rasa macam nak tercabut, baru lepas, kira seri la. Tapi yang pasti aku selalu menang ar (bangga diri kejap). Sekarang ni pon still sakit lagi. Aku main benda ni pun suka-suka je, nak release tension. Ada yang nak train dia punya muscle tangan, biceps ngan triceps supaya lagi nampak natural besarnya. Bila memang tu, rasa puas tu memang tak dapat dihambarkan dengan kata-kata la, tapi kalo kalah, memang akan rasa nak lawan lagi sampai la kita menang. So, bagi yang baru nak main or jarang main tu, train dulu korang punya tangan ya. Safety first!

Nak fight, set masa ngan tempat. Hehehe...
Budak Ohsem : biceps besar ke kecik tak penting, yang penting teknik nak jatuhkan tangan lawan

February 9, 2012

Menangi Hati Bakal Mertua Anda!


Bila baca title entri kat atas ni, kompom ramai yang tersengih macam kacang menglembu, tak pun senyum sampai ke pipi, bagai nak rabak pipi tu.Ye lah, masing-masing dah ada makwe ataupun pakwe. Kapel  dah naik jenuh bertanya bila nak masuk meminang. Wah, bukan senang nak meminang anak darra orang ni cik adik oit, bukan macam nak beli jajan kat 7 Eleven. Pastu, yang laki pulak, bila cakap nak bawak si dia jumpa dengan famili dia, bukan naik gelabah lagi, berpeluh macam duduk dalam sauna la pulak. Tapi jangan risau, kat sini Dr Laf akan membantu anda! Di sini ada beberapa tips yang boleh anda praktikkan semasa berjumpa dengan bakal mertua (lebih-lebih lagi first time jumpa mereka). 

Pertama, pakai la pakaian yang kemas. Ingat, FIRST IMPRESSION ITU PENTING! Kalau dah pertama kali jumpa pun dengan pakai baju kerkedut sana berkedut sini, pastu rambut serabai macam ombak rindu, sideburn dengan misai janggut semua dah macam hutan hujan tropika, memang FAIL la jawabnya. Pakai baju kemas-kemas, cantik-cantik, rambut atur-atur sikit, tak kira la nak spike ke, nak wavy macam Awan Nano ke, lantak la janji kemas dan bersih. Bulu-bulu yang tak berkenaan tu cukur la, kalau nak simpan pun rapikan sikit. Yang perempuan pulak, pakai tudung tu, biarlah kemas, jangan main sangkut je macam sangkut tuala. Jangan pakai baju ketat sangat dan menjolok mata, karang bakal bapak mertua pulak yang terpikat.

p/s : bukan nak hipokrit, tapi kita nak jadi yang terbaik pada impression yang pertama. biar baju, seluar, tudung tak berjenama, tak mahal, janji kemas, ok?


Please, jangan cari pasal dengan bakal mertua, nanti kena reject baru tau!
Yang kedua,bawalah sikit buah tangan. Buah-buahan ke, kuih-muih ke, tak pun kalau nak mudah beli je Mekdi, Kepsi dengan Ciken Rais Syop tu. Baru la terbukak sikit hati  mereka nak terima korang. Tapi, jangan bawak benda yang sama tiap kali bertandang ke rumah, nanti bosanlah. Variasikan ikut kemampuan, maksud saya fulus atau $$$. Dan satu lagi, tak payah nak menggedik-gedik nak bawak sebas durian walhal dah tau satu famili tu tak makan durian. Kan membazir. 

p/s : jangan buat benda yang sia-sia. Dah tau famili tu alergik ataupun memang tak makan benda alah tu, benda alah tu jugak yang korang bawak ke rumah diorang. Memang mintak karpet hinggap kat muka.



Ketiga, cuba bergaul dengan semua ahli keluarga kapel korang. Tak dapat cepat pun, sikit sikit pun jadilah. Join conversation diorang walaupun topik diorang ni memang boring gila gaban ataupun merapu entah apa-apa. Satu lagi, korang kena sentiasa update dengan ilmu korang, tak kiralah dari segi akademik ataupun KBKK. Ini tergagap-gagap nak jawab, memang kantoi la malasnak membaca. Mertua memang anti sikit kalau ada menantu yang hapdet-hapdet ni. Hempon je canggih, belajar sampai PhD tapi lemau, tak boleh jugak.

Adoyai, memang tak pass la calon memantu ni...   -.-


Keempat, yang ni agak susah sikit, tetapi still  boleh dilakukan. Korang  kena tahu apa yang bakal mertua korang suka buat di kala senggang. So, tugas korang  adalah melakukannya bersama mereka. Some parents dia orang suka pergi masjid, solat berjemaah… ikut sajalah! Jangan follow sekali dua je, nanti nampak sangat korang tak ikhlas. Lagi satu, … Some parents suka golfing, swimming, karox, tengok bola, tak kurang yang suka shopping sakan sampai tak ingat dunia. Ikut sajalah, dan jangan lupa bawak duit lebih sebab kompom korang akan kena paw nanti. Hehehe...

p/s : sikit sebanyak korang akan lebih kenal bakal mertua korang ni jenis yang macam mana, yang suka beramal jariah ke, yang lalai dengan duniawi ke, yang sedang-sedang saja ke. So, kat sini korang boleh main peranan untuk betulkan mana-mana yang patut. Kira macam menantu mithali la nih. 



Last but not lease, please be yourself. INI SANGAT PENTING YA! Sebab apa, mertua tak suka menantu yang bermuka-muka. Masa jumpa mula-mula dulu, perangai bukan main baik lagi, ibarat kain putih yang tidak ternoda dengan.  Nampak suci, tulus dan mulus je, macam baru kena bilas dengan FAB TOTAL. Tapi bila dah kawin dengan anak dia, habis anak dia kena terajang kena lempar,  macam bola bowling korang kerjakan. Jangan! Kalau ada perangai yang tak elok tu, cuba-cubalah ubah diri tu kepada insan yang lebih baik, sebab tanggungjawab sebagai seorang suami bukan ringan macam tisu Kleenex, tapi memang berat. So,  be yourself be yourself jugak, perangai yang buruk tu jangan lupa betulkan.

Kalau perangai hantu, mak aku pun tak nak... =.=

p/s : jadi diri sendiri ni tak bermaksud kita kena jadi diri kita yang sebenar-benarnya, contohnya selekeh, pemalas, pengotor, kentut merata-rata, suka sendawa kuat-kuat. Yang tu kena ubah, tapi perangai yang elok tu yang kita cuba tonjolkan. InsyaAllah, all is well!


Dah puas membaca? Dah praktikkannya? Bagaimana hasilnya? Kalau fail, jangan salahkan saya, kerana itu adalah salah anda kerana mengikut manual yang tak seberapa ini. Sekian.

AAA : Kami tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selepas anda mempraktikkan tips-tips ini. Harap maklum.

January 24, 2012

Bila Dah Bosan...

 
Bosan.... Adakah itu satu penyakit? Ataupun mainan perasaan semata-mata? Yang pasti bosan itu bukan jenama jajan yang dijual di tepi jalan. Menurut kamus dewan makan terbiar belakang rumah Kak Leha, bosan membawa maksud suatu perasaan yang tiada perasaan yang dapat ditonjolkan dengan muka selenga tahap lembu. Hurm...

Apa sebab-sebab bosan ek? Setelah membuat survey dengan menemubual orang-orang sekeliling (sambil berlakon sebagai wartawan sebuah stesen TV yang tak pernah wujud pun kat muka bumi ni), mereka memberi beberapa sebab yang boleh dikatakan diterima akal :
  • Takde mende pun nak dibuat
  • Entah... saja je nak rasa bosan
  • Asyik buat benda yang sama je tiap ari mana tak bosan
  • Bosan? Oh, yang lagu baru Stacy tu kan? Hehehe...
  • Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh, leceh ar
  • Nak keluar lepak, duit pokai, duduk la kat rumah sampai bosan
  • Aaarrrgghh.... aku bosan!!! Wuhuuuuuuu....
  • Takde teman ar nak ajak main
  • Awek/pakwe aku ni sungguh membosankan... Aku bosan, bosan tau tak!!!
Nampak? Ada sebab yang memang kita pernah rasa, dan ada sebab yang hanya orang gila saja boleh rasa. Kasihan. Macam mana nak cegah sindrom kebosanan? Kami ada caranya. Antara metodi yang boleh kita praktikkan adalah:
  1. Main kejar-kejar dengan kucing, dengan ajing lagi baik, mana tau dapat pecah rekod Usain Bolt ke, paling kurang pun Edward Cullen pun jadilah
  2. Rajin-rajinkan diri mencuci, menyental dan mengemop jalan raya, kalau ada kereta lalu je mop balik jalan tu sampai hilang rasa bosan korang
  3. Melalak sorang-sorang dalam bilik sampai pecah tingkap rumah orang sebelah, kompom lepas tu akan jadi meriah dengan sumpah seranah dan maki hamun
  4. Korang menjerit mintak tolong sambil buat-buat muka cemas + tambah simpati + air mata (air mata jangan lupa, aset mahal tu), pastu bila ada orang nak tolong buat-buat muka toya macam takde benda yang berlaku, kompom akan ada babak kejar-mengejar macam citer Transporter tu
  5. Kira berapa helai rambut korang ada sampai habis, kalau salah hitung mula balik (jangan guna teleskop ataupun kanta pembesar ya!)
  6. Pegi online kat Facebook pastu like semua post dan komen yang ada (kalau korang like virus tu nasib la)
  7. Tak pun, korang bagi komen yang kontroversi sikit, kasi berapi sikit kat fb tu, kalau boleh biar sampai bergaduh sampai hilang kebosanan
  8. Korang call la member-member korang konon-kononnya nak buat panggilan hangit kat diorang, mesti syok gila
  9. Bagi yang suka ambik gambar tu, korang ambik la gambar seberapa banyak yang mungkin, biar sampai meletup kamera pun takpe, janji kepuasan betul tak?
  10. Opsyen paling last, pegi la blog ni, baca entri sampai habis. Hehehe...
Ok, rasanya aku pula yang bosan sekarang. Tapi tak apa, anda boleh praktikkan benda ni kat mana saja; di rumah mahupun di gua, bila-bila masa saja; waktu paling afdhal tengah-tengah malam buta. Bila anda sudah praktikkan, boleh berikan feedback di ruang komen. Selamat mencuba!

January 22, 2012

5 Cara Nak Usha Awek


OK, sapa kat sini dah ada awek, sila angkat bulu kaki? Oh, nampaknya semua belum ada awek. Ok, tak apalah,kat sini aku nak kongsi 5 tips nak usha awek. Dijamin berkualiti, siap ada cop SIRIM lagi tau. Are you ready? Ready atau tidak, bolos saja dinding itu... Ooops, sori terbabas sikit. Hehe...

1. Cakap terus terang kat si dia

Ni kira step yang paling 'berani mati' punya, sebab kalau kena reject, memang akan menanggung malu besar, lagi berat dari beras 1 tan.  Seriously, menang kita perlukan  semangat dan kompiden diri yang tinggi. Kalau nampak macam dia ada bagi can tu, apa tunggu lagi, approach la dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape. Tapi jangan terlalu banyak tanya mengalahkan penemuduga, nanti dia meluat dan ingat kita nak naik bulu pulak. Tanya sikit-sikit jeyang lain tu tanya kemudian. Bak kata nenek aku, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

[Amaran : Sapa-sapa yang nak guna taktik ni, bersedia untuk direject macam assignment, cuma dia tak baling korang ke dalam tong sampah je lah. Kalau dia tak nak, nak buat macam mana, cintak tak boleh dipaksa kan?]

2. Hantar surat, memo atau nota cinta

Taktik ni agak kuno berbanding guna SMS atau internet, tapi ada nilai-nilai nostalgik yang tinggi . Lagipun, cara memang sesuai bagi yang lemah semangat dankurang keyakinan diri tu. At least kalau kena reject pun, tak adalah malu sangat. Kita nak mengais bagai nak rak sampai basah lecun kertas tu pun bukannya dia tau. Its better la kalau tulis la sendiri, kalau boleh selitkan sekali seni kata lagu jiwang popular. Kat bawah tu buat footnote sikit.Kalau tak reti tulis, Mintak tolong orang yang lebih makan garam, maksud aku kat sini bukan suka habiskan stok garam kat rumah ya tapi yang banyak pengalaman.

[Amaran : Jangan tulis over sangat, nanti karang tak pasal-pasal korang kena cop psiko gila kentang. Tak ke menyusahkan diri kena kejar ngan polis sebab buat sexual harrassment ngan stalking orang]

3. Jadilah Pak Lawak

Selalunya awek-awek ni  suka kat lelaki yang kelakar so, kalau korang kenalah jadi pak lawak. Tapi tak semestinya korang kena pergi audition Raja Lawak ke apa, baru dikira lawak, tidak sama sekali. Joke ni selalu datang secara spontan. Kadang-kadang kita tak buat lawak pun, diorang boleh lawak sampai berguling-guling macam tenggiling, maybe geli hati tengok tingkah laku kita, tak pun dengan ekspresi wajah kita yang berubah secara spontan. Lawak tak semestinya melalui mulut, tapi pergerakan kita,ekspresi kita. Try your best, tapi kalau yang memang tak ada langsusng sense of humor dalam diri korang tu, baik tak payahlah, takut nanti bunyi cengkerik je yang keluar, bunyi ketawa tak ada. Malu beb!

[Amaran : Jangan buat lawak melampau, dan jangan ada unsur-unsur XXX. Lain pulak jadinya nanti, karang tak pasal-pasal baldi hinggap kat dahi]

4. Jadilah gentleman

Tanyalah mana-mana perempuan kat dunia ni, diorang mesti cakap diorang memang minat sangat kat lelaki gentleman ni. Tambah-tambah lagi, lelaki spesis ni dah pupus sama dengan dinasour dulu. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip. Kalau dia nak balik tiba-tiba hujan, payungkan dia. Ala,macam dalam drama tv tu la. Kalau dia pengsan, jangan dibiarkan saja kat tepi jalan, bawak la pegi klinik or hospital. Tiba-tiba dia kena ragut, kejar peragut tu, bukan jadi tunggul sambil buat muka selenga je. Tunjukkan yang kita betul-betul amik berat pasal dia . Sifat-sifat macam ni  boleh bikin hati diorang cair macam susu cap junjung.

[Amaran : Jangan pulak terlalu gentlemen, mana tau dia saja je nak amik kesempatan. Kita nak cari bini, bukan jadi kuli]

5. Be Yourself

Ini yang paling penting! Tak payahlah nak berlakon jadi alim ke, baik ke, ataupun berlagak macam orang educated tapi yang sebenarnya yang adooo.. Senang cerita, tak payah nak berlakon la, kalau nak berlakon, pegi uji bakat Pilih Kasih lagi baik.  Mana-mana yang buruk tu, kita ubah. Mana-mana yang baik, kita upgrade kan. Tak payah nak sibuk nak berlakon, nanti kantoi jugak. Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dia bengap juga. Better diri sendiri sebab kita semua ada keistimewaan masing-masing. Lantaklah kalau kita ni pelik lagi die hadr freak, asalkan dia dapat terima kita seadanya...

[Amaran : Memang la dia kena terima kita seadanya, tapi kalau kita ni jenis yang kedekut bagai nak rak, selekeh sampai baju pun berkulat, makan pun bersepah atas meja, tu memang mintak hentak kat siling kepala tu kasi adjust sikit medula oblongata tu.]

Dah habis membaca? Kalau dah, apa tunggu lagi, cuba praktikkan. Kalau sega nak peraktikkan dengan awek, dengan anak permepuan jiran sebelah pun boleh, tapi pastikan dia bukan bini orang, kalau tak bersepai gusi kat lantai. Tak pun, try kat kucing betina, tengok kena cakar ke tak, kalau tak ertinya korang dah master 5 tips ni. Selamat mencuba!

AAA : Dulu masa praktikkan cara ni, mak cik jual cendolseberang jalan pun terpikat... hehehe...

January 14, 2012

7 Cara Mujarab Menghilangkan Stres

Stres, depression, dan tension... Tiga perkataan ni berbeza dari segi ejaan,tapi membawa makna yang sama, yakni tak lain tak bukan tertekan atau tekanan jiwa. Kira stres ni sepupu sepapat kepada gila la cuma belum sampai tahap tu lagi. Hehehe...

OK, memandangkan semua dah curious tahap kentang goreng, so kat sini disenaraikan 7 tips bagaimana nak hilangkan stres dengan cepat, murah dan mudah!
  1. Pejam mata rapat-rapat, pastu tarik nafas sedalam-dalamnya, kalau boleh sampai paru-paru rasa macam nak pecah berderai. Lepas tu, dengan perlahan-lahan hembus nafas anda. Tapi awas, pastikan anda hembuskan nafas anda saja, bukan dengan isi perut yang baunya er... er.... undescribable tu keluar sekali.
  2. Take a nap for about 5 minutes. Jangan lama sangat, nanti terlanjur memang terlelap habis punya. Kalau dah mimpi best-best tu, lagi-lagi bila dah tidur mulut ternganga seluas angkasa, memang liat nak bangun balik. Asalkan jangan hibernate terus sudah. Ingat, 5 minutes only!
  3. Pergi ke tempat lapang, contohnya padang, tasik ataupun bukit. Ambil tenaga anda pastu jerit sekuat-kuat hatinya, sampai terpelanting anak tekak dengan biji halkum pun takpe, jangan anda puas! Tapi ingat, buat di tempat yang tak ada orang saja, sebab kalau buat benda ni di kawasan kejiranan, tak pasal-pasal senduk kayu hinggap dahi, pastu periuk belanga hinggap kat pipi.
  4. Ketawa adalah penawar yang terbaik. So, anda bolehlah baca komik lawak macam Apo?, Ujang ataupun Lawak Kampus dan sudara-maranya yang lain. Memang komfom anda akan ketawa tak kering gusi sampai air liuh meleleh mengalahkan biawak komodo. Itu belum masuk yang ketawa siap berguling-guling lagi, habis semua debu kat atas lantai disapunya.
  5. Yang ini boleh dikatakan cara yang agak ekstrem juga, yang mana memerlukan isi perut yang banyak lagi padat lagi jitu, yakni membuang air besar atau nama saintifiknya berak. Adalah orang cakapyang kalau berak ni, lagi-lagi kalau berak tak lawas, masa nak teran tu memang masa yang agak sesuai nak lepaskan rasa geram, sedih apatah lagi stres. Bila dah lepas je, memang nikmat yang tak terungkap rasanya.
  6. Jangan lupa pada yang maha Esa. Ini masa susah je Nak ingat Tuhan, masa senang jangankan nak sembahyang ataupun berdoa, nak ingat Tuhan pun susah. Betul tak? Berdoalah pada-Nya, minta dipermudahkan semua urusan kita di dunia ni.
  7. Opsyen terakhir, yang ni memang mudah tapi perlukan sikit duitlah. Hempaskan kepala anda di atas meja sampai berdarah mencurah-curah macam air terjun, pastu pastikan anda ungkapkan ayat ni dengan nada yang penuh rendah diri dan menyesal:
"Bodoh, yang aku ikut jugak cakap dia nak hentak-hentak meja ni apa ke jadah? Kan tak pasal-pasal dahi aku yang licin ni scratch macam CD cetak rompak!"

Haaa... kan dah cakap, opsyen yang last sekali tu memang praktikal tapi terpaksa keluarkan sikit duitlah.  Yelah, nak bayar duit beli ubat sapu luka kat dahi tu. Hehehe...

AAA : Entri ni cuma gurauan semata-mata. Yang last sekal tu jangan sesekali dipraktikkan! Tapi yang no.9 tu wajib!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...