Armwrestling ataupun gusti lengan adalah sukan yang makin menjadi-jadi masa sekarang. Kalau bahasa pasar dia pulak, orang panggil lawan tangan. Setiap peserta beradu tangan dengan sebelah lengan
mereka, sama ada kanan ataupun kiri, dgn syarat kedua-dua mereka
menggunakan lengan yang sama. Lengan mereka diletakkan di atas satu
permukaan, dengan siku dibengkokkan dan menyentuh permukaan tersebut
sementara menggenggam tangan masing-masing. Senang citer, korang jatuhkan tangan lawan korang tu.
Kalau kedua-dua pemain tu macam tidak mahu mengalah, keputusan seri
mungkin akan diberikan untuk mengelakkan
kekejangan otot lengan, melainkan salah sorang daripada diorang surrender. Main game ni senang nak injured sebenarnya. Sukan ini mengenakan daya torque atau twist ke atas tulang humerus pada bahagian atas lengan. Selalunya, injured yang sering berlaku; bahu dislocate la, tangan patah la, tangan terseliuh la, muscle koyak dan macam-macam lagi. Antara penyumbang keinjuran tu semua, posisi salah masa main, tangan kurang bersedia nak berentap, tangan kurang kuat dan tak stretching dulu sebelum main. Tu yang kekadang bunyi 'PRAPPP!!!' bila main tu. Benda ni selalu jadi kat fighter-fighter amatur dan yang tak selalu main or tak pernah main langsung. Then, percuma je tangan injured, dah takleh nak menulis masa exam. Padan muka...
Aku selalu gak main benda nih, masa sekolah rendah dulu, masuk sekolah menengah, sampailah sekarang. Kalau yang sekarang ni lagi la, dengan member-member yang memang lengan macam tong gas punya, kalau tampar sekali, sure koma setaun punya. Tapi selalu ngan roommate ar, sampai injured-injured je tangan, ye lah dua-dua tak nak kalah, sampai tangan rasa macam nak tercabut, baru lepas, kira seri la. Tapi yang pasti aku selalu menang ar (bangga diri kejap). Sekarang ni pon still sakit lagi. Aku main benda ni pun suka-suka je, nak release tension. Ada yang nak train dia punya muscle tangan, biceps ngan triceps supaya lagi nampak natural besarnya. Bila memang tu, rasa puas tu memang tak dapat dihambarkan dengan kata-kata la, tapi kalo kalah, memang akan rasa nak lawan lagi sampai la kita menang. So, bagi yang baru nak main or jarang main tu, train dulu korang punya tangan ya. Safety first!
Nak fight, set masa ngan tempat. Hehehe...
Budak Ohsem : biceps besar ke kecik tak penting, yang penting teknik nak jatuhkan tangan lawan
No comments:
Post a Comment