Pages

February 22, 2013

Judge Mental

 Assalamualaikum...

Baru je layan movie Juvana, ni dah masok kali kesepuluh aku layan movie ni. Sedih pulak nengok si Daim tu, walopun dia tak bersalah, dia tetap hina kat mata masyarakat. Nak buat cemana, bekas pelajar Juvana kan, so mesti orang jahat punyalah, orang fikir. Tapi tu la mentaliti masyarakat kita. Suka menghukum orang lain, tanpa bukti dan hujah pulak tu.

Contohnya kalo ada hamba Allah ni yang baru keluar dari penjara ke, juvana ke, mesti orang cakap macam ni punya, "Tu la anak Si Bedah yang masuk Juvana tu. Isy, tak kenal dek untung betul dia tu kan Leha, bapak dia sara dia dari kecik, sanggup dia bunuh bapak dia Si Leman tu." tanpa mereka sedari bahawa budak tu dituduh membunuh ayahnya sendiri.

Bila melihat ada anak gadis yang pulang ke kampung dengan kereta mewah, mesti, kompom dan wajib dalam fikiran diorang akan cakap macam ni, "Aih, kerja tak sampai setaun dah naik kereta mewah gitu. Ni mesti buat 'bisnes lain' ni. Tak jual dadah, jual diri, kalau tak, takkkanlah dia mampu nak beli kereta tu kot?'' walhal gadis tu mula berjinak dengan bisnes online yang jauh lebih menguntungkan. Apa, ingat awek tu takleh kaya, takkan nak duduk mengumpat orang dok bergosip 24 jam kat kampung macam Kak Senah tu oiii...

'ntara dialog yang dapat memotivasikan orang yang ingin berubah

Bila jumpa orang cacat di tepi jalan, boleh pulak dengan angkuhnya berkata, ''Tulah, masa merempit tak ingat dunia, kan dah cacat padan muka. Mengemis la ko kat sini, kalau dah namanya sampah, sampah jugak." tanpa mengetahui tangannya terpaksa dipotong gara-gara tersepit dan cedera teruk, dan walaupun cedera teruk, dia tetap menyelamatkan maknya keluar dari kereta dalam kemalangan. Kita tak pernah tau kan? Yang kita tau, nak mengutuk, memaki, menyindir. So typical Malaysian!

Kadang-kadang tu aku perasan, orang-orang kita ni memang suka jadi hakim dan peguam tak bertauliah. Tak percaya? Cuba bukak Youtube, bila ada anak-anak remaja kita buat video even yang bagi nasihat ataupun informasi berguna, mesti, kompom dan wajib kat section comment tu, at least 100 komen nak menjatuhkan si pengupload video tu. Bukan nak bagi komen ataupun kritikan membina, nak memaki je. Dah tu, bergaduh sesama sendiri. Yang bergaduh tu sapa, orang Melayu sendiri. So, fikir-fikirkanlah siapa yang suka menjahanamkan siapa sebenarnya ya, orang kita sendiri jugak. Kadang-kadang tu, rasa malu gak nak mengaku orang Malaysia sebab realitinya orang kita bukan seperti yang digambarkan oleh pelancong asing yang datang ke negara kita...

So, kita jangan la suka nak menghukum seseorang ataupun sesuatu benda tanpa usul periksa. Benda ni boleh jadi fitnah dan kita pulak yang dapat dosa berbakul-bakul. Jadilah orang yang bijaksana, berfikiran terbuka dan bertindak berlandaskan hukum dan bukti, bukan hanya membuat spekulasi sendiri semata-mata. Kita sepatutnya bantu mereka, bukan menghukum sesuka hati. Masa ni memang la kita sesuka hati nak cakap macam-macam, bila dah kena batang hidung sendiri, baru nak insaf


Budak Ohsem : Nama Kak Leha, Kak Senah, Kak Bedah adalah rekaan semata-mata ye...

2 comments:

Mawardi yunus said...

agak setuju :)

Azwan Lai Azahary said...

Yap, ni la realitinya sekarang ni. Nak wat cemana, pepandai la survive...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...