Pages

April 24, 2012

5 Sebab Kenapa Benci Sinetron Indon!




OK, selain dari ombak K-pop yang semakin menjadi-jadi kat Malaysia ni, ombak sinetron pun dah lama menghempas kaca tv kat rumah. Bawang Putih Bawang Merah, Cinta Berkalung Noda, Cinta Melodi, Puteri Yang Tertukar dan banyak lagi la. Sekarang ni Nada Cinta yang meletop sekali. Tepat jam 6.30 je, mama ngan adik perempuan aku dah terpacak kat depan tv. Jangan harap la nak tonton channel lain. Mmeang tak la jawabnya. Dulu aku tengok la jugak sinetron ni, sekarang dah tak lagi sebab macam tengok ulang tayang, title je bertukar.

Bagi yang yang masih bluurrr apa tu sinetron, sinetron tu drama la, kira macam telenovela kalau istilah Amerika Latinnya. Kalo kat Malaysia lak, drama bersiri atau drama rantaian. Hah, apasal aku tak suka sinetron. Ni sebab-sebabnya...
  • Panjang ceritanya beratus-ratus episod. Tak kiralah sinetron apa, yang pasti jalan ceritanya mesti panjang berjela-jela. Dulu aku minatlah jugak sinetron indon ni. Tapi bila setiap kali tengok sinetron, episodnya semua setahun baru nak habis. Drama Malaysia paling lama pun 3 bulan je, kalo ada sambutan baru buat musim ke-2, yang pasti kisahnya lain pulak la. Ni tak, naik jenuh nak tunggu, sepupu aku beranak 3 kali baru habis drama Indon ni, betapa lamanya drama tu cuba bayangkan.
  • Tak habis-habis dengan konflik. Selesai satu masalah, timbul lagi satu masalah. Bila selasai masalah yang baru, timbul lagi masalah. Begitulah seterusnya. Apa punya panjang daa sinetron. Masalah satu ke dua tu takpela. Ini sampai tujuh lapan masalah. Banyak sangat konflik sampai stok Cornflakes aku kat rumah pun habih.
  • Jalan cerita semua hampir sama. Masuk hospital kompom hilang ingatan. Saja nak panjangkan episod. Pastu mesti ada orang yang memang jahat tahap gaban yang memang takkan insaf-insaf punya sampai ke habis. Dialah watak yang menentukan cerita tu nak habis ke tak. Mesti ada orang dari kisah-kisah lalu datang balik nak balas dendam. Musuh ketat dalam citer tu rupa-rupanya adik beradik, tak pun tertukar masa lahir dulu. Wat so ever la. Orang sampai dah boleh agak apa kesudahan sesuatu sinetron tu sebab kebanyakan sinetron sama jer jalan ceritanya. Yang berbezanya cuma pelakon dan situasi. Cuba buat sinetron yang lain daripada yang lain pula.
  • Pelakonnya semua yang jenis kacukan. Senang cakap, bukan indon sejati la. Muka handsome, lawa-lawa semuapelakonnya. Tetapi apa yang aku tengok orang indon, takdela lawa/hensem macam kat dalam sinetron tu. Biasanya watak hero dan heroin la muka kacukan. Bila part watak ayah ke ibu ke orang gaji ke baru la diamiknya orang indon sejati. Motif? Entah la...
  • Bila sampai je babak suspensnya tu, habis muka pelakon kat situ dizoom beberapa kali. Entah berapa minit berlalu macam tu je, pastu bersambung... Kalo ada 3 orang pelakon kat situ, 3 la zoom in muka diorang tu, kalau boleh sampai ke lubang hidung pun nak dizoom. Nasib bukan 10 pelakon kat situ, kalo tak sampai ke sudah zoom in zoom out je keja.

Alaaa... sapa cakap drama Melayu takde kualiti, kalau takde takkan la Gerak Khas, Sembilu, Nur Kasih, Juvana, Susuk, Bagai Aur Dengan Tebing, Kisah Kaisara dan taun ni Vanila Coklat menjadi kegilaan ramai, betul tak? Hehehe... Sokong la produk buatan Malaysia...

6 comments:

Maehaa E. said...

setuju sangat-sangat.

Anonymous said...

Yang lo lihat kan pembantu makanya jelek2. Makanya lo main tuh ke mall2 di indonesia, orang pretty dan handsome semua. Malaysian itu jelek dan kampungan semua.

Anonymous said...

Orang malaysia suka tonton sinetron indonesian karena keren2. Gak kayak orang malaysia. Tak sedap dipandang! Bahasanya juga kampungan.

Unknown said...

Saya sokong sangat sinetron ni teruk sangat cerita dia, buat orang menyampah banyak cakap dalam hati kalau terkejut mulut asih terbuka aja muzik cemas tak habis2 kalau tak cakap dalam hati cakap kuat2 sampai ada yang dengar padahal apa yang mahu dicakap tu adalah rasia tapi cakap kuat? Saya pun orang indonesia tapi saya akui kelemah sinetron....

Anonymous said...

Kan bisa milih. Banyak sinetron yg educated bahkan lucu membuat rileks. Jadi tdk perlu provokatif. Was

Unknown said...

kalau sa lah kan..sinetron tu memang best jugak..but try lah sikit menghayati k....dunia ni nak masuk era teknologi so....takde kena mengena nya mau dibezakan negara ni semuanya kacak apa semua...semua bergantung personalities tersendiri..so stay chill lah..mereka yang pelakon tu need support dri kita utk buat terbaik..silap2 itu lah pekerjaan mereka sebagai pelakon..lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...