Pages

April 27, 2010

Pertemuan... (Episod Terakhir)

Angin manja pada pagi itu menghembus lembut. Genevieve mengikat rambutnya yang ikal mayang itu. Sememangnya hidup sebagai seorang peragawati yang terkenal bukanlah mudah. Segala tingkah lakunya sentiasa diperhati. Di ruang tamu, Tiara sedang sibuk mempromosikan produk herbanya kepada rakan-rakan yang lain. Sempat juga mempromosikan jamu Mak Dara dia tu. Riuh jadinya apabila mereka saling tawar menawar.Datin Nana baru saja tiba dari konturnya. Semenjak berkahwin dengan Datuk A, dia semakin bergaya. Almaklumlah, datinlah katakan. Nampaknya perangainya masih belum berubah. Malah, barannya kian menjadi-jadi.Hati Afiq tertawa kecil saat melihat telatah anak-anak Dom dan Ieda. Tiada siapa yang menyangka mereka akan berkahwin. Alih-alih, sekarang dah ada dua anak. Malah, sekarang Ieda sedang mengandungkan anak ketiga mereka. Kini Ieda meninggalkan professionnya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga manakala Dom pula sibuk menguruskan empayar perniagaan milik bapa saudaranya.

Kawasan perumahan Taman Batu Asah yang sedari tadi senyap dan tenang tiba-tiba bertukar riuh dek kebisingan mereka yang dianggarkan melepasi 80Db, boleh barah telinga dibuatnya. Unggas yang terperanjat beruk terbang bertempiaran hinggakan berlanggar sesama sendiri. Lebih menyedihkan, beberapa ekor burung yang tidak berdosa, bertenggek berhampiran dengan rumah Jenn terkena sawan. Kalau dah binatang pun macam tu, manusia apatah lagi. Muthusamy yang berjiran dengan Jenn meminta mereka untuk diam kerana mengganggu ketenteraman jiran yang lain.Empat sekawan; Dom, Apek, Taha dan Bidoi meledakkan ketawa mereka mengalahkan letusan bom Nagasaki dan Hiroshima. Jika dahulu Apek kurus kering kontang, kini kian berisi selepas mencuba produk Weght Gain. Dia baru sahaja memenangi Mr Malaysia dua bulan yang lalu. Taha pula masih melekat dengan gelaran Raja Hibernasinya. Dalam diam, rupa-rupanya Taha ni telah membuka pusat kesihatannya sendiri . Diia ni sebenarnya doktor walaupun keadaannya lebih dua kali lima dengan pesakit. Bidoi pula bertugas di Fire Fly sebagai juruterbang. Memang itulah impiannya sejak kecil iaitu terbang di awan. Wah, macam drama Awan Dania la pula...

Beberapa orang kawan yang lain baru saja tiba dari airport. Syaz baru saja sampai dari Narathiwat, menjenguk bapa mertuanya yang jatuh sakit. Kalau dulu Cuma jadi komanden kadet bomba, sekarang ni dialah Timbalan Ketua Panglima ATM, bukan mesin ATM tau, tapi Angkatan Tentera Malaysia. Fik pula mengambil kesempatan ini untuk pulang ke Lundu. Baru-baru ini, pasukan di bawah pengurusannya, Arsenal telah memenangi Liga Inggeris. Felix pula, baru sebulan turun ke bumi setelah tiga bulan di ISS, menjadikannya angkasawan negara yang ketiga. Dengar khabarnya dia telah bertemu dengan Jadoo, siap minta autograf lagi. Cis, mengalahkan filem Krish...

Di dapur, Estee mengesat matanya yang pedih terkena bawang. Dari dulu sampailah sekarang, dia masih tak tahu memotong bawang. Kalau nak potong bawang pun tak reti, memasak tak payah tanyalah. Patutlah tak ada lelaki yang sangkut. Alamatnya kalau beginilah keadaannya, sampai ke tualah dia tak berlaki. Sim pula sedang mencuci pinggan mangkuk yang kian meninggi seperti Candi Borobudur tu. Sesuai dengan professionalismenya, kini dia bertugas sebagai pensyarah di Cambridge University. Paul, chef di Tandang Sari Restaurant menunjukkan skil memasaknya yang boleh dikatakan setaraf Chef Wan tu. Sesekali kuali itu berapi, api dengan selambanya meyambar tudung Fina yang berlabuhkan labucci tu. Keadaan menjadi kecoh seketika. Memang marahlah si Fina tu, dah macam Red Queen pula dah. Paul hanya mampu tersengih sambil menepuk-nepuk tudungnya yang agak hangus tu. Sejak menjadi CEO sebuah syarikat pembuat coklat, Fina sudah pandai bereksperimen dengan trend. Pernah sekali tu, dia menggayakan fesyen retro hingga dicekup oleh krew Tangkap Muat. Memang buruk tahap infiniti rupanya.

Kereta Proton Exora berwarna metallic blue singgah di halaman rumah. Jethro dan Bob bergegas keluar dari kereta. Jethro, seorang komposer lagu yang tak perlu diperkenalkan lagi. Namanya begitu gah di persada seni. Dia baru saja memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ni. Bob pula masih tak berubah. Rambutnya yang kerinting bagaikan mi Sedaap tu kekal menjadi trademarknya sampailah sekarang. Tapi, bukan calang-calang tau, Gabenor Bank Negara tu. Keadaan menjadi lebih happening apabila ahli-ahli GBA bertemu kembali. Di satu sudut, Fariz yang sedari tadi begitu asyik mengira hasil jualan kambingnya. Nampaknya, percubaan pertamanya dalam bisnes ni membuahkan hasil yang memberangsangkan. Mendengar riuh di ruang tamu, dia segera meluru ke situ. Rumah Jenn memang luas, banyak bilik pula tu. Silap hari bulan boleh sesat dibuatnya.

Sekarang masa untuk makan. Bau masakan yang mengusik jiwa menerawang ke seluruh rumah. Izzah tanpa segan silunya terus meluru ke meja makan. Almaklumlah, hos Jalan-jalan Cari Makanlah katakan. Patutlah ukur lilit makin bertambah. Zahin masih lagi di luar, membalas mesej buah hati barunya. Hairan sungguh, Cuma dia saja yang belum berkahwin sedangkan yang lain sudah ada yang menimang cahaya mata. Wajahnya yang jambu membuatkan setiap gadis tergila-gilakannya. Mungkin kontroversi yang mengatakannya menjalinkan hubungan sejenis yang tersebar luas menyebabkannya tawar hati untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Suara seakan-akan Aidil dalam cerita Nur Kasih memberi salam menerpa ke telinga mereka. Ish, takkanlah Afiq menjemput Fizz Fairuz sekali kot. Semua mata tertumpu ke arah pintu, melihat susuk tubuh yang begitu asing. Oh… Azrul rupanya! Rupa parasnya sungguh berlainan daripada sewaktu di SainsKu dulu. Jika dahulu, badannya sedang-sedang sahaja. Tetapi kini, badannya sudah membesar dan tinggi. Badannya tegap mengalahkan Syazni. Imej Islamiknya pula masih melekat dengan dirinya. Dia baru tiba dari Mesir. Dia baru sahaja selesai menghabiskan phD di Universiti Al-Azhar. Ald menepuk dahinya kerana dia terlupa untuk menjemput Azrul. Patutlah macam tercicir seseorang saja. Nasib baiklah, Azrul sempat menjenguk facebooknya. Izzah yang tengah mencekik terpana seketika melihat ketampanan Azrul, namun dia kembali dengan urusannya apabila tersedar Taha menjleing penuh cemburu dari jauh.

Mentari senja mula melabuhkan tirainya, pancaran sirnanya kian suram menandakan malam bakal menjelma. Fina meminta diri untuk menjemput suaminya yang baru pulang dari outstation di airport. Semenjak dua menjak ini, Fina dan suaminya semakin kerap berjauhan. Suaminya sibuk dengan projek pembinaannya. Baru-baru ini, mereka telah berjaya membina Menara Bakti Murni, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Nana turut mengiringi Fina keluar setelah drivernya tiba di hadapan rumah. Yang lain, berhasrat untuk bermalam di rumah Jenn memandangkan langit kian gelap. Setelah seharian merkea berkumpul, mereka tertanya-tanya kerana kelibat Azwan langsung tak kelihatan. Padahal, dialah yang selalu memeriahkan suasana. Hanya Afiq dan Jenn saja yang tahu apa yang terjadi kepadanya...

Sepuluh tahun yang lalu...
Afiq membelek-belek surat yang baru diterimanya sebentar lagi. Menurut setiausahanya, surat tersebut telah diserahkan oleh isteri Azwan. Entah mengapa hatinya berdebar-debar ketika membuka sampul surat tersebut. Segala kekusutan kini terlerai setelah sampul surat itu dibuka.

Assalamualaikum,
Ald, masa kau baca surat ni, aku sudah tiada lagi di dunia ini. Sebenarnya, aku sudah lama merancang untuk mengumpulkan semua kawan-kawan 4 Beta ni, tapi nampaknya hajat aku tak kesampaian. Aku sebenarnya dah lama menghidap barah otak, cuma aku tak mahu sesiapa pun tahu termasuklah isteri aku. Sekarang, aku cuma dapat mengharapkan kau untuk meneruskan rancangan aku ni. Sampaikan salam sayang aku kepada kepada mereka semua. Sekian, wasalam.

Azwan
•••

Afiq menggengam kemas surat wasiat tersebut. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun dia mencari kesemua rakan sekelasnya itu, akhirnya wasiat yang diamanahkan telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai rintangan dan dugaan yang dia depani selama ini. Tempat kerja rakan-rakan yang lain yang begitu jauh dan ada juga yang tinggal di luar negara membuatkan dia hampir-hampir putus asa. Namun, demi melaksanakan wasiat arwah yang terakhir, dia teruskan juga mencari alamat tempat tinggal mereka. Berkat sokongan isteri yang tersayang dan semangatnya yang berkobar-kobar, dia berjaya menemukan kembali kesemua bekas pelajar 4 Beta tersebut. Pada mulanya, mereka begitu keberatan untuk hadir memandangkan mereka terlalu sibuk dengan tugas dan keluarga masing-masing. Walaubagaimanapun, apabila mengenangkan kembali penat lelah Afiq mencari mereka dan bagi menghormati wasiat arwah, mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu.

Kini, tiba sudah masa untuk mereka berpisah. Drama air mata bermula mengalahkan penyingkiran pelajar di Debaran AF8. Sebelum berpisah, mereka sempat menziarahi pusara Azwan. Suasana menjadi pilu seketika. Mereka merasakan kehilangan yang begitu besar. Seorang demi seorang beransur pulang. Afiq berasa lega kerana akhirnya dapat melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat...
AL-FATIHAH

2 comments:

ExO said...

eksen bena kwu ya wan..alu ada babak kwu ninggal..ceh,mntk sympati..haha..
btw,it a fun story. not bad.

Anonymous said...

Sy tharu.. :'((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...